Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Egoku (Long story)

Pada 2 jun 2008 aku telah membayar duit pendahuluan sebayak Rm 1580.00 untuk membeli scooter kesayangan aku iaitu Ego’s yang berwarna hitam 1st edition yang keluar. aku mengumpul duit gaji aku sejak bulan kedua aku bekerja sebagai Animation di pusat D3D masa tu gaji aku boleh tahan la Rm 700.00 sebulan. Selama dua bulan aku tak usik langsung gaji aku, itu bukan perkara yang senang untuk aku menahan nafsu belanja ku dari mengambil duit tersebut dalam akaun bank aku. So dah cukup Rm 1400.00 aku pergi membuat bayaran di sesebuah kedai di Bandar Jerteh tak perlu lah aku bagitau kedai yang mana kan. Taukey tu cakap paling minima nak bayar pendahuluan motor adalah 1500.00. masa tu aku blur sangat sebab duit dalam bank dah K.O.S.O.N.G. Jadi pikir punya pikir aku dapat jalan mana nak dapat duit tu masa tu aku jual telefon kesayangan aku pada kawan pejabat aku sebanyak Rm250.00 so hari yang sama jugak aku buat bayaran tersebut kat kedai tu dengan surat sokongan majikan, masa tu aku buat kan surat sokongan majikan dari syarikat abang ipar aku, boleh dikira abang ipar aku jugak lah yang jadi penjamin untuk aku beli scooter aku secara ansuran. Abang ipar aku memainkan peranan penting sebab pihak bank akan ‘call’ tanya pasal aku. Nasib baik abang ipar aku ni bijak berbicara dengan berkat doa dan usaha aku akhir nya pada tarikh 16 jun 2008 aku menerima panggilan dari taukey kedai menayakan aku pasal no ‘Plat’ so aku ni anak jati Terengganu so aku telah memilih no Terengganu. Proses pendaftaran mengambil masa selama 1 hari di pejabat JPJ negeri so scooter tu dari sana jugak jadi mengambil masa selama 2 hari jugak la untuk aku dapat scooter tu. 18 jun 2009 ada lah tarikh yang paling istimewa bagi aku kerana scooter aku da sampai di kedai taukey tu so masa dia call aku time tu aku tengah kerja so aku punya ‘Excited’ gile tak sabar nak tengok n pergi ambik. Aku berjalan kaki sejauh 1Km dari pejabat aku ke kedai taukey tu. Bila sampai aku di kedai tu aku terus nampak sebuah scooter EGO’S berwarna hitam dan no pendataran ialah TAS 2885. Hampir menitis air mata gembiraku siapa sangka usaha aku selama ni membuah kan hasil yang amat berbaloi dan dibawah ni pic aku ambil 1 minggu dari tarikh.



So lepas daripada tu aku buat keputusan nak tambah kan audio set kat scooter aku pergi ke kedai dan proses pemasagan audio tu mengambil masa selama 1 hari suntuk dari pagi hingga ke malam memang lama gila beb aku tunggu untuk sipa pasang semua nya antaranya Power M,speker,wayar dan pengikat speker pada motor semua sekali tu berharga Rm450. Duit gaji aku buat bayar scooter dan make up. Sangat puas hati selepas melihat hasilnya so selepas 3 minggu scooter aku itu telah aku tukar kan cover set. Cover yang original tu aku simpan dan terpaksa aku beli yang baru punya Rm150 dan aku tempah stiker ‘ broken heart’ yang bernilai sebanyak Rm170. Memakan masa 4 hari cover set aku siap dipasang dan aku melihat sangat cantik setelah banyak masa dan wang ringgit aku hilang untuk aku rasa puas hati pada scooter kesanyangan aku ni,1 lagi yang kurang pada scooter aku iaitu ‘rym sport’ tu tak menyerlah so aku upah abang kandung aku untuk ‘spray’ warna putih aku bayar pada abang aku sebanyak Rm50 tu termasuk barang2 yang dia beli. Abang aku menyiapkan kerja2 tu dalam masa 1 hari cepat kan?? Tapi masa tu aku pergi kerja naik ‘taxi’ la sebab scooter aku kena make-up So setelah itu mesti korang nak tengok pic yang terbaru setelah dimake up. Ok kat bawah ni ada beberapa pic scooter aku yang kelihatan cantik pada ketika itu.




Hmmmm...so dalam masa tu aku amat berbangga sebab kemana-mana aku pergi scooter aku memang menarik perhatian orang ramai kerana bunyi lagu yang layan kepala dan ada jugak yang maki hamun mungkin warga-warga tua x berapa gemar akan scooter ni. So?? Ada?? Ada?? Ada aku kisah?? Tak ada kan?? Lepas 6 bulan aku buat keputusan untuk berdikari ke Melaka sebab dah bosan kerja kat kampung so aku pos scooter aku ke sama dengan bayaran Rm160. Kehidupan aku agak pelik dan aku agak suka kan nya, budak-budak Melaka semua suka kan scooter aku, kerana disana scooter aku je yang ber’plat’ Terengganu, so setelah aku stay disana selama 8bulan aku buat keputusan nak balik kampung sebab kehidupan disana membuat kan aku sakit mental sebab tekanan dan kos sara diri yang tinggi melampau, korang bayang kan dari Melaka hingga ke Jerteh scooter aku berada di atas hilux abang aku, tinggal lah aku di kampung dan ‘tanam anggur’ selama 2 bulan dan aku dapat tawaran kerja di Pulau Perhentian jadi aku meninggalkan scooter aku dirumah dan masa tu bermula lah kehidupan aku tanpa scooter disisi dan scooter aku telah menjadi mangsa ayah aku untuk kemasjid, orang tua naik scooter yang penuh dengan ‘stiker ’ ayah aku memang jiwa muda. Selama 6bulan aku balik ke kampung balik sebab masa tu kesihatan maa aku tak begitu baik dan aku membuat keputusan untuk ‘stop’ kerja di Pulau. Masa tu lah aku dan kawan aku bertemu balik setelah lama tak bertemu dan kebetulan dia pun beli scooter tapi dia Nouvo ‘S dan kami punya idea masa tu nak buat cover set baru untuk scooter masing-masing so setelah berbincang pasal design n warna kami memilih warna biru lau, corak ombak,pic kami dan nick name kami masing-masing dan bentuk tulisan nama kami telah memilih ‘Jokerman’. Paling best kali ini kami buat sendiri dari proses pembuangan stiker pada cover,gosok kertas pasir pada cover,jemur,shooping barang,dan yang paling enjoy proses ‘spray’. kami Mengambil masa 2 hari berturut-turut mujur lah waktu itu aku masih lagi penganggur dan wang dalam poket masih lagi penuh . beli spray dan barang-barang aku dengan kawan aku masing-masing tong-tong duit sebanyak Rm50 setiap seorang. Tiba sekarang untuk kami menempah semua design stiker yang dipilih sebelum ni makan masa selama 2 minggu dan bayaran nya Rm200 untuk setiap 1 cover set.Lepas tu kami pergi bawak kan cover set tu semua ke kedai ‘spray’ untuk proses clear cover. Ianya memakan masa 2 hari dan menelan belanja sebanyak Rm45 untuk 1 set cover set, hasinya amat cantik dan aku sangat tak sabar nak pasang cover set ni pada scooter.dalam kekalutan design cover tu ada plak minah ni 'bekas' kawan aku.bawak lari duit Rm140.pokai bukan main lagi aku time tu,tapi nasib baik la kawan aku yang bernama "nayta" tu yang backup aku..apa2 pun thanks a lot my pren so Kat bawah ni aku ada letak kan pic scooter aku yang terbaru








Setelah itu kami make up lagi dengan menambahkan aksesori pada scooter kami supaya nampak lebih menarik so kos menambahkan aksesori2 semua ni.aku rasa dalam Rm300 sebab setiap part yang ada aksesori mesti kami menukarkan kepada yang berwarna biru supaya nampak lebih lagi BLUE. Aku jugak menambahkan lampu kelip-kelip disisi scooter supaya apabila malam akan kelihatan nama kami di sisi cover tersebut. Dan jenis no ‘Plat’ pun aku telah tukar sebab nak lebih kelihatan real karton.so Kat bawah ni aku letak kan pic terbaru yang telah di tambah kan aksesori tapi kat scooter aku telah tambah ‘sporty carpet’ sebab karpet aku yang standart punya da kena kebas di orang. Senggal kan?? Carpet aku pun kena kebas so aku beli yang ‘sporty’ sikit sebab yang ni boleh ‘skru’kan carpet tu pada lantai, jadi susah lah sikit kalau ada orang nak kebas ‘carpet’ aku lepas ni.






Setelah itu scooter buat hal la pulak sebab da lama sangat aku tak servis dan lepas eksiden hari tu aku lupa nak pergi hantar kat kedai, hmmm.. banyak jugak la lepas scooter aku ni kena ‘oprate’ dengan doctor scooter. Aku tak nak cerita sangat pasal servis ni tapi masa tengah repair hari tu aku sempat snap scooter kat bawah ni ada jugak pic scooter




opsss aku lupa nak bagi tau kauorang yang aku pernah exsiden dengan scooter aku ni selepas semuanya siap sempurna. Fuhhh!!! Nasib baik calar sikit je kalau tak aku menangis beb, tapi aku masuk wad kecemasan selama 4jam jugak la. Sebab luka aku ni dalam jugak mana tak nya sebab aku berguling2 atas jalan raya yang kasar, Perghhhh sakit tak tertanggung beb..nak tengok jugak ke pic aku exsiden hari tu?? Sorry la wei sebab pic2 tersebut kurang sesuai nak aku tunjuk kan disini. Apa lagi erk aku nak bagi tahu korang pasal scooter aku ni. Hmmmmmmm..... owh ye kalau korang nak tahu scooter aku ni pernah jejak tayar nya ke Kuantan. Dari Jerteh ke Kuantan dan Dari Kuantan ke Jerteh. Perjalanan mengambil masa 5-6jam. Sungguh aku tak percaya dengan kebolehan scooter aku ni pada waktu tu. Minyak ke kuantan hanya Rm11 dan balik Rm17 tu banyak sebab kami makan angin di kuala Terengganu dulu dan kali kedua kami ke sana pada waktu malam pukul 9.30pm dan kami selamat sampai pada pukul 2am disana..hahahah..kami selalu buat kerja gila dengan scoter kami ni..so begitu lah cerita nya.nanti kalau ada aku make-up lagi scooter aku ni aku akan uplop pic kat FB tak pun kat update blog je erk..jadi Walau apapun terjadi aku tak akan jual kan scooter tu.hahahah...bertapa sayangnya aku pada scooter aku tu.. :D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah