Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

my Bintang Mati

hari ni 13/10 my bintang sakit(kucing) so perlu bawak g hospital sebab bintang nazak,semalam sebelum tido aku bagi bintang ubat lepas makan ubat bintang tido sampai pagi so ingat sempat dia bertahan sebelum ke hospital.but semalam aku n bibiq berjaga sampai pagi sebab duk borak2 aku tido pukul 6am so dah set jam untuk bagun kul 7 untuk naik bot pukul 8am tapi aku tertido sampai kul 8.45am tu pun abang din yang kejutkan, so lepas sesiap tu standby tunggu bot pukul 12pm,masa tu bintang dah lemah tak larat nak bukak mata.dia lentok atas riba ku sepanjang perjalanan atas bot. sampai je dijeti kuala Besut terus berkejar ke parking untuk amik keta sementara tu aku tinggalkan bintang bersama kak bi, tapi aku tak jumpa kak bi selepas aku amik keta. dalam masa 30minit aku jumpa kak bi di depan bangunan terminal bot,aku dapat rasakan bintang sudah mati semasa aku melihat wajah kak bi datang kearah keta. kak bi masuk keta dan bagitahu aku 'bintang dah mati baru kejap tadi' masa tu tuhan saja yang tahu,bertapa luruhnya hati ni bila niat aku nak bawak bintang ke hospital tak kesampaian. bintang mati atas riba kak bi.masa tu aku sebak bila kak bi balut bintang dengan baju, terkulai bintang ketika tu,air mata ku hampir tumpah bila aku meriba bintang untuk terakhir sekali..so lepas tu aku hantar kak bi naik bot untuk ke pulau manakala aku drive balik kerumah untuk kebumikan bintang..sampai je kat rumah ayah terkejut bila melihat aku bawak balik bintang dalam bungkusan baju..aku mintak ayah kebumikan bintang dan aku gitau ayah 'tunggu orang balik kat pulau dulu baru ayah tanam' ayah hanya diam..ayah sangat memahami aku..lepas tu aku jumpa maa dan salam..aku terus drive keta balik ke k.besut..aku tak sempat jumpa dengan ank2 buah aku..aku tak lah suka sangat kat bintang sebelum ni tapi sejak 2 3 hari lepas aku tgk dia cukup manja, makan nk kena suap. tido kena tido kan..rupa2 nya tu tanda bintang untuk meninggalkan aku. agak sedih sebab tak de lagi teman untuk bermain..tiada lagi bintang di depan mata.. semoga aku jumpa penganti bintang.. Dear bintang segala memory akan ummi ingat sampai bila2. (aku bahasakan diri aku ummi dengan bintang) T_T aku jugak tak pernah snap pic dia sebab orang cakap kalau kita snap pic kucing tu kucing akn mati.. tiada gambar dia untuk aku tunjuk utk korang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah