Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Backpakers New Begin Part III

Episod Ke Tiga

Pada pukul 6.30am kami dah bangun dan sesiap untuk pack our stuff seperti selepas selesai semua tu pada pukul 8.20am mak sue sediakan sarapan nasi kerabu perghhhh!! Nasi kerabu memang sedap seyh terasa budu,lada hitam tumbuk,ikan tumbuk dan ulam-ulaman (sangat heaven pada aku sebab aku hantu sayur dan ikan tapi tak pada Azie sebab dia tak makan ikan dan sayur) J.  Selepas settle makan sarapan kami bertolak ke Hatyai pada pukul 9am dengan menaiki kereta ayah sue yang dipandu oleh Abang Lah kali ni pun kami mengalah dengan arahan ayah sue untuk menghantar kami ke Hatyai sebab ayah sue tak bagi aku dan Azie naik kereta api ke Hatyai sebab katanya bandar Hatyai sangat bahaya untuk kami L. Setelah sampai di ‘Boh koso’ Hatyai kami terus ke kaunter tiket dan bayaran tiket 230Bath untuk seorang. Kami bertolak dari ‘Boh koso’ ke Krabi tepat pukul 12pm. Selepas 2jam perjalanan kami van mini yang kami naiki stop berehat untuk makan di Trang. Pada asalnya kami agak risau sebab pertuturan di Trang dah fully Thailand tapi Alhamdulillah makcik-makcik kat situ still boleh bercakap bahasa melayu. Kami stop kat situ 20minit jer so sempat lah kami makan dan snap pictures berhampiran R&R J. Setelah tiba di Krabi kami stop di rumah menantu kepada ayah sue iaitu kak Rosnie. Kami singgah sebab nak pinjam motor untuk kami cari hotel yang dah kami booked sebelum kami berangkat ke sana agak lama jugak kami mencari lokasi hotel tersebut. Kami mencari area Bandar Krabi yang sesak dan penuh dengan kenderaan nasib baik kami menaiki motor dan yang paling best kat sana tak perlu pakai helmet sebab polis kat sana tak ambil port pasal trafik tapi ambil port pasal jenayah. Kami tiba di bandar Krabi ada pesta songkran so kami disimbah air ketika menaiki motor sangat heaven dan pengalaman yang sangat unik. Kami sempat singgah kat pasar malam Krabi kat sana makanan sangat lah murah dan sedap but ada jugak yang tak halal so untuk korang pilih makanan tu kena tengok makcik-makcik penjual tu semua sebab 90% dari penjual-penjual tu muslim manakala 10% lagi non muslim. So kena berhati-hati okey sebab mereka tak semua muslim jangan main bedal je. Sambil-sambil berjalan tu banyak jugak makanan aku bedal kikikiki J. Azie tak ambil port sangat pasal makanan. So kami balik ke bilik untuk hantar makanan yang kami beli dan kami pergi kerumah kak Rosnie untuk amik bag backpack yang kami tinggal kat rumah nya sementara kami jalan2. So malam tu kami solat kat rumah kak Rosnie dan pukul 8.30pm kami balik ke bilik untuk mandi. Owh yer lupa aku nak bagitahu jarak antara bilik kami ke rumah kak Rosnie hanyalah 1km. Alhamdulillah sebab tak lah susah untuk kami nak kesana untuk melepak dengan kak Rosnie. Malam tu kami keluar lagi untuk mencari makanan untuk makan malam Nampak tak permainan aku kat sana?? Hehehehe J kami balik kebilik pada pukul 11pm selepas round-round dengan menaiki motorsikal kak Rosnie,malam tu kami tidur mati dan bilik kami duduk tu ada penyaman udara wah!!! Dah lama kami tak tidur dalam bilik yang ada aircond so sebab tu lah kami jadi jakun. zzzzZZZzzZZZ... (sebelum aku lupa bilik yang kami duduk tu 400bath untuk 1 malam)

 Kami dalam Mini van yang kecik

Kami dah sampai di Pasar Krabi

Mengeluarkan wang dan memasukan makanan

Posing sakan eh!!

Cakkkkk!!!

Big Crab!!

No caption

our 1st dinner


Nasi goreng Thai

Stay tune!! Will be right back with the new episode

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah