Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Pergi nya ayah ke Rahmatullah

Pada tarikh 27 Jan 1944 hari Jumaat lahirnya bayi lelaki yang comel di teratak usang, kelahiran nya di sambut dengan sahutan azan subuh dipagi hari dan bayi yang comel tu dinamakan Md. Ghazali B. Abas. Dibesarkan dengan sangat sederhana oleh ibu nya, menurut sumber yang pernah aku bertanya mengenai ayah sebelum ni ibunya tak pernah mewahkan ayah dengan harta benda tapi mewahkan ayah dengan kasih sayang sehinggakan ayah sangat manja.Dipendek kan cerita ayah dikahwin kan dengan my mum, biasalah orang dulu-dulu perkahwinan diorang diaturkan oleh orang tua so setelah itu hidup lah ayah dengan my mum dan anak-anak dengan serba sederhana, mereka dikurniakan ramai anak 5 lelaki dan 5 perempuan tetapi mereka tak lepas dari dugaan, mereka pernah diuji dengan perlbagai perkara tetapi kasih sayang diantara mereka sangat kuat itu yang selalu arwah my mum selalu cerita kan pada aku dan adik beradik yang lain.

Ayah pernah cerita pada selepas arwah my mum pulang ke Rahmatullah tahun lepas, 'Masa ayah tengah tidur Maa datang dan ajak ayah ke 'sana'. Sejak dari itu aku dan adik beradik sangat berhati-hati dengan setiap apa yang terjadi pada ayah, setelah aku ingat apa yang telah berlaku, sejak dari mimpi itu keadaan ayah semakin teruk dan lemah. pada 10 Ogos ayah masuk wad kerana semput yang dialami nya semakin menjadi-jadi, setelah itu ayah dipindah ke wad ICU di Kota Bharu selama 2malam ayah disana dan hari ke2 ayah dipindahkan ke wad biasa dan petang tu ayah dibenarkan keluar dari wad, Dalam hati kami adik beradik 'Alhamdulillah..dapat jugak ayah beraya di rumah'. Selepas ayah keluar dari wad pada 14 Ogos ayah terus meneruskan aktiviti nya seperti biasa ke Kubur, Masjid, Bazar Ramadhan dan ambil cucunya di sekolah. jadi kami adik beradik menarik nafas lega selepas melihat perubahan ayah yang semakin sihat dan ceria. Menurut doktor ayah tak digalak kan makan buah kurma kerana buah kurma mempunyai banyak khasiat dan zat namun ayah tak pedulikan nasihat doktor kerana ayah pernah bagitahu aku 'Zaman nabi dulu buah ni boleh  menyembuhkan banyak penyakit dan buah ni banyak disebut dalam Al-Quran, kenapa pulak doktor cakap ayah tak boleh makan' itu ayat yang aku dengar bila aku mengingat kan ayah mengenai buah kurma.

Sejak ayah keluar dari wad tempoh hari ayah selalu semput dan banyak kali aku di panggil untuk urut dibelakang ayah supaya merasa selesa setiap kali aku mengurutnya ayah selalu berpesan mengenai harta-harta yang ada, dan kami adik beradik sepakat untuk guna separuh duit-duit tu untuk buat majlis tahlil, mengenai pemergian ayah ke Rahmatulah sangat mulia. Di akhir bulan Ramadan, disubuh hari  pada hari Jumaat, tengah solat subuh,ada air sembahyang,ayah masih lagi berpuasa, dan tempat paling mulia dalam Masjid. Selepas aku dikhabarkan ayah dah 'pergi' aku dan kak Ni bergegas ke masjid setelah aku masuk ke masjid lutut aku lemah dan tak mampu untuk aku berdiri, kak Ni memeluk aku sekuat mungkin dan ramai yang datang menenangkan aku antaranya Ayah Teh,Pak Teh Min,Ayah Sue Kamal n Pak Rahsid, mereka datang meminta aku bersabar dan kuat kan semangat dan redha kan lah ayah pergi. salah seorang diantara jemaah pada pagi subuh tu ada seorang doktor dan dialah yang mengesahkan ayah dah pergi dan tak perlu bawa ke hospital doktor tersebut meminta kami membawa pulang jenazah ayah, jenazah ayah dibawa pulang dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam(JPA) kerana semasa ayah jatuh pengsan salah seorang dari jemaah telah menghubungi pihak JPA, jenazah ayah dibawa balik dan diiringi oleh orang ramai.Setelah sampai aku melihat seorang wanita yang aku hormati iaitu ibu saudaraku Che Ngah dan aku menangis dibahunya, Setelah itu rumah ku dipenuhi dengan tetamu yang datang untuk memberi penghormatan terakhir. Disaat paling aku tak dapat lupa semasa kami adik beradik dipanggil untuk mengucup ayah buat kali terakhir ramai yang mengucup ayah boleh dikata kan semua anak saudara ayah datang dan mengucup dahi ayah, aku dan adik beradik tak dapat menahan air mata yang mengalir bagai kan air hujan.

Jarak Arwah Maa dengan Ayah pergi ialah 8 bulan dan 1 hari Maa pergi 16 Dis 2011 dan ayah pergi  pada 17 Ogos 2012. Ramai yang kata cinta mereka sampai ke syurga. Tahun 2011 adalah tahun terakhir mereka beraya bersama, bagai kan sekelip mata mereka pergi, pada hari lebaran tahun lepas mereka masih lagi bersama dan tahun ni kedua-dua mereka pergi serentak. Sungguh kuat cinta mereka tiada siapa sangka, aku adalah insan yang paling merasai pemergian mereka hingga kan hari raya tahun ni aku tak kemana just stay kat rumah dan pagi hari raya aku ke kubur dengan linangan air mata sambil membaca surah Yassin dan itu adalah hadiah yang aku mampu bagikan pada Ayah & Maa. Al-Fatihah

Senarai nama pesakit dalam wad ICU di hospital Kota Bharu. (nama Ayah paling atas)

Pic ni aku share dari FB kawan aku iaitu Zul (http://www.facebook.com/Zulkifli85), kerana pada subuh pagi tu Zul berada di masjid dan Zul telah snap pic ni, time aku masih belum sampai untuk bawa ayah pulang kerumah. Terima kasih Zul kerana snap pic ni untuk dijadi kan memory ayah untuk kali terakhir di masjid yang menjadi rumah keduanya semasa hayatnya.(ayah terbaring dan diselimuti kain putih)

Abang-abang aku membawa ayah kemasjid untuk disembahyangkan selepas solat jumaat.

Semoga Ayah & Maa tenang disana dan perkara yang selalu bermain difikiran aku sekarang ni ialah ayat -ayat didalam pic yang ada dibawah ni,aku prit screen di akaun Facebook aku, kata-kata ni dikeluarkan oleh sepupu aku iaitu Abang Mokhsin. 'Ayah pergi dengan keadaan yang begitu sempurna tak perlukah kita bersedih dengan pemergian ayah tapi kita perlu menagisi untuk kita sendiri, bagaimanakah kita dipanggil nanti adakah kita akan di ambil dengan sebegitu sempurna seperti ayah?? amalan fardu ain & fardu khifayah dan sedekah amal jariah yang menjadi bekalan kita untuk kesana'







ni separuh dari komen2 yang aku dapat. okey lah setakat ni dahulu jumpa di lain entry..Aku mewakili dari pihak keluarga Haji Md.Ghazali B. Abas ingin memohon maaf sekira nya arwah ayah ada menyakiti hati siapa-siapa yang mengenali beliau dan halal kan segala makan minum sepanjang hayat arwah selama ni..
 Al-Fatihah .. sekian Wassalam..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah