Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Nayta Vs Santa Clous

24Dec off to KL for celebrate krismas or happy new year, pergi kesana naik bas express but ketibaan aku di KL lewat sebab bas yang aku naik kali ni tak berape nak express. So sampai kat KL pukul 8.30pm so abang Hafiz yang jemput aku di stesen bas hentian putra. Kali ni aku dikejutkan kedatangan Mak cik ku iaitu sulah n the geng. So lepas amik aku tu kami bertolak ke sogo sebab sulah n the geng nak shopping kasut katanya sebab sales banyak semperna tahun baru n krismas. So banyak jugak lah diorang shopping aku tak beli apa sebab masih terlalu awal untuk aku membeli belah. So lepas tu kami bertolak ke rumah dan berehat, pagi keesokan harinya kami ke hentian putra sekali lagi sebab sulah n the geng balik ke Terengganu. Lepas itu kami ke Genting untuk krismas day!! So kota keriangan sangat best!! Hehehe.malang nya tak ada kamera untuk merakam detik2 itu. Selepas tu kami turun ke KL dan terus balik kerumah, keesokan harinya Abang Hafiz dan Kak sue meneman kan aku beli telifon. So lepas tu temankan mereka membeli belah barangan dapur. Sementara itu waiting for kawan aku iaitu Nayta, dia ke Gambang untuk meraikan hari krismas disana. So aku ambil kesempatan untuk ke bandaraya kuala lumpur so aku lepak kat rumah abang Hafiz selama 3hari 2malam so pada hari selasa 27Dec aku bertolak ke TUDM Subang untuk lepak bersama Nayta dari rumah abang Hafiz macam biasa aku menaiki bas U74 untuk ke KL sentral sampai disana aku ambil tiket KTM ke Batu 3 shah Alam. So sampai disana Nayta yang jemput aku dengan Motor baru nya so kami bertolak balik ke TUDM dan singgah di dobi sebab baju kotor aku dah berlambak tak basuh kami terus balik dan berehat lepas solat asar kami keluar menuju ke Shah Alam iaitu i-City sampai disana kami berjalan je so tetiba kami tertarik dengan Snowalk so apa lagi kami masuk lah disana dengan bayaran RM25 untuk 1 orang dan kami perlu membayar loker barang2 Rm4 dan sewa kasut Rm10 untuk 1 pasang. Mahal lah kalau kat Genting Rm30 je untuk semua sekali tapi kat sini melebihi bajet lah pulak. Masuk kesana kami bagaikan berada di Kelantan. Sebab semua yang ada disana bercakap ‘Klate’. Kelantan dilanda salji hahahah.. lepas 2jam berada disana kami bertolak balik ke TUDM tapi kami pekena char kuew tiaw n satay dulu. Kenyang macam nak pecah perut aku dengan Nayta. Lepas balik kat rumah kami lepak dan terus tidur, aku tidur dan tidur je pada pagi 28Dec tu sebab Nayta masuk kerja pada shiff tengah hari so lepas bangun tidur aku ditemani oleh baby Qira n Qina so tak lah aku kepuasan tahap gaban menanti hari gelap hari berlalu sungguh cepat dan pada 29Dec aku bertolak ke KL dengan motor Nayta dari TUDM Subang sampai pukul 9.30am aku parking motor Nayta kat rumah abang Hafiz dan aku lepak dengan salah kawan baru aku iaitu Huda yang tinggal berdekatan dengan rumah abang Hafiz. Ok itu jer kisah untuk tajuk kali ini.. sambungan kisah ini akan bersambung di tajuk lain dan dilain entry.. Sekian (jangan salah paham aku ke KL untuk tenangkan diri setelah aruah pergi bukan untuk enjoy)

                                                               Sulah iaitu mak cik ku!!

                                                              abang Hafiz anak sulung sulah

                                                                         i-City

                                                                   Nayta wif Patrick

                                                                            peace!!

                                                                    Music pliss!!

                                                            Merry kerismas des!! hahaha

Aku

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meriam Binti Ali

Assalamualaikum semua aku ucap kan. Pada kali ini tak ada apa untuk aku kongsi just nak bagitahu pada kamu2 yang masih belum tahu cerita pasal my mum. Pada 16 Dec yang lalu ibu kesayangan aku telah kembali ke rahmatulah setelah koma selama 3 hari. Pada hari Sabtu 9 Dec aruah mengadu pada yang arwah sakit perut, jadi aku dengan kak long bawak kan aruah pergi hospital Besut dan arwah ditahan di wad kerana doktor khawatir sesak nafas arwah kembali. Pada malam pertama kak long yang tunggu arwah, menurut kak long aruah tak tidur pada malam tu kerana sakit perut dan keesokkan hari nya 10 Dec pukul 9am giliran aku yang tunggu dan malam kedua iaitu hari isnin 11 Dec kak Na yang tunggu menurut kak NA arwah tidur dengan nyeyak sebab sakit perut yang beliau alami dah semakin berkurangan. Pada hari selasa hari ketiga 12 Dec giliran aku yang tunggu tapi pagi tu aku sedikit terlewat dan sedikit alpa untuk ke hospital manakala anak buah aku yang pergi hospital untuk menggantikan aku kesana. Lepas 20minit anak buah aku tunggu keadaan aruah makin parah kerana sesak nafas dan aku bergegas ke hospital masa tu aruah masih sedar dan sempat menjawap pertanyaan aku. tangan kami sempat berpaut sebelum nurse minta aku keluar dan duduk disebalik tabir kerana doktor nak salurkan oksigen pada aruah. Setelah 30minit doktor meminta kebenaran utk memasuk kan wayar kedalam paru2 aruah dalam masa tu semua adik bradik smua datang termasuk sepupu2 yang terdekat sampai kat hospital. Ayah menyerahkan semua kepada doktor ‘buat yang terbaik’ tu yang ayah jawap bila doktor tanya. Aku dapat merasakan perasaan ayah masa tu. Keadaan aku masa tu tak usah dikatakan lagi hanya mampu mengalir kan air mata kerana melihat keadaan aruah yang dipenuhi wayar2 pada badan aruah. Setelah 1 jam doktor memanggil waris2 dan berbincang pasal pemindahan aruah ke hospital besar Kuala Terengganu. Hanya seorang saja waris dibenarkan naik bersama di dalam ambulans, aku yang naik ambulans dan kami bertolak dari hospital Besut 2.30pm dan sampai disana 3.45pm. setelah sampai disana aku keseorangan diluar wad kerana kakak2 aku on da way kesana. Setelah 20minit aku tunggu tetiba aku melihat salah seorang mak cik aku datang. Masa tu Allah saja yang tahu bertapa lega nya hati aku ni. Bayangkan dari pagi ke petang sebiji nasi pun aku tak makan hanya air kotak je yang aku sempat minum. Selepas tu baru lah kakak2 aku yang lain tiba disana dan aku dibawa ke kantin untuk makan. Aku memang lapar tapi sedikit pun tak ada selera untuk aku makan tepat pukul 6petang aruah dimasukan kedalam wad ICU. Hari pertama kami tidur disana hanya berbantal kan lengan dan beralas kan tikar. Kak Long, kak na, Kak Ni, Sulah n aku tak kisah pasal semua tu. Kami tumpang mandi di wad lain sebab tandas di wad ICU hanya untuk staff sahaja. So malam tu tiada apa perubahan pada aruah hanya pejam mata dan tidur,pada pagi tu Linda iaitu kakak aku yang stay kat Melaka pun sampai so kami berenam tinggal bersama dihospital. Kami dibenarkan melawat aruah 3kali dalam 1 hari iaitu pagi,petang dan waktu subuh. Pada tengah hari 13 Dec aruah masih tetap sama dan tiada apa perkembangan dan keadaan kami disana pun tetap sama Cuma tak cukup tidur je. Pada 14 Dec tengah hari aruah sedar dan aku dengan kak Na adalah orang yang pertama aruah tengok dan aruah bertanya aku ‘dimana? Dan aku menjawap ‘Terengganu’ aruah angguk dan senyum. Lepas tu aruah mengadu lengguh dan sakit. Aku hairan kenapa doktor mengikat tangan aruah. Aku sempat mencium tangan aruah sebelum aku keluar kerana aku tak sanggup melihat keadaan aruah sebegitu. Pada hari tu ramai anak saudara aruah datang melawat aruah dan sempat lah aruah melihat mereka semua. Kami merasa lega dan kak Long dan kak Na balik kerana keadaan aruah dah stabil. Lepas tu semua kembali tenang dan ada yang dah balik kerana melihat keadaan aruah dah stabil malam tu yang tinggal di sana Aku,Kak ni dan Linda kami tidur dengan nyeyak sekali, pada pagi 15 Dec kak Ni telah masuk melawat aruah dan doktor mencerita kan keadaan aruah yang semakin teruk dalam hati kami terkejut kerana semalam keadaan aruah sangat stabil tapi pagi ni aruah kembali tak sedarkan diri. Doktor nasihat kan kami jangan pergi jauh2 dan baca lah surah Yasin agar aruah mendengar disaat-saat terakhirnya. Jadi pada tengah hari semua adik beradik kami berkumpul kecuali Abang Din. Kami bergilir-gilir membaca surah Yasin termasuk sepupu aku iaitu Huzaimi,Maisarah dan Din. Akhirnya aruah dapat mendengar bacaan Yasin dari anak buah aruah yang belajar di Mesir kerana masa aruah sihat aruah selalu bagitahu aku yang aruah teringin nak mendengar anak buahnya mengaji. Menurut Din semasa dia membaca surah Yasin dia melihat aruah mengalirkan air mata. Semasa Din menceritakan detik itu air mata aku kembali mengalir keluar. Itu yang aku mampu lakukan seluruh jiwa dan raga ku bagaikan kosong. Pada 15 Dec malam tu kami Berjaga kerana doktor mengatakan tiada harapan untuk aruah kembali stabil. Tepat pada pukul 3.35am kami dipanggil kerana aruah tengah nazak. Kami dibenarkan masuk dan kami duduk disekeling aruah. Kami ajarkan aruah mengucap dan ayah sue iaitu pak cik kami membaca surah Yasin. Keadaan berlanjutan hampir 3jam dan tepat pada 6.50am aruah pergi untuk selama-lamanya. Aku redha dan pasrah dengan pemergian aruah. Aku menghibungi kawan2 terdekat dan aku menerima banyak ucapan takziah dari mereka. Terima kasih aku ucapkan. Lepas segala urusan selesai kami bertolak balik kerumah dan keadaan dirumah sangat pilu menyambut kepulangan kami.hujan renyai memyambut kepulangan kami. Anak2 buah aku datang memeluk aku dan bertanyakan pasal aruah aku tak dapat menjawap pertanyaan mereka. setelah selesai semuanya pada pukul 12.30 aruah siap dikafan kan. Aku mengambil kesempatan untuk mencium aruah untuk kali terakhir aku kuatkan hati agar jangan menagis ketika mencium jenazah. Setelah semua ahli keluarga mencium jenazah. Kami bergegas pergi ke kubur tetapi aku tak dapat pergi sebab tetamu dirumah masih lagi ramai. Jenazah disembahyangkan selepas solat jumaat di masjid hadhari. Tepat pukul 2pm bacaan talkim selesai dan semua melangkah balik. Selepas itu hujan lebat membasahi bumi. Alhamdulillah semua berjalan lancar Allah mempermudahkan segala urusan semoga roh aruah tenang disana dan ditempat kan orang2 yang beriman. Al-fatihah... T_T


     Meriam Bt Ali

               Masa ni  arwah Maa sedang Tidur dalam ambulans

  I love You so much Maa!! rindu Maa sangat2!!

Aku

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dale Carnagie Vs Darul Iman

Hari ni (8/12/11)'berkemas' bilik aku (rumah kat kampong) Hasilnya 2 plastik sampah yang berjaya dikeluarkan dari almari, terdiri dari old kertas memo,tips,’buku rojak n’ buku main kutu’ time study kat D3D dulu, so kemas2 tu aku jumpa buku ‘How to stop worry and start Living -Dale Garnegie’ hmmmm buku ni aku dapat percuma je sebab aku pernah amik krusus Dale Garnegie time belajar dulu. Buku2 ni semua aku dapat 7 biji semua nya (ala2 iklan cerita dragon ball ‘sebenarnya dragon ball ada 7 bijik semuanya’)ada sape2 nak? Sila angkat tangan!!(sila call sy ASAP) ‘Be Smart but Don’t show it – Nadya Soya’ itu adalah salah satu memo yang aku jumpa hehehe..so lepas kemas2 tu aku jumpa nota2 lama masa study dulu aku pun buka sekilas pandang nota2 tu dan membelek nya tetiba aku jumpa sesuatu. Hmmmm semua tu memory time2 belajar dulu so aku serba salah nak buang ke tak? Korang tahu tak apa? Kertas plan projek Darul Iman yang aku handle dulu. Banyak yang aku jumpa yang paling aku suka kelendar dan iklan projek Darul Iman. Semua tu amat aku rindui. Kat bawah ni ada a few pic yang aku jumpa masa kemas2 hari tu. U know what? Kemas2 dalam almari baju ada seluar jean yang aku simpan sebab dah lama tak pakai sebab koyak tetiba aku periksa dalam poket ada ‘sumtim’ iaitu Ringgit Malaysia sebanyak 120. ok lah tu kan. Mana nak dapat kemas2 bilik jumpa duit lama dalam poket, seingat aku duit tu aku simpan dalam seluar tu sebab aku ingat nk simpan sebab aku kan tak pakai seluar tu lagi sbb koyak kan? lepas tu lupa dan lupa. Masa aku simpan duit tu time kehidupan ku sebagai ‘island gurl’ hahahaha... sekarang ni kehidupan aku 100% berubah.sibuk dengan urusan peribadi opppssss peribadi la sgt kah? Hahaha...kadang2 sibuk macam perdana menteri kadang2 aku relax je macam cikgu pencen. Semua yang jadi tak di rancang. Sangat bagus untuk aku sebab aku tak lah akan kacau orang disekeliling aku lagi!! ok babai!! Owh babeh2 semua yakni semua yang membaca selamat menjalani hari2 yang indah selepas ni!! Ok let’s back to the bed!! zzZZZZZzzzZZZZzzzzz..... oppssss!!!!! Wassalam.. Semoga cepat dikurniakan cahaya mata!!(melalut entah apa2) huhah3x!!!

                                                      nilah dia buku2 yg aku cakap kan tu

                                          siap ada name tag lagi tuh!! (x nk org lain copy gmbar ni)

                                           Kalendar Darul Iman n iklan sinopsis projek nyer

                              Darul lincah,senggal dan sedikit degil berbanding kembarnya..

                               Iman pemalu,dan agak pendiam dan suka berkhayal A.K.A KOYA

                                                     Abang Khair ni handsome kan?? hikhik



Aku

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

berkorban kah aku?

pada 5/12/11 sekali lagi aku masuk MY kali ini destinasi aku bukan ke kampung halaman tapi ke KL untuk menyesai kan 1 lagi bala yang dicari oleh salah 1 kawan ku, bala apa? Tak perlu lah aku sebutkan disini sebab aku tak nak membuka aib dia. So selesai semua kat SG aku masuk bertolak pukul 8pm dan tepat pada 10pm bas stop kat Larkin so aku roger2 kawan my abang to hantar kereta kebetulan my abang give me ‘lampu hijau’ to drive his car this time to KL. Berbekal kan GPS kecik dalam keta akhirnya aku sampai di Shah Alam pukul 2pagi. Sorang2 berteman kan radio HotFm. Sampai je aku tidur sebab penat owh ye aku chek in kat rumah sewa kawan pada kakak aku semestinya perempuan lah kan. Keesokan aku terus selesai kan masalah kawan aku tu kat area Subang (ingat kan jauh Shah Alam ke Subang) dekat je eh, so dari pagi ke malam aku kehulu-kehilir cuba menyelesai kan masalah kawan aku sorang ni akhirnya aku wat keputusan untuk sambung esok je lah sebab aku da penat. So keesokkan harinya pukul 10am aku bangun dari tidur(tu pun berpuluh2 missed call dari kawan aku) so lepas bersiap aku bergegas ke Subang untuk jumpa kawan aku lagi. Tapi aku da penat nak follow her step so aku mengalah dan bagi apa yang dia nak, so lepas tu aku ditinggalkan sebegitu sahaja apa yang aku bagi pada dia.(mesti korng pk bukan2 kan? Kawan aku ni pempuan lah). So lepas tu aku lepak kat tempat kije kawan kakak aku dan on9 lah sampai ke petang dan kami balik sama2 tapi masa aku lepak2 kat situ kawan aku datang mengamuk sbb tak puas hati dengan aku kerana aku meluahkan rasa tak puas hati pada dia, so bermula lah drama realiti aku untuk kali ni, didepan2 orang ramai dia datang mengamuk nasib baik keadaan dia tak mengizinkan untuk aku melayan amukkan dia so jalan terbaik aku diam kan diri dan terus blah dari situ, lepas selesai semua2 tu aku balik kerumah dan berehat dan ‘mengonlinekan diri’ untuk seketika tapi aku masih buntu dan terus buntu so dalam kebuntuan tu aku wat keputusan untuk drive to hometown pada pukul 1am aku bertolak (setelah aku berjaya yakinkan kawan kakak aku tu hampir 1jam) so pada pukul 8.15am aku sampai dengan selamat kat kampung (plan tak nak balik kampung kan tapi terlajak la pulak so ponteng sekolah lah untuk 2-3 ari) so lepas stay kat kampung aku fly kembali ke sini bersama seribu semangat setelah apa yang jadi!! So now 8/12/11 aku stop to thinking about other people!! Now time for my life!! FULL STOP!! So pada sape2 yang nak cari pasal dengan aku tu sila matikan hajat anda sebab aku tak ada masa untuk melayan anda!!(tapi kalau ada jugak nak buat macam mana sebab aku suka bila ada yang cari pasal dengan aku)hahahah!!! Jahat kan?? Jahat dengan orang wat jaat dengan kita tak pe n tak dapat dosa!! Hahahah ok chau chin chau aku berambus untu kali ini yer.. Wassalam.. Allah merahmati keatas kamu yang membaca!! Owh yeah!!owh yeah!! ‘Party’ time (kerja sekolah lah) (@_=)V


Aku
Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bila 'dia' mula berubah

Once Upon A Time,we used to be so close . i mean , u used to be my best friend but as time passes by , u've changed . u change to a completely different person .now i never know who u are.. but just to let you know , i also found a new best friends . the one who i think better than you.'apa2 pun jadi awk tetap kawan saya sampai bila2,saya sayang awk'

♥ Dlm 1 pertemuan dgn kehadiran 2 hati = saya & awak ,
♥ Dlm 2 hati , Allah berikan 3 rasa = sayang , kasih & cinta .
♥ Dlm 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan = berkenalan , berteman , berkawan & bertemu/bersama...
♥ Dlm 4 tujuan itu , tersembunyi 5 perkataan = teman baik selalu di sisi ,
♥ Dlm 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian = sayang , kekal , setia , mengerti , menghargai & mengingati .
♥ Dlm 6 impian itu tersimpul 7 huruf iaitu SAHABAT


Sajer je nak kongsi kata2 diatas dengan korang owh yer jugak untuk pengatahuan korang kata2 ni da dikuar kan kat status Wall aku..ternyata ramai yang klik butang 'LIKE'.memandangkan da lama aku x update aktiviti aku A.K.A kisah aku (konon2 lah) sudah banyak kisah yang telah ditaip kan cuma waiting for da pic from my prends so save at microsoft work la dulu..hikhikhik nothing to share la utk kli ini, so apa2 pun hidup kena enjoy!!Wassalam...(penat doe!! nk tido smlm drive all nite long to my home town)

Aku
Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah