Hello!! Aku nak story about pemergian aku ke Kota Singa pada 17nov-20nov lalu. Aku kesana setelah hampir setahun tak kesana. Aku kesana dengan 2 orang teman ku iaitu Kema dengan Wan. Kami kesana by drive with Wan's car, Pada pagi 17 tu aku take a bus from Melaka Central to Larkin Central selepas hampir 3 jam aku dilambung dalam bas akhir nya aku sampai. Kami berkumpul di Larkin so terus to SG. kami put trust in alat GPS. kami tunggu Wahida kat Masjid Sultan berhampiran Masjid tu ada Sarang Cafe yang dikendali sepupu kepada Wahida. Mana kala Wahida ni sepupu kepada aku.. lepas makan and lepak kami ke Mustapha or Mustafa (ekceli aku tak ingat la nama mall tu). kami mencari barang2 seperti coklat yang murah harga jika dibandingkan dengan harga di Malaysia.Selepas tu kami terus chek in tidur selepas satu hari suntuk kami berjalan dari Malaysia hingga Singapore.
Tinggal kan Jejak mu
Kami ke SG
I am proud to be 'Gadis Kampung'
Hello semua!! Wah lama nyer tak update blog aku nih dengan cerita terbaru pasal kehidupan aku sekarang ni di perantauan yang jauh dari kampung halaman. Selepas pemergian ayah tercinta aku telah buat keputusan untuk keluar dari kepompong keluarga aku, disini aku mengenali kehidupan sebenar iaitu kehidupan dibandar yang penuh sesak tak mengira waktu dan tempat, kehidupan dibandar tak sama seperti kehidupan aku sebelum ni dimana semua kesusahan aku sebelum ni dibantu atau ditolong oleh ahli keluarga. Disini aku berdikari bagaimana kepayahan untuk bangun pagi2 tanpa di kejutkan oleh siapa2 tapi aku di kejut kan oleh alarm dari jam loceng untuk aku bangun pagi kemana lagi kalau tidak ke destinasi aku kalau bukan ketempat kerja. Aku terpaksa bangun awal sebab untuk mengelak daripada jalan raya menjadi penuh dengan kenderaan, so kehidupan aku disini sedikit teratur jika dibandingkan dengan sebelum ni yang sangat terumbang ambing. Okey dibawah ni ada jadual aku contoh untuk satu hari.(lebih kurang macam ni lah setiap hari tak ada perubahan but tu kehidupan aku diwaktu kerja je tapi sebelah malam nye kehidupan aku akan lain tapi tak dapat lah aku ceritakan disini yer)
• Buka mata selepas tersedar dikejutkan oleh bunyi jam loceng(Bangun dari tempat tidur yang beralas kan tikar serawak dan 3 lapis comforter nipis). Bersihkan diri dan siapkan diri untuk ke tempat kerja..Jap!! solat jangan lupa yer!! Jangan jadi jahil lagi yer!!
• Panas kan enjin transport bergantung kepada mood aku pada hari tersebut.(kalau duit lebih untuk fueling so aku akan drive or kalau duit semakin sikit aku akan ride je *tapi banyak aku ride ler untuk ke tempat kerja kecuali hari hujan so terpaksa aku drive*).
• Mulakan hari anda dengan senyuman yer!! Jangan lupa buat kerja dengan ikhlas tau jangan makan gaji buta tau!!!
• Ingat segala kesusahan diri sendiri jangan menyusahkan orang tau!! Selagi terdaya kena buat sendiri dan ingat jangan sesekali ikut kan hati yang cepat melenting tu yer!!
• Kalau dah masuk waktu rehat aku akan lepak kat surau tempat kerja je tak pon aku lepak kat kedai mamak. Begitulah seterusnya hinggakan ke habis waktu kerja.
• Balik rumah kakak sepupu ku dulu maklum lah perjalanan dari tempat kerja aku ke rumah nya hanya 10minit je jika dibandingkan dengan jarak rumah ku ke tempat kerja yang mengambil masa 20minit. Lepak or makan2 tapi kadang2 aku kena jemput anak buah aku dari kelas agamanya.
• Lepas solat Isyak aku akan hello2 pada kawan2 yang sekepala untuk chill bersama2. Kami bebas untuk kemana saja kami suka. So sehingga pagi baru off to balik rumah untuk rehat maklumlah esok kena kerja n bangun awal uoollsss!!! Penat sangat tau!!
Lebih kurang macam tu lah kehidupan aku yang single or bujang, aku menyewa dengan housemate yang aku kenal dari laman web Mudah.com dia iklan kan kekosongan bilik dirumahnya, so dari situ lah aku masuk dan stay kat sini dengan menyewa sebuah bilik yang comel. Sebut mengenai hidup bujang ni aku ada nak share sikit. Aku kat sini jadi ahli courch surfing iaitu aku menjadi host kepada back packers yang datang ketempat aku, beberape minggu lepas aku menjadi host kepada seorang mat german yang travel kat Melaka untuk beberapa hari. Dia kesini untuk melihat sendiri bandaraya bersejarah ni biasalah back packers ni mana suka membayar atau membazir duit untuk check in hotel or what ever. So aku ajak dia stay dengan aku. (jangan fikir bukan-bukan tau, aku masih dara).
Dia stay rumah aku just 2 malam dan aku telah membawa dia kesana dan kesini dengan meenaiki my scoot, kami bagai dalam filem Hindustan la bila naik motor sama2 pergi round Bandaraya Melaka. Kat bawah ni ada beberapa pic yang kami bersama so chill!!
Pergi nya ayah ke Rahmatullah
Ayah pernah cerita pada selepas arwah my mum pulang ke Rahmatullah tahun lepas, 'Masa ayah tengah tidur Maa datang dan ajak ayah ke 'sana'. Sejak dari itu aku dan adik beradik sangat berhati-hati dengan setiap apa yang terjadi pada ayah, setelah aku ingat apa yang telah berlaku, sejak dari mimpi itu keadaan ayah semakin teruk dan lemah. pada 10 Ogos ayah masuk wad kerana semput yang dialami nya semakin menjadi-jadi, setelah itu ayah dipindah ke wad ICU di Kota Bharu selama 2malam ayah disana dan hari ke2 ayah dipindahkan ke wad biasa dan petang tu ayah dibenarkan keluar dari wad, Dalam hati kami adik beradik 'Alhamdulillah..dapat jugak ayah beraya di rumah'. Selepas ayah keluar dari wad pada 14 Ogos ayah terus meneruskan aktiviti nya seperti biasa ke Kubur, Masjid, Bazar Ramadhan dan ambil cucunya di sekolah. jadi kami adik beradik menarik nafas lega selepas melihat perubahan ayah yang semakin sihat dan ceria. Menurut doktor ayah tak digalak kan makan buah kurma kerana buah kurma mempunyai banyak khasiat dan zat namun ayah tak pedulikan nasihat doktor kerana ayah pernah bagitahu aku 'Zaman nabi dulu buah ni boleh menyembuhkan banyak penyakit dan buah ni banyak disebut dalam Al-Quran, kenapa pulak doktor cakap ayah tak boleh makan' itu ayat yang aku dengar bila aku mengingat kan ayah mengenai buah kurma.
Sejak ayah keluar dari wad tempoh hari ayah selalu semput dan banyak kali aku di panggil untuk urut dibelakang ayah supaya merasa selesa setiap kali aku mengurutnya ayah selalu berpesan mengenai harta-harta yang ada, dan kami adik beradik sepakat untuk guna separuh duit-duit tu untuk buat majlis tahlil, mengenai pemergian ayah ke Rahmatulah sangat mulia. Di akhir bulan Ramadan, disubuh hari pada hari Jumaat, tengah solat subuh,ada air sembahyang,ayah masih lagi berpuasa, dan tempat paling mulia dalam Masjid. Selepas aku dikhabarkan ayah dah 'pergi' aku dan kak Ni bergegas ke masjid setelah aku masuk ke masjid lutut aku lemah dan tak mampu untuk aku berdiri, kak Ni memeluk aku sekuat mungkin dan ramai yang datang menenangkan aku antaranya Ayah Teh,Pak Teh Min,Ayah Sue Kamal n Pak Rahsid, mereka datang meminta aku bersabar dan kuat kan semangat dan redha kan lah ayah pergi. salah seorang diantara jemaah pada pagi subuh tu ada seorang doktor dan dialah yang mengesahkan ayah dah pergi dan tak perlu bawa ke hospital doktor tersebut meminta kami membawa pulang jenazah ayah, jenazah ayah dibawa pulang dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam(JPA) kerana semasa ayah jatuh pengsan salah seorang dari jemaah telah menghubungi pihak JPA, jenazah ayah dibawa balik dan diiringi oleh orang ramai.Setelah sampai aku melihat seorang wanita yang aku hormati iaitu ibu saudaraku Che Ngah dan aku menangis dibahunya, Setelah itu rumah ku dipenuhi dengan tetamu yang datang untuk memberi penghormatan terakhir. Disaat paling aku tak dapat lupa semasa kami adik beradik dipanggil untuk mengucup ayah buat kali terakhir ramai yang mengucup ayah boleh dikata kan semua anak saudara ayah datang dan mengucup dahi ayah, aku dan adik beradik tak dapat menahan air mata yang mengalir bagai kan air hujan.
Jarak Arwah Maa dengan Ayah pergi ialah 8 bulan dan 1 hari Maa pergi 16 Dis 2011 dan ayah pergi pada 17 Ogos 2012. Ramai yang kata cinta mereka sampai ke syurga. Tahun 2011 adalah tahun terakhir mereka beraya bersama, bagai kan sekelip mata mereka pergi, pada hari lebaran tahun lepas mereka masih lagi bersama dan tahun ni kedua-dua mereka pergi serentak. Sungguh kuat cinta mereka tiada siapa sangka, aku adalah insan yang paling merasai pemergian mereka hingga kan hari raya tahun ni aku tak kemana just stay kat rumah dan pagi hari raya aku ke kubur dengan linangan air mata sambil membaca surah Yassin dan itu adalah hadiah yang aku mampu bagikan pada Ayah & Maa. Al-Fatihah
Senarai nama pesakit dalam wad ICU di hospital Kota Bharu. (nama Ayah paling atas)
Pic ni aku share dari FB kawan aku iaitu Zul (http://www.facebook.com/Zulkifli85), kerana pada subuh pagi tu Zul berada di masjid dan Zul telah snap pic ni, time aku masih belum sampai untuk bawa ayah pulang kerumah. Terima kasih Zul kerana snap pic ni untuk dijadi kan memory ayah untuk kali terakhir di masjid yang menjadi rumah keduanya semasa hayatnya.(ayah terbaring dan diselimuti kain putih)
Abang-abang aku membawa ayah kemasjid untuk disembahyangkan selepas solat jumaat.
Semoga Ayah & Maa tenang disana dan perkara yang selalu bermain difikiran aku sekarang ni ialah ayat -ayat didalam pic yang ada dibawah ni,aku prit screen di akaun Facebook aku, kata-kata ni dikeluarkan oleh sepupu aku iaitu Abang Mokhsin. 'Ayah pergi dengan keadaan yang begitu sempurna tak perlukah kita bersedih dengan pemergian ayah tapi kita perlu menagisi untuk kita sendiri, bagaimanakah kita dipanggil nanti adakah kita akan di ambil dengan sebegitu sempurna seperti ayah?? amalan fardu ain & fardu khifayah dan sedekah amal jariah yang menjadi bekalan kita untuk kesana'
Hujan air batu pada 1 Ogos 2012
in my family No K-Pop!!
Salam..aku rasa sebelum ni aku belum pernah masukan video kat entry blog. kali ni aku nak share dengan korang pasal my dad, Ayah suka lagu ni sebab masa ayah muda2 dulu konon2 masa ayah dengan arwah my mum tengah hangat bercinta lagu ni meletop2 kat wayang.Dulu menurut ayat tak ada Vcd,Filem (type),Radio or Kaset yang ada dulu wayang je so diorang berdatim la dalam wayang masa tu, ni kisah benar bukan rekaan semata2. Menurut ayah lagi setelah berkahwin dengan arwah my mum dulu diorang selalu juga tengok wayang sambil bawak anak perempuan mereka masa tu diorang dikurniakan seorang putri yang comel iaitu kakak sulung ku,masa cepat berlalu dan zaman wayang mereka sudah berakhir namun minat mereka terhadap citer2 hindi tak habis sebegitu saja ini kerana setelah anak ke 2(Abg.Din,3(Arwah Abg.Man),4(Kak.Na) dan 5(Kak.Nie) dilahirkan diorang dibesarkan dengan zaman tv yang tak ada kaler so manakala anak ke 6(Abang) dan 7(Adik) zaman sudah sedikit moden sebab tv ayah sudah tukar ke tv yang ada kaler dan anak ke 8(Linda),9(Yie) dan 10(aku) zaman baru sudah bermula dengan adanya Filem(type),Vcd dan Komputer tapi ayah selalu minta aku memainkan lagu2 hindi.Salah satu lagu yang aku selalu dengar masa aku kecik2 dulu adalah lagu 'Mere Sapno Ki Rani'. lagu ni memang best tau kalau korang tak dengar rugi. hewhewhewhew.. bukan ni je yang menjadi fav kami sekeluarga tapi banyak lagi nanti aku akan muatkan dalam entry yang akan datang. Kami adik beradik dibesarkan dengan zaman hindustan so sebab tu lah 1 family kami terutamanya adik beradik perempuan suka menyayi lagu2 hindi. So enjoy lah korang dengar lagu ni. lagu ni dipeti dari cerita 'Aradhana' manakala pelakon nya ialah Rajesh Khanna (baru je meninggal dunia) & Sharmila.
Mere Sapno Ki Rani (salah 1 Ayah & Arwah Maa punya Fav Song)
Nadya Lee
Puasa Vs Dadih
Ada perisa Jagung,Strawberry,Coklat dan Keladi
Masa ni proses untuk membeku
lepas tu masuk kan kedalam peti ais.. sekian lah cerita ku buat kali ini
Siapakah dia?
Travel/Couchsurfing in Cameron highland