Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Wah(sambil mengeliat)... dah lama sangat aku tak update blog aku nih, kalau tak update pun aku masuk kan kata-kata bermadah (cewwahhh) . ini lah masa untuk aku membalas dendam untuk update blog ni. Aku sekarang ni dah berhenti kerja tau kat Opis lama sebagai kerani tu genap 3 bulan aku berhenti kerja. Aku bukan apa saje je nak ambik pengalaman bekerja sebagai kerani yang sentiasa datang kerja just punch card dan tungu masa balik kerja. Begitu lah rutin seharian aku ketika still bekerja disana. Aku bincang dengan my mum, dia cakap “terpulang la.. sebab yang nak kerjanya tuan punya badan bukan maa” tengok maa aku tak pernah larang aku dalam hal yang sedemikian.(padahal my mum tak ambik port pon pasal aku nak kerja apa pun). Hmmmm.. kerja?? Sebut pasal kerja aku dah boring gila nak kerja dalam daerah kelahiran aku ni. Ingat nak merantau macam dulu2. Tapi maa cakap kerja kat sini banyak tapi saje je nak kerja jauh2 sebab nak bebas. Adus ... bab ni yang aku agak lemas urat saraf ni.kalau aku nak buat jahat atau nak buat maksiat kat kampung pun aku boleh buat benda2 macam tu. Aku dah besar dan matang boleh buat keputusan sendiri yang mana baik dan yang mana buruk jadi tak perlu lah fikir macam tu pada aku. Aku pun pening dengan karenah orang tua aku ni. Ok aku kat sini bukan nak story pasal orang tua aku. Aku just nak update apa yang aku rasa perlu, aku sekarang ni tengah dalam pertanyaan dan persoalan pasal some1 ni kan. Aku dari kecik lagi kenal dia dan kami selalu habis kan masa bersama2 sebelum ni sebab kami berkongsi minat yang sama so tak perlu lah aku story secara detail kat sini. Apa yang aku nak bagitau korang yang aku memang tak tahu apa salah aku tetiba je dia menjauhkan diri dari aku dan meyepi kan diri, jika dia fikir aku ni kawan dia mesti dia kena berterus terang dengan aku, apa salah aku sampai dia jadi macam ni. Mengelak terus menerus dari aku, sampai kan aku dah naik fed-up tau tak. Sedih jugak aku bila kawan aku buat macam ni kat aku. Sebelum ni aku pernah terfikir dia cari aku time dia susah je tapi time dia senang n happy haram jadah nak sms n call aku, so kawan lagi ke macam tu?? Tapi aku ketepi kan semua tu kerana percaya dia adalah kawan aku yang baik tp kalau baik kenapa dia buat aku macam ni?? Macam aku ni tak guna sangat kan?? Korang rasa aku ni tak guna ke?? Tak guna sebagai kawan ke?? Kalau dia tu pikir aku ni kawan dia..dia mesti tegur aku jika aku buat kesalahan atau ada buat dia terasa hati, tetapi sebaliknya dia hanya menyepikan diri. Ini kah hukuman yang aku harus terima?? Sungguh tak adil dia lakukan ini pada aku, senggal punya kawan!!! X pe lah nak buat macam mana dah nasib aku kan..so kena lah terima dengan redha...well apa yang terjadi semua dah takdir dan kehendak-Nya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah