Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Saya sayang ayah saya bany banyak VI

Hello!! aku dah mula gila nak publish apa yang aku tulis!! hahaha..selepas aku balik dari Songkhla petang tu aku terus balik ke rumah abang Nan. Sementara waiting kak Yam dan family nya balik dari Kampus aku an ayah solat asar dan tidur untuk seketika maklum lah sehari suntuk berjalan bagai nak rak. pukul 5.30pm kami semua berangkat pulang ke Yala. Sampai di Chenai kami stop untuk makan malam kat situ aku dibari peluang untuk pilih menu. bila aku tengok menu yang dibagi oleh pelayan kedai tu mata ku jadi juling sebab tak tau nak baca tulisan belit-belit tu semua gelak kan aku, sejak hari tu aku dah mula nak belajar membaca tulisan belit-belit tu.hahahaha.. Aku memilih menu semua yang ada kat bawah setelah selesai makan kami meneruskan perjalanan kami untuk pulang ke Yala. Kami sampai di Yala pukul 9Malam. Malam tu macam biasa lah aku tido dan tido..ZZzzZZZzzzzzZZZzZzz....Kalau di ikut plan asal aku dan ayah balik keesokan harinya tapi ayah Sue tak bagi kami balik lagi.Tetapi selepas dipujuk ayah terpaksa akur dengan pujukan ayah Sue, Makanya aku dan ayah stay lagi untuk 1 hari..nampaknya kedatangan kami disukai ramai..hahahah!!!


 Sup daging Lembu yang sedap sampai meleleh!!

 Daging goreng Merah kering

 Sambal belacan n ulam ulaman

Sotong goreng bersayur

Pada malam last aku ada disini aku kami berbeku kan makanan segera yang baling best perut lembu yang ada nasi jeruk didalam nya.wah!! sangat sedap sehingga menjilat jari!! aku habis kan semua perut lembu yang dibeli oleh abang Lah!! ahahaha.. memang sedap weh!! Aku rindu sangat nak makan perut lembu tu lagi!! Owh ye sebelum tu aku makan Cendol pandan yang sangat lemak dan berkrim!! mana tak naik berat badan aku ni sebab asek makan je!! ngee!!!! peace yo!!! begitu lah kisah perjalanan aku dan ayah ke Thailand yang merupakan tempat asal nenek moyang aku. aku mula merindui kampung halaman nenek moyang ku. aku harap ini bukan kali terakhir untuk aku ke sana.. sekian..kita berjumpa dilain entry..bye2!!

 Cendol Pandan!!! 

 Waiting to Eat!!

My perut lembut tengah dibakar!! wallah!!! sedap!!!

The End....

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

24 May 1988 - 24 May 2012

Pada tahun 1988 tangal 24hb Mei aku dilahirkan di hospital HUSM Kubang Kerian Kelantan, nama ibu ku Hajah Meriam Bt Ali manakala Ayah ku pula Haji Ghazali Bin Abbas. aku dilahir kan pada 11.35am, dan berat aku masa tu 2.15kg menurut ibu ku doktor yang menyambut kelahiran ku adalah doktor wanita yang bernama 'Noor'. Menurut ibu ku semasa aku kecil dulu aku dijaga oleh pihak hospital selama 2 minggu kerana paru-paru aku dijangkiti kuman oleh itu aku disuap susu melalui hidung selama aku ditahan di wad.masa tu ibuku sudah dibenarkan pulang. selepas 2minggu aku dibenarkan pulang kerumah. aku semakin sihat dan ceria kata ibuku. Tetapi selepas hari ke 40 aku mula menangis dan menangis hendak di pendek kan cerita aku dibawa ke rumah Tok Chik di Kg.Cherang Ruku Pasir Puteh disitu aku dipakai kan rantai benang warna kuning  di leher,kaki dan tangan kiri dan ditukarkan nama panggilan 'Rohani'. Jadi sejak itu aku dipanggil 'Ani' oleh keluarga dan saudara mara.begitu lah kisah aku yang dicerita kan oleh arwah Hajah Meriam Bt Ali. pada 24 Mei yang lepas aku menyambut hari kelahiran ku bersama keluarga tersayang, majlis berlangsung pada malam nya. sangat meriah walaupun majlis tersebut dihadiri oleh keluarga aku sahaja. Kek yang aku tempah untuk majlis tersebut adalah tiramitsu dan cup cake vanila n coklat selain dari kek aku menyediakan bihun goreng ,hot dog dan ayam bakar untuk dijamu kepada para tetamu. aku meletak kan syarat pada tetamu. 
'wajib ikut warna tema, warna tema pada malam ni adalah biru dan purple' 
Alhamdulillah semua yang datang pada malam itu semua mengikut warna tema majlis.Terima kasih pada C'ah kerana melayan karenah aku yang cerewet dengan permintaan yang macam2 dengan nya!! terima kasih  banyak2 kepada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis aku pada kali ni.terutama sekali ayah!! sebab ayah yang sponsor kek!! ahahahah. ok babai!!

C'Ah Cuppy Cake  <--- ni nama pembuat Kek aku!! (lokasi dihadapan kedai beliau)

 Adik bersama kek tiramitsu

 Hot Dog stick!!

Choclate Cup kek

 My kek!!

 para tetamu melayan diri sendiri
(Aidie,K.Nie,Miera & Pok Zul)

See!! semua pakai baju warna biru!! love my older sisters sangat2!! =)

 My female sibling!!
(Belakang dari kanan : Linda,Kak Ni & Kak)
(Depan dari kanan : Aku & Kak NA)

dapat hadiah!!! terima kasih semua!!


The End

Nadya


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya sayang ayah saya banyak banyak V

entry yang lalu aku stop pada story about menziarahi saudara mara ayah di Yala kan? ok pada kali ni aku nak sambung cerita pasal perjalanan aku ke Hatyai selama 2hari 1malam. aku kesana dibawa olek Kak Yam anak kepada ayah Sue.Kebetulan Kak Yam ke Hatyai untuk mendaftar kan anak nya di Universiti Sikarin Hatyai  Hospital .Kami bertolak ke Hatyai pada tengah hari selepas hampir 2 jam perjalanan kami selamat sampai di rumah anak Ayah Sue iaitu Abang Nan,Selepas solat Asar kami dibawa bersiar-siar ke bandar Hatyai. Aku dibawa ke pasar terapung ianya sangat menarik perhatian aku banyak barang2 yang dijual sangat murah dan sukar didapati di Malaysia dan yang paling best adalah sampan yang menjual pelbagai makanan yang langsung tak ada di Malaysia.
 Kami bergambar di 'Floating Market'.
Dari kiri: Abang Suh(suami Kak Yam),Adik Wanee(Anak Kak Yam),Aku,Ayah,Abang Nan,
Adik Phim(anak Abang Nan) dan Kak yam

 Pasar Terapung di ambil dari pandangan atas.

 My model yang handsome!!

 'This Way to floating market' (aku main hentam jer)

 Sila pilih yang mana anda suka 1batang 10bath A.K.A RM1

 Air kelapa yang dijual dalam pasu untuk mengekal kan suhu air kelapa 

 Pasu-Pasu yang aku pilih!! 
Doraemon aku punya manakala bentuk pasu bunga tu ayah punya

Fish Cake bakar dan dimakan didalam daun pisang

Setelah siap membeli belah dipasar terapung tersebut kami ke meja yang disedia kan untuk menjamu makanan yang di beli. setelah 1 jam kami melepak selepas itu kami ke pasar menjual barang2 yang murah,setelah itu kami pulang bertolak ke Night market Hatyai, disana kebanyakan pengunjung pada hari tersebut orang Malaysia so masa kat pasar malam ni aku bagaikan berada di Malaysia kerana ramai yang bertutur dalam bahasa Malaysia dan jangan terkejut pulak kalau korang pergi kesana nanti ada penjual yang boleh bertutur bahasa kita (aku pura2 tak terkejut setelah aku mendengar mereka bertutur bahasa Malaysia sebab Abang Nan sentiasa mengingatkan aku jangan sesekali bertutur dalam bahasa Malaysia jika ada jurujual yang bertanya dalam bahasa Malaysia, ini untuk mengelakan dari kena 'Sembelih' ).So lepas berjalan2 di pasar malam sekali lagi aku diajak menjamu selera. Mee teaw Thaipaloo itu adalah nama menu yang masih aku ingat sebab namanya boleh aku sebut manakala ayah pulak mencuba nasi minyak..Ngeeee..setelah makan malam di pasar tersebut kami balik kerumah Abang Nan yang memakan masa hampir 20minit dari bandar Hatyai.Malam tu kami tidur dengan nyeyak.

 Oleh kerana tempat ini sentiasa di kunjungi oleh orang Malaysia
(Ada signboard dalam bahasa Malaysia)

 Nasi Minyak Ayam Goreng (ayah punya)
Mee Teaw Thaipaloo!! ada kengkaki (kaki ayam) 

Pada esoknya kami berangkat ke Universiti Sikarin Hatyai  Hospital. Sementara Kak Yam,suami nya dan anak nya menunggu proses mendaftar manakala aku,ayah dan Abang Nan ke Pantai Songkhla yang mempunyai ikan Duyung yang dibuat dari tembaga,patung ini dibuat pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus yang merupakan seorang pensyarah di kolej seni & kraf di Bangkok pada ketika itu.Kisah ni dicerita kan oleh Abang Nan sendiri kepada aku so kalau korang rasa kisah ni tak logik jadi abaikan je k. banyak jugak aku snap Pic kat situ owh ye selain dari patung Duyung ada patung Tikus dan Kucing (Tom n Jerry). Tujuan mereka membuat patung2 tersebut  semperna nama pulau yang berhampiran dengan pantai Songkhla.Kat sana pun ramai pelawat dari Malaysia yang paling best kat sana aku makan ais krim kelapa muda, anak kepada abang Nan ni manja dengan aku tapi aku tak faham apa yang dia cakap kan. Abang Nan selalu jadi jurubahasa aku dengan anak nya,dari Kampus Universiti Sikarin ke Songkhla kami singgah sembahyang di masjid Asasul Islam yang merupakan Masjid yang pertama dibina dan paling tua di bandar Songkhla.


Masjid yang paling tua di Songkhla

Ayah & Aku

Cuba teka apa yang ditulis tu?? (Pantai Songkhla)

Cuba cari aku dimana? 

Peminat Ikan duyung menanti giliran untuk bergambar

Anak Abang Nan dengan Ais krim Kelapa muda yang aku cakap kan tadi

to be continued....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Sayang Ayah Saya Banyak-Banyak iv

Pada keesokan harinya tu kami bertolak balik ke Yala. hati aku menjadi sayu bila kami melangkah keluar dari hotel tersebut makumlah kami berada disana selama 3hari 2 malam cukup banyak memory aku disana. selepas 8jam perjalanan kami maka selamat sampai kami di rumah ayah sue. malam tu makan malam dan masing2 masuk tidur.esok nya sebelah pagi aku tak ada plan apa2 just lepak kat rumah je dan melepak di kedai Abang Lah, aku memesan mee sedap yang pedas.. airmata aku sangat murah bila makan makanan yang pedas, meleleh2 keluar merentasi pipi gebu ku ini.owh ye pada petang tu ayah sue telah membawa ayah dan aku ke rumah kakaknya yang tak jauh dari rumahnya disana ada baby yang bernama Nur Jannah, cantik kan nama dia? Cahaya Syurga yang membawa erti yang begitu bererti, selepas melawat rumah kakak ayah sue, kami terus dibawa ke rumah Anak ayah sue yang bernama Kak Rohani, anak2 dan suami Kak Rohani tak boleh bertutur bahasa melayu, well macam biasalah aku, hanya senyum dan senyum. dalam masa yang sama Kak Rohani telah menjemput sepupunya untuk datang ke rumah nya (anak kepada kakak ayah sue yang aku melawat tadi) nama nya Fatima manakala kak Fatima ni datang bersama anak lelaki beliau yang handsome,adiknya yang ayu dan suami nya..so kat rumah kak Rohani kami dijamu dengan menu laksa kuah lemak yang pedas. aku agak malu dengan waris aku disana kerana penampilan mereka cukup sempurna jika dibandingkan dengan aku yang agak selamba.. hewhewhewhew...okey entry untuk kali ni aku stop kat sini dulu yer sebab aku dah kering kata2 untuk menulis mengenai percutian aku.Next entry aku akan menceritakan perjalanan kami ke Hatyai pulak yer!! Babai

Mee sedap + perut lembu!! Ngeee!!!

 Nenek ni kakak kepada ayah sue manakala baby ni nama nya 'Nur Jannah'

Dari kiri Kak Fatima,Anak lelaki nya yang handsome dan suami

Dari kanan :
Kak Fatima,Suami (kak Fatima),Ayah,Aku,Ayah Sue,Kak Rohani dan Kak Ayu (adik kepada kak fatima)


to be Continued...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saya sayang ayah saya banyak-banyak III

entry yang sebelum ni aku stop di perjalan aku di pantai kerang kan? okey selepas tu kami pun berangkat pulang ke hotel untuk berehat selepas berjalan dan bershupim sepanjang hari yang panas!! Kami semua mati sementara selepas sampai di hotel dan aku yang bangun paling lewat pada hari tu, pada pukul 9.40 am aku dikejutkan oleh kak Aini (isteri abang Zul) di kejutkan aku untuk ke Pasar dan dobi kerana aku punya baju kotor dah berlanbak2 waiting to wash, oleh itu aku kesana dengan keadaan tidak mandi(pengakuan berani mati) aku hanya sempat basuh muka dan gosok gigi untuk kepasar, sampai dipasar aku hampir terkejut kerana pasar nya sangat besar dan luas semestinya ramai peniaga yang berniaga makanan,ikan2,sayur-sayuran,buah-buahan,dan seafood dan yang paling best iaitu 'pork' dan seangkatan dengan nya!! disana aku ditanya dengan macam2 soalan yang aku tak faham, maklum lah aku ni tak tahu berbahasa Thai manakala yang berniaga tu pulak tak tahu berbahasa melayu dan English, aku hanya senyum sepanjang masa apabila ditanya.(macam orang tak betol pun ada nila senyum2 je). selepas membeli makan mentah tu aku dipelawa untuk makan laksa Thai 


Ketam bekam yang masih hidup!! 

Majoriti peniaga2 kat sana beragama islam (pasar Krabi)

 Perasan tak kat atas sana ada sign board 'Pork'!! diasingkan dari tempat peniaga muslim

Ikan yang besar lagi segar!! sila lah pilih yer!!

 Laksa Thai yang sangat sedap dan semestinya pedas nak mampos!! 

Kuah lemak bersama sayur yang aku tak tahu namanya (dimakan bersama Laksa tadi)


Selepas itu kami pergi dobi dan meninggalkan baju untuk dibasuh. Kak Aini dan Abang Zul telah membawa aku ke rumah kawan nya untuk memasak makanan2 mentah yang kami beli di pasar tadi. Disana aku terkejut apa bila rumah kawan nya itu membuat batik dan batik-batik tu sangat menarik perhatian aku sementara aku menunggu Kak Aini memasak aku  melihat proses untuk membuat batik tu. kawan kak Aini tu aku tak tahu nama dia sebab dia tak tahu nak bercakap bahasa Melayu. kami bercakap dalam bahasa isyarat, mereka bagi aku hadiah batik 'Memory of Krabi'. diorang ni salah tulis bulan, sepatut nya April tetapi dibuat March.

Kain Putih yang dilukis dengan Lilin (apakah gambar tersebut?)

 Abang Batik bersama Anak nya yang bernama Usni

Abang Batik berbincang dengan Kak Aini mengenai Batik tersebut 

Bermain dengan tona Warna terlebih dahulu

 Masuk kan Warna biru untuk Air 

Proses seterusnya masuk kan warna Biru untuk Langit or awan

Done!!!

Perasan tak ada kesilapan? 'March' sepatutnya 'April'.. 
banyak kenangan dalam hidup aku pada bulan 'April'

Selepas semua siap dan selesai kami berangkat pulang ke Hotel untuk makan tengah hari di tepi pantai, sebab kak Aini buat tomyam,Ikan sumbat lada,Air Asam dan kerang Krabi nak tahu kenapa ia dipanggil kerang Krabi? sebab nya only at krabi je ada kerang tu, sedap dan kami sangat enjoy apa bila makan tengahari tu dijamu dibawah pokok rhu dan berhadapan dengan laut!! sangat sepoi2 bahasa si angin melintasi kami(semestinya aku sudah mandi). lepas metekedarah aku berjalan ditepi pantai dengan Usni dan aku menemani nya membuat Snowman dengan pasir, walaupun si Usni ni tak tahu nak bercakap dengan aku tapi dia agak rapat dengan aku, bayang kan aku cakap bahasa Melayu manakala dia cakap bahasa Thai (macam ayah dengan itik)

Usni buat SnowMan versi Krabi


Hampir Siap!!!


Usni waiting for Sunset

Dah sunset time!!

Usni pulak jadi mangsa aku untuk jadi model!! hahaha

Malam tu aku tido dengan nyeyak sekali almaklum lah hotel yang kami duduk tu ada katil single untuk aku beradu pada malam hari.Ngeeee!!!!



to be Continued...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah