Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Backpacker to Singapore



Assalamualaikumussalam..
Sudah lama aku tidak datang bertandang disini, korang apa khabar? Disini aku kembali untuk mengetuk keyboard notebook ku yang comel ini, tak silap entry yang lepas aku menceritakan mengenai penjelajahan aku dan kawan aku ke Thailand okey pada kali ini aku tak nak cerita pasal Thailand lagi kali ini aku ke Singapore untuk ke beratus ratus kalinya aku kesana, walaupun Singapore ni negara yang mahal nak mampoihh tapi aku still pergi kesana. Okey sebenarnya semenjak aku ke Thailand tempoh hari sudah 2 kali aku kesana dengan berlainan teman okey 1st aku kesana dengan Azie, kami kesana on my birthday 24May2014 pada asalnya kami tak nak bermalam tetapi keadaan tak mengizinkan kami mengikut plan asalnya, so kami stay kat rumah kakak ipar aku 1 malam sebelum kami bertolak balik ke Malaysia.

Pada hari sabtu 24May2014 pukul 8am kami bertolak dari Melaka Sentral ke Larkin menaiki bas Delima Melaka-Singapore harga tiket RM19.50 .sampai di Larkin pukul 11am masa tu tambang RM2.80 (masih murah) selepas selesai segala urusan cop passport kami menaiki bas untuk ke Woodland nak dijadikan cerita kami terlepas stesen MRT Woodland so kami teruskan perjalanan kami ke Queen street tetapi perjalanan memakan masa hampir 2 jam kerana traffic sibuk. Tepat pukul 1.30pm kami tiba di stesen Queen Street. Semua sedia maklum kan masjid sultan berdekatan dengan stesen tersebut kan? Kami mengambil kesempatan untuk solat zohor berserta jamak waktu asar. Setelah itu kami terus jalan-jalan berhampiran di Arab street apa lagi kan bergambar sakan lah kan? Kami juga sempat lunch kat cafĂ© melayu kat situ harga makanan kami tak begitu mahal seakan-akan di Malaysia tapi kena darap 2.55 lah..hehehe..Setelah itu kami ke Bugis street kami mengambil kesempatan membeli ole-ole disana harga nya lebih murah do selesai semua itu kami amik MRT lagi untuk ke Marina Bay dan Lion mermaid ala patung singa yang keluar air tu. Dari Bugis stesen kami naik Line hijau (aku lupa apa nama MRT tu) sampai di sana kami terpegun melihat bangunan-bangunan yang terletak berhampiran Marina Bay tinggi nya sangat mencakar langit. Setelah bergambar bagai nak rak kami menikmati burger Mc’Donals yang kami bekalkan dari Melaka almaklumlah makanan kat sekitar Marina Bay Mahal. Masa berjalan sangat cepat sebab kami di perkarangan Marina Bay sudah menghapiri pukul 7 dan kemungkinan nak balik Malaysia agak tipis so then aku call kaki par ku untuk memberitahu kehadiran kami untuk stay dirumah nya. Dan setelah itu kami mengambil MRT di Raffle Place untuk ke Yishun Stesen dan ambil bas untuk ke Jalan Tenaga Kaki bukit (No bas tu aku dah tak ingat). Sampai dirumah kakak aku kami bersiap-siap untuk tidur dan setelah itu kami terus hanyut dibuai mimpi maklumlah penat berjalan keliling Kota Singa.

Seawal pukul 6.40am kami bangun untuk solat subuh setelah itu kami borak2 sementara menunggu hari siang pada pagi tu mak kepada kakak ipar ku membeli sarapan untuk kami, haiii rasa bersalah sangat kerana telah menyusahkan Mak Ipah. Tepat pukul 10am kami bergerak ke stesen Bedok dengan menaiki bas. Kali ini kami ke Universal studio dan ke Sentosa Island untuk bergambar kami ke sana pada hari ahad memang sangat ramai orang dan bertolak tolak lah kami semasa dalam train dari Dobby Gouht ke Sentosa Island sampai sana kami just bergambar untuk memenuhkan memory camera semata..kikiki.. kami kat sana tak lama sebab kami perlu mengejar bas untuk pulang ke Malaysia. Kami sampai di rumah pukul 6pm. Masing-ii sudah kepenatan dan maasing-ii membawa haluan sendiri ..so macam biasa kat bawah ni ada  gambar-ii kami semasa kat sana.

selamat menjamu mata yaa!!

 Kami di Melaka Sentral

 Semasa beratur untuk cop pasport

 Sampai di Queen Street

 Aku dan basikal tua

 Usai Solat di Masjid Sultan

 Arab street 

 Lunch kami

 China Town

 Pelbagai jus buah dijual

 Disalah sebuah stesen menuju ke USS

 Sampai jua

 Berkenang kenagan

 Muka penat giler seyh

 Tasik mimpi

 berhenti alas perut

 Muka kami kelihatan suci sekali :)
 Berlatar belakang kan Marina tower

 Singa yang keluar ayor

 Kelihatan sepi sekali 

 senyum itu sedekah

 Selfie menjadi perkara wajib

 we are going back to rest

 with Haris & Hana.. anak buah ku dah encem n comey

 Muka tak cukup tidur
 The Vivo City

 Kapal Titanic 

 Sudah mau balik Malaysia

 Last Pictures dari kami :)

Semua memori disimpul rapi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Backpakers New Begin Part V

Episod ke Lima

Pagi tu kami bersiap awal pada 6.30am sebab pukul 7.30am kak Rosnie akan sampai sebab kami punya plan nak ke Phang-yee dan James Bonds island so untuk kesana kami perlu ke terminal bas untuk naik mini van  di Phang-ga bay so kat bawah ni ada jadual mini van dari Krabi ke Phang-ga bay actually mini van ni last destination nye ialah Phuket, jarak dari Phang-ga ke Phuket ialah 90km je, so naik van yang ke Phuket tu dan drop kat Phang-ga bay harga tiket ialah 120bath untuk seorang tempat duduk nya adalah terhad so kena pergi awal-awal lah yer.

Jadual Minivan 

DESTINATION
DEPARTURE
ARRIVAL
Krabi - Phuket
8.15am
12.00pm
Krabi - Phuket
12.30pm
4.30pm
Krabi - Phuket
3.00pm
7.00pm

Pada awalnya kami ingat kak Rosnie akan ikut kami ke Phang-ga tetapi sangkaan kami meleset kak Rosnie tak dapat ikut sebab kerja untuk siap kan kain batik kena lakukan secepat mungkin kerana tarikh nya semakin dekat untuk dijual. So kami berdua aje pergi ke sana tepat pada pukul 8.15am kami bertolak dalam perjalanan kesana kami sempat beramah mesra dengan driver mini van tu, abang tu agak ramah walaupun bahasa ingeris nye tak berapa lancar but nevermind lah as long as kami faham antara satu sama lain. Kami sampai kat phang-ga bay tepat pukul 10am dan kami bersarapan sebelum kami ambil tiket bot untuk ke Phang-Yee dan James Bonds Island. Harga sebuah bot 1500bath

Harga Bot di Phanga bay

1Person-5Person
1500 Bath
Small boat
5Person-10Person
2000 Bath
Normal Boat
10person-15person
3000 Bath
Big Boat

Nasihat aku pada semua jangan terlalu cepat buat keputusan ini kerana ulat-ulat bot akan ambil kesempatan dengan menambah kan cas tersembunyi. Bot ini membawa kami berpusing disekitar pulau batu kapur yang ada kat situ dari Phang-ga bay(muara sungai) ke laut mengambil masa 20minit untuk sampai kesekitar pulau-pulau itu. Sampai di James bond island kami membayar 200bath seorang sebagai tiket 2 tahun lepas aku dan aruwah ayah bayar untuk tiket tu 20bath untuk seorang tapi sekarang dan 200bath kadar harga dah naik seyh!! Kami apa lagi bagaikan orang jakun yang tak pernah tengok pulau kami bergambar sakan sampaikan kami menjadi tumpuan kepada mat salleh-mat salleh kat situ sebab kami conquer separuh kawasan untuk stand kan tripod kamera. Minah minah saleh yang ala-ala model berposing sakan dengan bra and bikini manakal kami berposing dengan tudung so that why lah kami mendapat perhatian. Hampir 2 jam kami bergambar akhirnya kami berpuas hati dan kami berpatah balik ke bot parking. Kami tak terus balik kami singgah di Phang-yee untuk ke Atm tapi sayang nya kami tak dapat keluar kan duit so dengan berat hati kami balik ke Phang-ga dan berharap pihak yang menjual tiket itu terima mata wang Malaysia ini kerana duit bath kami tak mencukupi. So Alhamdulillah driver mini van yang kami naiki sebelum tu dapat dahulukan duit dia kepada pihak yang menjual tiket tu, pada pukul 1pm kami bertolak balik ke Ao-nang untuk tukar duit bath. Selepas selesai semua urusan kami driver itu menghantar kami balik ke Krabi terminal bas. Semua nya Selesai Alhamdulillah tapi duit kat Atm still tak dapat keluar so kami berbekalkan duit saki baki untuk membayar sewa bilik, sewaan motor dan tambang bas untuk balik ke Yala tapi semua nya berjalan lancar Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana menolong kami dalam kesempitan. Kami balik ke bilik untuk solat dan kami pergi lagi ke Ao-nang untuk menikmati sunset untuk kali terakhir masa tu sedih teramat sangat kerana kami perlu tinggalkan segala kenangan yang manis semasa kami disana, semasa menikmati sunset kami menikmati somtam dan lokching untuk kali terakhir pada pukul 7.45pm kami bertolak balik ke Krabi. manakal pada pukul 9pm kami ke rumah kak Rosnie untuk menikmati makan malam yang dia sediakan Alhamdulillah mee suki yang aku cari selama beberapa hari ni akhirnya aku dapat makan. Syukur Alhamdulillah segala-gala yang aku idam-idam kan dapat juga aku nikmati. Sementara menunggu kak Rosnie masak Azie sempat menunjukan bakat mewarna kain batik. So akhirnya siap Kak Rosnie menghadiahkan kain batik tu pada Azie. Aku tak dapat sebab 2 tahun lepas aku dah dapat so no more!! Pada pukul 11pm kami balik ke bilik dan berehat zzzZZZZZzzz

Kami bersama abang Driver yang baik hati

sukenye die!! Pakai baju I LOVE KRABI

aku layan perasaan banyak Loading...

Selfie 1

Selfie 2

Selfie 3

Smile satu sedekah

Masa ni serius aku tak tau Azie snap pic


Selfie berlatar belakangkan Phang-yee Island

fikir kan masa depan 

Kami melalui terowong batu kapur

Shoot yang aku paling suka

Azie is a photographer

James Bond island 1

James Bond island 2

James Bond island 3

James Bond island 4

James Bond island 5

James Bond island 6

James Bond island 7

James Bond island 8

James Bond island 9

James Bond island 10

James Bond island 11

James Bond island 12

James Bond island 13
James Bond island 14

James Bond island 15

James Bond island 16

James Bond island 16
Stay Tune Will Comeback With New Episode





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah