Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Saya sayang ayah saya banyak banyak V

entry yang lalu aku stop pada story about menziarahi saudara mara ayah di Yala kan? ok pada kali ni aku nak sambung cerita pasal perjalanan aku ke Hatyai selama 2hari 1malam. aku kesana dibawa olek Kak Yam anak kepada ayah Sue.Kebetulan Kak Yam ke Hatyai untuk mendaftar kan anak nya di Universiti Sikarin Hatyai  Hospital .Kami bertolak ke Hatyai pada tengah hari selepas hampir 2 jam perjalanan kami selamat sampai di rumah anak Ayah Sue iaitu Abang Nan,Selepas solat Asar kami dibawa bersiar-siar ke bandar Hatyai. Aku dibawa ke pasar terapung ianya sangat menarik perhatian aku banyak barang2 yang dijual sangat murah dan sukar didapati di Malaysia dan yang paling best adalah sampan yang menjual pelbagai makanan yang langsung tak ada di Malaysia.
 Kami bergambar di 'Floating Market'.
Dari kiri: Abang Suh(suami Kak Yam),Adik Wanee(Anak Kak Yam),Aku,Ayah,Abang Nan,
Adik Phim(anak Abang Nan) dan Kak yam

 Pasar Terapung di ambil dari pandangan atas.

 My model yang handsome!!

 'This Way to floating market' (aku main hentam jer)

 Sila pilih yang mana anda suka 1batang 10bath A.K.A RM1

 Air kelapa yang dijual dalam pasu untuk mengekal kan suhu air kelapa 

 Pasu-Pasu yang aku pilih!! 
Doraemon aku punya manakala bentuk pasu bunga tu ayah punya

Fish Cake bakar dan dimakan didalam daun pisang

Setelah siap membeli belah dipasar terapung tersebut kami ke meja yang disedia kan untuk menjamu makanan yang di beli. setelah 1 jam kami melepak selepas itu kami ke pasar menjual barang2 yang murah,setelah itu kami pulang bertolak ke Night market Hatyai, disana kebanyakan pengunjung pada hari tersebut orang Malaysia so masa kat pasar malam ni aku bagaikan berada di Malaysia kerana ramai yang bertutur dalam bahasa Malaysia dan jangan terkejut pulak kalau korang pergi kesana nanti ada penjual yang boleh bertutur bahasa kita (aku pura2 tak terkejut setelah aku mendengar mereka bertutur bahasa Malaysia sebab Abang Nan sentiasa mengingatkan aku jangan sesekali bertutur dalam bahasa Malaysia jika ada jurujual yang bertanya dalam bahasa Malaysia, ini untuk mengelakan dari kena 'Sembelih' ).So lepas berjalan2 di pasar malam sekali lagi aku diajak menjamu selera. Mee teaw Thaipaloo itu adalah nama menu yang masih aku ingat sebab namanya boleh aku sebut manakala ayah pulak mencuba nasi minyak..Ngeeee..setelah makan malam di pasar tersebut kami balik kerumah Abang Nan yang memakan masa hampir 20minit dari bandar Hatyai.Malam tu kami tidur dengan nyeyak.

 Oleh kerana tempat ini sentiasa di kunjungi oleh orang Malaysia
(Ada signboard dalam bahasa Malaysia)

 Nasi Minyak Ayam Goreng (ayah punya)
Mee Teaw Thaipaloo!! ada kengkaki (kaki ayam) 

Pada esoknya kami berangkat ke Universiti Sikarin Hatyai  Hospital. Sementara Kak Yam,suami nya dan anak nya menunggu proses mendaftar manakala aku,ayah dan Abang Nan ke Pantai Songkhla yang mempunyai ikan Duyung yang dibuat dari tembaga,patung ini dibuat pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus yang merupakan seorang pensyarah di kolej seni & kraf di Bangkok pada ketika itu.Kisah ni dicerita kan oleh Abang Nan sendiri kepada aku so kalau korang rasa kisah ni tak logik jadi abaikan je k. banyak jugak aku snap Pic kat situ owh ye selain dari patung Duyung ada patung Tikus dan Kucing (Tom n Jerry). Tujuan mereka membuat patung2 tersebut  semperna nama pulau yang berhampiran dengan pantai Songkhla.Kat sana pun ramai pelawat dari Malaysia yang paling best kat sana aku makan ais krim kelapa muda, anak kepada abang Nan ni manja dengan aku tapi aku tak faham apa yang dia cakap kan. Abang Nan selalu jadi jurubahasa aku dengan anak nya,dari Kampus Universiti Sikarin ke Songkhla kami singgah sembahyang di masjid Asasul Islam yang merupakan Masjid yang pertama dibina dan paling tua di bandar Songkhla.


Masjid yang paling tua di Songkhla

Ayah & Aku

Cuba teka apa yang ditulis tu?? (Pantai Songkhla)

Cuba cari aku dimana? 

Peminat Ikan duyung menanti giliran untuk bergambar

Anak Abang Nan dengan Ais krim Kelapa muda yang aku cakap kan tadi

to be continued....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah