Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

in my family No K-Pop!!


Salam..aku rasa sebelum ni aku belum pernah masukan video kat entry blog. kali ni aku nak share dengan korang pasal my dad, Ayah suka lagu ni sebab masa ayah muda2 dulu konon2 masa ayah dengan arwah my mum tengah hangat bercinta lagu ni meletop2 kat wayang.Dulu menurut ayat tak ada Vcd,Filem (type),Radio or Kaset yang ada dulu wayang je so diorang berdatim la dalam wayang masa tu, ni kisah benar bukan rekaan semata2. Menurut ayah lagi setelah berkahwin dengan arwah my mum dulu diorang selalu juga tengok wayang sambil bawak anak perempuan mereka masa tu diorang dikurniakan seorang putri yang comel iaitu kakak sulung ku,masa cepat berlalu dan zaman wayang mereka sudah berakhir namun minat mereka terhadap citer2 hindi tak habis sebegitu saja ini kerana setelah anak ke 2(Abg.Din,3(Arwah Abg.Man),4(Kak.Na) dan 5(Kak.Nie) dilahirkan diorang dibesarkan dengan zaman tv yang tak ada kaler so manakala anak ke 6(Abang) dan 7(Adik) zaman sudah sedikit moden sebab tv ayah sudah tukar ke tv yang ada kaler dan anak ke 8(Linda),9(Yie) dan 10(aku)  zaman baru sudah bermula dengan adanya Filem(type),Vcd dan Komputer tapi ayah selalu minta aku memainkan lagu2 hindi.Salah satu lagu yang aku selalu dengar masa aku kecik2 dulu adalah lagu 'Mere Sapno Ki Rani'. lagu ni memang best tau kalau korang tak dengar rugi. hewhewhewhew.. bukan ni je yang menjadi fav kami sekeluarga tapi banyak lagi nanti aku akan muatkan dalam entry yang akan datang. Kami adik beradik dibesarkan dengan zaman hindustan so sebab tu lah 1 family kami terutamanya adik beradik perempuan suka menyayi lagu2 hindi. So enjoy lah korang dengar lagu ni. lagu ni dipeti dari cerita 'Aradhana'  manakala pelakon nya ialah Rajesh Khanna (baru je meninggal dunia) & Sharmila. 






Mere Sapno Ki Rani  (salah 1 Ayah & Arwah Maa punya Fav Song)


*part aku suka  Mere sapnon ki rani kab aayegi tu,Aayi rut mastaani kab aayegi tu,Beeti jaaye zindagaani kab aayegi tu,Chali aa, tu chali aa,Mere sapnon ki rani kab aayegi tu,Aayi rut mastaani kab aayegi tu,Beeti jaaye zindagaani kab aayegi tu,Chali aa, haan tu chali aa,Chali aa, haan tu chali aa.. 



Nadya Lee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puasa Vs Dadih


Salam..hello!! selamat berpuasa kepada semua yang tengah baca apa yang aku tulis ni yer!! Okey 1st thing aku nak cerita kat sini adalah pada bulan puasa yang penuh berkat ni aku telah diberi kepercayaan dari pada kak Nie iaitu kakak kandung aku, selama ni dia adalah lah master of dadih di kampung aku bila bulan puasa tiba tetapi tahun ni Kak Nie berbadan dua jadi dia tak larat nak buat tugasan macam tahun2 yang sudah jadi memandangkan aku punya projek agak slow sekarang jadi dia menawarkan aku untuk mengambil alih tugas dia. So aku diajar bagai mana untuk membuat dadih2 tersebut. Dadih yang aku buat ni adalah 100% resepi dari arwah my mum. So ayah pun macam bagi sokongan lah pada aku korang tau tak? Ayah yang cadangkan aku buka gerai untuk dadih ni. Padamula nya aku just nak sent dadih yang aku buat ni kat kedai sepupu ku kat bazar Ramadan lepas tu bila difikir-fikirkan balik betul jugak kata ayah, kalau sent dadih ni kat bazar tu agak mahal  jugak lah aku kena bayar cukai kepada sepupu aku so tak salah aku berniaga di gerai ku sendiri so no need to pay anything lagi pun modal tak lah banyak sangat aku keluarkan untuk buat dadih ni. senang,jimat dan keuntungan nya agak banyak so apa yang seronok nya ramai yang cakap 'dadih yang kamu jual ni murah dan lemak' wah bila dengar kawan2 aku cakap macam tu kembang lah aku buat seketika, nanti kalau berkesempatan boleh lah uoolsss merasa dadih yang aku jual ni. aku masih lagi baru dlm bidang bisnes macam ni so kalau korang ada dgr sumtim yang tak elok pasal dadih aku ni sila diam kan diri yer..hewhewhew. k tu je untuk kali ni. bukan pe malas nak melalut lama2. bye!!

 Ada perisa Jagung,Strawberry,Coklat dan Keladi

Masa ni proses untuk membeku


lepas tu masuk kan kedalam peti ais.. sekian lah cerita ku buat kali ini

Nadya Lee


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapakah dia?

Salam!!! hehehe.. sape yang finatik kat sape senarnye? hehehe.. meh nak tunjuk sikit.. ada la hamba Allah ni selalu la aku tgk link blog dia tersenarai dalam trafik blog aku. nama dia setiap minggu atau bulan mesti ada dan ini membuatkan aku terasa atau merasa 'populor' sebab dia selalu baca blog aku. seingat aku dia pernah follow blog aku sebelum ni tapi sejak bulan lepas dia dah tak follow tapi nama link dia selalu naik. hehehe.. well kepada dia kalau dia yang sedang baca post kali ni. 'Allah maha adil dan ingat lah hukum karma tu akan datang bila-bila masa saja owh yer tak lupa juga what u give u will get it back not from me but from other people' =) semoga Allah merahmati keatas kamu wahai pembaca yang bertuah.. Peace yer semperna bulan puasa ni jangan lah kita mencari pasal lagi cukup lah dengan apa yang dah jadi. =)

 Ni view list untuk 'Month' ada tak nama dia? ada kan? =)

Ni view list untuk 'Week' still ada nama dia. siapakah dia? itu yang menjadi persoalan aku


Nad Ghaz A.K.A Nadya Lee






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Travel/Couchsurfing in Cameron highland


Salam..sudah 1 bulan aku tidak update apa-apa berita atau cerita di blog ini kerana kesibukan aku di perantauan selama 1bulan dan 1 minggu. Lokasi aku pada bulan lepas ada lah Cameron Highland. Kenapa Cameron Highland? Sebab aku ingin memutihkan kulit aku yang semakin hitam dan gelap. Hahahahah.. tak adalah aku kesana sebab kawan aku yang mempelawa aku kesana untuk travel. Bagi aku tak salah aku cuba travel dalam Malaysia sebab aku ingin mecari pengalaman, cuba korang fikir, untuk stay disesuatu tempat yang korang suka dalam waktu yang agak lama semestinya memerlukan perbelanjaan yang banyak  untuk bayar bilik dan makan. Jadi aku memilih untuk bekerja semasa travel, aku bekerja sebagai Receptionist di sebuah guest house iaitu Daniel’s lodge A.K.A  Kang Travel. Disana aku stay di hostel dan makanan harian ditanggung oleh boss di tempat kerja aku tersebut. Apa lagi yang aku perlukan? Ada tempat tidur dan dapat makan free tu dah cukup bagi aku tapi sebelum tu aku stay di rumah teman yang aku kenal melalui Couchsurfing, aku stay kat rumah nya almost 1 minggu. selama aku stay dengan dia banyak yang aku tak tahu mengenai travel atau backpacker.rupa-rupanya banyak yang aku perlu tahu dan balajar but tu akan ku belajar untuk traveling aku untuk yang akan datang so Kehidupan aku disana happy sebab aku dapat banyak kawan baru iaitu Kimiey,Linda,Sue,Bell,Dyra,Maz,Nor,Ebba dan Dewi (tu kawan2 aku yang Malaysian tak termasuk kawan2 yang dari luar Negara). Orang cakap makin jauh kita berjalan makin luas pemandangan yang kita lalui. Disana aku banyak belajar mengenai makanan dan masakan ini kerana aku selalu mencuri masuk ke dapur untuk melihat bagaimana chef menyediakan masakan. Sempat juga aku merasai urutan kaki di pusat urutan reflexology bersama kawan aku dan aku juga sempat berjalan kaki ke Mardi untuk melihat sendiri apa yang terdapat disana.aku berjalan kaki ke Mardi selama 15minit dari stesen bas Uniti Tanah Rata. Setiap weekend aku selalu ke Brinchang untuk membeli makanan yang murah di pasar malam semasa membeli belah kadang2 aku terasa berada di luar Negara kerana suasana disana sangat berbeza dan sudah tentu ianya sangat sejuk. Aku di sana selalu juga merasai makan  western,Indian,chines or mamak style sangat sedap dan sangat merindui makanan tersebut biasanya selepas aku habis waktu bekerja aku dan kawan2 yang lain selalu melepak di MerryBrown untuk minum hot milo yang kaw-kaw owh ye 1 lagi yang tak dapat aku lupakan adalah Scone and jam strawberry bersama teh jepun..Semasa aku kat sana aku pernah diserang bengkak Rahang, aku dapat MC selama 2 hari dan sangat merana aku time tu tapi Alhamdulillah semua kembali normal selepas makan ubat yang doktor bagi dan aku sapukan nila+kapur aku sangat bertuah sebab member yang sangat baik hati dan prihatin.Owh yer ni aku nak tumpang gelemer Maz,Maz ni kawan aku semasa aku disana nak dijadikan cerita Maz ada anak bernama Salma Julia yang masuk pertandingan baby kiko di tv3. Salma manja dengan aku sebab aku selalu melayan dia, Salma punya Papa orang Holland so Salma ni berdarah Malaysia+Holland.ape lagi eh? hmmmmm tu je kot yang perlu aku cerita. ok lah bye!! nanti kalau aku ada masa aku update lagi!! kat bawah ni ada pic2 semasa aku disana..tengok lah yer!!

 Aku dengan Bella, time ni lepak kat M.Brown

 Dyra,Bella & Me

 Masa ni balik dari kerja,Jalan kaki jer (suhu 16'C)

 With Anita Tahir Finalist Top 40 Master Chef Musim pertama

Buktinya nih!! hahah..(Tumpang 'gelemor' Chef Anita)

Time ni aku tengah merasai urutan kaki di pusat reflexology

Ebba, masa ni aku belanja Ebba makan scone

 Scone,cheese cake and banana lasi

 Grill chiken chop and spaghetti (Teh Tarik)

 Claypot Chicken Rice and Soup(Teh 'o' Ais)

 Griled chicken chop,cheese and bake bean with white soup
(Sirap Rose)

 Masa ni on da way ke tempat kerja (jalan kaki)
12pm

 
Peace yo!!

 i was here!!

 HewHewHew!!

 Kanak2 gembira!!

 Taman dalam Mardi

 Mardi C.H

 Gadis Dan Bunga

 My Fav!! Hot Milo

Feeling2 London gitu!!

Time ni aku punya rahang bengkak!! sapu Nila+kapur

Esok nya pulak aku ke Hospital Sulatanah Hajjah Kalsom

aku bersama Cik Salma Julia

(Salma baby kiko bersama Sarimah ibrahim)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah