Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Backpacker to Singapore



Assalamualaikumussalam..
Sudah lama aku tidak datang bertandang disini, korang apa khabar? Disini aku kembali untuk mengetuk keyboard notebook ku yang comel ini, tak silap entry yang lepas aku menceritakan mengenai penjelajahan aku dan kawan aku ke Thailand okey pada kali ini aku tak nak cerita pasal Thailand lagi kali ini aku ke Singapore untuk ke beratus ratus kalinya aku kesana, walaupun Singapore ni negara yang mahal nak mampoihh tapi aku still pergi kesana. Okey sebenarnya semenjak aku ke Thailand tempoh hari sudah 2 kali aku kesana dengan berlainan teman okey 1st aku kesana dengan Azie, kami kesana on my birthday 24May2014 pada asalnya kami tak nak bermalam tetapi keadaan tak mengizinkan kami mengikut plan asalnya, so kami stay kat rumah kakak ipar aku 1 malam sebelum kami bertolak balik ke Malaysia.

Pada hari sabtu 24May2014 pukul 8am kami bertolak dari Melaka Sentral ke Larkin menaiki bas Delima Melaka-Singapore harga tiket RM19.50 .sampai di Larkin pukul 11am masa tu tambang RM2.80 (masih murah) selepas selesai segala urusan cop passport kami menaiki bas untuk ke Woodland nak dijadikan cerita kami terlepas stesen MRT Woodland so kami teruskan perjalanan kami ke Queen street tetapi perjalanan memakan masa hampir 2 jam kerana traffic sibuk. Tepat pukul 1.30pm kami tiba di stesen Queen Street. Semua sedia maklum kan masjid sultan berdekatan dengan stesen tersebut kan? Kami mengambil kesempatan untuk solat zohor berserta jamak waktu asar. Setelah itu kami terus jalan-jalan berhampiran di Arab street apa lagi kan bergambar sakan lah kan? Kami juga sempat lunch kat cafĂ© melayu kat situ harga makanan kami tak begitu mahal seakan-akan di Malaysia tapi kena darap 2.55 lah..hehehe..Setelah itu kami ke Bugis street kami mengambil kesempatan membeli ole-ole disana harga nya lebih murah do selesai semua itu kami amik MRT lagi untuk ke Marina Bay dan Lion mermaid ala patung singa yang keluar air tu. Dari Bugis stesen kami naik Line hijau (aku lupa apa nama MRT tu) sampai di sana kami terpegun melihat bangunan-bangunan yang terletak berhampiran Marina Bay tinggi nya sangat mencakar langit. Setelah bergambar bagai nak rak kami menikmati burger Mc’Donals yang kami bekalkan dari Melaka almaklumlah makanan kat sekitar Marina Bay Mahal. Masa berjalan sangat cepat sebab kami di perkarangan Marina Bay sudah menghapiri pukul 7 dan kemungkinan nak balik Malaysia agak tipis so then aku call kaki par ku untuk memberitahu kehadiran kami untuk stay dirumah nya. Dan setelah itu kami mengambil MRT di Raffle Place untuk ke Yishun Stesen dan ambil bas untuk ke Jalan Tenaga Kaki bukit (No bas tu aku dah tak ingat). Sampai dirumah kakak aku kami bersiap-siap untuk tidur dan setelah itu kami terus hanyut dibuai mimpi maklumlah penat berjalan keliling Kota Singa.

Seawal pukul 6.40am kami bangun untuk solat subuh setelah itu kami borak2 sementara menunggu hari siang pada pagi tu mak kepada kakak ipar ku membeli sarapan untuk kami, haiii rasa bersalah sangat kerana telah menyusahkan Mak Ipah. Tepat pukul 10am kami bergerak ke stesen Bedok dengan menaiki bas. Kali ini kami ke Universal studio dan ke Sentosa Island untuk bergambar kami ke sana pada hari ahad memang sangat ramai orang dan bertolak tolak lah kami semasa dalam train dari Dobby Gouht ke Sentosa Island sampai sana kami just bergambar untuk memenuhkan memory camera semata..kikiki.. kami kat sana tak lama sebab kami perlu mengejar bas untuk pulang ke Malaysia. Kami sampai di rumah pukul 6pm. Masing-ii sudah kepenatan dan maasing-ii membawa haluan sendiri ..so macam biasa kat bawah ni ada  gambar-ii kami semasa kat sana.

selamat menjamu mata yaa!!

 Kami di Melaka Sentral

 Semasa beratur untuk cop pasport

 Sampai di Queen Street

 Aku dan basikal tua

 Usai Solat di Masjid Sultan

 Arab street 

 Lunch kami

 China Town

 Pelbagai jus buah dijual

 Disalah sebuah stesen menuju ke USS

 Sampai jua

 Berkenang kenagan

 Muka penat giler seyh

 Tasik mimpi

 berhenti alas perut

 Muka kami kelihatan suci sekali :)
 Berlatar belakang kan Marina tower

 Singa yang keluar ayor

 Kelihatan sepi sekali 

 senyum itu sedekah

 Selfie menjadi perkara wajib

 we are going back to rest

 with Haris & Hana.. anak buah ku dah encem n comey

 Muka tak cukup tidur
 The Vivo City

 Kapal Titanic 

 Sudah mau balik Malaysia

 Last Pictures dari kami :)

Semua memori disimpul rapi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah