Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

saya sayang ayah saya banyak-banyak

1st saya nk bagitau korang semua!! saya sayang ayah saya!! sebab apa saya sayang ayah? sebab ayah dah banyak susah payah untuk menjaga kebajikan saya selepas arwah my mum pergi. hehehehe..Aku sampai didesa tercinta pada pagi 18hb Mac akhirnya perjalananku yang penat itu sudah berakhir. Scoot aku tiba di tanah air pada 20hb Mac ada berita buruk sangat pasal my scoot tu. Cover depan pecah, cover meter, kedua-dua side mirow dan plat hadapan. For sure dalam RM350 duit aku akan habis untuk gantikan apa yang rosak. Memang malang untuk aku sebab scoot aku hancur. So berbalik kepada cerita aku ni pada 21hb Mac aku dan ayah telah memulakan perjalanan ke Thailand sebab aku pergi adalah untuk menemani ayah melawat sepupunya disana. Aku kesana selama 10hari dalam masa 10hari tu berat badan aku naik 6KG!! Arghhhh!! Tensen weiii!! Mendadak naik berat aku ni sebab aku kat sana dijamu dengan makanan Thailand perrghhhh!! Menagis beb sebab pedas makanan kat sana tapi walaupun pedas tapi best.

Masa ni kami stop kat stesen kereta api di sungai Ko lok.baru lepas sarapan

Aku nyer borang masuk Thailand. Ngggeee

 Okey here we go!! Hari pertama aku dibawa ke Bandar Yala iaitu memakan masa selama 20minit dari Kampung Tok Adi (nama kampung ayah Su <--- pangilan sepupu ayah) mereka membawa aku ke restoran Hasanah, memang best weii!! Selera aku ni memang kena dengan menu disini sangat best!! Lepas tu aku meminta sepupu aku membeli perut lembu yang mempunyai nasi didalam nya..malam tu aku tidur dengan nyeyak sekali sebab perut da penuh la katakan. pada pagi keesokan nya aku telah dibagitahu ayah yang kami akan bertolak ke Krabi pukul 9am..tak sangka pun dapat pergi Krabi tau maklum lah sebelum ni aku just tengok dalam Rasa halal orein je yang pengacara nya nama Farah AF2.

nilah yang aku maksud kan. (pic ni aku copyright tanpa kebenaran)

ni salah satu pic makanan yang aku makan kat Hasanah Restoren .

aku lupa nama nye..nnt aku update kan nama menu ni dalam bahasa Thailand

pun sama.. aku lupa nama nye...nnt aku update kan nama menu ni dalam bahasa Thailand

sama jugak .. aku lupa nama nye...nnt aku update kan nama menu ni dalam bahasa Thailand....

 perjalanan dari Yala ke Krabi memakan masa selama 8jam. macam perjalanan dari Besut ke KL Lumpor. dalam perjalanan tu aku tak mensia-sia kan perjalanan ku tu apa yang menarik perhatian ku pastu aku snap.ayah pulak mengambil kesempatan untuk berehat..ayah just tidur dan tidur je di sebelah aku. dalam perjalanan tu radio tak di on kan sebab aku tak paham sepatah haram.aku hiburkan hati aku ni dengan lagu2 dalam my BB. owh ye lupa nak bagi tahu aku kat sana beli sim kad untuk aku berhubung dengan Kawan2 tersayang kat Malaysia.Nggeeeee... semasa dalam perjalanan tu sepupu aku stop sebanyak 3 kali kat R&R kat sana makanan murah dan halal yang paling best highway kat sana tak de tol, sebab apa tak de tol? sebab kerajaan Thailand sayangkan Rakyat dia, tak macam kerajaan Malaysia kan? dah macam lintah darat je. (hahaha) opsss terlebih sudah..

masa ni kami stop di daerah Trang. lagi 3 jam mahu sampai ke Krabi!!

     Okey tepat pukul 5.20pm kami selamat sampai di Pantai Krabi dan ketibaan kami disambut mesra oleh anak kepada sepupu ayah iaitu Abang Zul. Abang Zul dah book bilik untuk kami semua. 2 bilik berharga 1100 Bath untuk satu malam A.K.A RM110..petang tu aku diajak oleh isteri abang Zul untuk melihat Nat (Market) kat area pantai Krabi. banyak makanan yang aku cuba pada petang tu. Suki Basah (Mee cina + sup pedas), Kuih Pelita + ubi keladi, Kuih sagu dan Rojak buah. lepas makan aku diajak ke Club Sofa dimana abang Zul n the band ada show, so aku di ajak ke club dengan imej islam aku tak berubah. bayang kan aku masuk club dengan bertudung dan menutup aurat. tak usah dikatakan lagi semua yang melihat aku malam tu dengan penuh hairan..ye lah imej islam yang aku bawak tu tak kena pada tempat.. ngeee aku wat boduss jer lantak lah janji aku tahu jadi diri aku dengan imej aku yang macam ni. janji aku tak mabuk arak!! hahaha.. malam tu aku melayan lagu yang aku tak faham sepatah haram ngee..abang Zul punya band boy sangat shumel n encem tau.
My Ayah At Krabi!!! (hero yang ensem!!)

Pantai Krabi yang cantik lagi indah
 (tapi still x boleh lawan my island la kan)

masa ni aku follow isteri kepada abang Zul pergi beli makanan untuk dinner

Mee suki yang pedas lagi enak.. wallah!! sedap wooo!!!

kuih Pelita yang diletak ubi diatas nya

 Jeli kelapo!! memey sedak wei!! aku bahang hampir 1 bijik buoh nyior!!
 hahahaahaha

Sofa Club...dimana aku telah melepak

aku bersama The Lemoned band!! 
(lupa nak bagitahu nama band ni The Lemoned) 




to be continued...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teratak Ayah Bonda

Okey entry sebelum ni aku stop di Nilai kan? So pada pagi 14hb Mac aku bertolak ke Banting dengan scoot aku. Perjalanan dari Nilai Cempaka ke Banting ambil masa 1 jam juga sebab aku ride kali ni tak laju sebab banyak barang2 yang aku bawak jadi slow montion lah aku dipagi hari tu sambil melayan lagu mp3 ku melalui ear phone aku.Sampai disana pada pukul 9am, Kak Ila ialah sepupu aku yang sambut kedatangan aku dengan meriah sekali kebetulan pula dia ada tempahan katering untuk 80 orang tetamu. Jadi aku mengambil kesempatan untuk melihat bagaimana cara Kak Ila buat makanan tu semua owh ye menu pada pagi tu ialah nasi dagang asli negeri Terengganu.Kak Ila di bantu oleh bibik, Abang Shahrul (Suami),Aina (anak) dan Aku.Semua siap pada pukul 11am mana kala jamuan akan diadakan pada pukul 1pm. Selepas tu kami bersama2 berangkat ke rumah pelangan Kak Ila di kawasan yang berdekatan dengan rumah nya kebetulan pulak pelangan dia tu kakak kepada abang Sharul. Jadi semua tak lah kelam kelibut sangat owh ye keluarga Abang Shahrul sangat ramah dan cepat mesra dengan aku tak macam baru pertama kali jumpa. Majlis tu habis sampai pukul 6pm jadi kami meminta diri selepas bacaan doa selamat selesai dan kami pun melangkah balik sampai jer kat rumah kami semua masuk bilik masing2 dan ZzzZZZzzzz.. petang tu kami lepak jer kat rumah sampai malam tak pergi mana2 sebab masing2 dah penat buat kerja. Owh ye untuk pengatahuan korang selain Katering Kak Ila n suami menerima sebarang tempahan Kek dan biskut. Masa aku kat sana aku sempat jugak tengok Kak Ila buat cupcake n bufday cake. Buat kek tak lah susah macam aku bayang kan selama ni yang penting adunan kena betul dan cara membakarnya juga kena betul2 tepat.kalau salah langkah nanti tak menjadi lah kek tu, aku berada disana selama 5hari 4malam sepanjang aku disana segala keperluan aku sebagai tetamu dilayani dengan baik sekali oleh keluarga Kak Ila. Pada pagi 17hb aku bertolak ke KL untuk menguruskan proses pos motor aku ke Jerteh di Stesen Nationwide Shah Alam manakala aku terbang pulang dengan menaiki bas pada sebelah malam nya pula,jadi begitulah kisahnya pasal percutian aku untuk kali ini pada asalnya aku ingat nak stay sampai Tok ngah balik dari Mekah pada 22hb tapi masa tu Ayah aku asek call aku suruh balik sebab khidmat aku untuk menjaga kawan aku sudah tamat so khidmat aku diperlukan oleh ayah pulak..so aku pun meminta diri lah untuk balik..hehehe owh yer kat bawah ni ada beberapa pic yang aku snap semasa aku kat sana selamat lah yer untuk kali ni....

                                       Teratak Ayah bonda yang menyambut kedatangan aku!!
                                              Aina cake & cookies sedia menerima tempahan
                                (pic of Aina tak dapat disiar kan kerana Aina tak suka bergambar)
                       Ni Menu or boleh dipanggil katalog untuk korang tengok sebelum buat tempahan
                     Rok & Rul ni singkatan Dari nama Kak Ila dan Suaminya.. (Shahrul & Rokiah)
                    makan bekpes yang dimasak istimewa oleh Aina..heheheh...sayang Aina lebih tau!!
                                    Meja ini untuk Aina melihat tempahan melalui FB or Internet
                                                Tempat aku n Aina berehat dan 'girl talk'..
                    My TAS always the best!! sangat kuat dan berkuasa bila berjalan jauh!!hahaha


Bersambung.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Percutian Yang Sangat Unik (Phuuuiiii!!!)

Assalamualaikum... setelah hampir 2 bulan aku tidak mencoret sesuatu di blog ini. Hari ni aku mempunyai masa terluang untuk melakukan nya. Pada bulan Mac lepas aku telah berbincang dengan ayah untuk aku apply cuti tanpa gaji selama sebulan dengan my big boss A.K.A aku punya bisnes partner. Aku memilih date untuk mulakan travel aku pada kali ini ialah 4hb Mac perjalanan aku bermula ke Nilai negeri 9.Dimana aku mengunakan khidmat driver lori Nationwide untuk memudahkan pergerakan aku di sana nanti kerana aku disana selama 1 bulan (itu plan pada awalnya) pada 5hb aku telah melakukan proses penghantaran my scoot ke sana. Pada 6hb malam aku menaiki bas ke KL dan stay disana selama 2 malam sambil waiting for my scoot. Pada 7hb scoot aku telah tiba di Station Nationwide Nilai so pada 8hb aku bertolak ke rumah kawan aku di Taman Cempaka. Owh yer aku kesana untuk melawat kawan aku yang baru selesai melakukan pembedahan perut kerana penyakit kenser. Aktiviti aku disana sama macam aktiviti aku disini tak ada yang beza nya tapi yang best dan seronok aku bersama adik2 kepada kawan aku telah bergotong royong mengemas bahagian dapur, menanam kucing mati dan membersihkan sangkar kucing.Hehehehehe Saat-saat itu semestinya tak dapat aku lupakan kerana aku dapat merasai kasih sayang seorang adik kepada kakaknya Semasa disana juga aku sempat merasai detik menghantar adik kesekolah dan merasai kerisauan seorang kakak menghantar adiknya ke klinik kerana kaki adiknya digigit tikus,Aku berada disana bersama mereka selama 6hari 5 malam. Hari ke 6 aku telah meminta diri kepada kawan aku kerana dia perlu kerumah makcik nya bersama adik2 nya dan dia juga perlu ke klinik untuk membuka jahitan pada perut nya. Jadi plan untuk stay sana selama sebulan terpaksa dilupakan kerana banyak sangat benda yang perlu aku fikirkan so begitu lah kisah travel aku pada kali ni di Nilai. Tak banyak sangat aktiviti yang perlu aku cerita kan semasa aku berada disana. Sekian..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dinner with my Anak Dara

salam..malam kelmarin dulu aku di ajak oleh anak buah aku iaitu Yuni,Fika n Nana untuk pergi dinner Kat Anjung Bahtera di Kampung Raja Besut.Macam biasalah aku yang drive.sampai kat situ pukul 9.30 aku yang order pesanan untuk anak buah aku ni. aku order 'Ayam chop' 4 plate so untuk minuman plak aku bagi mereka kelonggaran untuk order (bajet tak banyak lorh) dan semua menterkedarah 'ayam chop' tu dengan lazat sekali, dinner kami pada malam tu di temani dengan muzik live band kampung so layan jer lah sebab tu jer yang ada..huhuhu... harga ayam chop tu tak lah mahal sangat cuma Rm7.90 jer untuk 1 plate but yang best sangat sos blackpaper sangat sedap sehingga aku meminta sos lebih..hehehe.. kat bawah ni ada few pic of us!! bukan nak menunjuk tau sajer je nak update aktiviti aku ni (padahal da lama x update blog) hahahahaha.. ok lah enjoy lah semua nya!! bye2!! Wassalam!!

         Menu Anjung bahtera

          Dengan Peminat Cilik!!! hahahaah


    =) Ngeeeee (dari kanan Yunie,Aku N Kakak)


AKU

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

29.2.12

salam... pekabar semua? harap2 sihat lah semua yer.. kau orang dah tau ke? aku excident pada pagi 29.2.12.. semasa aku keluar untuk mencari rezeki (cewah ayat x boleh blah). nak dijadikan cerita aku lalu jalan kampung sebab konon2 x nak lalu jalan besar coz trafik jam (padahal jerteh ni bukan bandar besar sangat pon) so ada lah motor pak cik ni, aku kat belakang dia tau (for sure lah aku dengan motor jugak kan) n then masa aku tengah kira2 nak memotong dia tetiba dia plak wat u turn secara mengejut.. aku pon ape lagi brek lah masa brek tu lah tayar depan motor aku ni berhenti bergerak dan bergensel di permukaan jalan.. apa lagi aku pun landing lah atas jalan TAR raya yang lembut lagi licin tu.. maka terpancut lah darah yang keluar di jari,siku n lutut aku ni.. bukan main lagi pak cik tu tanya aku 'sakit ke nak?' aku rasa macam nak jer aku hentak pak cik tu dengan helmet aku.. dah lah helmet aku pecah.. tapi nasib baik aku perbanyak kan istifar dalam hati nasib baik dia tolong angkat motor aku masa tu. lepas tu aku terus pecut balik ke rumah, x jadi nak menerus kan hajat aku tu, balik je kat rumah aku terus tukar seluar jean aku tu. rupa2nya seluar aku tu terkoyak di lutut.. baru lah aku terasa sakit di kepala lutut aku ni tengok luka dikepala lutut tu x lah banyak sangat tapi sakit apa bila untuk aku berjalan sebab luka tu betul2 kat kulit yang berlipat n lembut tu, sedikit punya seksa untuk berjalan.so ketcot tempang lah aku untuk seketika ini.. sakit woooo!!!lepas tu ayah aku bawak aku pergi klinik dan doktor kasi tahu aku awak kena berpantang makan tau dan jangan lupa makan ubat antibiotik yang saya bagi kalau awak tak makan nanti luka awak akan bernanah dan takut ada jangkitan kuman so aku pun akur je dengan nasihat doktor.yang lebih parah lagi my lovely Black Berry dah bersepai akibat exsident tu, tuhan saja yang tahu bertapa luruh nya hati ini apa bila melihat Black berry aku jadi sebegitu.. Hmmmmm...apa boleh bikin benda dah jadi so terpaksa lah aku redha dan pasrah.. lepas balik rumah aku terus info pada kawan2 kat FB n Twitter. n then ramai jugak lah yang wish me 'selamat sembuh' huhuhu.. Terima kasih lah semua yer!! i lob u!! kat bawah ni ada few pic of akibat exsident ni..


                                             seluar nilah yang aku pakai.. terkoyak sudah!!


                                                    my BB aku dah bersepai 'SEKERIN'

separuh dari luka2 yang aku alami. lutut n jari.. siku n bahu ada jugak luka nya tapi segan lah                 
 plak aku nk snap pic kat kawasan yang gebu tu!! hahahahah


okey lah sekian lah yer untuk entry pada kali ini.. uhuk...uhukk...uhuk...
bye2


Aku

Nadya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah