Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Travel/Couchsurfing in Cameron highland


Salam..sudah 1 bulan aku tidak update apa-apa berita atau cerita di blog ini kerana kesibukan aku di perantauan selama 1bulan dan 1 minggu. Lokasi aku pada bulan lepas ada lah Cameron Highland. Kenapa Cameron Highland? Sebab aku ingin memutihkan kulit aku yang semakin hitam dan gelap. Hahahahah.. tak adalah aku kesana sebab kawan aku yang mempelawa aku kesana untuk travel. Bagi aku tak salah aku cuba travel dalam Malaysia sebab aku ingin mecari pengalaman, cuba korang fikir, untuk stay disesuatu tempat yang korang suka dalam waktu yang agak lama semestinya memerlukan perbelanjaan yang banyak  untuk bayar bilik dan makan. Jadi aku memilih untuk bekerja semasa travel, aku bekerja sebagai Receptionist di sebuah guest house iaitu Daniel’s lodge A.K.A  Kang Travel. Disana aku stay di hostel dan makanan harian ditanggung oleh boss di tempat kerja aku tersebut. Apa lagi yang aku perlukan? Ada tempat tidur dan dapat makan free tu dah cukup bagi aku tapi sebelum tu aku stay di rumah teman yang aku kenal melalui Couchsurfing, aku stay kat rumah nya almost 1 minggu. selama aku stay dengan dia banyak yang aku tak tahu mengenai travel atau backpacker.rupa-rupanya banyak yang aku perlu tahu dan balajar but tu akan ku belajar untuk traveling aku untuk yang akan datang so Kehidupan aku disana happy sebab aku dapat banyak kawan baru iaitu Kimiey,Linda,Sue,Bell,Dyra,Maz,Nor,Ebba dan Dewi (tu kawan2 aku yang Malaysian tak termasuk kawan2 yang dari luar Negara). Orang cakap makin jauh kita berjalan makin luas pemandangan yang kita lalui. Disana aku banyak belajar mengenai makanan dan masakan ini kerana aku selalu mencuri masuk ke dapur untuk melihat bagaimana chef menyediakan masakan. Sempat juga aku merasai urutan kaki di pusat urutan reflexology bersama kawan aku dan aku juga sempat berjalan kaki ke Mardi untuk melihat sendiri apa yang terdapat disana.aku berjalan kaki ke Mardi selama 15minit dari stesen bas Uniti Tanah Rata. Setiap weekend aku selalu ke Brinchang untuk membeli makanan yang murah di pasar malam semasa membeli belah kadang2 aku terasa berada di luar Negara kerana suasana disana sangat berbeza dan sudah tentu ianya sangat sejuk. Aku di sana selalu juga merasai makan  western,Indian,chines or mamak style sangat sedap dan sangat merindui makanan tersebut biasanya selepas aku habis waktu bekerja aku dan kawan2 yang lain selalu melepak di MerryBrown untuk minum hot milo yang kaw-kaw owh ye 1 lagi yang tak dapat aku lupakan adalah Scone and jam strawberry bersama teh jepun..Semasa aku kat sana aku pernah diserang bengkak Rahang, aku dapat MC selama 2 hari dan sangat merana aku time tu tapi Alhamdulillah semua kembali normal selepas makan ubat yang doktor bagi dan aku sapukan nila+kapur aku sangat bertuah sebab member yang sangat baik hati dan prihatin.Owh yer ni aku nak tumpang gelemer Maz,Maz ni kawan aku semasa aku disana nak dijadikan cerita Maz ada anak bernama Salma Julia yang masuk pertandingan baby kiko di tv3. Salma manja dengan aku sebab aku selalu melayan dia, Salma punya Papa orang Holland so Salma ni berdarah Malaysia+Holland.ape lagi eh? hmmmmm tu je kot yang perlu aku cerita. ok lah bye!! nanti kalau aku ada masa aku update lagi!! kat bawah ni ada pic2 semasa aku disana..tengok lah yer!!

 Aku dengan Bella, time ni lepak kat M.Brown

 Dyra,Bella & Me

 Masa ni balik dari kerja,Jalan kaki jer (suhu 16'C)

 With Anita Tahir Finalist Top 40 Master Chef Musim pertama

Buktinya nih!! hahah..(Tumpang 'gelemor' Chef Anita)

Time ni aku tengah merasai urutan kaki di pusat reflexology

Ebba, masa ni aku belanja Ebba makan scone

 Scone,cheese cake and banana lasi

 Grill chiken chop and spaghetti (Teh Tarik)

 Claypot Chicken Rice and Soup(Teh 'o' Ais)

 Griled chicken chop,cheese and bake bean with white soup
(Sirap Rose)

 Masa ni on da way ke tempat kerja (jalan kaki)
12pm

 
Peace yo!!

 i was here!!

 HewHewHew!!

 Kanak2 gembira!!

 Taman dalam Mardi

 Mardi C.H

 Gadis Dan Bunga

 My Fav!! Hot Milo

Feeling2 London gitu!!

Time ni aku punya rahang bengkak!! sapu Nila+kapur

Esok nya pulak aku ke Hospital Sulatanah Hajjah Kalsom

aku bersama Cik Salma Julia

(Salma baby kiko bersama Sarimah ibrahim)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah