Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

3 Hari 2 Malam

pada 31hb 10 ari tu aku bertolak ke S.Alam untuk bercuti ke sana n beraya haji di Nilai bersama adik2 kat sana, so bertolak dari Jerteh pukul 10pm sepanjang dlm perjalanan kesana aku tak tidur tau coz perlu riba cup cake untuk konvo gurl, sampai sana pukul 5.30am (lebih kurang la) so call my friend to pick me up she still tidur time tu, was waiting until 7am x datang2, nasib baik hati aku ni tergerak nak mesej dia, rupa2 dia tertidur so dia tak dapat amik aku kat bus stop so aku amik Taxi ke Kondo Kristal,nasib baik pak cik taxi tu baik coz dia banyak berstory pasal keselamatan diri dan aku apa lagi promot lah bisnes aku kat pulau,last sekali dia mintak no phone bisnes aku!! yes3x!! dapat promot SeaHorse Dive Centre!! so sampai je terus ke rumah kawan aku,lepak2 kejap dengan dia n then aku tidur dan terus tidur dari pagi sampai ke petang,kawan minah salleh aku pulak duk sibuk ajak nak jumpa,so tetap kan time n tempat,lepas tu dia ckp 'see u at KLCC loby before 8.30pm' owh my god!! aku bertolak dari S.Alam pukul 5 naik tren ke kL dan lepas 45minit aku sampai ke KL(45minit tu dari masa tren bergerak dan tak dikira semasa aku tgu tren sampai),owh ye dari rumah dia ke Stesen padang jawa tadi aku telah dihantar oleh kawan ku dan sorang lagi kawan nya iaiu Hanis,so lepas sampai tu aku terus cari Taxi ke rumah sepupu kat Bukit Angkasa, time tu semua orang da balik kije!! mana sempat nak kejar ke KLCC,so sampai je kt KL sentral pukul 7pm sepupu ku tak putus2 call dan terus call bertanyakan dimana aku berada!! si kawan minah saleh pulah duk sms aku plak!! lepas tu naik LRT to Bangsar so Alhamdulillah dapat Taxi tu pun selepas 30minit berdiri dalam hujan,terus ke sana untuk mandi dan bercadang bersiap untuk keluar dengan minah saleh, sampai je sepupu ku sediakan air suam untuk ku mandi maklum lah baju ku basah kuyup disiram oleh hujan masa tunggu Taxi tadi hmmm owh yer masa dalam taxi tadi tu pak cik tu berborak dengan aku so aku apa lagi ambik peluang untuk memperomotkan Sea Horse kat bandar metropolitan ini cewwahhh!!pak cik tu mintak name card lah tapi name card aku tak ada so aku tulis kan no phone aku pada kertas dan bagi pada pak cik tu,so lepas tu sepupu ku iaitu kak sue (lupa nak kenal kan nama sepupuku) pulak ajak makan malam bersama2 tengah2 makan tu tetiba nset ku berbunyi n tertera diskrin 'Ayah' so lepas tu aku mendapat khabar my mum masuk wad so ayah cakap balik secepat mungkin..dalam hati rasa serba salah sebab dah janji dengan adik2 kat Nilai nak beraya kat sana tahun ni tapi terpaksa balik kampung,so ingat lepas makan tu terus nak gerak gi KLCC tapi hujan, so mesej kat minah saleh tu 'i'm late coz stuck in the mindle of the way' hahaha...baring2 kejap lepas tu entah masa mana aku terlelap aku tengok jam dah pukul 10.30pm n manakala sms/call dari dia lebih 10 missed col!! alahai Megan!! mintak maaf banyak2 sebab penat!! so sambung tido pukul 8.30am bangun setelah dikejutkan oleh kak sue, kak sue kejutkan aku sebab semalam sebelum aku tido aku berpesan pada kak sue'tolong kejutkan orang coz nak g cari tiket balik Trg coz maa masuk wad' so lepas bersiap2 pukul 9am kami menapak ke busstop dan waiting for the bus no U74 untuk ke stesen LRT Bangsar,sampai je kami terus naik LRT menuju ke destinasi masing2.. kak Sue ke Opis nyer manakala aku ke masjid Jamek n change Tren to PWTC untuk beli tiket balik kampung!! sampai di stesen PWTC aku menapak lah sikit untuk beli tiket tu fuhhh!!!nasib baik tiket bas ada lagi tapi tu hanya ke Kuala Terengganu je tapi apa2 pun ok lah tu kurang2 ada jugak tiket,lepas tu aku wat keputusan nak jalan2 ke KL dulu sebelum balik rumah kak sue, tapi bila x der tempat dituju aku terus wat keputusan untuk balik rumah kak sue,so aku pun naik lah LRT utk balik ke Bangsar, sampai je di stesen LRT Bangsar phone berbunyik lagi kali ni tertera di skrin'Abang Hafiz' suami kepada kak sue, dia tanya destinasi ke mana lepas ni,so aku pun borak2 dengan dia lepas tu dia ckp kalau tak nak balik rumah pergi je ke opis kak sue kat KLCC,so aku pun x jadi balik so beli tiket untuk ke KLCC so sampai disana aku tak jadi untuk terus naik ke opis kak sue so jalan2 kat KLCC dulu masa tu dah hampir pukul 1pm,tak banyak barang aku beli utk kali ni ia itu MP3 Player 2GB kat travell shop di KLCC harga nya boleh tahan jugak beb,nasib baik ada ATM yang berhampiran..hahahahaha..so lepas tu terasa perut ku lapar, owhhh patut lah lapar coz belum bekpes sekrang ni dah nak masuk pukul 2pm, lepas tu cari apa yang diisi kan dalam perut mataku tertumpu pada noodle station kat situ so order 2 menu iaitu Mee Udang n Mantan Fried noodle. mana kala air bandung aku balun untuk kali ni,alahai lambat nyer masa berlalu nak kemana lagi ni tetiba aku teringgatkan kawan ku yang duk S.Alam pada mulanya ingat nak pergi lepak dengan dia tp bila pk balik dia sangat sibuk so x jadi untuk kesana,so lepas tu aku jalan2 lagi tetiba aku teringat DSG kt dalam dompet aku ada $20 so aku apa lagi pergi ke money changer kat KLCC tukar DSG to RM dapat RM53.94 so oklah tu kan dari pada aku tak guna n terus simpan dalam dompet kan,so lepas dah pusing2 1 KLCC tu aku pun call kak sue untuk pergi ke opis nyer tapi kak sue mintak aku pergi sana sendiri sebab dia busy time tu, rupa2nya opis dia bersebelahan dengan KLCC jer jalan pinang iaitu bertentangan dengan Convention centre je,kak sue punya opis UOA(entah betul ke tak eh?aku lupa) punya bangunan..so aku lepak situ sampai pukul 4pm jer sebab dah boring x der apa nak buat,lepas tu balik ke KLsentral sebab salah sorang kawan aku yang ada kat KL nak jumpa so aku jalan2 ka KLsentral tetiba aku ternampak a smurf doll teringat pulak janji ku pada kawan ku untuk bagi doll tu kat dia hadiah untuk konvo dia, so call dia n then beli kan untuk dia tapi aku x cukup masa untuk ke S.Alam sebab nak jumpa kawan, lepas 30minit kawan aku call tak jadi nak jumpa sebab dia ada hal so aku ingat nak g S.Alam tapi sebelum tu balik umah n mandi dulu n sesiap pulak ke S.Alam tapi masa tu dah pukul 6 petang,terus ke KTM amik tiket ke padang jawa tgu Tren bukan main lama hampir 30minit 6.45pm aku gerak ke S.Alam oleh kerana terlalu sesak dengan orang ramai dalam tren tu tetiba lepas sampai di stesen dato' harun (kalau tak silap) tren wat hal bergerak slow mcm kekura, disitu aku terkandas hampir 20minit masa tu dah pukul 7.15pm masa yang aku ada tak sampai 1 jam sebab kawan aku tu ada kelas malam pada pukul 8pm, so aku tetap cuba untuk kesana jumpa dia sebab esok pagi2 lagi aku berangkat ke Putra sure2 dia tak datang Kl esok, so tren bergerak dengan slow sekali meredahi hujan yang lebat. masa tu lah aku bertemu dengan seorang 'abang' yang baik hati sebab dia lah banyak menjawap semuaa pertanyaan aku pasal KTM tu,aku bimbang takut tak sempat dgn masa KTM untuk aku balik ke KL lepas jumpa kawan aku, so sampai di hentian S.Alam 'Abang' ni cakap dia akan tolong aku untuk jumpa dengan kawan aku tapi time tu dah pukul 8.20pm aku cuba call kawan aku tu tapi dia da masuk kelas so dia x jawap call aku, so lepas tu dah tak der guna untuk aku teruskan perjalanan untk jumpa dia, so aku wat keputusan terus balik ke KL dan tanpa ku duga 'abang' tu cakap 'x pe saya kan temankan awak balik ke KL malam ni'.masa tu tuhan saje yang tahu dalam hati ni sangat gembira sebab ada yang datang menghulurkan bantuan disaat aku tengah kecewa, aku cerita kan tujuan aku dan kenapa aku ke sana sorang diri.dia memahami perasaan aku time tu, dia banyak bagi nasihat padaku so perjalan kami ke KL dengan komuter tidak lah seteruk tadi, kami wat keputusan untuk turun di KLsentral dan kami bercadang untuk cari kedai makan disekitar itu masa tu dah pukul 9.40pm semua kedai dah berkemas untuk tutup so kami naik tren untuk ke pasar seni kat situ kami jalan2 dan mengenali hati budi masing2, aku dapat merasa kan dia sangat serasi dengan aku(cewwwahhh)... owh ye nama dan personal pasal dirinya biarlah rahsia yer cukup lah aku bercerita tentang memory aku dengan dia,lepas tu hampir pukul 11pm dia menghantar aku kestesen bas pasar seni, dan last persalaman aku dengan nye amat sayu walaupun perkenalan kami baru beberapa jam hati ku berat untuk melihat dia pergi dan dia juga mengatakan berat untuk meninggalkan aku disitu so dia tunggu aku hingga aku naik bas. tak lama kemudian bas datang dan aku terus naik dan tanpa menoleh ke arahnya tapi dari pandangan mata ku masih dapat melihat dia masih berdiri disitu,(sedih sangat time tu tau) sampai je kat kampung bukit Angkasa aku terus menapak balik kerumah untuk berehat kan minda dan diri, sebelum tidur aku titip kan nota pada smurf doll untuk kawan ku yang berada di S.alam, dan aku hantar kan sms padanya supaya pagi esok jumpa di kL sentral,lepas tu aku andi dan borak2 dengan abang Hafiz n Kak sue sampai pukul 1am aku meminta diri untuk masuk tidur, pagi keesokan harinya aku bersiap dan terus call kawan ku tapi dia x jawap,so aku tetap berharap dia datang ke KLsentral untuk jumpa aku, abang Hafiz hantar aku kat KL sentral pada pukul 8.30am(lebih kurang lah) so aku tunggu kawan ku dan sambil call n call.. nasib baik doll tu aku serah kan pada kak sue,supaya senang untuk dia ambil hadiah tu dengan kak sue nanti,sampai pukul 9.30am aku berangkat ke Putra dengan perasaan yang bercelaru,so aku kuat kan hati agar jgn dipikir kan apa yang terjadi so aku hayun kan langkah dengan laju supaya aku tidak berubah fikiran dan sampai d PWCT aku bersarapan dan terus tgu bas untuk pulang ke kampung halaman dengan perasaan yang susah untuk aku taksir kan.. sampai dengan selamat kat rumah ku pada pukul 10pm setelah perjalanan yang jauh..mungkin itu kali terakhir aku kesana....sekian terima kasih kerana membaca dengan teliti sekali!! salam dari insan yang blur fikiran nya!! =)

'apa2 pun jadi awak tetap kawan saya'

Aku

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

so last sekali the end story ni lagu mnaa?

NadyaLee berkata...

hmmmm...kisah ini last sekali 'berkubur' sebegitu saja..huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

kalau ada sambungan kisah ni lagi best

NadyaLee berkata...

nnt tgu mood utk bercerita pnjg2...sbb malas nk ungkit benda dah lepas!! cewwahhh!!! eh awak ni sape eh? nape 'anonymous'?? nak jejak awak susah la klu mcm nih!! huh!!

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah