Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

I am proud to be 'Gadis Kampung'

Hello semua!! Wah lama nyer tak update blog aku nih dengan cerita terbaru pasal kehidupan aku sekarang ni di perantauan yang jauh dari kampung halaman. Selepas pemergian ayah tercinta aku telah buat keputusan untuk keluar dari kepompong keluarga aku, disini aku mengenali kehidupan sebenar iaitu kehidupan dibandar yang penuh sesak tak mengira waktu dan tempat, kehidupan dibandar tak sama seperti kehidupan aku sebelum ni dimana semua kesusahan aku sebelum ni dibantu atau ditolong oleh ahli keluarga. Disini aku berdikari bagaimana kepayahan untuk bangun pagi2 tanpa di kejutkan oleh siapa2 tapi aku di kejut kan oleh alarm dari jam loceng untuk aku bangun pagi kemana lagi kalau tidak ke destinasi aku kalau bukan ketempat kerja. Aku terpaksa bangun awal sebab untuk mengelak daripada jalan raya menjadi penuh dengan kenderaan, so kehidupan aku disini sedikit teratur jika dibandingkan dengan sebelum ni yang sangat terumbang ambing. Okey dibawah ni ada jadual aku contoh untuk satu hari.(lebih kurang macam ni lah setiap hari tak ada perubahan but tu kehidupan aku diwaktu kerja je tapi sebelah malam nye kehidupan aku akan lain tapi tak dapat lah aku ceritakan disini yer)
 • Buka mata selepas tersedar dikejutkan oleh bunyi jam loceng(Bangun dari tempat tidur yang beralas kan tikar serawak dan 3 lapis comforter nipis). Bersihkan diri dan siapkan diri untuk ke tempat kerja..Jap!! solat jangan lupa yer!! Jangan jadi jahil lagi yer!!
 • Panas kan enjin transport bergantung kepada mood aku pada hari tersebut.(kalau duit lebih untuk fueling so aku akan drive or kalau duit semakin sikit aku akan ride je *tapi banyak aku ride ler untuk ke tempat kerja kecuali hari hujan so terpaksa aku drive*).
• Mulakan hari anda dengan senyuman yer!! Jangan lupa buat kerja dengan ikhlas tau jangan makan gaji buta tau!!!
• Ingat segala kesusahan diri sendiri jangan menyusahkan orang tau!! Selagi terdaya kena buat sendiri dan ingat jangan sesekali ikut kan hati yang cepat melenting tu yer!!
• Kalau dah masuk waktu rehat aku akan lepak kat surau tempat kerja je tak pon aku lepak kat kedai mamak. Begitulah seterusnya hinggakan ke habis waktu kerja.
 • Balik rumah kakak sepupu ku dulu maklum lah perjalanan dari tempat kerja aku ke rumah nya hanya 10minit je jika dibandingkan dengan jarak rumah ku ke tempat kerja yang mengambil masa 20minit. Lepak or makan2 tapi kadang2 aku kena jemput anak buah aku dari kelas agamanya.
 • Lepas solat Isyak aku akan hello2 pada kawan2 yang sekepala untuk chill bersama2. Kami bebas untuk kemana saja kami suka. So sehingga pagi baru off to balik rumah untuk rehat maklumlah esok kena kerja n bangun awal uoollsss!!! Penat sangat tau!!

Lebih kurang macam tu lah kehidupan aku yang single or bujang, aku menyewa dengan housemate yang aku kenal dari laman web Mudah.com dia iklan kan kekosongan bilik dirumahnya, so dari situ lah aku masuk dan stay kat sini dengan menyewa sebuah bilik yang comel. Sebut mengenai hidup bujang ni aku ada nak share sikit. Aku kat sini jadi ahli courch surfing iaitu aku menjadi host kepada back packers yang datang ketempat aku, beberape minggu lepas aku menjadi host kepada seorang mat german yang travel kat Melaka untuk beberapa hari. Dia kesini untuk melihat sendiri bandaraya bersejarah ni biasalah back packers ni mana suka membayar atau membazir duit untuk check in hotel or what ever. So aku ajak dia stay dengan aku. (jangan fikir bukan-bukan tau, aku masih dara). Dia stay rumah aku just 2 malam dan aku telah membawa dia kesana dan kesini dengan meenaiki my scoot, kami bagai dalam filem Hindustan la bila naik motor sama2 pergi round Bandaraya Melaka. Kat bawah ni ada beberapa pic yang kami bersama so chill!!

     Mr.Flo belanja makan fruit yogurt yang sedap lagi berkhasiat

 This is Mr Flo yang senggal dan baik!! Like him

 Muzium Samudera A.K.A Kapal Upin & Ipin

 kampung Girl!!

 Hiyak!! kanak2 Rebina kat belakang!!

 Take a Flight i'm going to German!!

 Pose budak kampung kepada cameraman from German

 Police from Quebec, Canada

 No Comment

 Aktiviti menconteng 'Wall FB'

Gadis Riang!!

 Bommmmmkebabommmm!!!

 Moh kita naik atas!!

 i'm never walk alone

 Jam besar!!

 Lepas penat singgah di Sushi King for lunch!!

'Itadakimasu'

Nadya Lee




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah