Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Impian ku untuk menjadi tetamu Allah

malam ni(27/8/11) giliran aku temankan maa di wad..beginilah rutin harian ku semenjak maa masuk wad pada kali ini..aku di anggap tulang belakang sebab sebelum ni aku terlalu sibuk dengan kerja dan tugas(bercakap mcm berkhidmat tuk negara plok)..hari ni hati aku terjejas dek kerana hal2 yang tertentu.setelah hati ini tersentap dengan kesedihan lalu ku menghubungi my little sis.. automatik setelah mendengar suaranya tetiba diri ini menjadi sebak dan aku terus menangis..aku luah kn segala padanya kebetulan masa tu aku tengah drive so dah tak leh nak control sangat sampai di lampu isyarat ada brother yang tengok aku tengah nangis(masa tu aku tengah onda way ke hospital).. masa tu x terasa pun malu dan segan hanya ku tahu nak luah kan perasaan kecewa. setelah tiba di perkarangan hospital selesai sudah tangisan aku yang agak kuat tdi..kebetulan aku bawak bekal dari rumah dan sedikit kuih muih yang ku beli di bazar ramandhan untuk aku berbuka di wad bersama maa dan mira(anak buah ku yang jelita :D) so lepas makan2 aku ke ruang solat untuk sujud pada-Nya.. setelah itu aku kembali ke katil maa untuk menemaninya kerana Mira perlu balik ke rumah untuk berehat.

aku terpandang sesuatu yang agak menarik minat ku berhampiran katil maa pada mulanya aku menyangka surah Yassin tetapi mustahil sebab ada gambar tempat yang menjadi impian ku sekian lama iaitu 'Masjidilharam MAKKAH al-Mukarramah' itu lah destinasi aku dimasa yang akan datang InsyaAllah..semoga Dia memakbulkan doa2 aku ni..Dalam buku tu terdapat banyak persoalan yang bermain difikiran aku sebelum ni terjawap dengan mudah dan berserta dengan gambar berwarna dan barang2 peninggalan untuk pembinaan kaabah dimana mnjadi kiblat utama bagi umat islam diseluruh dunia,buku ini juga mencerita kan permulaan nabi Ibrahim a.s membina kaabah dengan anak lelaki baginda iaitu nabi Ismail a.s dan terdapat jugak kisah pengorbanan Siti Hajar mencari air untuk puteranya iaitu nabi Ismail a.s yang masih kecil pada waktu itu. Siti hajar berlari dari bukit Safar ke bukit Marwah kerana tidak sanggup melihat putera beliau menangis kerana kepanasan dan dahaga..Siti Hajar berulang alik dari bukit Safar dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali sungguh hebat pengorbanan seorang ibu demi anak nya dan rukun sa'i(berjalan) di antara bukit Safar dan bukit Marwah adalah berdasarkan peristiwa ini,semasa aku membaca kisah Siti Hajar air mataku menitis kerana kagum dengan ketabahan wanita itu..dan buku ini juga menceritakan sejarah air zam-zam dan khasiat nya...begitulah kisahnya jika dibanding kan dugaan beliau dengan dugaan yang sedang aku alami ini amat jauh berbeza.dugaan dari Allah S.W.T kepadanya amat hebat tetapi Siti Hajar tetap bersyukur kepada-Nya diatas nikmat yang diberikan.

aku amat kagum akan wanita yang bernama Siti Hajar. semoga aku terus tabah untuk mengharungi hidup ini yang penuh dengan pementasan dan drama yang tidak berkesudahan.. disini aku ada jugak snap pic buku dan beberapa pic yang aku cari dalam tenet..sebab gamabar dalam buku ni apabila aku snap agak kabur dan x berape jelas.. owh ye lupa nak bagitau buku ni ditulis oleh Abd. Basit Abd. Rahman dan mana kala kata penghantar: Zahazan Mohamed. aku pon akan cari buku ni dipasaran sebab bagi aku buku ni amat berbaloi kalau aku dapat kan..


Gambar lama telaga air Zam-zam di dalam sebuah muzium yang tak diberitahu namanya



Jarak Safar ke Marwah (perjalanan Siti Hajar)


Gambar buku yang menjadi rujukan ku :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bestday gurl's on September

hello again.. bulan ni banyak gila plan nak pergi travel tp yang jadi aku pergi hanya lah ke KL n Nilai hahah.. lepas raya nanti nak pergi singapore untuk celebrate my Hana bestday on 7sep and already tempah cupcake 7 putri untuk Hana tapi plan tu samar2 lagi sebab kesihatan my mum kurang baik sejak 2 menjak ni, so abang Din ayah kepada Hana nak bawak Hana balik kampung sebab keadaan tidak mengizinkan aku pergi sana. tapi sepupu2 aku yang ada kat sana agak kecewa kerana diorang dah plan terbaik untuk aku kesana..well nak buat macam mana..kena cancel la ni :( sedey tau sebab plan ni dah lama gila wat tau sejak dari awal tahun lagi. so what can i do?? owh ye i wanna share about cupcake cute for Hana. kenapa aku pilih untuk letak pic 7 orang putri2 tu? sebab Hana suka kan semua puteri2 tu Ariel,Cinderella,Snow white,Mulan,Repanzel,Sleeping beuty,n Jasmine.. so nanti ada lah pic Hana sekali n also pic of my little sis..coz dia punya bestday 23 sep n she also like putri2 tu. mesti so cute cup cake tu nanti. i can't wait to see it!! special for two my little special girls!! so harap on 23sep dapat celebrate bestday lagi.. 7hb ni Hana bestday!! dear Hana i love u so much my baby!! nanti mok check belanja makan KFC ur fav!! so nanti aku update lagi pasal bestday Hana ni ye n aku jugak akan masuk kan pic cupcake yang chumel tu.. opppssss!!! nanti Haris jeles ni.. tengah pikir nak buy sumtim for him but apa erk? dia ni suka train n jeep.. kalau nak bagi jeep dia dah banyak koleksi jeep n train pon dah berlambak. let me think for a while..hmmmmmm... owh yaaa.. haris jugak suka kereta new saga.. mana nak dapat model kereta untuk dia?? x kan nak beli real car for him.. x termampu aku weiii..hahahahah... try buy yang lebih kurang new saga for him.. aku ada bagitau ada anak2 buahku yang lain pasal kek tu..silap besar aku bagitau diorng sbb diorng merajuk n jeles..nak puaskan hati anak2 ni bukan senang..aku ada 19 orang anak buah yang berderet macam kereta api yang haris minat tuh..sekali kalau berkumpul nak raya atau ada apa2 majlis nak pecah rumah aku tuh..fuhhhh!!!sabar lah Nadya nak buat macam mana anak2 buah dah besor pnjang sbb tu cepat je merajuk n jeles.penat aku nak layan karenah diorang ni..ari ni bestday Yuni(25/8/11) n esok bestday Azreen (26/8/11)...alamak...kena beli 2 bijik kek..diorng ni kalau aku bwk g kedai kek sah2 amik kek up dari RM50 bukan reti nak amik below Rm 30..macam taun lepas aku bwk diorng gi dinner kat kopitiam je..jimat n exlusif... selok keykeng aku lepas ni..duit raya lagi n hadiah lagi..kasut raya belum lagi nih..jangan kata aksesori baju nk beli...huhuhuhuhu.....lari bajet sungguh raya tahun ni..






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

simple ulasan dari aku!!

hari ni tak nak melalut panjang2 tapi just nak share sumtim yang aku tak suka pasal 'manusia'!!

Berlagak tak bertempat
nak berlagak tapi tak kena tempat.sebagai contoh pinjam harta orang lepas tu berlagak konon2 harta tu dia punya dan paling tak bleh blah tuan punya harta nak guna harta pon x boleh dek kerana ada orang yang bersikap berlagak tak bertempat..

Hipokrit
ni lagi satu pe'el manusia yang aku paling tak suka hipoktrit dan talam bermuka2..depan kita gud-gud je tapi belakang kita tuhan punya tau bertapa bangkai nye pe'el dia...sentap hati mak nyah.. nauzubillah jauh kan aku dengan sikap sebegitu...

Kaki putar Alam
hmmmm..ni biasanya aku kena jugak dengan orang yang boleh putar alam.. alam semesta dia boleh putar ni kan pula orang2 lain.. cakap bercabang-cabang..lidah macam biawak...eh2..(pose2 pon cakap tipu n nak berdusta)

Lupa diri
yang ni tak leh nak cakap banyak2 takut benda ni terkena pada diri sendiri..apa yang boleh nak share n nasihat 'jangan terbang terlalu tinggi kalau jatuh awak yang terluka' so sebelum kita nak terbang tu kena maind set kat otak kita atau niat dihati.. 'sahaja aku terbang tinggi2 untuk kejar cita2 dan impian..andai kata apabila aku sudah berjaya jauhkan aku dari sikap LUPA DIRI'...

Bodoh Sombong (cerdik x leh nak ajar, bodoh tak leh nak tegur)
orang tegur untuk kebaikan dia tapi kita plak yang dimarahnyer...tu orang tak berape nak pandai..klu orang yang x berapa nk cerdik kalau bagi tunjuk ajar tak leh nak terima apa yang orang ajar..nak ikut kepala dia jer...ngok ngek!!

hmmmm...semua pe'el2 diatas aku dah hadapi tau..perghhh...kira2 aku ber'naip' ni berdasar kan penggalaman lah nih.huah3x....bukan niat nak menjatuh kan sape2 k..just nak share je tau..jgn salah paham..hakhakhakhak (gelak jaat).. k itu jer wt masa nih.. peace no war!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya sayang maa saya banyak2

hari ni(23/8/11)bagun pagi2 amik wuduk n solat subuh ni kali pertama aku solat subuh di bulan pose sepanjang aku duk kat pulau(jujur kan aku). so pagi ni aku tengok laut begitu tenang sekali bagai kan air tasik lepas solat aku berjalan2 ambil angin disekitar tuna bay n abdul challet, so bila da hampir 1 jam aku jalan2 kaki ku da mula terasa lengguh aku mengambil keputusan untuk balik ke bilik ku kerana hampir sudah pukul 7.45am so sesampai di bilik aku melihat di skrin nset ku ada 15 missed call dari kakak ku, aku pelik kenapa pagi2 dah call aku,so aku call her back n she told me 'maa masuk wad pagi tadi masa nak bangun sahur' terkejut gila aku masa tu ye lah baru 2 hari lepas aku balik jengguk maa dan keadaan maa masa tu sangat baik dan sihat. so lepas tu dia bagitahu 'keadaan maa makin kritikal balik secepat mungkin lagi pun x de nak tunggu maa kat wad'. lepas tu aku kemas bilik n kemas barang2 and call my big bro A.K.A my boss. dia ckp 'ok boleh cuti n boleh tgu maa tp kena bagitau salah sorang staff dulu'. so aku wat muka tebal aku nih g mengadap si staff kesayangan dia tuh. lps aku bagitau diorng apa hajat ku.lepas tu aku terus call Abang Azhar bot sbb aku nak balik pukul 4 so bot susah cikit nak dapat waktu petang. so tunggu punya tunggu kul 4.30pm aku gerak dari pulau sampai jeti kul 4.55pm. lepas tu menapak dari jeti ke safeparking kt belakang medan selera dah la bulan pose panas pulak semata2 nak g amik my scoot yg aku parking kat situ.sampai2 je scooter aku ada tp yang x de key scooter..cari punya cari rupa-rupa duk dengan my big boss,sebab malam sebelum tu dia balun scooter aku sampai kering tangki scooter aku..hangin aku kejapan..so lepas call dia ckp tunggu kejap nanti abang din g hantar kunci tu, sementara aku melenggak tunggu dia tu aku call my little sis..kami borak2 je x de mengumpat pon..so bila hampir 20 minit abang din sampai dengan membawa key scoot ku itu..rupa2 nya my scoot ni merajuk dgn aku..da x leh nak start guna starter tp kena guna 'terajang' baru hidup..kena wat g kedai ni..da lama x servis last servis bulan 4 ari tu..ni dah bulan 8 jadi maknanya dah 4 bulan dia x d servis, patot la dia meragam..haisshhhhh....kena pujuk la nih.. duit makin kurang sebab lari bajet..hahahahha.....lari bajet sebab raya nih kalu x raya x lari kot..hahahhahahah.. so apa2 pon plan seterusnya lepas raya nk g KL dgn my scoot secara solo.. da boring g Kuantan so dah naik level sikit g KL..InsyaAllah... doa2 kan semua yang d rancang menjadi dengan jayanya...hahahah...so kepada my big boss kalu baca my blog kali ni sila amik perhatian yer.. tahun ni byk untuk kt diveshop so x der ke bonus utk staff mu ini?? x leh bonus $$ pon x pe jnj bwk g makan angin kat NZ.. kn dulu da janji!!! :P hahahah.... ok lah nak blah bulu la..sebab nak g amik anak buah kt sekolah...begini lah hidup ku di darat..malam jadi jaga wat wad.siang hari jd driver anak skolah..hmmmmmmm...nasib badan nk wat mcm mn..hikhik...bye2 jumpa d lain waktu yaa....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

This is all about us ♥

kami kenal melalui dia salah no,dia hantar mesej pada aku dan mesej nya lebih kurang berbunyi begini ‘Salam hye Atifah dah siap prepair untuk dinner malam rabu ni?’
dan aku ambil masa dalam 20 minit -30 minit membalas mesej dia.last sekali aku reply.
‘w’salam..Atifah mana pulak ni..’(sampai sekarang aku tak kenal sape kawan dia tu)
Dia reply lagi selepas menyedari dia dah salah no phone
‘Ehh sorry..i’m looking for my friends Atifah’
Aku balas lagi
‘owh..tak pe..tak pe..semoga awak dapat jumpa kawan awk tu tp salah klu kita berkawan kan’
Dia sudi menjadi kawan aku time tu,dia menerima baik salam perkenalan dari aku.
Dia reply lagi lebih kurang macam ni (not really sure)
‘boleh je..tak salah.. nice too meet u.’
Aku balas lagi dan aku mula perkenal kan diri
‘nama saya nadia asal Terengganu..awak?’
Dia reply dan perkenalkan diri nya
‘saya farah dari Nilai N.9..owhh org ganu ..’
Aku mula senang masej dengan dia.lepas tu aku tanya lagi.
‘ye org ganu,pernah datang Terengganu ke?’
Dia jawap dengan senggal sekali 
‘pernah tp masa kecik2 dlu..dah lupa kat mana’
Hahahaha..macam2 dia kan..ada2 je..ku tanya lagi
‘umur berape? N still study lagi ke?’
Dia jawap
‘Umur saya 22 tahun..a’ah study kat Uitm S.Alam sekarang dah last sem’
Aku ingat dia sebaya aku tapi adik setahun.

Lepas tu kami bertukar email untuk add FB masing n aku juga mintak dia punya link blog.masa tu aku baru berjinak dengan blog so kami menjadi follower masing-masing. Rua-rupa dia ni bloger yg terbaik punya sebab dia punya blog da ramai yg follow..so lepas tu kami selalu mesej maklum lah masa tu aku ni kije kat rumah je jadi banya masa untuk aku berhubung dengan dia.
kalau tak mesej kami berhubung dalam FB n y.M aku sangat senang berkawan dengan dia sebab dia ni peramah dan kadang2 sangat senggal, selain itu kami selalu wat voice sms tau kami nyayi lagu fav masing2 dan masing2 menjadi pendengar yang tegar(lagu kami adalah memory tercipta dan lagu sahabat selamanya).

walau pun masa tu kami belum pernah bersua muka tapi segala masalah aku kongsi dengan dia sebab dia banyak bagi aku nasihat dan dorongan (tapi dia tak pernah kongsi masalah dia dengan aku masa tu ,agaknya dia masih kurang senang dengan aku kot  ). Selepas 1 bulan lebih kami mengenali aku ada sedikit masalah dengan family aku, aku melari kan diri ke Kuantan dengan menaiki scooter aku, dari Kuantan aku ke KL untuk menghilangkan segala kekusutan dihati, aku jumpa dia 16 april 2011 di KFC shah Alam(akan ku ingat sampai bila-bila).

Fez time aku bercakap dengan dia melalui telefon, dia sangat suka ketawa bila bercakap dengan aku, aku sangat tak sangka dia begitu suka melawak sebab sebelum tu aku dah banyak kali call dia. Dia tak pernah jawap (dia malu, dia bagi tahu aku selepas aku jumpa dia untuk kali ke dua). Lepas makan KFC kami ke sunway pyramid kami jalan-jalan dan main ais sketing(masa tu lah dia tengok aku punya date besday kt lesen dive,dia pun bagitau ‘kita sebaya la nad,saya yg terperasan muda’. Lepas tu kami pergi uptown dari pukul 9ptg hingga 1pagi kami makan-makan dan lepas tu aku hantar dia kat rumah sewa nya. Malam keesokkan harinya dia mengadu lapar sebab terlalu busy dengan kerjanya. So aku beli Mc’D dan pergi hantar kat rumah sewa dia.Tu last aku jumpa dia untuk pertemuan pertama kami. Hati aku berat untuk balik selepas semua memory kami bersama.

Selepas 1 minggu aku balik ke kampung abang aku call, dia cakap kena kerja kat pulau sebab aku ni banyak main-main masa kijer kat rumah. So terpaksa la aku ikut kan arahan my big boss. Dia orang pertama yang aku bagitahu yang aku kena g duk dipulau. Dia bagi semangat dan dorongan supaya bersabar dengan segala rintangan melanda. So aku kuat kan semangat untuk datang ke pulau ni. Minggu pertama aku disini sangat bosan sebab tak rapat dengan sapa2 hanya kawan ma salleh aku yang menjadi peneman aku, setelah high season di pulau ni aku mula jarang berhubung antara 1 sama lain. Dia busy dengan study nya aku pulak busy dengan kije. Tapi kadang2 tu kami ada jugak tanya khabar melalui FB. Setelah hampir 3 bulan aku kijer disini dia dan kawan aku plan nak datang sini on Julai.

Akhirnya 10 Julai dia sampai di stesen Kota Bharu , aku jemput dia di sana dengan perasaan yang sangat excited maklum lah hati ni dah rindu nak jumpa dia. Bayang kan aku bertolak dari pulau ni pukul 12pm masa tu dia naik bas dari Nilai pukul 9am. Bayang kan aku menunggu dia selama 6jam bersama teman ku. 6jam kurasa sangat lama sebab tak sabar nak jumpa dia. Kami bertentang mata pukul 6.35pm. Oleh kerana terlalu excited nak jumpa dia aku tak lalu nak makan . Bila nampak dia hati ni bagai kan disiram air sejuk (lebih2 pulak kan orang lain salah faham). lepas tu aku bawak dia pergi makan rojak ayam. So keesokan harinya kami bertolak ke Kuantan untuk jemput ‘BEKAS KAWAN’ aku (nak travel tapi siap dijemput lagi  ) so sepanjang perjalanan kami kesana kami borak-borak sampai kering ideal dalam otak aku. Tapi dia tetap bercerita tentang diri nya. Aku suka sangat2 bila dia bercerita pasal dirinya .so sepanjang dia disini selama 9hari dia tak pernah buat karenah malah dia tolong aku buat kijer.baik kan dia sebab tu aku sayang sangat dia. She is my little sis maklum lah aku ni mana ada adik so bila dia ni dah jadi macam adik aku, aku jaga dia sepanjang dia disini. Banyak memory sweet n pahit kami lalui disini,owh ye semasa dia kat sini dia ada masakkan untuk aku tau 'ayam masak halia'..best sangat2 hingga menjilat mangkuk so malam keesokkan harinya dia mintak aku masak kan untuk dia,aku masak tomyam ayam dia kata'sedap' kembang hidung ku untuk seketika je tau,dia 1st person yang rasa aku masak tau(sebelum ni aku masak untuk staff je tp utk kwn2 x pernah). Terlalu banyak hal yang terjadi sepanjang dia berada disini kalu aku cerita kat sini agaknya panjang berjela lah.

But now dia adalah adik kesayangan ku. Dia banyak mengajar aku erti sabar dan mengajar aku jangan marah2 lagi. Sebab dia tak suka aku marah. Sekarang aku sudah kurang marah2 daa sebab aku pun penat jadi seorang pemarah. Owh ye 14hb Ogos hari tu aku pergi Nilai dan dapat jumpa dia walaupun tak banyak masa kami habis kan bersama tapi aku tetap gembira kerana dapat berbuka puasa di dataran Nilai. Sampai kan ada yang jelez sebab dia keluar dengan aku n the geng sebab kami ni semua ‘Kawan baru’. Kesian dia kena hadap kawan yang macam tu.

Sabar lah my little sis apa-apa pun tak rugi kalau tak kawan dengan orang macam tu. Akan aku jaga persahabatan ini hingga ke akhir hayat ku ini kerana dia terlalu baik untuk aku buat hal  tapi kadang2 aku ada jugak terbuat pe’el dengan dia. Teruk kan aku?? Ada kawan yang sebegitu baik pon masih lagi wat pe’el. Tapi aku da janji dengan diri aku ni tak akan wat pe’el lagi dengan dia ye lah mana ada kakak wat pe’el dengan adik..kalau adik wat pe’el tu penah la aku dengar. Kat sini aku ada lah letak pic sewaktu kami berdatim bersama..oppssss berdatim seorang kakak dengan adik nya tau.. love her so much!!..

Dear my little sis Prof
Well.. i don’t know what i can write. But i want to say tq for everything and because i found a friend n little sis like u!! Tq for ur support there were trouble..tq coz u always to support me in difficult moment and i want to say I’m really2 sorry coz sometimes i make u feel sad n bad just because of me!! Anyway i’m happy coz Allah meet u n me. I hope u always miss me coz i’ll remember u!! KAKAK sayang ADIK banyak-banyak!!

miss her so much

my little sis!!

cun tak kami?

smile :)

miss this moment!!

Semoga Allah kekal kan persahabatan kami!! korang pon doa2 kan jugak erk..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cara terbaik menegur sahabat

Assalamualaikum,
Kepada sahabatku yang aku cintai karana Allah.Semoga berada dalam lembayung rahmat-NYA.Sesungguhnya daripada Allah kita datang,kepada Allah jualah kita akan kembali.Aku tidak tahu kenapa kau menjauhi aku.Tetapi,aku disini untuk menyatakan betapa aku ini menyediakan diriku untuk bersahabat dan berhubungan dengan semua.Harapannya,agar kita sama-sama boleh lengkap-melengkapi dalam menjadi hamba Allah SWT. Manusia itu diciptakan berpuak-puak,berbeza rupa dan pelbagai perangai.Allah menciptakan kepelbagaian ini untuk kita saling bantu membantu dalam mengejar redha-NYA.Tiada apa yang aku inginkan daripada engkau,melainkan kita bina hubungan kita ini atas matlamat untuk mendapatkan keredhaan-NYA. Aku,sebagai sahabat,bersedia menerima kau,walau bagaimana pun engkau.Kalau kau ada masalah,kau boleh kongsikan dengan aku.Aku sentiasa terbuka ubtuk kau dan rakan-rakan kau.Sekali lagi,semuanya untuk mendapat redha Allah SWT serta saling bantu membantu menjadi hamba Allah SWT yang baik.Tegur dengan cara paling berhikmah..Tegur dengan senyuman..Tegur dengan kasih sayang..Tegur dengan Doa..Tegur dengan Istiqamah..Kalau benar sahabat,Biar berpimpin tangan merentas syurga,bukan menjadi pengkhianat..Melempar sahabat ke neraka.Maka jadilah pelindung.Yang melindungi sahabatnya daripada azab neraka...aku cukup terkedu dengan apa yang berlaku diantara aku dengan salah seorang sahabat aku..cara untuk menegur aku dan cara menasihat kan aku amat memedihkan..mengaibkan aku walaupun tiada nama aku terpangpang tapi cukup untuk kawan2 yang lain tahu siapakah yang dia maksud kan di situ..aku cukup menghargai teguran dan nasihatnya tetapi caranya adakah betol? aku cukup terkilan..jika dia itu sahabat ku dunia dan akhirat mana mungkin dia melakukan hal yang sedemikian kepada aku..aku amat menjaga hati para2 sahabat aku tetapi ini kah yang aku harus terima? sesungguhnya aku redha!! semoga engkau selalu di rahmati oleh Nya..InsyaAllah,Allah akan mempermudahkan segala urusan aku..selagimana aku masih berbuat baik kepada sahabat...walaupun ia dibalas dengan tuba...W'salam....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah