Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

24 May 1988 - 24 May 2012

Pada tahun 1988 tangal 24hb Mei aku dilahirkan di hospital HUSM Kubang Kerian Kelantan, nama ibu ku Hajah Meriam Bt Ali manakala Ayah ku pula Haji Ghazali Bin Abbas. aku dilahir kan pada 11.35am, dan berat aku masa tu 2.15kg menurut ibu ku doktor yang menyambut kelahiran ku adalah doktor wanita yang bernama 'Noor'. Menurut ibu ku semasa aku kecil dulu aku dijaga oleh pihak hospital selama 2 minggu kerana paru-paru aku dijangkiti kuman oleh itu aku disuap susu melalui hidung selama aku ditahan di wad.masa tu ibuku sudah dibenarkan pulang. selepas 2minggu aku dibenarkan pulang kerumah. aku semakin sihat dan ceria kata ibuku. Tetapi selepas hari ke 40 aku mula menangis dan menangis hendak di pendek kan cerita aku dibawa ke rumah Tok Chik di Kg.Cherang Ruku Pasir Puteh disitu aku dipakai kan rantai benang warna kuning  di leher,kaki dan tangan kiri dan ditukarkan nama panggilan 'Rohani'. Jadi sejak itu aku dipanggil 'Ani' oleh keluarga dan saudara mara.begitu lah kisah aku yang dicerita kan oleh arwah Hajah Meriam Bt Ali. pada 24 Mei yang lepas aku menyambut hari kelahiran ku bersama keluarga tersayang, majlis berlangsung pada malam nya. sangat meriah walaupun majlis tersebut dihadiri oleh keluarga aku sahaja. Kek yang aku tempah untuk majlis tersebut adalah tiramitsu dan cup cake vanila n coklat selain dari kek aku menyediakan bihun goreng ,hot dog dan ayam bakar untuk dijamu kepada para tetamu. aku meletak kan syarat pada tetamu. 
'wajib ikut warna tema, warna tema pada malam ni adalah biru dan purple' 
Alhamdulillah semua yang datang pada malam itu semua mengikut warna tema majlis.Terima kasih pada C'ah kerana melayan karenah aku yang cerewet dengan permintaan yang macam2 dengan nya!! terima kasih  banyak2 kepada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis aku pada kali ni.terutama sekali ayah!! sebab ayah yang sponsor kek!! ahahahah. ok babai!!

C'Ah Cuppy Cake  <--- ni nama pembuat Kek aku!! (lokasi dihadapan kedai beliau)

 Adik bersama kek tiramitsu

 Hot Dog stick!!

Choclate Cup kek

 My kek!!

 para tetamu melayan diri sendiri
(Aidie,K.Nie,Miera & Pok Zul)

See!! semua pakai baju warna biru!! love my older sisters sangat2!! =)

 My female sibling!!
(Belakang dari kanan : Linda,Kak Ni & Kak)
(Depan dari kanan : Aku & Kak NA)

dapat hadiah!!! terima kasih semua!!


The End

Nadya


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah