Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

A day with Encik Haris

  
      Selamat semua. aku tak tahu nak wish selamat ape kat korang, okey semua kali ini aku nak share story about aku bersama Haris di Rembau, pada hari selasa 17hb Dec 2013 kawan aku ajak teman kan dia balik kampung die kat Rembau Negeri 9. Sebelum ni aku belum pernah jejak kaki ke Rembau most wonted ni. Sebelum ni aku ke Nilai n Seremban jer, so kali ni aku berpeluang ke sana so apa lagi lah kan aku mengunakan lah peluang ini dengan sebaik mungkin, terlebih dahulu aku perkenalkan nama kawan aku ni ialah Puan Shikin tapi die lebih suka bahasakan diri die Ikin, aku kenal Ikin ni sejak dari awal tahun ni kami dulu housemate masa kami stay kat Taman Bukit Beruang, kiteorang berpecah sebab jodoh die dah tiba so begitu lah kisah nya,eh aku ni dah melalut ke arah yang tak sepatutnya ni.
Okey berbalik pada cerita aku tadi aku dengan Ikin bertolak dari Melaka pukul 6pm almaklum lah kami ni balik kerja kul 5.30PM so kelambatan lah sikit kan tapi sampai di Durian Tunggal kami stop kejap kat gerai member kepada ayah Ikin untuk tapau Bihun sup yang baek punya!! So kami melalui jalan kampung so agak lama lah perjalanan kami tuk sampai di Rembau, perjalanan kami ke Rembau memakan masa hampir 1jam jugak, kalau kami lalu highway utara-selatan kejap aje tapi kejauhan lah sebab kami dah sampai Durian Tunggal sampai je kat  sana aku di sambut oleh mama Ikin yang baik hati lagi suka memasak tapi sebelum makan2 tu aku dan ikin sempat lah solat maghrib. Selepas tu baru lah aku dan Ikin memulakan upacara makan2, owh layan sunguh lauk yang dimasak oleh mama Ikin tu sampai kan bihun yang kami tapau tu dah termakan nasib baik mama Ikin tak bising sebab kuah dan bihun diasingkan so selamat lah kami, jadi bihun2 tu kami makan keesokan harinya.kami break 1st makan bihun sup yang di panas kan. Owh sangat heaven rasanya!!! Plan asalnye aku balik Melaka keesokan harinya bersama Ikin tapi setelah di pujuk rayu oleh mama Ikin aku pun buat keputusan tuk lepak kat kampung tu so keesokan nya aku ponteng kerja lah jawapnya. Kebetulan pulak pada malam tersebut aku dibagitahu Kak Ngah Ikin dari KL balik Rembau sebab ada urusan di Melaka katanya J
Keesokan harinya setelah Ikin bertolak balik ke Melaka mana kala aku stay kat rumah nya bersama family nya tapi yang best kali ini anak buah Ikin tu ada dikampung so aku tak adalah bosan sangat sebab aku boleh la melayan Haris, Haris ni umur mencecah 3tahun tapi cerdik mengalah kan budak umur 5 tahun maklum lah mak die tu peguam manakala ayahnye pulak ahli analisis data system Negara. So hari tu aku dijamu dengan pelbagai makanan yang best dan yang paling syok aku dapat ikut Mama Ikin ke pekan Rembau so aku dapat lah mendengar dialek Negeri 9 secara live. Aku teman kan Mama Ikin beli ikan n barang2 dapur tapi sayang nye aku lupa nak bawak kamera time tu so tak dapat lah aku nak posing depan signboard “PEKAN REMBAU”. Lepas tu aku wat ape eh?? Tak ade wat apa2 just lepak dan rehat je sambil layan kan Haris J
Pada petang tu seepas solat asar aku dibawa melawat ke rumah Maklong yang berhampiran dengan rumah Ikin. Rumah nye ala-ala English gitu tapi aku tak dapat kebenaran tuk amik gambar kat dalam rumah nye sebab tu hak peribadinya so aku publish kan gambar diluar rumah nye je lepas aku snap2 pict aku meminta diri dengan lebih awal sebab nak tolong adik2 Ikin jolok buah rambutan kuning sebab tak nak lah biarkan diorang amik kan rambutan tuk aku sedangkan aku tak tolong diorangkan so sangat tak adil lah. lepas tu adik bongsu Ikin ajak aku main badminton wah dah lama tak berpeluh sakan macam hari tu..huh!! sangat heaven aku tido malam tu beb!!J

Bunga ni menarik minat aku..kihkihkih

 Aku tak suka bunga tapi kali ni aku suka warna bunga ni. :)

 Gambar bunga2 ni aku snap depan rumah Mama Ikin

Bunga Putih aku tak tahu apa nama sebenar bunga ni :)
 Salah satu ciri2 English yang aku tengok di kawasan rumah Mak Long

 susur keluar dari Teratak Imbok

 Pic Tuan Ikmal & En.Haris

En.Haris si cilik  

 sangat comel jugak

 at 1st Najwa temankan dia main tapi last2 die teman kan Najwa bergayut 

 bila dia nampak aku 'En.Haris suka bergambar'

 Die jadi model lighting and iso aku.

En.Haris yang comel dan cute

 suke je dia bila aku wat close up

 Wah buai laju laju nampak En.Haris

Aku curi-curi snap pic En.Haris




Sekian...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya Haji II

Hai korang semua, aku kembali untuk menyambungkan apa yang telah aku janji kan pada episod lalu.okey aku malas nak membebel apa baik aku sambung je terus yer,Pada keesokan hari nya aku dan kawan aku berhari raya sakan lah. Owh ye kat Kedah hari raya Haji pun kunjung mengunjungi rumah kerumah adalah menjadi kebiasaan, pada aku ini agak unik sebab dikampung halaman aku kunjung mengunjungi rumah ke rumah memang tak ada lah pada hari raya haji, ianya berlaku pada hari raya aidilfitri je, so apa lagi kan aku kalau bab berhari raya memang suka sangat lah sebab dapat makan pelbagai jenis makanan yang terhidang secara percuma. So banyak lah gambar kami disnap..kihkihkih.Rumah pertama yang kami kunjungi iailah rumah mak Lang kepada kawan aku ni mana kala rumah ke dua rumah mak Njang yang seterusnya rumah mak Long dan rumah sepupu sepapat nya.



okey hujan dah stop jom berhari raya!!

 sarapan makan besaq!!

Pose istimewa di hadapan cermin. Hehehehe

pada petang tu aku dan kawan aku betolak ke Sungai Petani untuk berhari raya di rumah cikgu aku time sekolah rendah aku dulu iaitu cikgu Nazir Muhamad. Perjalanan dari Alor Setar ke Sungai Petani memakan masa hampir 1 jam sebab jalan sedikit jammed walaupun highway dan ingin aku memaklumkan disini tol kat sana bapak mahal tapi tak dapat kalah kan tol kat JB lah kan.Bagai kan bermimpi aku dapat berjumpa dengan cikgu lagi, sebab last aku jumpa dengan cikgu pada tahun 2000 sudah 13tahun masa berlalu dengan begitu cepat kan? nak cerita sikit lah pasal cikgu kesayangan aku ni, cikgu ni sangat meninggal kan kesan pada hidup aku sebab cikgu ni lah banyak memberi kesedaran pada aku dan kenkawan masa kiteorang sekolah rendah dulu,banyak lah gosip dan kisah2 lama yang kami bicarakan pung pang pung pang sampai kan tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.45petang. 

Kepuasan dalam kereta!! huhuhu

 Masih sporting!! yeah keeping rock cikgu!!

 Cikgu cakap saya sama macam dulu 'ketingian'

Wife cikgu dan anak Cikgu

kami bertolak ke Gunung Jerai walaupun kami sudah ketidak sempatan kami tetap meneruskan perjalanan sebab kami ingin menpictures kan diri kami di kaki gunung tu. Walaupun tak dapat memanjat gunung kami redha sebab dapat snap beberapa gambar kat sana, so hampir maghrib kami bertolak mencari masjid dan lepas tu kami meneruskan perjalanan kami ke rumah sepupu kepada kawan aku tapi nama tempat tu aku tak ingat yang best kat sana aku dapat jumpa dengan baby Hassan & Hussien, diorang ni kembar tak seiras comel dan bulat.diorang ni suka sangat senyum dan aku dah lama tak hold baby so agak kekok lah,errmmm nak story apelagi eh?? lepas tu kami bertolak balik ke Alor Setar dan perjalanan balik mengambil masa selama 40minit.sesampai je kat rumah kami terus mandi dan ZZZzzZZzzzzz







 aku pon da tak ingat mana 1 Hassan n mana 1 Hussien

 Azie & Wanie


The End..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Raya Haji i

Hai korang!! Kali ni aku nak share mengenai sambutan hari raya haji/korban di kampung halaman kawan aku, pada hari raya haji yang lepas aku telah pulang ke kampung halaman kawan aku di Alor Setar Kedah. Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tak balik ke kampung halaman aku sendiri kan? Sebenarnya aku ingin merasai pengalaman berhari raya di kampung orang yelah sudah 2 tahun aku tak balik beraya kat kampung aku, korang kan tahu Maa & ayah aku dah tak ada kan? So aku fikir dah tak ada sesiapa lagi yang ada untuk aku. so begitu lah kisah nye okey berbalik pada kisah aku di Alor Setar  pada hari raya haji yang lepas. Banyak jugak lah tempat yang aku pergi almaklumlah ini kali kedua aku menjejaki tanah Alor Setar selepas sudah hampir 16tahun aku tak datang kesini. 1st time aku datang masa aku umur 9tahun tu pun sebab ada kenduri anak sepupu aruwah ayah aku dulu.aku menaiki bas dari Melaka Sentral ke Alor Setar. 

Tiket boleh didapati dengan mudah di kaunter tiket tapi pada kali ini aku memilih tiket bas Pancaran Matahari sebab ianya selesa lagi pun bas baru maaaaa. Harga tiket RM60.40sen mahal lah sikit sebab permintaan tinggi almaklumlah musim perayaan nok!! Aku naik je atas bas tidur dan tidur aku tiba di terminal bas Shahab Perdana pada pukul 5.20am kat sana agak sunyi lah sebab masih awal, aku dijemput oleh kawan aku yang terlebih dahulu pulang ke kampung 2 hari sebelum aku tiba. Orait pada hari pertama tu sebelah pagi aku dibawa jalan2 kaki oleh Wirda disekitar kampung kawan aku tu sementara kawan aku menolong ibunya membuat persiapan raya ,dan manakala sebelah petang tu aku dibawa ke Muzium padi,Istana anak bukit dan menara Alor Setar. Di muzium pada hari tu agak sunyi sebab kami kesana sudah hampir petang so orang dah ramai dah balik. Ada pelbagai bagai jenis padi diseluruh dunia yang dipamer kan, dari zaman dahulu sehingga lah teknologi canggih sekarang. Aku sebenarnya malas nak story pasal padi ni sebab aku tak reti nak mengulas dengan lebih lanjut.

 Wirda yang comel 

 Menjadi model aku

 Wirda yang temankan aku jenjalan

 Sementara tu kawan aku wat ketumpat Pulut daun palas

Depan: Wirda & Azie
 Belakang: Adik Wani

 On the Way to Muzium Padi












 Selepas tu aku dibawa ke istana anak bukit just for menpicture kan diri aku disini. Owh ye lupa aku nak perkenal kan kawan2 aku yang membawa aku jenjalan disana. Azie,Wani dan Wirda. Kat sana aku tak diberitahu banyak sangat mengenai istana bukit ni so aku tak malas nak menstory kan nya. So selepas menpictures kan diri kami terus ke next destination iaitu Alor Setar Tower kat sana kami banyak menpictures kan diri dan selepas tu kami pekena Laksa Utara!! Perghhhh!! Meleleh weyh!! Kesedapan dia terserlah rasanya memang A!! Seterusnya kami ke Masjid Alor Setar aku tak ingat apa nama masjid tu, member aku ada bagi tahu tapi mungkin aku tak focus time tu sebab terkedu dengan kecantikan seni bina masjid tu. Sangat unik dan cantik aku difahamkan kat masjid tu menjadi saksi pernikahan selebriti iaitu Mazlan Pet pet dengan pasangan dan Ayu Raudah dengan pemain bola yang kembar tu (aku lupa lah nama laki dia). Kami sampai kat rumah pukul 8 malam dan kami membuat persiapan hari raya maklumlah esok dah raya.



















Okey ni baru episod pertama akan ada episod 2 dan 3 tapi tak janji lah bila dapat di publish kan so


Stay tuned...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah