Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

cara terbaik menegur sahabat

Assalamualaikum,
Kepada sahabatku yang aku cintai karana Allah.Semoga berada dalam lembayung rahmat-NYA.Sesungguhnya daripada Allah kita datang,kepada Allah jualah kita akan kembali.Aku tidak tahu kenapa kau menjauhi aku.Tetapi,aku disini untuk menyatakan betapa aku ini menyediakan diriku untuk bersahabat dan berhubungan dengan semua.Harapannya,agar kita sama-sama boleh lengkap-melengkapi dalam menjadi hamba Allah SWT. Manusia itu diciptakan berpuak-puak,berbeza rupa dan pelbagai perangai.Allah menciptakan kepelbagaian ini untuk kita saling bantu membantu dalam mengejar redha-NYA.Tiada apa yang aku inginkan daripada engkau,melainkan kita bina hubungan kita ini atas matlamat untuk mendapatkan keredhaan-NYA. Aku,sebagai sahabat,bersedia menerima kau,walau bagaimana pun engkau.Kalau kau ada masalah,kau boleh kongsikan dengan aku.Aku sentiasa terbuka ubtuk kau dan rakan-rakan kau.Sekali lagi,semuanya untuk mendapat redha Allah SWT serta saling bantu membantu menjadi hamba Allah SWT yang baik.Tegur dengan cara paling berhikmah..Tegur dengan senyuman..Tegur dengan kasih sayang..Tegur dengan Doa..Tegur dengan Istiqamah..Kalau benar sahabat,Biar berpimpin tangan merentas syurga,bukan menjadi pengkhianat..Melempar sahabat ke neraka.Maka jadilah pelindung.Yang melindungi sahabatnya daripada azab neraka...aku cukup terkedu dengan apa yang berlaku diantara aku dengan salah seorang sahabat aku..cara untuk menegur aku dan cara menasihat kan aku amat memedihkan..mengaibkan aku walaupun tiada nama aku terpangpang tapi cukup untuk kawan2 yang lain tahu siapakah yang dia maksud kan di situ..aku cukup menghargai teguran dan nasihatnya tetapi caranya adakah betol? aku cukup terkilan..jika dia itu sahabat ku dunia dan akhirat mana mungkin dia melakukan hal yang sedemikian kepada aku..aku amat menjaga hati para2 sahabat aku tetapi ini kah yang aku harus terima? sesungguhnya aku redha!! semoga engkau selalu di rahmati oleh Nya..InsyaAllah,Allah akan mempermudahkan segala urusan aku..selagimana aku masih berbuat baik kepada sahabat...walaupun ia dibalas dengan tuba...W'salam....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah