Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

BackPackers New Begin

Hi Salam semua apa khabar? Entry pada kali ni aku nak share dengan korang pasal travelling aku ke Thailand untuk kali kedua, kali ni as a backpackers with kawan aku, percutian aku bermula pada  11 april.

Episod Pertama
Kami mulakan perjalanan kami dari Melaka Sentral ke Rantau Panjang,pukul 8.00pm bas yang kami naiki bergerak kedestinasi dan pada pukul 8.45am kami  tiba di Rantau Panjang kami dijemput oleh Makcik Rose iaitu mak kepada member aku yang stay kat sana. Pada awal nye kami  memang tak nak singgah sana tapi bila fikir-fikir balik tak kan tak nak mandi or segar kan diri setelah hampir 12jam kat in the bus, selepas tu makcik Rose membawa kami ke gerai berhampiran dengan pintu masuk Malaysia-Thailand kat situ pelbagai-bagai makanan yang ada tapi semestinya makanan yang dah dibungkus selepas kami menikmati sarapan yang dibelanja oleh makcik Rose kami terus ambil motor tambang RM2. Setelah itu kami dibawa ke sempadan dan kami isi form visa perjalanan kat pejabat immigration of Thailand untuk fill up the form  itu kami di cas RM2 ini kerana form yang di fill up tu amat terhad so kami malas nak fikir panjang. Setelah selesai semua  itu kami meneruskan perjalanan kami ke stesen kereta api sungai Kolok. Sesampai disana motor yang sepatutnya kami bayar RM2 telah menipu kami pada awalnya RM2 untuk seorang tapi setelah sampai kami di cas RM10 setiap seorang itu pengalaman pahit kami sesampai je kat sana dah kena tipu, so pada korang aku nasihatkan sebelum naik motor tambang tu, korang patut Tanya harga tambang dulu, untuk pastikan supaya korang tak ditipu oleh pakcik-pakcik motor yang mata duitan.

Jadual kereta api

DESTINATION
DEPARTURE
ARRIVAL
Sungai Kolok- Hatyai
12.30PM
3.30PM
Sungai Kolok- Hatyai
3.00PM
6.00PM
  
 Aku nasihatkan kat korang kalau naik train dari sungai kolok lebih baik korang ambil tiket dan bayar sebab untuk rakyat Thailand tiket free tapi kalau bukan kerakyatan Thailand kena bayar 20.20bath setiap seorang. Sebenarnya Perjalanan kami akan stop kat Yala terlebih dahulu ini kerana aku nak melawat paksue aku yang dah lama menantikan kedatangan aku kesana, so pukul 2.30pm(waktu Thailand) kami selamat sampai distesen Mai-ken, stesen Mai-ken ni adalah stesen ke 11 dari sungai Kolok. Dari stesen Mai-ken ke rumah pak sue kami  just jalan kaki sebab jarak nya hanya 500meter. Ketibaan kami disambut mesra oleh ayahsue sekeluarga akhirnya genap lah 2 tahun kedatangan aku dan ayah pada tahun 2012. Sampai jer aku kat sana aku sangat merindui aruwah ayah suasana dan keadaan rumah ayah sue tak banyak berubah still sama macam 2 tahun dulu. Okey lah stop pasal memori-memori lama J setelah sampai kami segarkan diri terlebih dahulu almaklumlah suhu di Thailand amat luar biasa panas nya. Fuh!! Itu adalah pengalaman so tak boleh nak merunggut.Petang tu kami just lepak2 dengan family pak sue dan cerita kan plan kami dan minta pandangan paksue. Plan asal kami keesokan harinya terus nak ke Hatyai tapi ayah sue cakap tak digalakan pergi ke Hatyai sebab pada 13 april tu songkran day A.K.A pesta air. So kami akur dengan pendapat ayah sue then kami melepak lah sampai ke petang manakala malam tu selepas makan dan solat kami terus tidur.

Bermula nya disini

Stesen Kereta Api Sungai Golok 

Dataran Kereta api Sungai Golok

 Keadaan dalam Train

Tak sabar nak sampai!!

Stesen Mai-Ken

Walk Walk and Walk
 yeah Mak Sue menyambut kedatangan kami.




Stay tune...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah