Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

1st Day at SG

Pukul 10am Haris n Hanna kejut kan aku untuk B1st sama2.aku paksa mata ku yang cantik ini untuk celik. Bukak je mata Hanna datang peluk aku (fuhhh!! Hilang semua rindu2 pada dia sebelum ni). Sayang Hanna!! Mak Ipah (mertua Abang Din) dia masak bihun goring china n pegedil udang!! Perghhhh sedap nye!! Hanna berselera sebab makan beramai2. Aku ape lagi balun je la apa yang terhidang owh yer kek n biskut raya tak terusik lagi kat atas meja, lepas B1st aku on9 use lappy my sis in law. Dapat update FB n dapat say hello to my little sis at Nilai. Owh yee sebelum ni kami de wat plan nak datang sini sama2 sebab her bestday also on Sep. But she can’t coz she got busy with her master. Tengah best2 on9 Abang Din ajak menapak ke kedai untuk beli roti ‘perancis’ untuk makan dengan kuah sayur. Aku pun tak reti nak citer pasal makanan tu. So kali ni kami start jalan kaki dari Jalan Tenaga to Bedok Reservoir area. Jauh la aku menapak dengan anak buah aku 2 orang ni. Lepas beli roti tu kami lepak kedai mamak sebab Haris nak makan roti canai. So lepas tu kami terus balik ke rumah. Dalam perjalanan kami balik tu kami melalui sekolah Hanna N Haris,Diorang sibuk bercerita pasal sekolah diorang n after that Abang Din stop to make a call his friend at Perhentian. Sementara tu aku sempat melayan Hanna n Haris. Lepas tu Abang Din ada balance on his phone(public phone) aku cuba call my sis in law but i can’t coz she din’t answer my call. Maybe she was busy so tak apa lah. I will call her later. And lepas tu kami naik atas tangah jalan2 kami jumpa meja n sofa new lagi but diorang buang tak tong sampah. So kami balun 1 bijik meja kayu jati!! Untuk taruk dalam keta TAV wat balik Malaysia!!riuh rendah sebab kami angkat meja tu masuk dalam lif!!hahahah..sangat kelakar and Hanna like a madam coz she said ‘be carefull with u’r leg’. Haris n her was so happy to see me 1st time at them home country!! Lepas balik kami hanya lepak kat rumah je sebab cuaca tak elok. Heavy rain dan kebetulan pulak Haris perlu buat online homework. My sis in law marah sebab Haris balik kampung selalu tak buat homework. Poor him !! Now im waiting for him untuk keluar pergi ke Marina Bay. He promised me already to bring me there. Pukul 5petang lepas selesai tunggu Haris buat Homework kami gerak ke Bedok Interchange untuk tukar Haris punya cermin mata lepas selesai tambah kan power dan periksa matanya Abang Din ajak kami lepak kat kedai untuk minum2, tak ada tempat nak tuju sebab hujan tak henti2 so bad !! lepas tu kami balik rumah, kat rumah ada tetamu datang beraya,rupa2 nya kat sini mood raya masih lagi terasa. Lepas salam2 dengan tetamu aku dan anak2 masuk bilik untuk berehat. Lepas tu anak2 ku tertido kerana penat berjalan kaki tadi,so aku tak ada apa nak buat so aku amik kesempatan untuk jalan2 kat area ni sebab da hampir 8tahun tak datang SG.duit $$ aku sikit je tapi duit RM bersepah dalam beg, nak g kaunter change money mana bukak,so terpaksa lah wat muka tak malu dengan Abang Din, dia bagi $$10.00 Hehehe... okey la tu nanti esok g tukar my own money to jalan2 (nak g supim duit tak berape nak ada). So jalan2 tu aku ternampak public phone tetiba ingat kat my little sis, so korek semua poket kat seluar, ada lah coin’s $$1.20 sen so dapat lah borak dengan dia 15 minit even tak lama tapi okey lah, miss her so much!! Lepas tu jalan2 kat kedai runcit beli air n roti untuk Haris.so lepas tu balik umah mandi n duk rilex2 pada perangcangan awal nak g Marina Bay but tak jadi sebab cuaca amat tidak mengizinkan, ingat boleh tido awal but i can’t coz tetamu ada lagi datang untuk beraya.apa2 pun aku tetap dapat duet raya. 1st time dapat duit raya on $$ not RM.makan cup cake princess n layan Haris tengok citer 3D The Wild, malam ni tido with Hanna coz her wanna sleep with me!! Ok mata dah mengantuk nih jumpa esok.. wa’salam!!!(no picture)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Travel To SG 4 A while

On the way to Singapore
Hari ni 9/9/2011 aku ikut abang Din masuk Singapore sebab Hanna mintak aku ke sana untuk sambut dia punya bestday. Aku buat kali kedua tempah cup kek of princess for her. Plan asal nak bertolak dari Jerteh lepas solat jumaat tetapi pada pagi tu Abang Din call dan bagitahu aku yang kawan dia meninggal dunia semalam sebab excident so mungkin perjalanan untuk ke Singapore agak lewat kebetulan malam tu aku tidur di rumah Abang Din bersama Haris (anak saudara aku abang kepada Hanna). So sementara Abang Din pergi melawat aku sempat membuta untuk kedua kalinya dirumah nya. Dari pagi sampai ke 2 petang aku membuta so lepas tu Abang Din balik kami terus balik ke rumah our mum untuk ambil barang2 aku yang tak pack lagi.kelam kelibut aku kemas barang, baju sikit je tapi 2 biji beg aku balun sebab baju aku semua tu aku main sumbat je,langsung tak melipat.hahahaha...lepas mandi n siap2 aku terus berkejar pergi ambik cup cake for Hanna. So lepas amik tu terus bertolak tetapi kami terpaksa patah balik ke rumah Abang Din sebab bantal busuk Haris tertinggal kat sana. Ingat kan dah boleh bertolak tapi Abang Din ada hal plak di Kuala Besut. Dalam pukul 5.30pm kami bertolak ke SG. But kami lalu jalan Jabur-Kuantan sampai di Paka Abang Din stop untuk makan malam pada pukul 8.30pm.Masa tengah makan tu rebut taufan melanda kebetulan kami park keta jauh dari kedai so kami ‘stuck’ beberape puluh minit disitu. Pukul 9.30pm kami bertolak dari Paka terus ke SG. Aku drive dari Pekan to J.Bharu, sangat tak sangka sebab jalan tak penah ku lalu itu berjaya aku redahi dengan tenang. Alhamdulillah kami tak ada apa2 dan my TAV berjaya masuk SG wat kali ke dua. Sayang my TAV sangat!! Lepas masuk tu kami terus tuju ke rumah my sis in law at Jalan Tenaga Kaki Bukit Bedok (lepas cop passport aku membuta sampai area rumah sis in law. Penat drive tak hilang lagi la nih. Sampai je rumah aku masuk bilik yang telah disedia kan khas untuk aku. Apa lagi sambung untuk terus membuta buat kali ke 2. Dari pukul 6am- 10am aku tido(nampak sangat tak solat subuh,saya CUTI yer..harap maklum) peace of u yaa!! (no picture)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Impian ku untuk menjadi tetamu Allah

malam ni(27/8/11) giliran aku temankan maa di wad..beginilah rutin harian ku semenjak maa masuk wad pada kali ini..aku di anggap tulang belakang sebab sebelum ni aku terlalu sibuk dengan kerja dan tugas(bercakap mcm berkhidmat tuk negara plok)..hari ni hati aku terjejas dek kerana hal2 yang tertentu.setelah hati ini tersentap dengan kesedihan lalu ku menghubungi my little sis.. automatik setelah mendengar suaranya tetiba diri ini menjadi sebak dan aku terus menangis..aku luah kn segala padanya kebetulan masa tu aku tengah drive so dah tak leh nak control sangat sampai di lampu isyarat ada brother yang tengok aku tengah nangis(masa tu aku tengah onda way ke hospital).. masa tu x terasa pun malu dan segan hanya ku tahu nak luah kan perasaan kecewa. setelah tiba di perkarangan hospital selesai sudah tangisan aku yang agak kuat tdi..kebetulan aku bawak bekal dari rumah dan sedikit kuih muih yang ku beli di bazar ramandhan untuk aku berbuka di wad bersama maa dan mira(anak buah ku yang jelita :D) so lepas makan2 aku ke ruang solat untuk sujud pada-Nya.. setelah itu aku kembali ke katil maa untuk menemaninya kerana Mira perlu balik ke rumah untuk berehat.

aku terpandang sesuatu yang agak menarik minat ku berhampiran katil maa pada mulanya aku menyangka surah Yassin tetapi mustahil sebab ada gambar tempat yang menjadi impian ku sekian lama iaitu 'Masjidilharam MAKKAH al-Mukarramah' itu lah destinasi aku dimasa yang akan datang InsyaAllah..semoga Dia memakbulkan doa2 aku ni..Dalam buku tu terdapat banyak persoalan yang bermain difikiran aku sebelum ni terjawap dengan mudah dan berserta dengan gambar berwarna dan barang2 peninggalan untuk pembinaan kaabah dimana mnjadi kiblat utama bagi umat islam diseluruh dunia,buku ini juga mencerita kan permulaan nabi Ibrahim a.s membina kaabah dengan anak lelaki baginda iaitu nabi Ismail a.s dan terdapat jugak kisah pengorbanan Siti Hajar mencari air untuk puteranya iaitu nabi Ismail a.s yang masih kecil pada waktu itu. Siti hajar berlari dari bukit Safar ke bukit Marwah kerana tidak sanggup melihat putera beliau menangis kerana kepanasan dan dahaga..Siti Hajar berulang alik dari bukit Safar dan Bukit Marwah sebanyak 7 kali sungguh hebat pengorbanan seorang ibu demi anak nya dan rukun sa'i(berjalan) di antara bukit Safar dan bukit Marwah adalah berdasarkan peristiwa ini,semasa aku membaca kisah Siti Hajar air mataku menitis kerana kagum dengan ketabahan wanita itu..dan buku ini juga menceritakan sejarah air zam-zam dan khasiat nya...begitulah kisahnya jika dibanding kan dugaan beliau dengan dugaan yang sedang aku alami ini amat jauh berbeza.dugaan dari Allah S.W.T kepadanya amat hebat tetapi Siti Hajar tetap bersyukur kepada-Nya diatas nikmat yang diberikan.

aku amat kagum akan wanita yang bernama Siti Hajar. semoga aku terus tabah untuk mengharungi hidup ini yang penuh dengan pementasan dan drama yang tidak berkesudahan.. disini aku ada jugak snap pic buku dan beberapa pic yang aku cari dalam tenet..sebab gamabar dalam buku ni apabila aku snap agak kabur dan x berape jelas.. owh ye lupa nak bagitau buku ni ditulis oleh Abd. Basit Abd. Rahman dan mana kala kata penghantar: Zahazan Mohamed. aku pon akan cari buku ni dipasaran sebab bagi aku buku ni amat berbaloi kalau aku dapat kan..


Gambar lama telaga air Zam-zam di dalam sebuah muzium yang tak diberitahu namanya



Jarak Safar ke Marwah (perjalanan Siti Hajar)


Gambar buku yang menjadi rujukan ku :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bestday gurl's on September

hello again.. bulan ni banyak gila plan nak pergi travel tp yang jadi aku pergi hanya lah ke KL n Nilai hahah.. lepas raya nanti nak pergi singapore untuk celebrate my Hana bestday on 7sep and already tempah cupcake 7 putri untuk Hana tapi plan tu samar2 lagi sebab kesihatan my mum kurang baik sejak 2 menjak ni, so abang Din ayah kepada Hana nak bawak Hana balik kampung sebab keadaan tidak mengizinkan aku pergi sana. tapi sepupu2 aku yang ada kat sana agak kecewa kerana diorang dah plan terbaik untuk aku kesana..well nak buat macam mana..kena cancel la ni :( sedey tau sebab plan ni dah lama gila wat tau sejak dari awal tahun lagi. so what can i do?? owh ye i wanna share about cupcake cute for Hana. kenapa aku pilih untuk letak pic 7 orang putri2 tu? sebab Hana suka kan semua puteri2 tu Ariel,Cinderella,Snow white,Mulan,Repanzel,Sleeping beuty,n Jasmine.. so nanti ada lah pic Hana sekali n also pic of my little sis..coz dia punya bestday 23 sep n she also like putri2 tu. mesti so cute cup cake tu nanti. i can't wait to see it!! special for two my little special girls!! so harap on 23sep dapat celebrate bestday lagi.. 7hb ni Hana bestday!! dear Hana i love u so much my baby!! nanti mok check belanja makan KFC ur fav!! so nanti aku update lagi pasal bestday Hana ni ye n aku jugak akan masuk kan pic cupcake yang chumel tu.. opppssss!!! nanti Haris jeles ni.. tengah pikir nak buy sumtim for him but apa erk? dia ni suka train n jeep.. kalau nak bagi jeep dia dah banyak koleksi jeep n train pon dah berlambak. let me think for a while..hmmmmmm... owh yaaa.. haris jugak suka kereta new saga.. mana nak dapat model kereta untuk dia?? x kan nak beli real car for him.. x termampu aku weiii..hahahahah... try buy yang lebih kurang new saga for him.. aku ada bagitau ada anak2 buahku yang lain pasal kek tu..silap besar aku bagitau diorng sbb diorng merajuk n jeles..nak puaskan hati anak2 ni bukan senang..aku ada 19 orang anak buah yang berderet macam kereta api yang haris minat tuh..sekali kalau berkumpul nak raya atau ada apa2 majlis nak pecah rumah aku tuh..fuhhhh!!!sabar lah Nadya nak buat macam mana anak2 buah dah besor pnjang sbb tu cepat je merajuk n jeles.penat aku nak layan karenah diorang ni..ari ni bestday Yuni(25/8/11) n esok bestday Azreen (26/8/11)...alamak...kena beli 2 bijik kek..diorng ni kalau aku bwk g kedai kek sah2 amik kek up dari RM50 bukan reti nak amik below Rm 30..macam taun lepas aku bwk diorng gi dinner kat kopitiam je..jimat n exlusif... selok keykeng aku lepas ni..duit raya lagi n hadiah lagi..kasut raya belum lagi nih..jangan kata aksesori baju nk beli...huhuhuhuhu.....lari bajet sungguh raya tahun ni..






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

simple ulasan dari aku!!

hari ni tak nak melalut panjang2 tapi just nak share sumtim yang aku tak suka pasal 'manusia'!!

Berlagak tak bertempat
nak berlagak tapi tak kena tempat.sebagai contoh pinjam harta orang lepas tu berlagak konon2 harta tu dia punya dan paling tak bleh blah tuan punya harta nak guna harta pon x boleh dek kerana ada orang yang bersikap berlagak tak bertempat..

Hipokrit
ni lagi satu pe'el manusia yang aku paling tak suka hipoktrit dan talam bermuka2..depan kita gud-gud je tapi belakang kita tuhan punya tau bertapa bangkai nye pe'el dia...sentap hati mak nyah.. nauzubillah jauh kan aku dengan sikap sebegitu...

Kaki putar Alam
hmmmm..ni biasanya aku kena jugak dengan orang yang boleh putar alam.. alam semesta dia boleh putar ni kan pula orang2 lain.. cakap bercabang-cabang..lidah macam biawak...eh2..(pose2 pon cakap tipu n nak berdusta)

Lupa diri
yang ni tak leh nak cakap banyak2 takut benda ni terkena pada diri sendiri..apa yang boleh nak share n nasihat 'jangan terbang terlalu tinggi kalau jatuh awak yang terluka' so sebelum kita nak terbang tu kena maind set kat otak kita atau niat dihati.. 'sahaja aku terbang tinggi2 untuk kejar cita2 dan impian..andai kata apabila aku sudah berjaya jauhkan aku dari sikap LUPA DIRI'...

Bodoh Sombong (cerdik x leh nak ajar, bodoh tak leh nak tegur)
orang tegur untuk kebaikan dia tapi kita plak yang dimarahnyer...tu orang tak berape nak pandai..klu orang yang x berapa nk cerdik kalau bagi tunjuk ajar tak leh nak terima apa yang orang ajar..nak ikut kepala dia jer...ngok ngek!!

hmmmm...semua pe'el2 diatas aku dah hadapi tau..perghhh...kira2 aku ber'naip' ni berdasar kan penggalaman lah nih.huah3x....bukan niat nak menjatuh kan sape2 k..just nak share je tau..jgn salah paham..hakhakhakhak (gelak jaat).. k itu jer wt masa nih.. peace no war!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah