Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Kami Kaki Kenduri Kawin

hihihihi... sekarang ni dah bulan 3 beb...ramai member2 aku masa skolah2 dulu kawin.. antaranya Seha,Dila n yang lain2(ramai sgt mls aku nak taip)... hmmmmmmmm...orang lain semua da kawen tapi aku n kawan2 aku yang brutal ni tak kawin lagi..asyik2 kami yang brutal ni je yang pergi ke majlis kawan2 kenduri kawin... oleh itu kami selalu cakap kami ni "kaki kenduri kawin" sebab kami suka simpan cendera hati dari pada pengantin.. hikhikhikhik....best la g kenduri kawin ni. beli hadiah yg biasa2 pastu balut lawa2 pastu bagi pada diorng n then makan free n dapat hadiah pulak tu...n yang paling best dapat jumpa kawan2 lama..rasa macam kembali ke skolah dulu...topik bila kita orang bersama adalah mengumpat pada cikgu2 yang suka cari pasal dengan kami...n then yang paling best gelak sakan macam tak ingat dunia..Astarafirullah..mak aku ada ckp "kalau nak cari calon suami yang baik2 selalu lah pergi ke masjid atau ke majlis kawin,majlis tahlil,doa selamat,marhaban n khatam Quran sebab kat situ ada anak teruna yang baik n beriman" aku selalu jgak pergi tp x jumpa pun sebab tak ada pun anak teruna yang ada hanya lah "bapak anak teruna".....hahahahahahahah...hmmmmmm susah betol la nak stop bila dah gelak..hahahaha....lepas tu lagi kiteorg chill out kat tepi pantai dengan baju kurung..fuuhhhh.... ayu siot...hahahahahah...kat bawah ni ada pic kiter orang berchill out bersama... tengok lah yer...bye2..sehingga bertemu lagi ye




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kuantan lagi

Perjalanan aku seorang diri menaiki scoot dari Jerteh ke Kuantan pada 28 feb 2011 dan pada 2 mac 2011 aku balik dari Kuantan ke Jerteh juga seorang diri. Aku sangat tak sangka dengan kebolehan aku dan keberanian aku(ayat tak boleh blah beb).Aku rasa aku lah awek perempuan yang pertama kali naik scoot ke Kuantan dari Jerteh seorang diri. Ayat tak boleh blah kan.. hahahaha... aku dah lama plan nak pergi sana tapi masa tak mengizinkan so tertunda dari 21 feb hingga 28feb baru aku terbang kesana. Tujuan aku kesana sebab aku menunaikan janji aku kepada kawan 1 kepala dengan aku, pada 23 feb dia punya bestday. So aku di jemput menghadiri kek party pada 23 feb tapi malangnya aku tak dapat pergi pada tarikh tu sebab aku ada hal yang melibatkan komitment aku pada keluarga. So kawan aku ni baik hati tau dia tempah kek 2 biji, 1 kek tu untuk party 23 feb yang satu lagi disimpan kan pada aku. Tak pernah lagi dalam hidup aku ni ada orang sanggup tempah kek semata2 untuk aku.. Wahhhh... terharu aku masa tu.. Terima kasih wahai kawan 1 kepala ku iaitu Shaidatul Akmal.. aku harap kehadiran aku ke sana dapat memeriahkan lagi party kek tu walaupun aku terlewat 5 hari iaitu 28 feb. Aku suka makan kek tu(korang tengok r pic kek kat bawah ni ada pic Shaidatul iaitu tuan empunya bestday party)




Shaidatul bawak aku g dinner kat restoran cina n 1st time aku makan makanan cina n guna kayu 2 batang tu 'chopstick' erk??entah la pe benda nama batang tu.. aku ni kuno ckit ye la aku ni anak jati TErengganu n makan budu n belacan je mana pernah makan benda2 macam tu..tapi best sbb tak pernah makan so sedap la.hmmmm dinner tu kami bawak kek bufday n lepak2 kat citu. pastu kita orang lepak kat rumah je la sebab da penat kuar dari petang sampai malam. TIDOw!!!!!

keesokan harinya aku dibawa lagi keluar untuk enjoy. temankan Shaidatul beli nset untuk someone n lepas tu kiter org pergi melalak.. dah lama aku tak test suara ni. tapi masa tu perut ku penuh sebab baru lepas makan so vokal aku pada kali tu tak memuas kan high tone tak lepas n sumbang buat malu je. yang best masa tgh syok nyayi Adik Shaidatul tetiba nak buang air so malas nak kuar g toilet so aku n Shaidatul berpakat suruh adik dia buang air dalam bilik karok tu.hahahahahaahaha... memang tergelak bagai nak mati aku masa tu. owh ye umur adik dia lebih kurang 2tahun so bau tu x de la.hahahahaha... aku lupa nak snap pic waktu tu..kalu tak korang boleh tgk la keadaan bilik karok masa tu..sungguh malang la sape yang masuk biik tu lepas kami.lepas tu kitorang ke salon pergi cuci rambut n aku mintak mak cik tu iron kan rambut aku, 1st time aku tgk rambut ku yang kerinting ni lurus macam pembaris. nampak menarik jugak.terpikir nak buat teknik rebon lepas ni tp lambat lagi kot. keadaan ekonomi tak berapa nak stabil lagi.hahahahah..senggal kan?? pic aku lps iron rambut tu ada tp x brape nak sesuai untuk aku letak kan disini.lepas tu gi dinner kat Restoran kat depan TUDM bukan restoran ZAMAN tapi area situ lah.aku pun lupa restoran tu nama apa. kecoh la kami malam tu sebab Shaidatul ajak pak we dia join skali n member dia.makan macam kenduri banyak gila lauk. padahal 4 orang je makan.x der pic aku snap time tu sbb kamera x de.

masa tengah makan2 kawan aku ajak pulak peri karok untuk kali ke 2. so aku join je lah sebab aku memang gila sangat karok ni. so kawan aku amik aku kat restoran tu n kitorang pergi karon kat mana tah la aku da lupa pe nama tempat tu. karok 1 jam n lepas tu gi lepak lagi kat kedai mamak berhampiran kampus pahang. so duk citu dari kul 12 sampai kul 3. huhuhhuhhu....memang gila borak la kita orang ni ade je topik tapi yang penting pada masa tu kami bersih dari mengumpat orang. hahahaha itu yang paling penting.hahahahaahahahahah.. kami balik kul 3.20am esok pagi aku kena bertolak balik ke Jerteh awal pagi tapi kul 5 baru aku tido. sbb balik umah Shaidatul ajak lepak dengan dia pulak. hmmmmmmm...memang kaki lepak la aku ni kan.ada je yang ajak lepak.tido 4 jam je kul 10 aku bangun n prepair nak balik, kemas baju n mandi terus sesiap n blah. kul 10.30am aku bertolak dri sana sampai di dungun kul 12pm aku mula sakit perut, 2 kali aku stop kat stesen minyak perut ku buat hal. sakit tak tertahan perjalanan ku terganggu 1 jam lamanya. ada jugak la aku snap pic time tu sbb aku ride slow je kat bawah ni ada pic.. masa tu pikir nak cepat sampai rumah sebab ari dah makin lewat. sampai di kuala terengganu aku stop untuk top4 minyak n then lepas tu aku terus pecut sampai Jerteh dengan selamatnya.






aku lupa nak apply sunblock pada kulit ku akibatnya kulit ku hangus n hitam macam keling...hahahahahahaha...lenggan ku bengkak...sakit doe!!!! sampai je aku mandi2 n terus pengsan n lengan ku aku mintak Nana urut kan dengan minyak angin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Egoku (Long story)

Pada 2 jun 2008 aku telah membayar duit pendahuluan sebayak Rm 1580.00 untuk membeli scooter kesayangan aku iaitu Ego’s yang berwarna hitam 1st edition yang keluar. aku mengumpul duit gaji aku sejak bulan kedua aku bekerja sebagai Animation di pusat D3D masa tu gaji aku boleh tahan la Rm 700.00 sebulan. Selama dua bulan aku tak usik langsung gaji aku, itu bukan perkara yang senang untuk aku menahan nafsu belanja ku dari mengambil duit tersebut dalam akaun bank aku. So dah cukup Rm 1400.00 aku pergi membuat bayaran di sesebuah kedai di Bandar Jerteh tak perlu lah aku bagitau kedai yang mana kan. Taukey tu cakap paling minima nak bayar pendahuluan motor adalah 1500.00. masa tu aku blur sangat sebab duit dalam bank dah K.O.S.O.N.G. Jadi pikir punya pikir aku dapat jalan mana nak dapat duit tu masa tu aku jual telefon kesayangan aku pada kawan pejabat aku sebanyak Rm250.00 so hari yang sama jugak aku buat bayaran tersebut kat kedai tu dengan surat sokongan majikan, masa tu aku buat kan surat sokongan majikan dari syarikat abang ipar aku, boleh dikira abang ipar aku jugak lah yang jadi penjamin untuk aku beli scooter aku secara ansuran. Abang ipar aku memainkan peranan penting sebab pihak bank akan ‘call’ tanya pasal aku. Nasib baik abang ipar aku ni bijak berbicara dengan berkat doa dan usaha aku akhir nya pada tarikh 16 jun 2008 aku menerima panggilan dari taukey kedai menayakan aku pasal no ‘Plat’ so aku ni anak jati Terengganu so aku telah memilih no Terengganu. Proses pendaftaran mengambil masa selama 1 hari di pejabat JPJ negeri so scooter tu dari sana jugak jadi mengambil masa selama 2 hari jugak la untuk aku dapat scooter tu. 18 jun 2009 ada lah tarikh yang paling istimewa bagi aku kerana scooter aku da sampai di kedai taukey tu so masa dia call aku time tu aku tengah kerja so aku punya ‘Excited’ gile tak sabar nak tengok n pergi ambik. Aku berjalan kaki sejauh 1Km dari pejabat aku ke kedai taukey tu. Bila sampai aku di kedai tu aku terus nampak sebuah scooter EGO’S berwarna hitam dan no pendataran ialah TAS 2885. Hampir menitis air mata gembiraku siapa sangka usaha aku selama ni membuah kan hasil yang amat berbaloi dan dibawah ni pic aku ambil 1 minggu dari tarikh.



So lepas daripada tu aku buat keputusan nak tambah kan audio set kat scooter aku pergi ke kedai dan proses pemasagan audio tu mengambil masa selama 1 hari suntuk dari pagi hingga ke malam memang lama gila beb aku tunggu untuk sipa pasang semua nya antaranya Power M,speker,wayar dan pengikat speker pada motor semua sekali tu berharga Rm450. Duit gaji aku buat bayar scooter dan make up. Sangat puas hati selepas melihat hasilnya so selepas 3 minggu scooter aku itu telah aku tukar kan cover set. Cover yang original tu aku simpan dan terpaksa aku beli yang baru punya Rm150 dan aku tempah stiker ‘ broken heart’ yang bernilai sebanyak Rm170. Memakan masa 4 hari cover set aku siap dipasang dan aku melihat sangat cantik setelah banyak masa dan wang ringgit aku hilang untuk aku rasa puas hati pada scooter kesanyangan aku ni,1 lagi yang kurang pada scooter aku iaitu ‘rym sport’ tu tak menyerlah so aku upah abang kandung aku untuk ‘spray’ warna putih aku bayar pada abang aku sebanyak Rm50 tu termasuk barang2 yang dia beli. Abang aku menyiapkan kerja2 tu dalam masa 1 hari cepat kan?? Tapi masa tu aku pergi kerja naik ‘taxi’ la sebab scooter aku kena make-up So setelah itu mesti korang nak tengok pic yang terbaru setelah dimake up. Ok kat bawah ni ada beberapa pic scooter aku yang kelihatan cantik pada ketika itu.




Hmmmm...so dalam masa tu aku amat berbangga sebab kemana-mana aku pergi scooter aku memang menarik perhatian orang ramai kerana bunyi lagu yang layan kepala dan ada jugak yang maki hamun mungkin warga-warga tua x berapa gemar akan scooter ni. So?? Ada?? Ada?? Ada aku kisah?? Tak ada kan?? Lepas 6 bulan aku buat keputusan untuk berdikari ke Melaka sebab dah bosan kerja kat kampung so aku pos scooter aku ke sama dengan bayaran Rm160. Kehidupan aku agak pelik dan aku agak suka kan nya, budak-budak Melaka semua suka kan scooter aku, kerana disana scooter aku je yang ber’plat’ Terengganu, so setelah aku stay disana selama 8bulan aku buat keputusan nak balik kampung sebab kehidupan disana membuat kan aku sakit mental sebab tekanan dan kos sara diri yang tinggi melampau, korang bayang kan dari Melaka hingga ke Jerteh scooter aku berada di atas hilux abang aku, tinggal lah aku di kampung dan ‘tanam anggur’ selama 2 bulan dan aku dapat tawaran kerja di Pulau Perhentian jadi aku meninggalkan scooter aku dirumah dan masa tu bermula lah kehidupan aku tanpa scooter disisi dan scooter aku telah menjadi mangsa ayah aku untuk kemasjid, orang tua naik scooter yang penuh dengan ‘stiker ’ ayah aku memang jiwa muda. Selama 6bulan aku balik ke kampung balik sebab masa tu kesihatan maa aku tak begitu baik dan aku membuat keputusan untuk ‘stop’ kerja di Pulau. Masa tu lah aku dan kawan aku bertemu balik setelah lama tak bertemu dan kebetulan dia pun beli scooter tapi dia Nouvo ‘S dan kami punya idea masa tu nak buat cover set baru untuk scooter masing-masing so setelah berbincang pasal design n warna kami memilih warna biru lau, corak ombak,pic kami dan nick name kami masing-masing dan bentuk tulisan nama kami telah memilih ‘Jokerman’. Paling best kali ini kami buat sendiri dari proses pembuangan stiker pada cover,gosok kertas pasir pada cover,jemur,shooping barang,dan yang paling enjoy proses ‘spray’. kami Mengambil masa 2 hari berturut-turut mujur lah waktu itu aku masih lagi penganggur dan wang dalam poket masih lagi penuh . beli spray dan barang-barang aku dengan kawan aku masing-masing tong-tong duit sebanyak Rm50 setiap seorang. Tiba sekarang untuk kami menempah semua design stiker yang dipilih sebelum ni makan masa selama 2 minggu dan bayaran nya Rm200 untuk setiap 1 cover set.Lepas tu kami pergi bawak kan cover set tu semua ke kedai ‘spray’ untuk proses clear cover. Ianya memakan masa 2 hari dan menelan belanja sebanyak Rm45 untuk 1 set cover set, hasinya amat cantik dan aku sangat tak sabar nak pasang cover set ni pada scooter.dalam kekalutan design cover tu ada plak minah ni 'bekas' kawan aku.bawak lari duit Rm140.pokai bukan main lagi aku time tu,tapi nasib baik la kawan aku yang bernama "nayta" tu yang backup aku..apa2 pun thanks a lot my pren so Kat bawah ni aku ada letak kan pic scooter aku yang terbaru








Setelah itu kami make up lagi dengan menambahkan aksesori pada scooter kami supaya nampak lebih menarik so kos menambahkan aksesori2 semua ni.aku rasa dalam Rm300 sebab setiap part yang ada aksesori mesti kami menukarkan kepada yang berwarna biru supaya nampak lebih lagi BLUE. Aku jugak menambahkan lampu kelip-kelip disisi scooter supaya apabila malam akan kelihatan nama kami di sisi cover tersebut. Dan jenis no ‘Plat’ pun aku telah tukar sebab nak lebih kelihatan real karton.so Kat bawah ni aku letak kan pic terbaru yang telah di tambah kan aksesori tapi kat scooter aku telah tambah ‘sporty carpet’ sebab karpet aku yang standart punya da kena kebas di orang. Senggal kan?? Carpet aku pun kena kebas so aku beli yang ‘sporty’ sikit sebab yang ni boleh ‘skru’kan carpet tu pada lantai, jadi susah lah sikit kalau ada orang nak kebas ‘carpet’ aku lepas ni.






Setelah itu scooter buat hal la pulak sebab da lama sangat aku tak servis dan lepas eksiden hari tu aku lupa nak pergi hantar kat kedai, hmmm.. banyak jugak la lepas scooter aku ni kena ‘oprate’ dengan doctor scooter. Aku tak nak cerita sangat pasal servis ni tapi masa tengah repair hari tu aku sempat snap scooter kat bawah ni ada jugak pic scooter




opsss aku lupa nak bagi tau kauorang yang aku pernah exsiden dengan scooter aku ni selepas semuanya siap sempurna. Fuhhh!!! Nasib baik calar sikit je kalau tak aku menangis beb, tapi aku masuk wad kecemasan selama 4jam jugak la. Sebab luka aku ni dalam jugak mana tak nya sebab aku berguling2 atas jalan raya yang kasar, Perghhhh sakit tak tertanggung beb..nak tengok jugak ke pic aku exsiden hari tu?? Sorry la wei sebab pic2 tersebut kurang sesuai nak aku tunjuk kan disini. Apa lagi erk aku nak bagi tahu korang pasal scooter aku ni. Hmmmmmmm..... owh ye kalau korang nak tahu scooter aku ni pernah jejak tayar nya ke Kuantan. Dari Jerteh ke Kuantan dan Dari Kuantan ke Jerteh. Perjalanan mengambil masa 5-6jam. Sungguh aku tak percaya dengan kebolehan scooter aku ni pada waktu tu. Minyak ke kuantan hanya Rm11 dan balik Rm17 tu banyak sebab kami makan angin di kuala Terengganu dulu dan kali kedua kami ke sana pada waktu malam pukul 9.30pm dan kami selamat sampai pada pukul 2am disana..hahahah..kami selalu buat kerja gila dengan scoter kami ni..so begitu lah cerita nya.nanti kalau ada aku make-up lagi scooter aku ni aku akan uplop pic kat FB tak pun kat update blog je erk..jadi Walau apapun terjadi aku tak akan jual kan scooter tu.hahahah...bertapa sayangnya aku pada scooter aku tu.. :D


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wah(sambil mengeliat)... dah lama sangat aku tak update blog aku nih, kalau tak update pun aku masuk kan kata-kata bermadah (cewwahhh) . ini lah masa untuk aku membalas dendam untuk update blog ni. Aku sekarang ni dah berhenti kerja tau kat Opis lama sebagai kerani tu genap 3 bulan aku berhenti kerja. Aku bukan apa saje je nak ambik pengalaman bekerja sebagai kerani yang sentiasa datang kerja just punch card dan tungu masa balik kerja. Begitu lah rutin seharian aku ketika still bekerja disana. Aku bincang dengan my mum, dia cakap “terpulang la.. sebab yang nak kerjanya tuan punya badan bukan maa” tengok maa aku tak pernah larang aku dalam hal yang sedemikian.(padahal my mum tak ambik port pon pasal aku nak kerja apa pun). Hmmmm.. kerja?? Sebut pasal kerja aku dah boring gila nak kerja dalam daerah kelahiran aku ni. Ingat nak merantau macam dulu2. Tapi maa cakap kerja kat sini banyak tapi saje je nak kerja jauh2 sebab nak bebas. Adus ... bab ni yang aku agak lemas urat saraf ni.kalau aku nak buat jahat atau nak buat maksiat kat kampung pun aku boleh buat benda2 macam tu. Aku dah besar dan matang boleh buat keputusan sendiri yang mana baik dan yang mana buruk jadi tak perlu lah fikir macam tu pada aku. Aku pun pening dengan karenah orang tua aku ni. Ok aku kat sini bukan nak story pasal orang tua aku. Aku just nak update apa yang aku rasa perlu, aku sekarang ni tengah dalam pertanyaan dan persoalan pasal some1 ni kan. Aku dari kecik lagi kenal dia dan kami selalu habis kan masa bersama2 sebelum ni sebab kami berkongsi minat yang sama so tak perlu lah aku story secara detail kat sini. Apa yang aku nak bagitau korang yang aku memang tak tahu apa salah aku tetiba je dia menjauhkan diri dari aku dan meyepi kan diri, jika dia fikir aku ni kawan dia mesti dia kena berterus terang dengan aku, apa salah aku sampai dia jadi macam ni. Mengelak terus menerus dari aku, sampai kan aku dah naik fed-up tau tak. Sedih jugak aku bila kawan aku buat macam ni kat aku. Sebelum ni aku pernah terfikir dia cari aku time dia susah je tapi time dia senang n happy haram jadah nak sms n call aku, so kawan lagi ke macam tu?? Tapi aku ketepi kan semua tu kerana percaya dia adalah kawan aku yang baik tp kalau baik kenapa dia buat aku macam ni?? Macam aku ni tak guna sangat kan?? Korang rasa aku ni tak guna ke?? Tak guna sebagai kawan ke?? Kalau dia tu pikir aku ni kawan dia..dia mesti tegur aku jika aku buat kesalahan atau ada buat dia terasa hati, tetapi sebaliknya dia hanya menyepikan diri. Ini kah hukuman yang aku harus terima?? Sungguh tak adil dia lakukan ini pada aku, senggal punya kawan!!! X pe lah nak buat macam mana dah nasib aku kan..so kena lah terima dengan redha...well apa yang terjadi semua dah takdir dan kehendak-Nya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apa kahwin??




“Apa kahwin?? Ala muda lagi la..lagi pun sepupu yang lebih tua dari orang pun belum kahwin lagi” itu lah jawapan aku bila di tanya pasal soal nikah kahwin oleh mak aku. Aku heran juga dengan mak and ayah aku ni,aku muda lagi nak jadi isteri atau bini orang.. kecuali lah kalau bakal suami aku tu pak we aku(tapi aku ni ada pak we ke? Asyik single je memanjang).. well kembali pada soal kahwin tadi. Memang aku akui kakak-kakak ku yang lain sewaktu mereka didalam usia ku kini mereka sudah mempunyai anak. tapi aku sekarang jangan katakan anak atau suami tapi pak we pun tak ada lagi. Mungkin mak ayah aku desak aku kahwin dalam usia sebegini kerana mahu melihat aku berkeluarga dan gembira. Ikhlas aku katakan aku memang suka life sendirian, aku tak suka ada komitmen dan tanggung jawap yang tetap dlam usia aku yang sebegini muda. Aku mahu capai impian aku dulu and then baru boleh fikir pasal kahwin. Impian??? Aku ada impian ke? (ye lah minah kampung macam aku ni ada impian juga ke) well kembali kepada topic tadi (asyik lari topic je). aPe pandangan korang?? Kahwin muda ke kahwin dalam usia matang sikit sesuai untuk aku?? (pada aku lah kan aku tak nak kahwin lagi dalam 2-3tahun yang akan datang ni) hmmmmmm.... tepuk dada tanya selera.. TQ coz Kau orang dah buang masa baca blog aku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah