Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Meriam Binti Ali

Assalamualaikum semua aku ucap kan. Pada kali ini tak ada apa untuk aku kongsi just nak bagitahu pada kamu2 yang masih belum tahu cerita pasal my mum. Pada 16 Dec yang lalu ibu kesayangan aku telah kembali ke rahmatulah setelah koma selama 3 hari. Pada hari Sabtu 9 Dec aruah mengadu pada yang arwah sakit perut, jadi aku dengan kak long bawak kan aruah pergi hospital Besut dan arwah ditahan di wad kerana doktor khawatir sesak nafas arwah kembali. Pada malam pertama kak long yang tunggu arwah, menurut kak long aruah tak tidur pada malam tu kerana sakit perut dan keesokkan hari nya 10 Dec pukul 9am giliran aku yang tunggu dan malam kedua iaitu hari isnin 11 Dec kak Na yang tunggu menurut kak NA arwah tidur dengan nyeyak sebab sakit perut yang beliau alami dah semakin berkurangan. Pada hari selasa hari ketiga 12 Dec giliran aku yang tunggu tapi pagi tu aku sedikit terlewat dan sedikit alpa untuk ke hospital manakala anak buah aku yang pergi hospital untuk menggantikan aku kesana. Lepas 20minit anak buah aku tunggu keadaan aruah makin parah kerana sesak nafas dan aku bergegas ke hospital masa tu aruah masih sedar dan sempat menjawap pertanyaan aku. tangan kami sempat berpaut sebelum nurse minta aku keluar dan duduk disebalik tabir kerana doktor nak salurkan oksigen pada aruah. Setelah 30minit doktor meminta kebenaran utk memasuk kan wayar kedalam paru2 aruah dalam masa tu semua adik bradik smua datang termasuk sepupu2 yang terdekat sampai kat hospital. Ayah menyerahkan semua kepada doktor ‘buat yang terbaik’ tu yang ayah jawap bila doktor tanya. Aku dapat merasakan perasaan ayah masa tu. Keadaan aku masa tu tak usah dikatakan lagi hanya mampu mengalir kan air mata kerana melihat keadaan aruah yang dipenuhi wayar2 pada badan aruah. Setelah 1 jam doktor memanggil waris2 dan berbincang pasal pemindahan aruah ke hospital besar Kuala Terengganu. Hanya seorang saja waris dibenarkan naik bersama di dalam ambulans, aku yang naik ambulans dan kami bertolak dari hospital Besut 2.30pm dan sampai disana 3.45pm. setelah sampai disana aku keseorangan diluar wad kerana kakak2 aku on da way kesana. Setelah 20minit aku tunggu tetiba aku melihat salah seorang mak cik aku datang. Masa tu Allah saja yang tahu bertapa lega nya hati aku ni. Bayangkan dari pagi ke petang sebiji nasi pun aku tak makan hanya air kotak je yang aku sempat minum. Selepas tu baru lah kakak2 aku yang lain tiba disana dan aku dibawa ke kantin untuk makan. Aku memang lapar tapi sedikit pun tak ada selera untuk aku makan tepat pukul 6petang aruah dimasukan kedalam wad ICU. Hari pertama kami tidur disana hanya berbantal kan lengan dan beralas kan tikar. Kak Long, kak na, Kak Ni, Sulah n aku tak kisah pasal semua tu. Kami tumpang mandi di wad lain sebab tandas di wad ICU hanya untuk staff sahaja. So malam tu tiada apa perubahan pada aruah hanya pejam mata dan tidur,pada pagi tu Linda iaitu kakak aku yang stay kat Melaka pun sampai so kami berenam tinggal bersama dihospital. Kami dibenarkan melawat aruah 3kali dalam 1 hari iaitu pagi,petang dan waktu subuh. Pada tengah hari 13 Dec aruah masih tetap sama dan tiada apa perkembangan dan keadaan kami disana pun tetap sama Cuma tak cukup tidur je. Pada 14 Dec tengah hari aruah sedar dan aku dengan kak Na adalah orang yang pertama aruah tengok dan aruah bertanya aku ‘dimana? Dan aku menjawap ‘Terengganu’ aruah angguk dan senyum. Lepas tu aruah mengadu lengguh dan sakit. Aku hairan kenapa doktor mengikat tangan aruah. Aku sempat mencium tangan aruah sebelum aku keluar kerana aku tak sanggup melihat keadaan aruah sebegitu. Pada hari tu ramai anak saudara aruah datang melawat aruah dan sempat lah aruah melihat mereka semua. Kami merasa lega dan kak Long dan kak Na balik kerana keadaan aruah dah stabil. Lepas tu semua kembali tenang dan ada yang dah balik kerana melihat keadaan aruah dah stabil malam tu yang tinggal di sana Aku,Kak ni dan Linda kami tidur dengan nyeyak sekali, pada pagi 15 Dec kak Ni telah masuk melawat aruah dan doktor mencerita kan keadaan aruah yang semakin teruk dalam hati kami terkejut kerana semalam keadaan aruah sangat stabil tapi pagi ni aruah kembali tak sedarkan diri. Doktor nasihat kan kami jangan pergi jauh2 dan baca lah surah Yasin agar aruah mendengar disaat-saat terakhirnya. Jadi pada tengah hari semua adik beradik kami berkumpul kecuali Abang Din. Kami bergilir-gilir membaca surah Yasin termasuk sepupu aku iaitu Huzaimi,Maisarah dan Din. Akhirnya aruah dapat mendengar bacaan Yasin dari anak buah aruah yang belajar di Mesir kerana masa aruah sihat aruah selalu bagitahu aku yang aruah teringin nak mendengar anak buahnya mengaji. Menurut Din semasa dia membaca surah Yasin dia melihat aruah mengalirkan air mata. Semasa Din menceritakan detik itu air mata aku kembali mengalir keluar. Itu yang aku mampu lakukan seluruh jiwa dan raga ku bagaikan kosong. Pada 15 Dec malam tu kami Berjaga kerana doktor mengatakan tiada harapan untuk aruah kembali stabil. Tepat pada pukul 3.35am kami dipanggil kerana aruah tengah nazak. Kami dibenarkan masuk dan kami duduk disekeling aruah. Kami ajarkan aruah mengucap dan ayah sue iaitu pak cik kami membaca surah Yasin. Keadaan berlanjutan hampir 3jam dan tepat pada 6.50am aruah pergi untuk selama-lamanya. Aku redha dan pasrah dengan pemergian aruah. Aku menghibungi kawan2 terdekat dan aku menerima banyak ucapan takziah dari mereka. Terima kasih aku ucapkan. Lepas segala urusan selesai kami bertolak balik kerumah dan keadaan dirumah sangat pilu menyambut kepulangan kami.hujan renyai memyambut kepulangan kami. Anak2 buah aku datang memeluk aku dan bertanyakan pasal aruah aku tak dapat menjawap pertanyaan mereka. setelah selesai semuanya pada pukul 12.30 aruah siap dikafan kan. Aku mengambil kesempatan untuk mencium aruah untuk kali terakhir aku kuatkan hati agar jangan menagis ketika mencium jenazah. Setelah semua ahli keluarga mencium jenazah. Kami bergegas pergi ke kubur tetapi aku tak dapat pergi sebab tetamu dirumah masih lagi ramai. Jenazah disembahyangkan selepas solat jumaat di masjid hadhari. Tepat pukul 2pm bacaan talkim selesai dan semua melangkah balik. Selepas itu hujan lebat membasahi bumi. Alhamdulillah semua berjalan lancar Allah mempermudahkan segala urusan semoga roh aruah tenang disana dan ditempat kan orang2 yang beriman. Al-fatihah... T_T


     Meriam Bt Ali

               Masa ni  arwah Maa sedang Tidur dalam ambulans

  I love You so much Maa!! rindu Maa sangat2!!

Aku

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 ulasan:

Farah Kamarudin berkata...

al fatihah..
muke maa u same as my mak angkat. T i bawak u jumpe die.

NadyaLee berkata...

dear Farah

really? i wanna see her.. A.S.A.P boleyh tak? sebab mungkin sy boleh lepas kan rindu yang membuak2 pada mak angkat awak.. hope u read this mesej beb!!

Farah Kamarudin berkata...

just datang sini okay. t i bawak u jumpe die.

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah