Salam semua!! Apa khabar?
Semua sihat? Aku sihat Alhamdulillah Cuma selsema sikit maklum lah keadaan
jerebu kat Melaka ni dah datang balik gelombang keduanya. Terlebih dahulu aku
ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpose dengan
jayanya yer kepada semua yang berpose. Aku kat sini Alhamdulillah setakat ni
tak de lah aku ponteng tana sebab. Sebelum aku melalut dengan lebih jauh aku
nak share lah dengan korang semalam (22July) aku dengan salah sorang kawan aku
berbuka kat Restoren Tomyam klasik A.K.A Restoren terapung yang terletak di
Sungai Putat. Sebelum pergi kesana kiteorang tempah buffet untuk 2 orang.
Suasana tak terlalu formal dan aku sangat selesa dengan suasana yang agak
santai, sementara menanti waktu berbuka kami lepak bersama ditepi mini tasik
yang ada sepasang kura-kura didalam nya. Aku diberitahu kura-kura tersebut
dilepaskan oleh sepasang pengantin yang melansungkan majlis disitu beberapa
bulan yang lepas.
Kami di layan mesra oleh semua
staff kat situ dan satu perkara yang korang kena tahu kebanyakan pekerja kat
situ ada market tuk jadi model terutama sekali pekerja lelaki yang comel dan
handsome( gatal nye). So tepat pukul 07.15pm kiterorang mula kan operasi
mengisi makanan dalam plate masing2. Bagai kan berada di syurga makanan yang
melampau banyak nye sampai tak tahu nak amik yang mana satu,tapi yang menjadi
pilihan aku adalah kerabu sotong,kerabu daging,asam pedas tetel,gulai lemak
ikan pantin,ulam ulaman,sup tomyam dan ayam goreng (itu menu bersama nasi putih).
Mana kala side menu coslo,buah bersama susu segar,kuih sagu merah,dadih,roti
sardin,bubur jagung,dan kuih-kuih yang kecik bebape jenis aku tala kan. Air
bandung,jagung dan sarsi. Cuba korang kira berape harga makanan2 yang aku amik
tu. Banyak jugak lah kan? Tapi aku just bayar RM60 untuk 2orang. Kawan aku lagi
lah banyak die tala kan semalam.
Kesedapan dan kesegaran
makanan tu dijamin sangat fresh dan baru. Tu yang menarik kiteorang kesana kali
ni. Ini kerana kami mendengar dari kawan2 kami yang kaki makan mengatakan
buffet di hotel kebanyakan di hangat kan kembali so kesegaran tak ada jaminan
oleh mereka, so kami bukan lah anak orang kaya nak masuk hotel 5 star kan. Kemudahan surau yang besar
disediakan untuk memudahka kiteorang menunaikan solat disitu sebab lepas solat
kiteorang sambung makan lagi untuk kali kedua (hebat tak perut kiteorang).
Untuk kali kedua kami memilih makanan western iaitu hotdog,nugget,fish and chip
dan air mineral. Kami diberitahu oleh staff disitu pada pukul 8.30pm kami dilarang
sama sekali untuk ambil makanan tu, so kami manfaat kan masa yang ada supaya
tidak membazir. So lepas tu kami sempat lah pose depan restoren tu. Kelas ko
Jah!! Siap pose dengan bunga lagi!!! kat bawah ni ada lah pictures kiteorang
bergedik-gedik.
Waiting...
Meja kiterorang no 109
Kuih ni cantik tapi aku tak amik sebab kata salah sorang staff kat situ kuih ni manis
sandwis ni aku balun kan 4 keping
Kek coklat ni sedap dan comel
Kek ni aku amik 1 je rasanya boleh tahan
Kuih cara berlauk aku tak amik sebab aku tak suka
Aku tak tahu apa nama kuih ni then aku tak amik
Popia sayur pon aku tak amik sebab aku tak suka
kuih sardin celup telur aku amik 2
yang ni agak special sebab ada staff restoren kat belakang
buah tembikai yang sedap dan segar
sedap kan?
nampak sangat menyelerakan
ni kerabu fav.aku
Kerabu ikan bilis
kerabu daging
bahagian vegetarian
Yummmy!!
nampak sangat sedap
buah and susu
bahagian nuget and hot dog
colek buoh
bahagian salad dan ulam-ulaman
soup of the day
air sejuk,bandung,sarsi dan jagung
Penuh meja kami!!
kuih dan muih beraneka macam!!
Ikin pose dengan senyuman yang menawan!!
ni bahagian aku!!
Makan soup tomyam dulu
setelah itu kosong lah plate kami semua
yeah...Perut dah kenyang
Jom kita balik
sebelum tu kita sembunyik!!
yahoooo!!! kenyang dan boleh balik!!!
bunga penyambut tetamu
Gadis dan bunga!! ahaks!!
Nadya