Assalamualaikum... setelah hampir 2 bulan aku tidak mencoret sesuatu di blog ini. Hari ni aku mempunyai masa terluang untuk melakukan nya. Pada bulan Mac lepas aku telah berbincang dengan ayah untuk aku apply cuti tanpa gaji selama sebulan dengan my big boss A.K.A aku punya bisnes partner. Aku memilih date untuk mulakan travel aku pada kali ini ialah 4hb Mac perjalanan aku bermula ke Nilai negeri 9.Dimana aku mengunakan khidmat driver lori Nationwide untuk memudahkan pergerakan aku di sana nanti kerana aku disana selama 1 bulan (itu plan pada awalnya) pada 5hb aku telah melakukan proses penghantaran my scoot ke sana. Pada 6hb malam aku menaiki bas ke KL dan stay disana selama 2 malam sambil waiting for my scoot. Pada 7hb scoot aku telah tiba di Station Nationwide Nilai so pada 8hb aku bertolak ke rumah kawan aku di Taman Cempaka. Owh yer aku kesana untuk melawat kawan aku yang baru selesai melakukan pembedahan perut kerana penyakit kenser. Aktiviti aku disana sama macam aktiviti aku disini tak ada yang beza nya tapi yang best dan seronok aku bersama adik2 kepada kawan aku telah bergotong royong mengemas bahagian dapur, menanam kucing mati dan membersihkan sangkar kucing.Hehehehehe Saat-saat itu semestinya tak dapat aku lupakan kerana aku dapat merasai kasih sayang seorang adik kepada kakaknya Semasa disana juga aku sempat merasai detik menghantar adik kesekolah dan merasai kerisauan seorang kakak menghantar adiknya ke klinik kerana kaki adiknya digigit tikus,Aku berada disana bersama mereka selama 6hari 5 malam. Hari ke 6 aku telah meminta diri kepada kawan aku kerana dia perlu kerumah makcik nya bersama adik2 nya dan dia juga perlu ke klinik untuk membuka jahitan pada perut nya. Jadi plan untuk stay sana selama sebulan terpaksa dilupakan kerana banyak sangat benda yang perlu aku fikirkan so begitu lah kisah travel aku pada kali ni di Nilai. Tak banyak sangat aktiviti yang perlu aku cerita kan semasa aku berada disana. Sekian..
Tinggal kan Jejak mu
Dinner with my Anak Dara
29.2.12
salam... pekabar semua? harap2 sihat lah semua yer.. kau orang dah tau ke? aku excident pada pagi 29.2.12.. semasa aku keluar untuk mencari rezeki (cewah ayat x boleh blah). nak dijadikan cerita aku lalu jalan kampung sebab konon2 x nak lalu jalan besar coz trafik jam (padahal jerteh ni bukan bandar besar sangat pon) so ada lah motor pak cik ni, aku kat belakang dia tau (for sure lah aku dengan motor jugak kan) n then masa aku tengah kira2 nak memotong dia tetiba dia plak wat u turn secara mengejut.. aku pon ape lagi brek lah masa brek tu lah tayar depan motor aku ni berhenti bergerak dan bergensel di permukaan jalan.. apa lagi aku pun landing lah atas jalan TAR raya yang lembut lagi licin tu.. maka terpancut lah darah yang keluar di jari,siku n lutut aku ni.. bukan main lagi pak cik tu tanya aku 'sakit ke nak?' aku rasa macam nak jer aku hentak pak cik tu dengan helmet aku.. dah lah helmet aku pecah.. tapi nasib baik aku perbanyak kan istifar dalam hati nasib baik dia tolong angkat motor aku masa tu. lepas tu aku terus pecut balik ke rumah, x jadi nak menerus kan hajat aku tu, balik je kat rumah aku terus tukar seluar jean aku tu. rupa2nya seluar aku tu terkoyak di lutut.. baru lah aku terasa sakit di kepala lutut aku ni tengok luka dikepala lutut tu x lah banyak sangat tapi sakit apa bila untuk aku berjalan sebab luka tu betul2 kat kulit yang berlipat n lembut tu, sedikit punya seksa untuk berjalan.so ketcot tempang lah aku untuk seketika ini.. sakit woooo!!!lepas tu ayah aku bawak aku pergi klinik dan doktor kasi tahu aku awak kena berpantang makan tau dan jangan lupa makan ubat antibiotik yang saya bagi kalau awak tak makan nanti luka awak akan bernanah dan takut ada jangkitan kuman so aku pun akur je dengan nasihat doktor.yang lebih parah lagi my lovely Black Berry dah bersepai akibat exsident tu, tuhan saja yang tahu bertapa luruh nya hati ini apa bila melihat Black berry aku jadi sebegitu.. Hmmmmm...apa boleh bikin benda dah jadi so terpaksa lah aku redha dan pasrah.. lepas balik rumah aku terus info pada kawan2 kat FB n Twitter. n then ramai jugak lah yang wish me 'selamat sembuh' huhuhu.. Terima kasih lah semua yer!! i lob u!! kat bawah ni ada few pic of akibat exsident ni..
my BB aku dah bersepai 'SEKERIN'
okey lah sekian lah yer untuk entry pada kali ini.. uhuk...uhukk...uhuk...
bye2
Aku
Nadya
tak ada tajuk
ni pic aku tau... n ada jugak lah BB aku on table tuh..huhuhuhuh..ce teka apa model?
Aku
Nadya
this is story about a girl and her name
Salam Assalamualaikum pada semua..hah pada kali ini aku tak nak bercerita pasal pakej ke pulau perhentian sebab bigboss sea horse belum bagi sebut harga untuk aku promote kat blog ni. Ok kali ni nak story pasal a girl ni yang nama nya sama dengan nama aku iaitu ‘Hasmanadia’.. heheh.. Cuma nama ayah dia ‘Haswadi’ dan nama ayah aku ‘Ghazali’..ok 1st time aku search nama aku sendiri kat Faebook dan aku terjumpa nama aku yang ada gambar orang lain. ‘Arghhh!! Pelik nya macam mana boleh jadi macam ni?’ tu yang terlintas di fikiran aku.aku ingat kan nama ‘Hasmanadia’ aku sorang je dalam dunia ni tapi rupa2nya tidak.pada mulanya aku ingat kan dia ni student IPTA or IPTS sebab muka dia Matang tapi dia baru je habis SPM akhir tahun lepas.. so lepas tu aku klik ‘ADD FRIENDS’.. lama jugak dia nak approve aku as her a friends. So lepas beberapa minggu kami menjadi kawan di FB..aku dah tak ingat macam mana boleh mnjadi sebuah kisah pada satu hari aku keluar kan status lebih kurang macam ni..
Hasmanadia Haswadi + Hasmanadya Haji Ghazali
akhirnya da jumpa some1 yg sama nma dgn sy!!!
(mode happy dpt pgil nma sy pd dia)
^
|
|
(Ayat2 diatas tu aku copy n paste dari FB dia)
ni pulak aku print screen kat wall FB dia.. <3 Kami tak banyak sangat berborak kat phone but always berborak di SMS or FB chat. Tapi tak la selalu sebab dia berkerja so aku tak nak lah ganggu time dia kerja dan time dia nak bersama family dia. Aku just on chat bila aku nampak dia on, aku tak nak kacau dia. So sebab tu lah aku jarang2 jer tegur dia dulu..selalunya aku biarkan dia yang tegur aku dulu..so begitu lah ceritanya owh yer korang mesti nak kenal dia kan? Heheh.. aku dah mintak kebenaran dari dia yang aku nak copy right pic dia dan Alhamdulillah dia telah bagi kebenaran untuk aku post kat entry ni. Dan yang paling best pasal kami berdua ialah. Dia bercakap dialek utara dan aku bercakap dialek Tenganu n Klate tapi bila berinteraksi masing2 bercakap real ‘bahasa melayu A.K.A cakap KL’. Haha.. cuba bayangkan pelik kan bunyi nya. Itu lah unik nya kami.heheh..sekarang ni pon aku tgh chat dengan dia kat FB.. owh yer kat bawah ni ada pic dia tau..

Pic of her (Sudah semestinya dia lebih cun n jauh lebih muda dari aku)
owh yer niat aku bukan nak promote dia tau.. korang jangan salah faham pulak aku just nak share bertapa unik nya nama kami.. 'Hasmanadia'.. Has Mana Dia.. cuba sebut berkali2 dan faham apa yang korang dapat bila sebut nama kami tu secara satu persatu.. hehehe.. bye2 peace no war
Aku
Nadya















