Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

saya sayang ayah saya banyak-banyak III

entry yang sebelum ni aku stop di perjalan aku di pantai kerang kan? okey selepas tu kami pun berangkat pulang ke hotel untuk berehat selepas berjalan dan bershupim sepanjang hari yang panas!! Kami semua mati sementara selepas sampai di hotel dan aku yang bangun paling lewat pada hari tu, pada pukul 9.40 am aku dikejutkan oleh kak Aini (isteri abang Zul) di kejutkan aku untuk ke Pasar dan dobi kerana aku punya baju kotor dah berlanbak2 waiting to wash, oleh itu aku kesana dengan keadaan tidak mandi(pengakuan berani mati) aku hanya sempat basuh muka dan gosok gigi untuk kepasar, sampai dipasar aku hampir terkejut kerana pasar nya sangat besar dan luas semestinya ramai peniaga yang berniaga makanan,ikan2,sayur-sayuran,buah-buahan,dan seafood dan yang paling best iaitu 'pork' dan seangkatan dengan nya!! disana aku ditanya dengan macam2 soalan yang aku tak faham, maklum lah aku ni tak tahu berbahasa Thai manakala yang berniaga tu pulak tak tahu berbahasa melayu dan English, aku hanya senyum sepanjang masa apabila ditanya.(macam orang tak betol pun ada nila senyum2 je). selepas membeli makan mentah tu aku dipelawa untuk makan laksa Thai 


Ketam bekam yang masih hidup!! 

Majoriti peniaga2 kat sana beragama islam (pasar Krabi)

 Perasan tak kat atas sana ada sign board 'Pork'!! diasingkan dari tempat peniaga muslim

Ikan yang besar lagi segar!! sila lah pilih yer!!

 Laksa Thai yang sangat sedap dan semestinya pedas nak mampos!! 

Kuah lemak bersama sayur yang aku tak tahu namanya (dimakan bersama Laksa tadi)


Selepas itu kami pergi dobi dan meninggalkan baju untuk dibasuh. Kak Aini dan Abang Zul telah membawa aku ke rumah kawan nya untuk memasak makanan2 mentah yang kami beli di pasar tadi. Disana aku terkejut apa bila rumah kawan nya itu membuat batik dan batik-batik tu sangat menarik perhatian aku sementara aku menunggu Kak Aini memasak aku  melihat proses untuk membuat batik tu. kawan kak Aini tu aku tak tahu nama dia sebab dia tak tahu nak bercakap bahasa Melayu. kami bercakap dalam bahasa isyarat, mereka bagi aku hadiah batik 'Memory of Krabi'. diorang ni salah tulis bulan, sepatut nya April tetapi dibuat March.

Kain Putih yang dilukis dengan Lilin (apakah gambar tersebut?)

 Abang Batik bersama Anak nya yang bernama Usni

Abang Batik berbincang dengan Kak Aini mengenai Batik tersebut 

Bermain dengan tona Warna terlebih dahulu

 Masuk kan Warna biru untuk Air 

Proses seterusnya masuk kan warna Biru untuk Langit or awan

Done!!!

Perasan tak ada kesilapan? 'March' sepatutnya 'April'.. 
banyak kenangan dalam hidup aku pada bulan 'April'

Selepas semua siap dan selesai kami berangkat pulang ke Hotel untuk makan tengah hari di tepi pantai, sebab kak Aini buat tomyam,Ikan sumbat lada,Air Asam dan kerang Krabi nak tahu kenapa ia dipanggil kerang Krabi? sebab nya only at krabi je ada kerang tu, sedap dan kami sangat enjoy apa bila makan tengahari tu dijamu dibawah pokok rhu dan berhadapan dengan laut!! sangat sepoi2 bahasa si angin melintasi kami(semestinya aku sudah mandi). lepas metekedarah aku berjalan ditepi pantai dengan Usni dan aku menemani nya membuat Snowman dengan pasir, walaupun si Usni ni tak tahu nak bercakap dengan aku tapi dia agak rapat dengan aku, bayang kan aku cakap bahasa Melayu manakala dia cakap bahasa Thai (macam ayah dengan itik)

Usni buat SnowMan versi Krabi


Hampir Siap!!!


Usni waiting for Sunset

Dah sunset time!!

Usni pulak jadi mangsa aku untuk jadi model!! hahaha

Malam tu aku tido dengan nyeyak sekali almaklum lah hotel yang kami duduk tu ada katil single untuk aku beradu pada malam hari.Ngeeee!!!!



to be Continued...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah