pada 31hb 10 ari tu aku bertolak ke S.Alam untuk bercuti ke sana n beraya haji di Nilai bersama adik2 kat sana, so bertolak dari Jerteh pukul 10pm sepanjang dlm perjalanan kesana aku tak tidur tau coz perlu riba cup cake untuk konvo gurl, sampai sana pukul 5.30am (lebih kurang la) so call my friend to pick me up she still tidur time tu, was waiting until 7am x datang2, nasib baik hati aku ni tergerak nak mesej dia, rupa2 dia tertidur so dia tak dapat amik aku kat bus stop so aku amik Taxi ke Kondo Kristal,nasib baik pak cik taxi tu baik coz dia banyak berstory pasal keselamatan diri dan aku apa lagi promot lah bisnes aku kat pulau,last sekali dia mintak no phone bisnes aku!! yes3x!! dapat promot SeaHorse Dive Centre!! so sampai je terus ke rumah kawan aku,lepak2 kejap dengan dia n then aku tidur dan terus tidur dari pagi sampai ke petang,kawan minah salleh aku pulak duk sibuk ajak nak jumpa,so tetap kan time n tempat,lepas tu dia ckp 'see u at KLCC loby before 8.30pm' owh my god!! aku bertolak dari S.Alam pukul 5 naik tren ke kL dan lepas 45minit aku sampai ke KL(45minit tu dari masa tren bergerak dan tak dikira semasa aku tgu tren sampai),owh ye dari rumah dia ke Stesen padang jawa tadi aku telah dihantar oleh kawan ku dan sorang lagi kawan nya iaiu Hanis,so lepas sampai tu aku terus cari Taxi ke rumah sepupu kat Bukit Angkasa, time tu semua orang da balik kije!! mana sempat nak kejar ke KLCC,so sampai je kt KL sentral pukul 7pm sepupu ku tak putus2 call dan terus call bertanyakan dimana aku berada!! si kawan minah saleh pulah duk sms aku plak!! lepas tu naik LRT to Bangsar so Alhamdulillah dapat Taxi tu pun selepas 30minit berdiri dalam hujan,terus ke sana untuk mandi dan bercadang bersiap untuk keluar dengan minah saleh, sampai je sepupu ku sediakan air suam untuk ku mandi maklum lah baju ku basah kuyup disiram oleh hujan masa tunggu Taxi tadi hmmm owh yer masa dalam taxi tadi tu pak cik tu berborak dengan aku so aku apa lagi ambik peluang untuk memperomotkan Sea Horse kat bandar metropolitan ini cewwahhh!!pak cik tu mintak name card lah tapi name card aku tak ada so aku tulis kan no phone aku pada kertas dan bagi pada pak cik tu,so lepas tu sepupu ku iaitu kak sue (lupa nak kenal kan nama sepupuku) pulak ajak makan malam bersama2 tengah2 makan tu tetiba nset ku berbunyi n tertera diskrin 'Ayah' so lepas tu aku mendapat khabar my mum masuk wad so ayah cakap balik secepat mungkin..dalam hati rasa serba salah sebab dah janji dengan adik2 kat Nilai nak beraya kat sana tahun ni tapi terpaksa balik kampung,so ingat lepas makan tu terus nak gerak gi KLCC tapi hujan, so mesej kat minah saleh tu 'i'm late coz stuck in the mindle of the way' hahaha...baring2 kejap lepas tu entah masa mana aku terlelap aku tengok jam dah pukul 10.30pm n manakala sms/call dari dia lebih 10 missed col!! alahai Megan!! mintak maaf banyak2 sebab penat!! so sambung tido pukul 8.30am bangun setelah dikejutkan oleh kak sue, kak sue kejutkan aku sebab semalam sebelum aku tido aku berpesan pada kak sue'tolong kejutkan orang coz nak g cari tiket balik Trg coz maa masuk wad' so lepas bersiap2 pukul 9am kami menapak ke busstop dan waiting for the bus no U74 untuk ke stesen LRT Bangsar,sampai je kami terus naik LRT menuju ke destinasi masing2.. kak Sue ke Opis nyer manakala aku ke masjid Jamek n change Tren to PWTC untuk beli tiket balik kampung!! sampai di stesen PWTC aku menapak lah sikit untuk beli tiket tu fuhhh!!!nasib baik tiket bas ada lagi tapi tu hanya ke Kuala Terengganu je tapi apa2 pun ok lah tu kurang2 ada jugak tiket,lepas tu aku wat keputusan nak jalan2 ke KL dulu sebelum balik rumah kak sue, tapi bila x der tempat dituju aku terus wat keputusan untuk balik rumah kak sue,so aku pun naik lah LRT utk balik ke Bangsar, sampai je di stesen LRT Bangsar phone berbunyik lagi kali ni tertera di skrin'Abang Hafiz' suami kepada kak sue, dia tanya destinasi ke mana lepas ni,so aku pun borak2 dengan dia lepas tu dia ckp kalau tak nak balik rumah pergi je ke opis kak sue kat KLCC,so aku pun x jadi balik so beli tiket untuk ke KLCC so sampai disana aku tak jadi untuk terus naik ke opis kak sue so jalan2 kat KLCC dulu masa tu dah hampir pukul 1pm,tak banyak barang aku beli utk kali ni ia itu MP3 Player 2GB kat travell shop di KLCC harga nya boleh tahan jugak beb,nasib baik ada ATM yang berhampiran..hahahahaha..so lepas tu terasa perut ku lapar, owhhh patut lah lapar coz belum bekpes sekrang ni dah nak masuk pukul 2pm, lepas tu cari apa yang diisi kan dalam perut mataku tertumpu pada noodle station kat situ so order 2 menu iaitu Mee Udang n Mantan Fried noodle. mana kala air bandung aku balun untuk kali ni,alahai lambat nyer masa berlalu nak kemana lagi ni tetiba aku teringgatkan kawan ku yang duk S.Alam pada mulanya ingat nak pergi lepak dengan dia tp bila pk balik dia sangat sibuk so x jadi untuk kesana,so lepas tu aku jalan2 lagi tetiba aku teringat DSG kt dalam dompet aku ada $20 so aku apa lagi pergi ke money changer kat KLCC tukar DSG to RM dapat RM53.94 so oklah tu kan dari pada aku tak guna n terus simpan dalam dompet kan,so lepas dah pusing2 1 KLCC tu aku pun call kak sue untuk pergi ke opis nyer tapi kak sue mintak aku pergi sana sendiri sebab dia busy time tu, rupa2nya opis dia bersebelahan dengan KLCC jer jalan pinang iaitu bertentangan dengan Convention centre je,kak sue punya opis UOA(entah betul ke tak eh?aku lupa) punya bangunan..so aku lepak situ sampai pukul 4pm jer sebab dah boring x der apa nak buat,lepas tu balik ke KLsentral sebab salah sorang kawan aku yang ada kat KL nak jumpa so aku jalan2 ka KLsentral tetiba aku ternampak a smurf doll teringat pulak janji ku pada kawan ku untuk bagi doll tu kat dia hadiah untuk konvo dia, so call dia n then beli kan untuk dia tapi aku x cukup masa untuk ke S.Alam sebab nak jumpa kawan, lepas 30minit kawan aku call tak jadi nak jumpa sebab dia ada hal so aku ingat nak g S.Alam tapi sebelum tu balik umah n mandi dulu n sesiap pulak ke S.Alam tapi masa tu dah pukul 6 petang,terus ke KTM amik tiket ke padang jawa tgu Tren bukan main lama hampir 30minit 6.45pm aku gerak ke S.Alam oleh kerana terlalu sesak dengan orang ramai dalam tren tu tetiba lepas sampai di stesen dato' harun (kalau tak silap) tren wat hal bergerak slow mcm kekura, disitu aku terkandas hampir 20minit masa tu dah pukul 7.15pm masa yang aku ada tak sampai 1 jam sebab kawan aku tu ada kelas malam pada pukul 8pm, so aku tetap cuba untuk kesana jumpa dia sebab esok pagi2 lagi aku berangkat ke Putra sure2 dia tak datang Kl esok, so tren bergerak dengan slow sekali meredahi hujan yang lebat. masa tu lah aku bertemu dengan seorang 'abang' yang baik hati sebab dia lah banyak menjawap semuaa pertanyaan aku pasal KTM tu,aku bimbang takut tak sempat dgn masa KTM untuk aku balik ke KL lepas jumpa kawan aku, so sampai di hentian S.Alam 'Abang' ni cakap dia akan tolong aku untuk jumpa dengan kawan aku tapi time tu dah pukul 8.20pm aku cuba call kawan aku tu tapi dia da masuk kelas so dia x jawap call aku, so lepas tu dah tak der guna untuk aku teruskan perjalanan untk jumpa dia, so aku wat keputusan terus balik ke KL dan tanpa ku duga 'abang' tu cakap 'x pe saya kan temankan awak balik ke KL malam ni'.masa tu tuhan saje yang tahu dalam hati ni sangat gembira sebab ada yang datang menghulurkan bantuan disaat aku tengah kecewa, aku cerita kan tujuan aku dan kenapa aku ke sana sorang diri.dia memahami perasaan aku time tu, dia banyak bagi nasihat padaku so perjalan kami ke KL dengan komuter tidak lah seteruk tadi, kami wat keputusan untuk turun di KLsentral dan kami bercadang untuk cari kedai makan disekitar itu masa tu dah pukul 9.40pm semua kedai dah berkemas untuk tutup so kami naik tren untuk ke pasar seni kat situ kami jalan2 dan mengenali hati budi masing2, aku dapat merasa kan dia sangat serasi dengan aku(cewwwahhh)... owh ye nama dan personal pasal dirinya biarlah rahsia yer cukup lah aku bercerita tentang memory aku dengan dia,lepas tu hampir pukul 11pm dia menghantar aku kestesen bas pasar seni, dan last persalaman aku dengan nye amat sayu walaupun perkenalan kami baru beberapa jam hati ku berat untuk melihat dia pergi dan dia juga mengatakan berat untuk meninggalkan aku disitu so dia tunggu aku hingga aku naik bas. tak lama kemudian bas datang dan aku terus naik dan tanpa menoleh ke arahnya tapi dari pandangan mata ku masih dapat melihat dia masih berdiri disitu,(sedih sangat time tu tau) sampai je kat kampung bukit Angkasa aku terus menapak balik kerumah untuk berehat kan minda dan diri, sebelum tidur aku titip kan nota pada smurf doll untuk kawan ku yang berada di S.alam, dan aku hantar kan sms padanya supaya pagi esok jumpa di kL sentral,lepas tu aku andi dan borak2 dengan abang Hafiz n Kak sue sampai pukul 1am aku meminta diri untuk masuk tidur, pagi keesokan harinya aku bersiap dan terus call kawan ku tapi dia x jawap,so aku tetap berharap dia datang ke KLsentral untuk jumpa aku, abang Hafiz hantar aku kat KL sentral pada pukul 8.30am(lebih kurang lah) so aku tunggu kawan ku dan sambil call n call.. nasib baik doll tu aku serah kan pada kak sue,supaya senang untuk dia ambil hadiah tu dengan kak sue nanti,sampai pukul 9.30am aku berangkat ke Putra dengan perasaan yang bercelaru,so aku kuat kan hati agar jgn dipikir kan apa yang terjadi so aku hayun kan langkah dengan laju supaya aku tidak berubah fikiran dan sampai d PWCT aku bersarapan dan terus tgu bas untuk pulang ke kampung halaman dengan perasaan yang susah untuk aku taksir kan.. sampai dengan selamat kat rumah ku pada pukul 10pm setelah perjalanan yang jauh..mungkin itu kali terakhir aku kesana....sekian terima kasih kerana membaca dengan teliti sekali!! salam dari insan yang blur fikiran nya!! =)
'apa2 pun jadi awak tetap kawan saya'
Aku
Nadya
Tinggal kan Jejak mu
3 Hari 2 Malam
1 pagi di Mawardi Cat Centre
Semalam pergi ke kedai Mawardi Cat shop kat kubang kerian untuk cari botol susu untuk anak2 kucing ku..akhirnya aku dapat penganti bintang, aku drive ke sana pukul 9am , sampai ke aku disambut mesra oleh pekerja kedai tu, beli susu+botol+mainan untuk anak2 kucing ku itu,(still memikirkan nama2 mereka) berbalik pada kisah dikedai itu, aku leka melihat kucing2 yang ada kat kedai tu, harga2 mereka dari RM200-RM5000 perghhhh...yang RM5000 tu siap ada surat beranak lagi,yang paling aku suka Ciko umur dia 2 tahun tapi besar macam anjing n muka dia garang gila tapi dalam hati ada taman..suka duk situ rasa macam tak nak balik..comel2 la kucing2 tu.suka sangat..nanti anak2 kucing aku besar nanti mesti besar macam Ciko..bulu dia kembang n licin mengalah kan model iklan shampoo.hakhakhak..so lepas tu nak amik pic la plak..so mintak dengan pekerja kat situ, nasib aku baik kali ni sebab dibenarkan untuk bergambar dengan Ciko tu..jinak sangat dia bila aku dukung dia, bulu dia 1 pon tak gugur tau,kucing harga RM5000 tu kami tak dibenarkan dukung sebab harganya terlalu mahal(aku pun takut senarnyer..)..banyak aksesori kucing yang dijual kat sana yang aku terpikat dengan sangkar kucing yang cukup comel,nanti anak2 kucing aku besar sikit anak sure2 nak beli sangkar tu sebab senang untuk dibawa kemana2,harga2 kat kedai tu tak lah mahal sangat boleh dimiliki oleh orang2 yang macam aku ni(tak berduit).kat bawah ni ada pic aku dengan Ciko, owh yer pic of my cats belum diupload lagi sebab diorang masih kecik dan lemah (maklum lah diorang hisap susu local sebab mak diorang kena makan diular sawa) so apa2 pun tu je nak share dengan korang..huhuhuhu...terima kasih pada pekerja kedai tu sebab melayan karenah aku yang agak gila masa kat sana..nasib baik tak bawak sekali anak2 aku gi sana sebab masa ondaway balik pulau ribut melanda. Masa tu ingat mati je beb!! Hahahah...k bye2!! Terima kasih sebab singgah dan baca blog aku untuk kali ini..take care ye semua...
Aku
Nadya
happy + sad = crazy
Bercuti bersama anak bujang untuk kali ini sgt gembira!! kami banyak habiskan masa bersama untuk pertama kali terasa kami sgt mesra, kedatangan mereka pada kali ini banyak meredakan kesedihan dihati kerana pada kali ni aku dapat tahu kisah terpendam sekian lama,setelah kantoi semuanya kini aku tahu siapa lawan aku yang sebenarnya, but kesedihan dihati sgt aku sakit tapi nasib baik my anak bujang ni berada disisi disaat aku dilanda kesedihan..banyak jugak aktiviti kami disini contoh nya berenang,snap pic,masak sama2,borak2,and main Tut (daun terup)kalau kalah kena minum air masak 1 gelas aku kalah dengan diorng 2 kali naik kembung perut aku sebab banyak air yang aku minum, yang tak leh blah kegilaan diorang terlalu gila!!aku tak boleh nak tahan bila diorang try cakap mat salleh.masing2 ada kegilaan masing2.semalam teman kan diorang snorkeling kat platfom masa tengah mandi tu kami ditegur oleh mat salleh,so apa lagi diorng ni cuba cakap dengan mat salleh tu,aku gelak je tapi mat saleh tu wat muka blur..kesian mat salleh tu kena buli dengan diorang but esok diorang dah nak balik :( mesti dah tak leh nak gelak kuat lagi lepas ni. diorang sgt suka bergambar mengalah kan awek's!! menyampah aku!! huh!! kat bawah ni ada few pic of us semasa habiskan masa bersama
Pictures time!!
Tut Time!!!
Memasak dipagi hari!! (Bekpes)
Pembantu ku Sewaktu memasak
Anak bujang ku yang 'Encem'
anak bujang ku yang 'Smart'
Poyos!! Bweeekkk!!!
Talam 2 Muka Vs Anak Angkat
Salam 1 malaysia kepada semua pembaca2 blog hamba pada kali ni!! (1 malaysia?? Owh no!! I don’t like 1 malaysia ok!!) 16/10/11 my mam masuk wad sebab sesak nafas pada pukul 11.34pm masa tu aku still lagi kat pulau untuk dijadikan cerita pada malam tu jugak aku ada problem dengan salah sorang kawan aku, bayangkan malam tu aku penat gila2 so aku tido awal pukul 9pm dalam bilik aku masa tu kawan aku yang tu lepak sekali sambil on9 use my lappy, Allah S.W.T telah membuka mata ku pada pukul 2.47am dan tetiba aku tengok lappy aku tak di turn off so tetiba terasa nak on9 FB sebelum sambung tido, but bukan FB aku yang terpapar tapi FB kawan aku, yang menarik perhatian aku ialah chat box, ada list chat kawan aku ni bercerita pasal aku dengan bakal ‘mak su’ dia. Perghhhh!!! Semua aktiviti aku dia update kat pempuan tu, hampeesss patut lah kawan aku ni selalu tanya pasal aktiviti aku, rupa2nya dia mengata aku kat belakang,hahahahah...lawak2 tu lah sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jugak, Allah S.W.T telah tunjuk kan pada ku siapa kah dia!! Owh ye kat bawah ni ada pic kandungan masej dia2 tengah mengumpat pasal aku (sempat jugak aku print screen) tapi aku tutup lah nama2 dia tu, takut korang jejak siapa diaorang ni. Niat aku cerita ni bukan nak buka aib diorang tapi just nak share dengan korang. Sharing is caring!! Hahahah..masa aku dapat tahu cerita ni tuhan saja yang tahu bertapa hancurnya hati ini (aku rasa kena tukar nama my blog ni sebab sentiasa hancur hati ini).semoga diorang sedar diatas kesilapan mereka tu.Lepas aku baca masej2 diorang kat FB tu aku terus mengamuk!!hahahah..aku tak serang dia ok,aku just gi tanya dia apa yang dia tak puas hati,tapi dia nafikan sepenuh2 nya,so lepas berlaku pertengkaran mulut aku mengalah dan terus lari citu(kami bertengkar dibilik belakang) dan kebetulan aku lalu kat cafe dan ada gelas diatas meja, aku baling semua gelas2 itu,my boss A.K.A my broo keluar dan tanya ‘apa hal ni?? Ko ingat murah ke gelas2 tu?’(hampess aku tengah marah ni dia boleh ungkit pasal gelas2 tu).aku malas nak membabitkan my boss so aku naik kebilik untuk tido,tapi malangnya tak dapat tido so apa lagi melalak lah aku sampai pagi!!on 3.20am aku call my sis, tapi dia tak jawap sebab dah tido kot, so aku sambung melalak sampai kepagi, pagi keesokkan nya aku bersiap untuk balik sebab pada pukul 6am dapat masej dari my older sis mengatakan my mam masuk wad,semua orang tanya apa citer semalam?? Aku tak jawap but just senyum je tapi mata bengkak gila,hmmmmmm...itu lah last aku stay kat pulau, semua barang2 aku angkut yang tinggal lagi my kipas,ok berbalik cerita pasal my mam!! Dia masuk wad kali ni just 4hari 3mlm, jadi percutian aku di hospital agak pendek tak lah lama macam yang sebelum ni,my mam kali ni masuk wad dapat ramai anak angkat dari UNIZA, sebab diorang tengah wat pretikal kat wad tu, well my mam ni memang suka bercakap dengan diorang. So aku tumpang sekali lah melayan my mam!! So apa yang menarik disini aku bagitahu pasal aku nak sambung study pada awal bulan depan, my mam cakap ‘dah tua2 baru nak sambung study?’ aku bukan apa weii malas nak kerja dalam bulan monsoon nih!! So next year comeback to Malaysia!! Hahaha.. so belum g study ni nak g enjoy dulu!! So on 30hb/10 ni aku da fly to KL!! Korang yang ada area KL n ada free time jangan lupa tekan my phone no!! Boleh lepak2 sekali!! Opppssss ada ke yang nak datang lepak dengan aku ni?? Hahahahah.. hmmmm... apa lagi eh nak memalut nih..ok lah stop here dulu sebab my boss call me just now!! Dia mintak amik dia kat jeti kuala besut sebab keretanya mogok! So bye2 lah yer.. setakat ini saje.. tq eh coz baca my blog eh later i give u angpau eh!! Bye2!!! Bweeekkkk!!! Adios amigos saya berambus!!
dia pun takut nak maki2 aku kat wall sebab tu dia tanya 'mak sue' dia..
mana dia tahu puki aku ni x laku?? ha5x... still vergin ok!! apa2 pun aku x kan maaf mereka2 nih!! muktamad!! :P
my Bintang Mati
hari ni 13/10 my bintang sakit(kucing) so perlu bawak g hospital sebab bintang nazak,semalam sebelum tido aku bagi bintang ubat lepas makan ubat bintang tido sampai pagi so ingat sempat dia bertahan sebelum ke hospital.but semalam aku n bibiq berjaga sampai pagi sebab duk borak2 aku tido pukul 6am so dah set jam untuk bagun kul 7 untuk naik bot pukul 8am tapi aku tertido sampai kul 8.45am tu pun abang din yang kejutkan, so lepas sesiap tu standby tunggu bot pukul 12pm,masa tu bintang dah lemah tak larat nak bukak mata.dia lentok atas riba ku sepanjang perjalanan atas bot. sampai je dijeti kuala Besut terus berkejar ke parking untuk amik keta sementara tu aku tinggalkan bintang bersama kak bi, tapi aku tak jumpa kak bi selepas aku amik keta. dalam masa 30minit aku jumpa kak bi di depan bangunan terminal bot,aku dapat rasakan bintang sudah mati semasa aku melihat wajah kak bi datang kearah keta. kak bi masuk keta dan bagitahu aku 'bintang dah mati baru kejap tadi' masa tu tuhan saja yang tahu,bertapa luruhnya hati ni bila niat aku nak bawak bintang ke hospital tak kesampaian. bintang mati atas riba kak bi.masa tu aku sebak bila kak bi balut bintang dengan baju, terkulai bintang ketika tu,air mata ku hampir tumpah bila aku meriba bintang untuk terakhir sekali..so lepas tu aku hantar kak bi naik bot untuk ke pulau manakala aku drive balik kerumah untuk kebumikan bintang..sampai je kat rumah ayah terkejut bila melihat aku bawak balik bintang dalam bungkusan baju..aku mintak ayah kebumikan bintang dan aku gitau ayah 'tunggu orang balik kat pulau dulu baru ayah tanam' ayah hanya diam..ayah sangat memahami aku..lepas tu aku jumpa maa dan salam..aku terus drive keta balik ke k.besut..aku tak sempat jumpa dengan ank2 buah aku..aku tak lah suka sangat kat bintang sebelum ni tapi sejak 2 3 hari lepas aku tgk dia cukup manja, makan nk kena suap. tido kena tido kan..rupa2 nya tu tanda bintang untuk meninggalkan aku. agak sedih sebab tak de lagi teman untuk bermain..tiada lagi bintang di depan mata.. semoga aku jumpa penganti bintang.. Dear bintang segala memory akan ummi ingat sampai bila2. (aku bahasakan diri aku ummi dengan bintang) T_T aku jugak tak pernah snap pic dia sebab orang cakap kalau kita snap pic kucing tu kucing akn mati.. tiada gambar dia untuk aku tunjuk utk korang...
























