Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

banjir lagi tahun nih!!

22/11/2011 Balik kampung oooooo... balik kampung..hati girang!! Hahahah...selepas genap 1minggu berada diperantauan aku balik ke kampung untuk melepas kan rindu pada jauh dimata dekat dihati, bertolak stesen bas Larkin pukul 8.45pm to Kota Bharu but aku stop kat Jerteh je! Sampai pukul 6am kat depan masjid Hadhari, keadaan hujan lebat berserta ribut aku menapak dari situ ke rumah, ingat memory kecik2 dulu maen hujan. Menapak selama 6 minit je maklum lah dekat je tapi semua barang2 dalam beg basah kuyup doe, sampai je kat rumah ayah membebel la kat aku (padam muka)!so lepas tu mandi n terus tidur sampai ke pukul 10am. Aku dikejut kan oleh anak2 buah aku sebab diorang ajak aku pergi maen banjir sebab air sungai kat belakang rumah aku dah limpah so mungkin dalam 4-5 jam kampung aku dilanda banjir!! So dalam hati ni gembira sebab kebetulan balik kampung kali ni dapat maen air banjir!! Yes10x!!! Ingat nak drive kereta je gi maen air banjir tapi muatan penuh dan padat so my brother in law bagi pinjam dia punya pajero (kenderaan pacuan 4 roda) so apa lagi kami bergembira la dengan mengharungi air banjir paras peha, masa tengah2 jalan tu hujan lebat membasahi kami!! Sungguh nikmat dan sejuk macam duk UK (Ulu Keruak). So lepas tu aku dapat tahu rumah kak Na (salah sorang kakak aku) di landa banjir so aku bergegas ke tempat kejadian dan kami maen air banjir macam duk kat dalam kolam hotel 5star (aku tak la macam tu tapi anak2 buah aku je, aku tak leh basah sebab nak drive pajero nnt). Amat puas hati sebab dapat maen banjir, lepas maen air banjir masing2 lapar kebetulan kak Na rebus ubi kayu, perghhhh!!! Memang kena beb tambah2 minum air teh ‘o’ panas, macam zaman kecik2 dulu, musim hujan je my mum selalu rebus ubi kayu makan dengan kelapa parut!! Heheheheh... anak2 buah aku semua ni bertuah kerana memiliki makcik macam Kak Na. (walaupun diorng ni dah sedikit moden jika di bandingkan dari zaman aku kecik2 dulu tapi diorang still dapat merasai apa yang aku rasa masa kecik dulu apabila tiba musim hujan). Lepas tu abang Mat (suami kepada kak Na) bawak balik ikan sungai yang dia dapat dari hasil ‘tahan pukat’ kat tepi sungai, so kak Na masak nasi n goreng ikan2 tu dan kami menjamu selera bersama2, owh yer sebelum tu aku menolong kak Na siangkan ikan2 yang masih hidup tu, pengalaman yang sangat menarik dan ia mengingatkan aku pada seseorang <3 !! heheheh...lepas menjamu selera kami berehat coz masing2 da penat maen air banjir, lepas berehat kami bertolak balik dan sekali lagi kami basah sebab kena mengharungi air banjir paras peha(melalui jalan raya tau) kami parking pajero kat simpang luar sebab air terlalu dalam untuk mengharungi dengan pajero.. kat bawah ni ada gambar ketika kami bermaen air banjir!! Adios amigos aku berambus untuk kali ni yer!! Jumpa lagi!! Taking care!!!hahaha cawwww!!

   
           askar2 bermain air banjir!!

          Haris bukan maen lagi suka!!

           best kan??

           rindu dgn mereka semua!!! =(

           huhuhu!! macam dalam tasik!!


Aku

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 nite at Marina Bay

Petang ni (20/11/2011)semasa dalam perjalanan pulang dari rutin harian aku tadi aku terlihat 1 gambar ‘Marina Bay Sands’ gambar tu disnap pada sebelah malam , tetiba hatiku terdetik bila melihat gambar tu ‘wehh lawa gila Marina Bay sebelah malam’ (maklum lah dulu aku ke sana pada tengah hari so tak nampak kecantikan lampu2 kat sana) so apa lagi mula lah aku memasang plan untuk kesana pada sebelah malam, so balik rumah aku terus mandi,salin baju,makan n solat tetiba sepintas lalu gambar yang aku lihat tadi ada didalam otak aku, so masa tu pukul 5.35pm tau so Haris da balik dari mengaji tapi Haris kena wat homework Hanna pulak belum balik dari sekolah(Hanna sekolah sesi petang), so aku bosan pulak duk duduk je mengadap buku2 yang tak berape nak aku baca (kalau novel aku suka pulak baca doe) so next plan untuk ke Marina Bay, so aku bersiap2 untuk kesana aku keluar je dari bilik my abang tengah baca surat khabar kat hall dengan secara automatik dia tanya aku ‘kau nak gi mana ni?’ aku jawap sambil buka kunci pintu ‘nak gi Marina Bay sekali lagi sebab hari tu orang gi tgh hari jd hari ni nak gi tgk lampu2 kt sana.’ Haris tetiba plak muncul ‘nak ikut mok chek!’ aku pulak terpaksa bagi macam2 alasan agar tak nak Haris ikut sebab kalau Haris ikut nanti homework tak siap lagi, lepas tu my abang cakap ‘Haris pergi tukar baju dulu, ayah nak pergi mandi kejap’ aku pulak kena jadi ‘public phone’ sebab kena menanti ke’siapan’ my abang n Haris, dalam masa duk tungu tu Embok pulak panggil makan pisang goreng n teh tarik, so pe lagi aku bedal lah dulu bukan ape nanti kat Marina Bay tak perlu beli makanan lagi (kan da jimat 10$$). Lepas semua selesai tepat pukul 6.00pm kami bergerak dari rumah ke stesen bas Kaki bukit ke Eunos LRT. Sampai sana pukul 6.25pm kami terus naik LRT to CityHall lepas tu kami tukar LRT to Marina Bay perjalanan mengambil masa lebih kurang 20Minit sebab kat stesen LRT agak sibuk sebab ramai penduduk2 SG balik dari kijer!! So sampai je kat Stesen Marina Bay aku terus ajak Haris untuk jadi model n posing dengan Marina Bay Sands!!hahahha..kami sampai kat sana lebih kurang pukul 7.10pm masa tu keadaan dah hampir gelap but still dapat tgk langit yang merah (konon2 sunset) eh korang tau? banyak doe mat salleh yang ‘ensem2’ lemah langkah aku bila berhadapan dengan mereka tau!! Ok stop bercerita pasal mat salleh tu semua!! Korang tau? Penduduk2 SG sgt bagus dan amat menitik beratkan soal kesihatan mereka, setelah penat bekerja seharian di pejabat.Balik dari pejabat mereka bergegas untuk berjoging (rakyat MY ada ke?? Termasuk aku jugak K!!) aku bercerita apa yang aku nampak di kawasan Marina Bay, ada orang joging,ada mat salleh, ada yg wt photo shoot kawin (siap bercium2 lagi nasib baik Haris x nampak time tu kalau tak jenuh aku nak jelas kan pada dia), dan yang paling best sekali lampu2 pada Marina Bay!! Sgt romantik doe!! Kalau aku datang dengan pak we memang romantik!!(still mencari pak we untuk berdating kat Marina Bay!!)hahahhaha..lepas lepak2 kat area situ kami ke Bugis Street untuk makan nasi ayam!! Sangat sedap sebab kedai tu Haris selalu pergi dengan mama dia, so sangat special lah nasi ayam tu sebab my abang yang belanja!!hahaha(benda Free apa lagi balun lah jangan ada malu nanti rugi).Haris pulak makan nasi ayam dengan rakus sekali maklum lah dia memang tak suka makan nasi tapi dia suka makan nasi ayam.huhuhuhu. Banyak benda yang aku tak pernah nampak kat kampung halaman dan aku jumpai disini,(tetiba mood jakun kembali mendatang)oowh yer!!Masa kat sana aku sempat berposing dgn kamera Nset(tak mampu doe nak beli kamera DSRL) so apa2 pun sgt puas hati sebab dah sampai Marina Bay pada sebelah malam!! Yeeeehhhhaaaaa!!!!! Puas hati saya dapat bergambar disana!!hahahah,,bye2!!! Jumpa lagi di lain Entry!!Wassalam!!!!


























Aku


 Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 nite wif Hanna

(18/11/11)Hmmmm..bersambung entry yang sebelum ni? Tak de yang bersambung senarnyer saje jer nak wat suspen entry yang lepas hehehe...malam ni tak pergi mana2 just stay at home wif Hanna n Haris, malam ni kiteorang dinner dengan roti ‘perencis’ bersama kaya jem, lepas makan kiteorang lepak sambil minum teh tarik kat dapur. Lepas tu aku masuk bilik dan terus baring2 kat katil lepas tu Hanna ketuk pintu bilik dan minta izin nak masuk. Hanna masuk bilik bersama sumtim tau but aku tak tau ape nama benda tu, Hanna dapat benda tu kat sekolah dia. Hanna gunting kecik2 dan lepas tu Hanna bagi kan separuh pada aku, masa tu aku tengah blur nak buat apa dengan benda2 tu semua, tetiba Hanna tanya aku ‘what r u thinking mok chek?’ aku terpinga2 dan dengan spontan aku menjawap ‘i miss my friend kat MY’ Hanna tanya lagi ‘who?’ aku jawap nama salah sorang kawan aku yang aku rindui. Lepas tu Hanna buat sumtim dengan benda2 tu atas katil. Aku agak terkejut bila melihat apa yang Hanna buat tu, tak sangka Hanna mampu buat aku tersenyum bila melihat hasil yang dibuatnya, dan 1 demi 1 Hanna buat dan tangan aku pantas mencapai nset untuk snap pic benda yang Hanna buat tu. Hanna sangat kreatif!! Hanna cakap ‘dont be sad mok chek sebab i’m here wif u ‘ aku terus peluk Hanna. Lepas tu kami posing bersama..hehehhe..tu je yang aku nak share pada malam ni..heheh!! owh yer kat bawah ni ada gambar Hanna yang tengah buat benda tu.. semoga korang enjoy yer dengan kisah pada kali ni!! Bye2 take care!! Hmmmm..kena sambung membaca!! Arghhh!!! Bosan!!!

                                                        Hanna tengah buat Sumtim tu!!

                                                              Hanna said 'Almost done!!'

                                                          Cantik tak? Miss her so much!!

                                                                  Hanna wif her art

Aku
Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 nite in Arab Street!!

(17/11/11) Yeeehhhaaaa!!!! Akhirnya aku telah sampai ke Overseas untuk menyahut cabaran menyambung kan pelajaran ku (opsssss pelajaran kah?) pemergian ku pada kali ni agak berlainan sebab perasaan untuk menetap dan ‘memakan angin’ adalah perkara dan perasaaan yang sangat berbeza. Tiada siapa yang mengetahui kemana kah destinasi aku kan? He5x!! Ok aku ke SG la, why SG? Sebab senang untuk aku berhubung dengan family aku yang ada kat sini, sebelum ni plan untuk ke Thailand tapi kat sana ekonomi tak baik n banjir pulak kan so my abang ubah plan pada saat akhir so aku just follow je sebab dia yang menguruskan aku ke sini, sampai SG pukul 11pm sebab kami bermain2 di KL dulu n then baru bertolak dari KL to SG, no body know about this ok!! Sbb semua tak di plan langsung semua berlaku secara sepontan, aku tak update status kat FB+Twitter selama 2 hari sbb kesibukan disini. Hari pertama aku menjalani hidupku sebagai tetamu disini agak kelam kabut sebab semua nya baru bagi aku, aku menuju ke ruang belajar dengan menaiki bas bernombor 15, nasib baik EZ link aku masih berbaki more than 10SGD. Fuhhh!!! So bila time balik macam biasa lah tapi penat sangat coz dalam kelas aku banyak termenung memikirkan nak balik cepat2 coz u know what? Tak ada istilah minggu orentasi tapi minggu exam, Pelik kan? 1 minggu masuk terus exam lepas aku dibagitahu bagai mana proses pemilihan student baru ku mengerti setiap student yang mendaftar perlu menjawap basic exam dulu baru dapat reg sebagai student n baru lah proses tawaran+yuran-asrama+jadual or jurusan yang ditawarkan. Hmmmmmm so lepas tu aku meneruskan hari2 ku dengan bermodalkan tawakal!! Ok stop!! Cukup sampai disini saja aku menceritakan kehidupan aku disini yer he5x!! Owh yer pada hari ke 2 aku mengambil kesempatan untuk ‘memakan angin’ bila kat sini aku dibawa oleh my abang his son n also his daughter to Arab street untuk dinner kat sana, nasi lemak n tea tarik kat sana memang terbaek!! Memang tiptop beb!! Lepas makan n lepak2 kami ke Masjid Sultan,kami terus snap n take pic la dihadapan masjid tu (mesti korang akan cakap ‘bukan g solat tapi g snap gambar pulak kt masjid’) masa tu kami memang nak solat kat masjid tu tapi kami dibagitahu bahawa malam tu ada majlis sembahyang hajat dari ahli2 masjid so kami terpaksa mematikan hajat kami tu untuk membagi ruang kepada mereka yang terlibat, so lepas tu Hanna pulak merajuk sebab terlalu banyak berjalan mana tak nyer lepas balik sekolah tadi kami terus bertolak tanpa dia sempat mandi n makan but dia sempat tukar baju dan basuh muka k!!owh yer Hanna punya sesi persekolahan belah petang manakala Haris belah pagi so masa kami untuk bersama hanya sebelah malam, so lepas snap2 pic aku memujuk Hanna untuk balik rumah agar dia cepat boleh rehat dan dia bersetuju dan kami berjalan2 kat kawasan Arab street lepas tu kami menaiki bas untuk balik ke rumah dalam sepanjang perjalanan tu Hanna menghabiskan masa dengan tidur di peha aku (aku rasa sgt sweet time tu), kami sampai kat rumah 10.47pm semua yang ada kat rumah dah tidur time tu, so kami disambut oleh ‘Embok’ nenek kepada Haris n Hanna. Lepas masing2 tukar baju dan gosok gigi kami terus masuk ‘kandang’ untuk berehat dan tidur! Sangat lena aku tidur malam tu!! Hehehe.. (kat bawah ni ada few pic yang aku smpat snap kat sana time jalan2 kat Arab Street!! Huhuhu)


Bersambung...

       aku dan Haris

  Haris, My abang n aku

Masjid Sultan

    Hanna aku Haris




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti Vs Kitchen Helper

petang tadi 10/11/11 aku dengan anak2 buah duk lepak2 kat rumah lepas solat asar tadi tak der mood nak keluar pergi barang dapur so mintak tolong ayah beli kan barang2 dapur so bagi ayah list barang2 untuk dibeli owh ye aku selit kan bahan2 buat puding roti. so tengah tunggu ayah beli barang2 tu layan anak2 buah pergi beli ais krim. hmmmmmm..x der mood nak keluar tapi terpaksa keluar jugak, lepas tu ayah balik bawak barang2 tu..so bermula lah seorang chef masak puding roti heheheh..mula2 aku mintak tolong dari Ayunie potong roti kecik2 macam dadu, mana kala Azreen pula aku tugaskan dia uruskan 'kukusan' n 'loyan', dan kakak pulak aku mintak tolong dia uruskan daun pandan dan cuci barang2 yang dah digunkan, Azli pulak aku minta dia buat air sirap bandung..so ramai lah kitchen helper aku petang tadi, sambil2 tu jugak aku pecah kan telur 11 bijik dalam 1 bekas lepas tu masuk kan susu cair 1 tin n then 'kepuk' telur+susu cair sampai 'kembang'lepas tu masukan gula n then kacau lagi sampai hancur gula tu ye puan2!! ahahahahah!! so lepas tu amik 'loyan' yg telah disapu planta tadi campur kan roti+telur yg diadun bersama susu n gula tadi.lepas tu amik daun pandan 2-3 helai simpulkn n then letak kan di dalam adunan tersebut..so 'kukusan' tadi yang telah disediakan oleh Azreen.adunan yang aku buat tadi terlalu banyak sampai aku terpaksa buat 2 'loyan' untuk kukus puding tu tambah2 'kukusan' yang aku gunakan ni kecik je saiz nye..so dapat lah 2'loyan' puding tu. lepas 20minit puding tu dikukus sedia untuk dimakan oleh kami semua!! x sempat 1.30jam puding2 tu semua habis dimakan oleh pemakan2 yang telah bersedia..puding+air sirap bandung.hahahaha...owhhh yerr.kat bawah ni ada few pic yang sempat aku snap tadi..hehehe..tu je yang nak share untuk kali ni

                                                                     bahan2 nyer adalah!!

                                                                     Kicthen Helper

                                                             kukuskan ia untuk 20minit!!

                                                              Roti yang dipotong dadu!!

                                                            wah dah Masak!!!Yummy!!!

Ready to eat!!




Aku

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 Hari 2 Malam

pada 31hb 10 ari tu aku bertolak ke S.Alam untuk bercuti ke sana n beraya haji di Nilai bersama adik2 kat sana, so bertolak dari Jerteh pukul 10pm sepanjang dlm perjalanan kesana aku tak tidur tau coz perlu riba cup cake untuk konvo gurl, sampai sana pukul 5.30am (lebih kurang la) so call my friend to pick me up she still tidur time tu, was waiting until 7am x datang2, nasib baik hati aku ni tergerak nak mesej dia, rupa2 dia tertidur so dia tak dapat amik aku kat bus stop so aku amik Taxi ke Kondo Kristal,nasib baik pak cik taxi tu baik coz dia banyak berstory pasal keselamatan diri dan aku apa lagi promot lah bisnes aku kat pulau,last sekali dia mintak no phone bisnes aku!! yes3x!! dapat promot SeaHorse Dive Centre!! so sampai je terus ke rumah kawan aku,lepak2 kejap dengan dia n then aku tidur dan terus tidur dari pagi sampai ke petang,kawan minah salleh aku pulak duk sibuk ajak nak jumpa,so tetap kan time n tempat,lepas tu dia ckp 'see u at KLCC loby before 8.30pm' owh my god!! aku bertolak dari S.Alam pukul 5 naik tren ke kL dan lepas 45minit aku sampai ke KL(45minit tu dari masa tren bergerak dan tak dikira semasa aku tgu tren sampai),owh ye dari rumah dia ke Stesen padang jawa tadi aku telah dihantar oleh kawan ku dan sorang lagi kawan nya iaiu Hanis,so lepas sampai tu aku terus cari Taxi ke rumah sepupu kat Bukit Angkasa, time tu semua orang da balik kije!! mana sempat nak kejar ke KLCC,so sampai je kt KL sentral pukul 7pm sepupu ku tak putus2 call dan terus call bertanyakan dimana aku berada!! si kawan minah saleh pulah duk sms aku plak!! lepas tu naik LRT to Bangsar so Alhamdulillah dapat Taxi tu pun selepas 30minit berdiri dalam hujan,terus ke sana untuk mandi dan bercadang bersiap untuk keluar dengan minah saleh, sampai je sepupu ku sediakan air suam untuk ku mandi maklum lah baju ku basah kuyup disiram oleh hujan masa tunggu Taxi tadi hmmm owh yer masa dalam taxi tadi tu pak cik tu berborak dengan aku so aku apa lagi ambik peluang untuk memperomotkan Sea Horse kat bandar metropolitan ini cewwahhh!!pak cik tu mintak name card lah tapi name card aku tak ada so aku tulis kan no phone aku pada kertas dan bagi pada pak cik tu,so lepas tu sepupu ku iaitu kak sue (lupa nak kenal kan nama sepupuku) pulak ajak makan malam bersama2 tengah2 makan tu tetiba nset ku berbunyi n tertera diskrin 'Ayah' so lepas tu aku mendapat khabar my mum masuk wad so ayah cakap balik secepat mungkin..dalam hati rasa serba salah sebab dah janji dengan adik2 kat Nilai nak beraya kat sana tahun ni tapi terpaksa balik kampung,so ingat lepas makan tu terus nak gerak gi KLCC tapi hujan, so mesej kat minah saleh tu 'i'm late coz stuck in the mindle of the way' hahaha...baring2 kejap lepas tu entah masa mana aku terlelap aku tengok jam dah pukul 10.30pm n manakala sms/call dari dia lebih 10 missed col!! alahai Megan!! mintak maaf banyak2 sebab penat!! so sambung tido pukul 8.30am bangun setelah dikejutkan oleh kak sue, kak sue kejutkan aku sebab semalam sebelum aku tido aku berpesan pada kak sue'tolong kejutkan orang coz nak g cari tiket balik Trg coz maa masuk wad' so lepas bersiap2 pukul 9am kami menapak ke busstop dan waiting for the bus no U74 untuk ke stesen LRT Bangsar,sampai je kami terus naik LRT menuju ke destinasi masing2.. kak Sue ke Opis nyer manakala aku ke masjid Jamek n change Tren to PWTC untuk beli tiket balik kampung!! sampai di stesen PWTC aku menapak lah sikit untuk beli tiket tu fuhhh!!!nasib baik tiket bas ada lagi tapi tu hanya ke Kuala Terengganu je tapi apa2 pun ok lah tu kurang2 ada jugak tiket,lepas tu aku wat keputusan nak jalan2 ke KL dulu sebelum balik rumah kak sue, tapi bila x der tempat dituju aku terus wat keputusan untuk balik rumah kak sue,so aku pun naik lah LRT utk balik ke Bangsar, sampai je di stesen LRT Bangsar phone berbunyik lagi kali ni tertera di skrin'Abang Hafiz' suami kepada kak sue, dia tanya destinasi ke mana lepas ni,so aku pun borak2 dengan dia lepas tu dia ckp kalau tak nak balik rumah pergi je ke opis kak sue kat KLCC,so aku pun x jadi balik so beli tiket untuk ke KLCC so sampai disana aku tak jadi untuk terus naik ke opis kak sue so jalan2 kat KLCC dulu masa tu dah hampir pukul 1pm,tak banyak barang aku beli utk kali ni ia itu MP3 Player 2GB kat travell shop di KLCC harga nya boleh tahan jugak beb,nasib baik ada ATM yang berhampiran..hahahahaha..so lepas tu terasa perut ku lapar, owhhh patut lah lapar coz belum bekpes sekrang ni dah nak masuk pukul 2pm, lepas tu cari apa yang diisi kan dalam perut mataku tertumpu pada noodle station kat situ so order 2 menu iaitu Mee Udang n Mantan Fried noodle. mana kala air bandung aku balun untuk kali ni,alahai lambat nyer masa berlalu nak kemana lagi ni tetiba aku teringgatkan kawan ku yang duk S.Alam pada mulanya ingat nak pergi lepak dengan dia tp bila pk balik dia sangat sibuk so x jadi untuk kesana,so lepas tu aku jalan2 lagi tetiba aku teringat DSG kt dalam dompet aku ada $20 so aku apa lagi pergi ke money changer kat KLCC tukar DSG to RM dapat RM53.94 so oklah tu kan dari pada aku tak guna n terus simpan dalam dompet kan,so lepas dah pusing2 1 KLCC tu aku pun call kak sue untuk pergi ke opis nyer tapi kak sue mintak aku pergi sana sendiri sebab dia busy time tu, rupa2nya opis dia bersebelahan dengan KLCC jer jalan pinang iaitu bertentangan dengan Convention centre je,kak sue punya opis UOA(entah betul ke tak eh?aku lupa) punya bangunan..so aku lepak situ sampai pukul 4pm jer sebab dah boring x der apa nak buat,lepas tu balik ke KLsentral sebab salah sorang kawan aku yang ada kat KL nak jumpa so aku jalan2 ka KLsentral tetiba aku ternampak a smurf doll teringat pulak janji ku pada kawan ku untuk bagi doll tu kat dia hadiah untuk konvo dia, so call dia n then beli kan untuk dia tapi aku x cukup masa untuk ke S.Alam sebab nak jumpa kawan, lepas 30minit kawan aku call tak jadi nak jumpa sebab dia ada hal so aku ingat nak g S.Alam tapi sebelum tu balik umah n mandi dulu n sesiap pulak ke S.Alam tapi masa tu dah pukul 6 petang,terus ke KTM amik tiket ke padang jawa tgu Tren bukan main lama hampir 30minit 6.45pm aku gerak ke S.Alam oleh kerana terlalu sesak dengan orang ramai dalam tren tu tetiba lepas sampai di stesen dato' harun (kalau tak silap) tren wat hal bergerak slow mcm kekura, disitu aku terkandas hampir 20minit masa tu dah pukul 7.15pm masa yang aku ada tak sampai 1 jam sebab kawan aku tu ada kelas malam pada pukul 8pm, so aku tetap cuba untuk kesana jumpa dia sebab esok pagi2 lagi aku berangkat ke Putra sure2 dia tak datang Kl esok, so tren bergerak dengan slow sekali meredahi hujan yang lebat. masa tu lah aku bertemu dengan seorang 'abang' yang baik hati sebab dia lah banyak menjawap semuaa pertanyaan aku pasal KTM tu,aku bimbang takut tak sempat dgn masa KTM untuk aku balik ke KL lepas jumpa kawan aku, so sampai di hentian S.Alam 'Abang' ni cakap dia akan tolong aku untuk jumpa dengan kawan aku tapi time tu dah pukul 8.20pm aku cuba call kawan aku tu tapi dia da masuk kelas so dia x jawap call aku, so lepas tu dah tak der guna untuk aku teruskan perjalanan untk jumpa dia, so aku wat keputusan terus balik ke KL dan tanpa ku duga 'abang' tu cakap 'x pe saya kan temankan awak balik ke KL malam ni'.masa tu tuhan saje yang tahu dalam hati ni sangat gembira sebab ada yang datang menghulurkan bantuan disaat aku tengah kecewa, aku cerita kan tujuan aku dan kenapa aku ke sana sorang diri.dia memahami perasaan aku time tu, dia banyak bagi nasihat padaku so perjalan kami ke KL dengan komuter tidak lah seteruk tadi, kami wat keputusan untuk turun di KLsentral dan kami bercadang untuk cari kedai makan disekitar itu masa tu dah pukul 9.40pm semua kedai dah berkemas untuk tutup so kami naik tren untuk ke pasar seni kat situ kami jalan2 dan mengenali hati budi masing2, aku dapat merasa kan dia sangat serasi dengan aku(cewwwahhh)... owh ye nama dan personal pasal dirinya biarlah rahsia yer cukup lah aku bercerita tentang memory aku dengan dia,lepas tu hampir pukul 11pm dia menghantar aku kestesen bas pasar seni, dan last persalaman aku dengan nye amat sayu walaupun perkenalan kami baru beberapa jam hati ku berat untuk melihat dia pergi dan dia juga mengatakan berat untuk meninggalkan aku disitu so dia tunggu aku hingga aku naik bas. tak lama kemudian bas datang dan aku terus naik dan tanpa menoleh ke arahnya tapi dari pandangan mata ku masih dapat melihat dia masih berdiri disitu,(sedih sangat time tu tau) sampai je kat kampung bukit Angkasa aku terus menapak balik kerumah untuk berehat kan minda dan diri, sebelum tidur aku titip kan nota pada smurf doll untuk kawan ku yang berada di S.alam, dan aku hantar kan sms padanya supaya pagi esok jumpa di kL sentral,lepas tu aku andi dan borak2 dengan abang Hafiz n Kak sue sampai pukul 1am aku meminta diri untuk masuk tidur, pagi keesokan harinya aku bersiap dan terus call kawan ku tapi dia x jawap,so aku tetap berharap dia datang ke KLsentral untuk jumpa aku, abang Hafiz hantar aku kat KL sentral pada pukul 8.30am(lebih kurang lah) so aku tunggu kawan ku dan sambil call n call.. nasib baik doll tu aku serah kan pada kak sue,supaya senang untuk dia ambil hadiah tu dengan kak sue nanti,sampai pukul 9.30am aku berangkat ke Putra dengan perasaan yang bercelaru,so aku kuat kan hati agar jgn dipikir kan apa yang terjadi so aku hayun kan langkah dengan laju supaya aku tidak berubah fikiran dan sampai d PWCT aku bersarapan dan terus tgu bas untuk pulang ke kampung halaman dengan perasaan yang susah untuk aku taksir kan.. sampai dengan selamat kat rumah ku pada pukul 10pm setelah perjalanan yang jauh..mungkin itu kali terakhir aku kesana....sekian terima kasih kerana membaca dengan teliti sekali!! salam dari insan yang blur fikiran nya!! =)

'apa2 pun jadi awak tetap kawan saya'

Aku

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah