Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

photo shoot & out door

Salam kepada semua aku berharap pada pembaca-pembaca pada kali ni sihat semuanye yer..ni nak citer cikit pada beberape hari lepas aku dengan housemate(Azie) telah ke majlis khawin makcik kepada kawan Azie,kiteorang ke sana bersama student2 Azie and perents2 student Azie, Azie ni cikgu disalah satu tadika kat Melaka,So kami kesana untuk memeriahkan lagi suasana majlis khawin dan sambil tu tadika tempat Azie kerja buat open house untuk tadika tu.Lepas makan-makan,salam-salam, dan bergambar-gambar dipelamin.kami meminta diri dan telah ke lokasi pertama kami untuk out door kali ni,lokasi pertama kami pergi ke Taman Seribu bunga di sebelah Seri Negeri Melaka.Banyak gambar yang kami snap untuk photo shoot kali ni tapi sayang nye kali ni kami tak membawa sesiapa sebagai cameraman, so kami terpaksa bergilir2 untuk snap pic kami...lepas berpuas hati kami berpose di Taman Seribu Bunga kami ke Taman Rama-Rama & reptilia yang terletak di sebelah plaza tol Ayer Keroh Melaka, tiket untuk dewasa Rm12 manakala Rm6 untuk kanak-kanak tapi aku dan Azie dapat masuk secara percuma kerana salah seorang kawan kiteorang staff kat sana so kami sikit berlagak lah kan..hahahaha..kat sana banyak rama-rama yang berterbangan dibilik rama-rama,pelbagai buaya yang sangat malas,ikan-ikan koi yang sangat banyak dan ikan yang besar dan aku dah lupa nama ikan tu. untuk pertama kali aku dapat tahu yang kawan aku ni sangat suka kan ular dan aku sangat menyampah dengan binatang tu.meremang bulu roma aku bila tengok Azie main-main dengan ular tu.banyak lagi lah binatang2 yang aku tengok maaf lah yer aku tak snap gambar-gambar binatang tu semua sebab aku tak nak citer pasal binatang.hahahaha..
Selepas tu kami bergerak menghala kerumah untuk menunaikan kewajipan,membersihkan diri, masa untuk menukar baju dan berehat, kemudian kami berangkat keluar lagi untuk makan makan dan jalan2 disekitar bandar Melaka maklum lah kan kami tak mempunyai banyak masa untuk berjalan2 so bila ada peluang jadi gunakan lah ia!! hahaha..

 Lepas makan-makan kami berposing lah

 Pose manja di meja makan

 Siapakah diantara kami yang naik pelamin dulu erk??

 Peaceee

 With Ticer Jue

 Kiesha yang malu dengan camera

 Ticer's with Kiesha Family's 

Kiesha Family's with Ticer's 

Stay tuned..Please scroll down Pictures Part 2 will appear



Rama-rama 


Nampak tak rama-rama dimana?

Love birds


Ikan koi yang mesra













Proff.Ikin yang sempoi

Kitaorang tak makan burger

Peace untuk semua
The End 


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tomyam klasik menjadi pilihan

Salam semua!! Apa khabar? Semua sihat? Aku sihat Alhamdulillah Cuma selsema sikit maklum lah keadaan jerebu kat Melaka ni dah datang balik gelombang keduanya. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpose dengan jayanya yer kepada semua yang berpose. Aku kat sini Alhamdulillah setakat ni tak de lah aku ponteng tana sebab. Sebelum aku melalut dengan lebih jauh aku nak share lah dengan korang semalam (22July) aku dengan salah sorang kawan aku berbuka kat Restoren Tomyam klasik A.K.A Restoren terapung yang terletak di Sungai Putat. Sebelum pergi kesana kiteorang tempah buffet untuk 2 orang. Suasana tak terlalu formal dan aku sangat selesa dengan suasana yang agak santai, sementara menanti waktu berbuka kami lepak bersama ditepi mini tasik yang ada sepasang kura-kura didalam nya. Aku diberitahu kura-kura tersebut dilepaskan oleh sepasang pengantin yang melansungkan majlis disitu beberapa bulan yang lepas.

Kami di layan mesra oleh semua staff kat situ dan satu perkara yang korang kena tahu kebanyakan pekerja kat situ ada market tuk jadi model terutama sekali pekerja lelaki yang comel dan handsome( gatal nye). So tepat pukul 07.15pm kiterorang mula kan operasi mengisi makanan dalam plate masing2. Bagai kan berada di syurga makanan yang melampau banyak nye sampai tak tahu nak amik yang mana satu,tapi yang menjadi pilihan aku adalah kerabu sotong,kerabu daging,asam pedas tetel,gulai lemak ikan pantin,ulam ulaman,sup tomyam dan ayam goreng (itu menu bersama nasi putih). Mana kala side menu coslo,buah bersama susu segar,kuih sagu merah,dadih,roti sardin,bubur jagung,dan kuih-kuih yang kecik bebape jenis aku tala kan. Air bandung,jagung dan sarsi. Cuba korang kira berape harga makanan2 yang aku amik tu. Banyak jugak lah kan? Tapi aku just bayar RM60 untuk 2orang. Kawan aku lagi lah banyak die tala kan semalam.

Kesedapan dan kesegaran makanan tu dijamin sangat fresh dan baru. Tu yang menarik kiteorang kesana kali ni. Ini kerana kami mendengar dari kawan2 kami yang kaki makan mengatakan buffet di hotel kebanyakan di hangat kan kembali so kesegaran tak ada jaminan oleh mereka, so kami bukan lah anak orang kaya nak masuk hotel  5 star kan. Kemudahan surau yang besar disediakan untuk memudahka kiteorang menunaikan solat disitu sebab lepas solat kiteorang sambung makan lagi untuk kali kedua (hebat tak perut kiteorang). Untuk kali kedua kami memilih makanan western iaitu hotdog,nugget,fish and chip dan air mineral. Kami diberitahu oleh staff disitu pada pukul 8.30pm kami dilarang sama sekali untuk ambil makanan tu, so kami manfaat kan masa yang ada supaya tidak membazir. So lepas tu kami sempat lah pose depan restoren tu. Kelas ko Jah!! Siap pose dengan bunga lagi!!! kat bawah ni ada lah pictures kiteorang bergedik-gedik.

 Waiting...
 Meja kiterorang no 109

 Kuih ni cantik tapi aku tak amik sebab kata salah sorang staff kat situ kuih ni manis

 sandwis ni aku balun kan 4 keping

 Kek coklat ni sedap dan comel

 Kek ni aku amik 1 je rasanya boleh tahan

 Kuih cara berlauk aku tak amik sebab aku tak suka

 Aku tak tahu apa nama kuih ni then aku tak amik

 Popia sayur pon aku tak amik sebab aku tak suka

 kuih sardin celup telur aku amik 2

 yang ni agak special sebab ada staff restoren kat belakang

 buah tembikai yang sedap dan segar

 sedap kan?

nampak sangat menyelerakan 

 ni kerabu fav.aku

 Kerabu ikan bilis

 kerabu daging

 bahagian vegetarian

 Yummmy!!

 nampak sangat sedap

 buah and susu

 bahagian nuget and hot dog

 colek buoh

 bahagian salad dan ulam-ulaman

 soup of the day

 air sejuk,bandung,sarsi dan jagung



 Penuh meja kami!!

 kuih dan muih beraneka macam!!

 Ikin pose dengan senyuman yang menawan!!

 ni bahagian aku!!


 Makan soup tomyam dulu

 setelah itu kosong lah plate kami semua

  yeah...Perut dah kenyang

 Jom kita balik

sebelum tu kita sembunyik!!

 yahoooo!!! kenyang dan boleh balik!!!

 bunga penyambut tetamu


Gadis dan bunga!! ahaks!!



Nadya



                

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah