Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Raya Haji II

Hai korang semua, aku kembali untuk menyambungkan apa yang telah aku janji kan pada episod lalu.okey aku malas nak membebel apa baik aku sambung je terus yer,Pada keesokan hari nya aku dan kawan aku berhari raya sakan lah. Owh ye kat Kedah hari raya Haji pun kunjung mengunjungi rumah kerumah adalah menjadi kebiasaan, pada aku ini agak unik sebab dikampung halaman aku kunjung mengunjungi rumah ke rumah memang tak ada lah pada hari raya haji, ianya berlaku pada hari raya aidilfitri je, so apa lagi kan aku kalau bab berhari raya memang suka sangat lah sebab dapat makan pelbagai jenis makanan yang terhidang secara percuma. So banyak lah gambar kami disnap..kihkihkih.Rumah pertama yang kami kunjungi iailah rumah mak Lang kepada kawan aku ni mana kala rumah ke dua rumah mak Njang yang seterusnya rumah mak Long dan rumah sepupu sepapat nya.



okey hujan dah stop jom berhari raya!!

 sarapan makan besaq!!

Pose istimewa di hadapan cermin. Hehehehe

pada petang tu aku dan kawan aku betolak ke Sungai Petani untuk berhari raya di rumah cikgu aku time sekolah rendah aku dulu iaitu cikgu Nazir Muhamad. Perjalanan dari Alor Setar ke Sungai Petani memakan masa hampir 1 jam sebab jalan sedikit jammed walaupun highway dan ingin aku memaklumkan disini tol kat sana bapak mahal tapi tak dapat kalah kan tol kat JB lah kan.Bagai kan bermimpi aku dapat berjumpa dengan cikgu lagi, sebab last aku jumpa dengan cikgu pada tahun 2000 sudah 13tahun masa berlalu dengan begitu cepat kan? nak cerita sikit lah pasal cikgu kesayangan aku ni, cikgu ni sangat meninggal kan kesan pada hidup aku sebab cikgu ni lah banyak memberi kesedaran pada aku dan kenkawan masa kiteorang sekolah rendah dulu,banyak lah gosip dan kisah2 lama yang kami bicarakan pung pang pung pang sampai kan tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.45petang. 

Kepuasan dalam kereta!! huhuhu

 Masih sporting!! yeah keeping rock cikgu!!

 Cikgu cakap saya sama macam dulu 'ketingian'

Wife cikgu dan anak Cikgu

kami bertolak ke Gunung Jerai walaupun kami sudah ketidak sempatan kami tetap meneruskan perjalanan sebab kami ingin menpictures kan diri kami di kaki gunung tu. Walaupun tak dapat memanjat gunung kami redha sebab dapat snap beberapa gambar kat sana, so hampir maghrib kami bertolak mencari masjid dan lepas tu kami meneruskan perjalanan kami ke rumah sepupu kepada kawan aku tapi nama tempat tu aku tak ingat yang best kat sana aku dapat jumpa dengan baby Hassan & Hussien, diorang ni kembar tak seiras comel dan bulat.diorang ni suka sangat senyum dan aku dah lama tak hold baby so agak kekok lah,errmmm nak story apelagi eh?? lepas tu kami bertolak balik ke Alor Setar dan perjalanan balik mengambil masa selama 40minit.sesampai je kat rumah kami terus mandi dan ZZZzzZZzzzzz







 aku pon da tak ingat mana 1 Hassan n mana 1 Hussien

 Azie & Wanie


The End..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah