Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Hari Raya Haji i

Hai korang!! Kali ni aku nak share mengenai sambutan hari raya haji/korban di kampung halaman kawan aku, pada hari raya haji yang lepas aku telah pulang ke kampung halaman kawan aku di Alor Setar Kedah. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tak balik ke kampung halaman aku sendiri kan? Sebenarnya aku ingin merasai pengalaman berhari raya di kampung orang yelah sudah 2 tahun aku tak balik beraya kat kampung aku, korang kan tahu Maa & ayah aku dah tak ada kan? So aku fikir dah tak ada sesiapa lagi yang ada untuk aku. so begitu lah kisah nye okey berbalik pada kisah aku di Alor Setar  pada hari raya haji yang lepas. Banyak jugak lah tempat yang aku pergi almaklumlah ini kali kedua aku menjejaki tanah Alor Setar selepas sudah hampir 16tahun aku tak datang kesini. 1st time aku datang masa aku umur 9tahun tu pun sebab ada kenduri anak sepupu aruwah ayah aku dulu.aku menaiki bas dari Melaka Sentral ke Alor Setar. 

Tiket boleh didapati dengan mudah di kaunter tiket tapi pada kali ini aku memilih tiket bas Pancaran Matahari sebab ianya selesa lagi pun bas baru maaaaa. Harga tiket RM60.40sen mahal lah sikit sebab permintaan tinggi almaklumlah musim perayaan nok!! Aku naik je atas bas tidur dan tidur aku tiba di terminal bas Shahab Perdana pada pukul 5.20am kat sana agak sunyi lah sebab masih awal, aku dijemput oleh kawan aku yang terlebih dahulu pulang ke kampung 2 hari sebelum aku tiba. Orait pada hari pertama tu sebelah pagi aku dibawa jalan2 kaki oleh Wirda disekitar kampung kawan aku tu sementara kawan aku menolong ibunya membuat persiapan raya ,dan manakala sebelah petang tu aku dibawa ke Muzium padi,Istana anak bukit dan menara Alor Setar. Di muzium pada hari tu agak sunyi sebab kami kesana sudah hampir petang so orang dah ramai dah balik. Ada pelbagai bagai jenis padi diseluruh dunia yang dipamer kan, dari zaman dahulu sehingga lah teknologi canggih sekarang. Aku sebenarnya malas nak story pasal padi ni sebab aku tak reti nak mengulas dengan lebih lanjut.

 Wirda yang comel 

 Menjadi model aku

 Wirda yang temankan aku jenjalan

 Sementara tu kawan aku wat ketumpat Pulut daun palas

Depan: Wirda & Azie
 Belakang: Adik Wani

 On the Way to Muzium Padi












 Selepas tu aku dibawa ke istana anak bukit just for menpicture kan diri aku disini. Owh ye lupa aku nak perkenal kan kawan2 aku yang membawa aku jenjalan disana. Azie,Wani dan Wirda. Kat sana aku tak diberitahu banyak sangat mengenai istana bukit ni so aku tak malas nak menstory kan nya. So selepas menpictures kan diri kami terus ke next destination iaitu Alor Setar Tower kat sana kami banyak menpictures kan diri dan selepas tu kami pekena Laksa Utara!! Perghhhh!! Meleleh weyh!! Kesedapan dia terserlah rasanya memang A!! Seterusnya kami ke Masjid Alor Setar aku tak ingat apa nama masjid tu, member aku ada bagi tahu tapi mungkin aku tak focus time tu sebab terkedu dengan kecantikan seni bina masjid tu. Sangat unik dan cantik aku difahamkan kat masjid tu menjadi saksi pernikahan selebriti iaitu Mazlan Pet pet dengan pasangan dan Ayu Raudah dengan pemain bola yang kembar tu (aku lupa lah nama laki dia). Kami sampai kat rumah pukul 8 malam dan kami membuat persiapan hari raya maklumlah esok dah raya.



















Okey ni baru episod pertama akan ada episod 2 dan 3 tapi tak janji lah bila dapat di publish kan so


Stay tuned...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah