Tinggal kan Jejak mu
Tomyam klasik menjadi pilihan
share about couchsurfing
hello wah ni entry pertama untuk 2013 ni. sibuk dan sibuk untuk update blog, dah berhabuk bagai aku nye tanah blog ni. sepanjang kesibukan aku disini sempat jugak lah aku join dan kembali aktif aku nye group couchsurfing aku yang dah lama aku tak ambil tahu. so aku kehidupan aku dah stabil dan dah agak boleh berdiri dengan kaki sendiri so aku invite couchsurfer yang datang Melaka for few nights and stay kat rumah aku. aku tak tahu lah kalau ada dikalangan korang masih kurang tahu mengenai couchsurfing ni. aku malas nak mencerita kan secara details mengenai nya. so pandai2 lah korang cari sumber dan aku harap ramai malaysian espeseli couchsurfer perempuan yang macam aku ni. foreigners yang datang ke Melaka untuk melawat for sure mereka nak cut bajet mereka tak cukup untuk check in hotel or bajet hotel yang agak kurang selesa dan mereka akan sent me a request untuk stay at my place.. but sebelum aku terima permintaan mereka semestinya aku akan selidik diaorang punya refences sebab faktor-faktor keselamatan yang harus diutamanakan.Sepanjang 6bulan ni aku dah host seramai 9 orang. not bad lah for my 1st step kan. Couchsurfer 1st aku ialah Halena 31tahun dari Sovenia dia stay kat rumah aku selama 2hari 2 malam, banyak cerita yang aku dengar dari pengalaman dia yang travel around the world secara solo. banyak tip2 yang berguna dari dia so aku mula mencari dan servey tempat yang mungkin aku jejaki nanti. selesai host kan Halena, aku menerima permintaan dari Jimmy Seenaga 24tahun yang menetap di Bandung Indonesia, Jimmy stay kat rumah aku selama 3 hari 2 malam dan aku banyak menghabiskan masa dengan dia di sekitar bandar Melaka. Keesokan selepas Jimmy berangkat pergi kedestinasi nya yang seterusnya aku menerima permintaan dari Alena 23tahun yang berasal dari Romania dan pada hari yang sama aku menerima permintaan dari Fareeda 27 dari Berlin secara kebetulan mereka mempunyai plan yang sama iaitu mengenali bandar Melaka jadi aku tak perlu lah menemani mereka untuk menunjuk kan tempat yang menarik, so diorang pergi ke bandar Melaka together-gether dengan menaiki bas. Alena and Fareeda stay kat rumah aku selama 3hari 2malam selepas aku hantar mereka di Melaka Central untuk mereka ke destinasi seterusnya, hampir seminggu aku tak menerima permintaan dari siapa2 so dalam tempoh tu dapat lah aku rehatkan diri dan bersihkan bilik aku yang bermacam-macam bau. seterusnya aku menerima permintaan dari Gloria 26 dari Poland, Glo stay kat rumah aku hanya 1 malam dan kami habiskan masa bersama2 pada malam tu, kami pergi dinner dan karokey.. dan semestinya semua tetamu-tetamu aku yang datang tu tak bagi aku duit 1 sen tapi mereka belanja makan malam aku dan semua housemate aku, so berbaloi la tu kan? setiap kali kami hentam my couchsurfers sangat banyak dan kadang2 makanan kami order tu terpaksa kami tapau bawak balik..hahahaha..semua housemates aku suka dengan couchsurfing ni sebab mereka juga dapat berinteraksi dalam bahasa English. okey lah kat bawah ni ada fews gambar kami bersama.. semua gambar2 kat bawah ni tak der link blog aku, so aku harap nanti x de lah yang copy right aku nye pic kan..maklum lah aku ni kan populor.hahahahh..(wat ayat poyo sikit biar orang benci kaw-kaw)
Kami ke SG
Hello!! Aku nak story about pemergian aku ke Kota Singa pada 17nov-20nov lalu. Aku kesana setelah hampir setahun tak kesana. Aku kesana dengan 2 orang teman ku iaitu Kema dengan Wan. Kami kesana by drive with Wan's car, Pada pagi 17 tu aku take a bus from Melaka Central to Larkin Central selepas hampir 3 jam aku dilambung dalam bas akhir nya aku sampai. Kami berkumpul di Larkin so terus to SG. kami put trust in alat GPS. kami tunggu Wahida kat Masjid Sultan berhampiran Masjid tu ada Sarang Cafe yang dikendali sepupu kepada Wahida. Mana kala Wahida ni sepupu kepada aku.. lepas makan and lepak kami ke Mustapha or Mustafa (ekceli aku tak ingat la nama mall tu). kami mencari barang2 seperti coklat yang murah harga jika dibandingkan dengan harga di Malaysia.Selepas tu kami terus chek in tidur selepas satu hari suntuk kami berjalan dari Malaysia hingga Singapore.
I am proud to be 'Gadis Kampung'
Hello semua!! Wah lama nyer tak update blog aku nih dengan cerita terbaru pasal kehidupan aku sekarang ni di perantauan yang jauh dari kampung halaman. Selepas pemergian ayah tercinta aku telah buat keputusan untuk keluar dari kepompong keluarga aku, disini aku mengenali kehidupan sebenar iaitu kehidupan dibandar yang penuh sesak tak mengira waktu dan tempat, kehidupan dibandar tak sama seperti kehidupan aku sebelum ni dimana semua kesusahan aku sebelum ni dibantu atau ditolong oleh ahli keluarga. Disini aku berdikari bagaimana kepayahan untuk bangun pagi2 tanpa di kejutkan oleh siapa2 tapi aku di kejut kan oleh alarm dari jam loceng untuk aku bangun pagi kemana lagi kalau tidak ke destinasi aku kalau bukan ketempat kerja. Aku terpaksa bangun awal sebab untuk mengelak daripada jalan raya menjadi penuh dengan kenderaan, so kehidupan aku disini sedikit teratur jika dibandingkan dengan sebelum ni yang sangat terumbang ambing. Okey dibawah ni ada jadual aku contoh untuk satu hari.(lebih kurang macam ni lah setiap hari tak ada perubahan but tu kehidupan aku diwaktu kerja je tapi sebelah malam nye kehidupan aku akan lain tapi tak dapat lah aku ceritakan disini yer)
• Buka mata selepas tersedar dikejutkan oleh bunyi jam loceng(Bangun dari tempat tidur yang beralas kan tikar serawak dan 3 lapis comforter nipis). Bersihkan diri dan siapkan diri untuk ke tempat kerja..Jap!! solat jangan lupa yer!! Jangan jadi jahil lagi yer!!
• Panas kan enjin transport bergantung kepada mood aku pada hari tersebut.(kalau duit lebih untuk fueling so aku akan drive or kalau duit semakin sikit aku akan ride je *tapi banyak aku ride ler untuk ke tempat kerja kecuali hari hujan so terpaksa aku drive*).
• Mulakan hari anda dengan senyuman yer!! Jangan lupa buat kerja dengan ikhlas tau jangan makan gaji buta tau!!!
• Ingat segala kesusahan diri sendiri jangan menyusahkan orang tau!! Selagi terdaya kena buat sendiri dan ingat jangan sesekali ikut kan hati yang cepat melenting tu yer!!
• Kalau dah masuk waktu rehat aku akan lepak kat surau tempat kerja je tak pon aku lepak kat kedai mamak. Begitulah seterusnya hinggakan ke habis waktu kerja.
• Balik rumah kakak sepupu ku dulu maklum lah perjalanan dari tempat kerja aku ke rumah nya hanya 10minit je jika dibandingkan dengan jarak rumah ku ke tempat kerja yang mengambil masa 20minit. Lepak or makan2 tapi kadang2 aku kena jemput anak buah aku dari kelas agamanya.
• Lepas solat Isyak aku akan hello2 pada kawan2 yang sekepala untuk chill bersama2. Kami bebas untuk kemana saja kami suka. So sehingga pagi baru off to balik rumah untuk rehat maklumlah esok kena kerja n bangun awal uoollsss!!! Penat sangat tau!!
Lebih kurang macam tu lah kehidupan aku yang single or bujang, aku menyewa dengan housemate yang aku kenal dari laman web Mudah.com dia iklan kan kekosongan bilik dirumahnya, so dari situ lah aku masuk dan stay kat sini dengan menyewa sebuah bilik yang comel. Sebut mengenai hidup bujang ni aku ada nak share sikit. Aku kat sini jadi ahli courch surfing iaitu aku menjadi host kepada back packers yang datang ketempat aku, beberape minggu lepas aku menjadi host kepada seorang mat german yang travel kat Melaka untuk beberapa hari. Dia kesini untuk melihat sendiri bandaraya bersejarah ni biasalah back packers ni mana suka membayar atau membazir duit untuk check in hotel or what ever. So aku ajak dia stay dengan aku. (jangan fikir bukan-bukan tau, aku masih dara).
Dia stay rumah aku just 2 malam dan aku telah membawa dia kesana dan kesini dengan meenaiki my scoot, kami bagai dalam filem Hindustan la bila naik motor sama2 pergi round Bandaraya Melaka. Kat bawah ni ada beberapa pic yang kami bersama so chill!!










































