Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Impian ku untuk menjadi tetamu Allah

malam ni(27/8/11) giliran aku temankan maa di wad..beginilah rutin harian ku semenjak maa masuk wad pada kali ini..aku di anggap tulang belakang sebab sebelum ni aku terlalu sibuk dengan kerja dan tugas(bercakap mcm berkhidmat tuk negara plok)..hari ni hati aku terjejas dek kerana hal2 yang tertentu.setelah hati ini tersentap dengan kesedihan lalu ku menghubungi my little sis.. automatik setelah mendengar suaranya tetiba diri ini menjadi sebak dan aku terus menangis..aku luah kn segala padanya kebetulan masa tu aku tengah drive so dah tak leh nak control sangat sampai di lampu isyarat ada brother yang tengok aku tengah nangis(masa tu aku tengah onda way ke hospital).. masa tu x terasa pun malu dan segan hanya ku tahu nak luah kan perasaan kecewa. setelah tiba di perkarangan hospital selesai sudah tangisan aku yang agak kuat tdi..kebetulan aku bawak bekal dari rumah dan sedikit kuih muih yang ku beli di bazar ramandhan untuk aku berbuka di wad bersama maa dan mira(anak buah ku yang jelita :D) so lepas makan2 aku ke ruang solat untuk sujud pada-Nya.. setelah itu aku kembali ke katil maa untuk menemaninya kerana Mira perlu balik ke rumah untuk berehat.

aku terpandang sesuatu yang agak menarik minat ku berhampiran katil maa pada mulanya aku menyangka surah Yassin tetapi mustahil sebab ada gambar tempat yang menjadi impian ku sekian lama iaitu 'Masjidilharam MAKKAH al-Mukarramah' itu lah destinasi aku dimasa yang akan datang InsyaAllah..semoga Dia memakbulkan doa2 aku ni..Dalam buku tu terdapat banyak persoalan yang bermain difikiran aku sebelum ni terjawap dengan mudah dan berserta dengan gambar berwarna dan barang2 peninggalan untuk pembinaan kaabah dimana mnjadi kiblat utama bagi umat islam diseluruh dunia,buku ini juga mencerita kan permulaan nabi Ibrahim a.s membina kaabah dengan anak lelaki baginda iaitu nabi Ismail a.s dan terdapat jugak kisah pengorbanan Siti Hajar mencari air untuk puteranya iaitu nabi Ismail a.s yang masih kecil pada waktu itu. Siti hajar berlari dari bukit Safar ke bukit Marwah kerana tidak sanggup melihat putera beliau menangis kerana kepanasan dan dahaga..Siti Hajar berulang alik dari bukit Safar dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali sungguh hebat pengorbanan seorang ibu demi anak nya dan rukun sa'i(berjalan) di antara bukit Safar dan bukit Marwah adalah berdasarkan peristiwa ini,semasa aku membaca kisah Siti Hajar air mataku menitis kerana kagum dengan ketabahan wanita itu..dan buku ini juga menceritakan sejarah air zam-zam dan khasiat nya...begitulah kisahnya jika dibanding kan dugaan beliau dengan dugaan yang sedang aku alami ini amat jauh berbeza.dugaan dari Allah S.W.T kepadanya amat hebat tetapi Siti Hajar tetap bersyukur kepada-Nya diatas nikmat yang diberikan.

aku amat kagum akan wanita yang bernama Siti Hajar. semoga aku terus tabah untuk mengharungi hidup ini yang penuh dengan pementasan dan drama yang tidak berkesudahan.. disini aku ada jugak snap pic buku dan beberapa pic yang aku cari dalam tenet..sebab gamabar dalam buku ni apabila aku snap agak kabur dan x berape jelas.. owh ye lupa nak bagitau buku ni ditulis oleh Abd. Basit Abd. Rahman dan mana kala kata penghantar: Zahazan Mohamed. aku pon akan cari buku ni dipasaran sebab bagi aku buku ni amat berbaloi kalau aku dapat kan..


Gambar lama telaga air Zam-zam di dalam sebuah muzium yang tak diberitahu namanya



Jarak Safar ke Marwah (perjalanan Siti Hajar)


Gambar buku yang menjadi rujukan ku :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah