Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Percutian Yang Sangat Unik (Phuuuiiii!!!)

Assalamualaikum... setelah hampir 2 bulan aku tidak mencoret sesuatu di blog ini. Hari ni aku mempunyai masa terluang untuk melakukan nya. Pada bulan Mac lepas aku telah berbincang dengan ayah untuk aku apply cuti tanpa gaji selama sebulan dengan my big boss A.K.A aku punya bisnes partner. Aku memilih date untuk mulakan travel aku pada kali ini ialah 4hb Mac perjalanan aku bermula ke Nilai negeri 9.Dimana aku mengunakan khidmat driver lori Nationwide untuk memudahkan pergerakan aku di sana nanti kerana aku disana selama 1 bulan (itu plan pada awalnya) pada 5hb aku telah melakukan proses penghantaran my scoot ke sana. Pada 6hb malam aku menaiki bas ke KL dan stay disana selama 2 malam sambil waiting for my scoot. Pada 7hb scoot aku telah tiba di Station Nationwide Nilai so pada 8hb aku bertolak ke rumah kawan aku di Taman Cempaka. Owh yer aku kesana untuk melawat kawan aku yang baru selesai melakukan pembedahan perut kerana penyakit kenser. Aktiviti aku disana sama macam aktiviti aku disini tak ada yang beza nya tapi yang best dan seronok aku bersama adik2 kepada kawan aku telah bergotong royong mengemas bahagian dapur, menanam kucing mati dan membersihkan sangkar kucing.Hehehehehe Saat-saat itu semestinya tak dapat aku lupakan kerana aku dapat merasai kasih sayang seorang adik kepada kakaknya Semasa disana juga aku sempat merasai detik menghantar adik kesekolah dan merasai kerisauan seorang kakak menghantar adiknya ke klinik kerana kaki adiknya digigit tikus,Aku berada disana bersama mereka selama 6hari 5 malam. Hari ke 6 aku telah meminta diri kepada kawan aku kerana dia perlu kerumah makcik nya bersama adik2 nya dan dia juga perlu ke klinik untuk membuka jahitan pada perut nya. Jadi plan untuk stay sana selama sebulan terpaksa dilupakan kerana banyak sangat benda yang perlu aku fikirkan so begitu lah kisah travel aku pada kali ni di Nilai. Tak banyak sangat aktiviti yang perlu aku cerita kan semasa aku berada disana. Sekian..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah