Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

This is all about us ♥

kami kenal melalui dia salah no,dia hantar mesej pada aku dan mesej nya lebih kurang berbunyi begini ‘Salam hye Atifah dah siap prepair untuk dinner malam rabu ni?’
dan aku ambil masa dalam 20 minit -30 minit membalas mesej dia.last sekali aku reply.
‘w’salam..Atifah mana pulak ni..’(sampai sekarang aku tak kenal sape kawan dia tu)
Dia reply lagi selepas menyedari dia dah salah no phone
‘Ehh sorry..i’m looking for my friends Atifah’
Aku balas lagi
‘owh..tak pe..tak pe..semoga awak dapat jumpa kawan awk tu tp salah klu kita berkawan kan’
Dia sudi menjadi kawan aku time tu,dia menerima baik salam perkenalan dari aku.
Dia reply lagi lebih kurang macam ni (not really sure)
‘boleh je..tak salah.. nice too meet u.’
Aku balas lagi dan aku mula perkenal kan diri
‘nama saya nadia asal Terengganu..awak?’
Dia reply dan perkenalkan diri nya
‘saya farah dari Nilai N.9..owhh org ganu ..’
Aku mula senang masej dengan dia.lepas tu aku tanya lagi.
‘ye org ganu,pernah datang Terengganu ke?’
Dia jawap dengan senggal sekali 
‘pernah tp masa kecik2 dlu..dah lupa kat mana’
Hahahaha..macam2 dia kan..ada2 je..ku tanya lagi
‘umur berape? N still study lagi ke?’
Dia jawap
‘Umur saya 22 tahun..a’ah study kat Uitm S.Alam sekarang dah last sem’
Aku ingat dia sebaya aku tapi adik setahun.

Lepas tu kami bertukar email untuk add FB masing n aku juga mintak dia punya link blog.masa tu aku baru berjinak dengan blog so kami menjadi follower masing-masing. Rua-rupa dia ni bloger yg terbaik punya sebab dia punya blog da ramai yg follow..so lepas tu kami selalu mesej maklum lah masa tu aku ni kije kat rumah je jadi banya masa untuk aku berhubung dengan dia.
kalau tak mesej kami berhubung dalam FB n y.M aku sangat senang berkawan dengan dia sebab dia ni peramah dan kadang2 sangat senggal, selain itu kami selalu wat voice sms tau kami nyayi lagu fav masing2 dan masing2 menjadi pendengar yang tegar(lagu kami adalah memory tercipta dan lagu sahabat selamanya).

walau pun masa tu kami belum pernah bersua muka tapi segala masalah aku kongsi dengan dia sebab dia banyak bagi aku nasihat dan dorongan (tapi dia tak pernah kongsi masalah dia dengan aku masa tu ,agaknya dia masih kurang senang dengan aku kot  ). Selepas 1 bulan lebih kami mengenali aku ada sedikit masalah dengan family aku, aku melari kan diri ke Kuantan dengan menaiki scooter aku, dari Kuantan aku ke KL untuk menghilangkan segala kekusutan dihati, aku jumpa dia 16 april 2011 di KFC shah Alam(akan ku ingat sampai bila-bila).

Fez time aku bercakap dengan dia melalui telefon, dia sangat suka ketawa bila bercakap dengan aku, aku sangat tak sangka dia begitu suka melawak sebab sebelum tu aku dah banyak kali call dia. Dia tak pernah jawap (dia malu, dia bagi tahu aku selepas aku jumpa dia untuk kali ke dua). Lepas makan KFC kami ke sunway pyramid kami jalan-jalan dan main ais sketing(masa tu lah dia tengok aku punya date besday kt lesen dive,dia pun bagitau ‘kita sebaya la nad,saya yg terperasan muda’. Lepas tu kami pergi uptown dari pukul 9ptg hingga 1pagi kami makan-makan dan lepas tu aku hantar dia kat rumah sewa nya. Malam keesokkan harinya dia mengadu lapar sebab terlalu busy dengan kerjanya. So aku beli Mc’D dan pergi hantar kat rumah sewa dia.Tu last aku jumpa dia untuk pertemuan pertama kami. Hati aku berat untuk balik selepas semua memory kami bersama.

Selepas 1 minggu aku balik ke kampung abang aku call, dia cakap kena kerja kat pulau sebab aku ni banyak main-main masa kijer kat rumah. So terpaksa la aku ikut kan arahan my big boss. Dia orang pertama yang aku bagitahu yang aku kena g duk dipulau. Dia bagi semangat dan dorongan supaya bersabar dengan segala rintangan melanda. So aku kuat kan semangat untuk datang ke pulau ni. Minggu pertama aku disini sangat bosan sebab tak rapat dengan sapa2 hanya kawan ma salleh aku yang menjadi peneman aku, setelah high season di pulau ni aku mula jarang berhubung antara 1 sama lain. Dia busy dengan study nya aku pulak busy dengan kije. Tapi kadang2 tu kami ada jugak tanya khabar melalui FB. Setelah hampir 3 bulan aku kijer disini dia dan kawan aku plan nak datang sini on Julai.

Akhirnya 10 Julai dia sampai di stesen Kota Bharu , aku jemput dia di sana dengan perasaan yang sangat excited maklum lah hati ni dah rindu nak jumpa dia. Bayang kan aku bertolak dari pulau ni pukul 12pm masa tu dia naik bas dari Nilai pukul 9am. Bayang kan aku menunggu dia selama 6jam bersama teman ku. 6jam kurasa sangat lama sebab tak sabar nak jumpa dia. Kami bertentang mata pukul 6.35pm. Oleh kerana terlalu excited nak jumpa dia aku tak lalu nak makan . Bila nampak dia hati ni bagai kan disiram air sejuk (lebih2 pulak kan orang lain salah faham). lepas tu aku bawak dia pergi makan rojak ayam. So keesokan harinya kami bertolak ke Kuantan untuk jemput ‘BEKAS KAWAN’ aku (nak travel tapi siap dijemput lagi  ) so sepanjang perjalanan kami kesana kami borak-borak sampai kering ideal dalam otak aku. Tapi dia tetap bercerita tentang diri nya. Aku suka sangat2 bila dia bercerita pasal dirinya .so sepanjang dia disini selama 9hari dia tak pernah buat karenah malah dia tolong aku buat kijer.baik kan dia sebab tu aku sayang sangat dia. She is my little sis maklum lah aku ni mana ada adik so bila dia ni dah jadi macam adik aku, aku jaga dia sepanjang dia disini. Banyak memory sweet n pahit kami lalui disini,owh ye semasa dia kat sini dia ada masakkan untuk aku tau 'ayam masak halia'..best sangat2 hingga menjilat mangkuk so malam keesokkan harinya dia mintak aku masak kan untuk dia,aku masak tomyam ayam dia kata'sedap' kembang hidung ku untuk seketika je tau,dia 1st person yang rasa aku masak tau(sebelum ni aku masak untuk staff je tp utk kwn2 x pernah). Terlalu banyak hal yang terjadi sepanjang dia berada disini kalu aku cerita kat sini agaknya panjang berjela lah.

But now dia adalah adik kesayangan ku. Dia banyak mengajar aku erti sabar dan mengajar aku jangan marah2 lagi. Sebab dia tak suka aku marah. Sekarang aku sudah kurang marah2 daa sebab aku pun penat jadi seorang pemarah. Owh ye 14hb Ogos hari tu aku pergi Nilai dan dapat jumpa dia walaupun tak banyak masa kami habis kan bersama tapi aku tetap gembira kerana dapat berbuka puasa di dataran Nilai. Sampai kan ada yang jelez sebab dia keluar dengan aku n the geng sebab kami ni semua ‘Kawan baru’. Kesian dia kena hadap kawan yang macam tu.

Sabar lah my little sis apa-apa pun tak rugi kalau tak kawan dengan orang macam tu. Akan aku jaga persahabatan ini hingga ke akhir hayat ku ini kerana dia terlalu baik untuk aku buat hal  tapi kadang2 aku ada jugak terbuat pe’el dengan dia. Teruk kan aku?? Ada kawan yang sebegitu baik pon masih lagi wat pe’el. Tapi aku da janji dengan diri aku ni tak akan wat pe’el lagi dengan dia ye lah mana ada kakak wat pe’el dengan adik..kalau adik wat pe’el tu penah la aku dengar. Kat sini aku ada lah letak pic sewaktu kami berdatim bersama..oppssss berdatim seorang kakak dengan adik nya tau.. love her so much!!..

Dear my little sis Prof
Well.. i don’t know what i can write. But i want to say tq for everything and because i found a friend n little sis like u!! Tq for ur support there were trouble..tq coz u always to support me in difficult moment and i want to say I’m really2 sorry coz sometimes i make u feel sad n bad just because of me!! Anyway i’m happy coz Allah meet u n me. I hope u always miss me coz i’ll remember u!! KAKAK sayang ADIK banyak-banyak!!

miss her so much

my little sis!!

cun tak kami?

smile :)

miss this moment!!

Semoga Allah kekal kan persahabatan kami!! korang pon doa2 kan jugak erk..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 ulasan:

Farah Samad berkata...

thanks so much...kesah menarik!

Minesweeper berkata...

akhirnyer..leh komen...huhuhu....kalo tunjuk gbr ni kt org len pon..leh kate adek beradek..huhuhu~~

NadyaLee berkata...

ur most welcome..kesah kita mmg la menarik dik!!

NadyaLee berkata...

adik beradik yang berlainan ibu bapa... eh betol kah?? winkwinkwink

amir berkata...

sweet story

HERNEY AQILAH berkata...

smile =D

NadyaLee berkata...

dear my Amir..

tq verry much!! :)

NadyaLee berkata...

dear Lulu!!

finally jejak jugak kt my blog!! tq Lulu!!

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah