Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Backpakers New Begin Part IV

Episod ke Empat

Keesokan harinya pada pukul 6.30am kami dah keluar ke Bandar Krabi untuk mencari tempat sewa motor api sebelum tu hasrat kami untuk mencari pantai yang kami jumpa adalah Krabi Proving Administration Organization dan satu lagi Passenger Part Of Krabi Habour Department, aku pun tak tahu kenapa aku boleh sampai kat tempat tu so alang2 dah sampai kan? Aku snap lah pictures untuk kenangan kat area-area situ. Owh lupa nak bagi tahu timing kat Thailand berbeza 1 jam dari Malaysia so matahari dah terang benderang tapi stil pukul 7am, lepas kami berpuas hati selfie sana sini kami pun bergerak ke Bandar Krabi untuk sewa motorbike ini kerana sebelum pukul 10am kami patut hantar motorbike kak Rosnie, so lepas fill up the form rent motorbike sebagai deposit kami diminta untuk tinggalkan passport so kami akurlah dengan itu kami bayar 200bath untuk 1hari sewa motor. Kami ke rumah kak Rosnie sesampai disana kami lepak seketika maka dapatlah kami mencuba kuih muih yang kak Rosnie belikan sementara tunggu Kak Rosnie bersiap-siap.Aku perasan ada seakan akan kuih pelita,kuih tepung jagung,pulut panggang dan puteri mandi ini nama yang aku bagi tapi bukan nama yang sebetulnya.Aku dan Azie menaiki motorbike yang kami sewa manakala Kak Rosnie menaiki motor nye yang kami pinjam sebelum ni so tepat pukul 10.30am kami bertolak ke pasar besar Bandar Krabi untuk makan nasi ini kerana selepas kami bertolak ke pantai agak susah untuk kami jumpa kedai makan. Kat sana kami makan nasi putih+ayam goreng+kuah masak lemak Thailand yang berharga 40bath manakala air aku beli milo ais 20bath yang ada banyak ais, so dapat lah aku bawak ais tu ke pantai yang kami akan pergi dari pasar Krabi ke Fossil Shell memakan masa 20minit ini adalah tempat pertama kami singgah kat the fossil shell pantai kerang yang berjuta-juta tahun dahulu yang datang berkumpul kat situ dan kekal disitu sampai sekarang ianya menjadi seperti pantai itu telah disimen. Aku dan Azie macam biasa berselfie ditempat yang menarik sudah tentu lah kan? Masa kami kat sana kami sempat bershoping lah jugak ole-ole untuk kawan-kawan dan keluarga so banyak jugak lah tapi kami berhati-hati dengan apa yang kami beli sebab barang-barang yang akan dibawa balik nanti akan menyukarkan kami untuk menaiki kereta api nanti selepas 1jam kami habiskan masa kat situ kami bergerak ke pantai Ao-Nang dimana aku dan ayah stay dulu. Dari fossil shell ke Ao-Nang memakan masa 30minit dipertengahan jalan tu kami sempat singgah di stadium Krabi kami singgah untuk selfie jer sebab stadium tu dalam proses pembinaan yang ada hanyalah pintu pagar yang dihias cantik. Selepas itu kami meneruskan perjalanan kami ke Ao-Nang sampai disana aku hampir menitiskan air mata kerana terkenang kan aruwah ayah L. Aku lepak kat sana sampai pukul 3pm sementara menunggu anak kak Rosnie mandi air laut aku dan Azie mengambil kesempatan berselfie dan mencuba semua makan yang dijual dengan motor beroda tiga sesampai kat sana semestinya kami berposing sakan dan selepas tu mula mencuba somtam,lokcing dan ayam madu bakar dan semestinya air mineral untuk kami topup dalam ais yang kami bekal kan dari pasar Krabi sebelum tu, harga somtam 30bath,harga ayam madu bakar 350bath seketul manakala lokcing 10bath untuk setiap cucuk. Pada pukul 3pm kami bertolak ke tempat naik gajah kat area Ao-Nang pada mulanya kami memang merangcang untuk naik gajah tapi sampai je kat sana kami tengok price list agak mengecewakan kami 800bath setiap seorang untuk naik gajah, owh memang tidak lah bagi kami untuk membuang duit sebegitu sahaja, but menjaga gajah-gajah tu baik hati mereka langsung tak melarang aku dan azie untuk bergambar dengan gajah pengalaman yang sangat best and yang paling best suhu kat situ aku dapat rasa kan hampir 40’C kot punyalah panas macam kat padang pasir. Selepas selesai kak Rosnie membawa kami ke pantai yang terperincil kat kawasan gajah-gajah tu aku minta maaf pada semua aku lupa apa nama pantai-pantai itu dan aku lupa minta Azie snap pictures sign board pantai tu aku yang ride motor manakala Azie passenger. Kat pantai sana kami pun tak mandi just snap-snap pictures je so banyak jugak lah koleksi gambar kami J. Masa tu jam dah hampir pukul 5.20pm so kami bertolak balik ke Pantai Ao-Nang untuk makan laksa best in the city. Kami sampai kat sana pukul 6pm kami stop kat kedai laksa dan nasib baik Kak Rosnie ada untuk order laksa sebab makcik tu tak boleh cakap mat saleh, yang menarik laksa kat sana adalah kuah nya ada pelbagai bagai kuah yang disediakan untuk dipilih antara nya kuah kacang,kuah masak lemak kuning,kuah pedas,kuah manis dan kuah lemak ikan putih dan banyak ulam-ulaman yang disediakan untuk dimakan dengan laksa. Semua sekali berharga 320bath termasuk air dan tapai pulut so bagi aku amat berbaloi dengan harga yang kami bayar pada pukul 6.45pm kami bertolak balik ke Bandar Krabi sampai di persimpangan kami dan Kak Rosnie berpisah kerana Kak Rosnie nak singgah dipasar malam Bandar Krabi untuk beli barang-barang dapur mana kala aku dan Azie terus balik ke bilik untuk mandi dan solat. Pada pukul 8.15pm aku dan Azie keluar ke pantai Ao-Nang untuk melihat sendiri kehidupan di pantai itu pada waktu malam sesampai je kami kat sana kami jalan-jalan kat deretan kedai yang menjual pelbagai-bagai jenis ole-ole dan barang-barang perhiasan nasihat aku pada korang kalau nak beli ole-ole jangan lah beli kat kedai-kedai Ao-nang kerana harga nya berganda jika dibandingkan dengan harga barang-barang yang dijual di pasar Krabi dan 1 lagi kalau nak beli ajak lah kawan yang boleh speaking Thai kalau tak mampos lah korang kena sembelih dengan penjual-penjual tu semua. So bila kami tengah jenjalan kami tersempak dengan sekumpulan mak nyah A.K.A Ladyboys yang perghhh!!! Pada asalnya kami hanya melihat gelagat-gelagat mereka melayan mat saleh-mat sale untuk bergambar dengan mereka. So kami tak sangka mereka meminta duit tips dari sesiapa saja yang bergambar dengan mereka kami yang sengal dan bingai ni pun bergedik-gedik lah untuk snap pictures dengan mereka, selepas selesai kami dikenakan bayaran 100bath untuk setiap seorang. Kebodohan apakah ini?? Sakit nya hati ini.. fuh!!! Sabar.. sabar.. sabar.. Tak pe itu pengalaman yang membuatkan aku perlu berhati-hati dengan golongan seperti itu.hahaha (gelak jahat seyh) so lepas jalan-jalan kami ke area pusat hiburan tapi semestinya kami tak masuk kat tempat tu. pada pukul 12am kami bertolak balik ke Krabi dan sampai jerk at bilik kami zzzZZZZZzzz..



 




 Krabi Proving Administration Organization


 Krabi Proving Administration Organization




Passenger Part Of Krabi Habour Department


 Passenger Part Of Krabi Habour Department


Kami menyewa motor bike


 masa ni menahan sakit perut. lupa makan ubat seyh

 Azie lah insan yang paling jakun sekali bila sampai disini :p

  si Jakun bersama kerang-kerang nye..hehehe jangan marah ye my dear

 Selfie lah kami selagi mampu

 No caption

 Pantai Fossil Shell dan aku membawa bekalan ais yang secukupnya

 Masa ni muka masing2 sangat suci

 muka kami sebelum menjadi legam dan hitam..muahaha

 Sesampai kami di Ao-Nang

 Ao-Nang I

  Ao-Nang II

  Ao-Nang III

  Ao-Nang IV

  Ao-Nang V

 Ao-Nang VI

 Ao-Nang VII

 Ao-Nang VIII

Ao-Nang IX

 X

Tempat naik Gajah I

Tempat naik Gajah II

 Tempat naik Gajah III

 Tepi pantai yang terperincil I

  Tepi pantai yang terperincil II

  Tepi pantai yang terperincil III

  Tepi pantai yang terperincil IV

  Tepi pantai yang terperincil V

 Kedai tempat kami belanja Kak Rosnie makan Laksa Krabi


 Tokong I

Tokong II
Mak Nyah yang senggal!!


Stay Tune Will Back With New Episode

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

http://mhakimfaiz.blogspot.com berkata...

Phuket thai g pusing mana lagi nad..
Sedap ah nad.

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah