Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

BackPakers New Begin Part II

Episod ke Dua

Okey sambung untuk episode seterusnya. Keesokan harinya kami banyak melepak dirumah dan mendengar cerita ayah sue mengenai ekonomi Negara Thailand yang jauh lebih baik dari Malaysia. Isu-isu semasa yang amat memalukan mengenai Malaysia. Malu nye aku sebab persoalan yang ditanya oleh ayah sue membuatkan aku terkedu untuk menjawab nye so aku layan kan je pendapat ayah sue okey stop talking about that lah kan. Tengah hari tu kami makan nasi sup Thai perut lembu dikedai Abang Lah iaitu anak kepada ayah sue memang perghhh!!! A+ seyh dah lama aku idam-idam kan nak makan sup itu dan kali ni kawan aku ni dapat lah merasai sup yang aku selalu bagitahu dia. Nasi putih+sup perut+telur dadar+sayur campur goreng+sambal belacan+hirisan timun batang,lunch kami pada hari tu memang heaven dan tak ada kata yang dapat aku gambar kan. Selepas makan tengah hari tu kami solat dan berehat tepat pukul 3pm kami pergi ke Bandar Yala untuk beli simkad phone ini kerana senang untuk kami berhubung dengan ayah sue sebab ayah sue tak berapa sure dengan keboleh kami untuk berbackpakers di Krabi nanti. Kat Bandar Yala kami dapati banyak jalan raya ditutup sebab meraikan hari songkran dan mereka menyimbah air. Nasib baik kami menaiki kereta so tak basah lah kami J. Tapi kedai2 banyak tutup almaklum lah public holiday kata kau!! Selepas pusing2 kami ke tasik buatan manusia untuk menaiki basikal air kayuh bayaran untuk itu 20Bath untuk 30minit tapi kami naik tak sampai 15minit pun sebab lenguh kaki seyh bayangkan dengan suhu perghhh panas sangat lepas tu kami ape lagi pergi beli air mineral untuk sejuk kan badan. Baru jer lepas buat senaman kaki,Abang Lah bawak kami ke pasar petang untuk makan real SomTam betik sangat A dan A itu jer yang boleh aku bagitahu mengenai makan yang kami makan kat sana. Kami lepak-lepak selepas tu kami balik rumah pukul 6.15pm sampai jerk at rumah aku ke pasar malam yang berhampiran dengan rumah ayah sue. Apa lagi aku dengan Azie ape lagi bershoping sakan lah agak sudah lama aku tak makan ‘etok’ sejenis kupang sungai yang sangat manis dan sedap isinya. So kami dapat lah borak-borak dengan penjual-penjual kat pasar malam tu. kat pasar malam tu kami tak layan kan sangat nafsu makan sebab kami dah dibagitahu yang mak sue dah masak untuk makan malam kami. Pada malam tu kami dihidang kan nasi putih+telur rebus masak kicap+ikan cecaru sumbat sambal+ulam-ulaman. Lepas makan seperti kami borak-borak terlebih dahulu dengan ayah sue dan baru lah kami tidur, pada malam tu kami pack baju sebab keesokan hari nya kami perlu ke Hatyai untuk mendapat kan mini van untuk ke Krabi. So baju2 kotor kami hantar laundry kat mak sue untuk basuh mana kala baju yang masih ok kami bawak ke Krabi J hehehehe.. tq mak sue!! Love you so much!!


Kami bersama Hafis cucu kepada ayah sue. Mamat ni Handsome kan? : )

  Bershoping lah kata kau!!

Servey Spek mata sikit!!

Datang Thai kalau tak beli DVD cerita hantu memang tak sah lah kan?

 Orang lain duk kalut duk kayuh tapi kami duk kalut 'berselfie'

 Selfie Selfie dan Selfie

  Adik manis somtam 1 tak nak pedas 

Yummu tak sabaq nak makan noooh!!

Somtam 1 yer!!

Jemput makan yer!!


Stay tune!! Will be right back with new episode




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah