Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

saya sayang ayah saya banyak-banyak II


Kami bertolak balik ke challet pukul 3 pagi masing2 punya mata dah ting tong so sampai je aku tido sampai ke pagi tanpa menunaikan solat subuh (pengakuan berani mati ni) aku bangun tidur pukul 9 pagi dan pada pukul 10pagi tu kami bertolak ke  Phang-Nga . aku diberitahu dari kharabi untuk ke  Phang-Nga  memakan masa selama 2 jam. Hmmmmmmm..jauh nye lokasi yang kami nak pergi ni.dalam perjalanan tu aku just membuta sebab tak cukup tidur la katakan.Hahahaha.. sampai ni  Phang-Nga  bay disana cuaca sangat panas rasa macam nak pecah kepala. aku ditemani dengan air mineral sejuk sentiasa dan pantang nampak 'TOILET' aku masuk sebab terlalu panas. selepas sampai disana ayah Sue sewa 1 biji bot besar untuk ronda2 pulau batu kapur yang berhampiran disana. kami naik si muara sungai dan setelah meredah sungai selama 20minit perjalanan kami agak mendebarkan sebab kami sudah bertukar air sungai ke air laut yang bergelora. sebelum sampai ke pulau 'James Bond' kami dibawa mengelilingi pulau batu kapur yang cantik dan pelbagai bentuk ada bentuk kepala anjing,ayam,buaya,itik dan yang paling menarik perhatian aku adalah bentuk paku. Ayah bagitahu aku 'Ayah pernah datang sini dulu masa tu ayah masih bujang' wahh!! dalam hati aku rasa heppi sangat sebab aku yang bertuah sebab ayah bawak aku datang ke tempat beliau pernah datang masa bujang dulu. ayah Sue bayar bot sebanyak 2500 bath A.K.A RM250 mana kala bayar untuk memijak pasir di 'James Bond island' tu dikena kan 40bath A.K.A RM4 untuk satu kepala. Masa kat sana aku just amik gambat je sampai aku terlanggar mat salleh yang dah agak lanjut usianya. aku tak melepas kan peluang untuk snap gambar bersama ayah dan ayah Sue punya family.mereka sangat sporting bila diajak bergambar.Selepas tu kami singgah di perkampungan Phang-Nga bay untuk lunch dan membeli 'ole-ole' untuk family dan sahabat2 di Malaysia. kat sana aku hampir di 'sembelih' oleh jurujual kat kedai 'ole-ole' tu ini kerana aku tak tahu dan tak memahami bahasa Thai. jadi aku mengambil jalan mudah untuk berkomunikasi dengan diorang iaitu mengunakan bahasa English tetapi aku sempat diselamat kan oleh Abang Zul kerana beliau fasih berbahasa Thail. jadi selamat lah aku masa tu. baru lah aku memahami perasaan pelancong2 yang datang ke Malaysia bila orang2 Malaysia meletakan harga yang mahal untuk para2 pelancong. jadi motif pada kali ini belajar lah bahasa2 lain selain dari bahasa English.pada pukul 4 kami selamat sampai di Jeti. kami meneruskan perjalanan untuk balik ke Hotel dan perjalanan kami berhenti pada tempat yang ada banyak kerang dan siput yang telah berusia lebih jutaan tahun dahulu. dahulu tempat tersebut tak ada pasir di tepi pantainya kerana terlalu banyak siput dan kerang sekarang kerang2 tersebut telah menjadi batu dan ada setengah nya telah pecah dihempas ombak 'rindu' hahahaha.. kat situ ada jual 'ole-ole' yang berkaitan dengan siput atau kerang aku telah membeli 5 set langsir siput untuk kakak2 ku.



Info untuk ke Phang-Nga Bay!!(siyes aku nak belajar tulisan belit2 tu)

Ayah bersama Air mineral!!

Kami Sebelum menaiki Bot untuk menjelajah!!!

Ready to Take Off!! hahahaha



                               
Salah satu Pulau batu Kapur 
(perasan tak ada bumbung tu? tu perkampungan Penduduk Phan-Nga)


         Ni pemandangan keseluruhan perkampungan penduduk Phan-Nga


Gambar ni Pernah aku upload di Facebook ramai jugak yang 'Klik Like'


Pic ni lebih kurang sama dengan diatas!!! Hehehe


Abang Zul dukung anak dia, Ayah dan aku (baju biru tu entah la sape)


 Ayah Sedang melepaskan penat dan sejuk kan badan maklum lah kat sini 42'C


Abang Lah,Aku,Ayah,Ayah Sue dan Mak Sue


Pulau Paku di hujung jari ku 


Ayah ku hero ku!!hehehehe


 Masa ni aku masih berada didalam bot.Bot ni tengah mencari port utk parking


Nampak tak ayah aku kat depan tu? ayah macam Excited sangat bila sampai kat sini.

kami waiting for the boat!! 


Menghala ke Jeti untuk balik!! Let's back to the home


 Ayah selalu menjadi model untuk lansa kemera aku!! Hahahahah!!!


Kak Aini,Aku dan Ayah

Sisa kerang yang menjadi batu 

 ini lah pantai yang aku katakan tadi,dahulunya pantai ni tak ada pasir dan dipenuhi kerang

kini kerang yang menjadi batu tu telah pecah dihempas ombak 'rindu'

laut Cina Selatan kah?

Ayah dan Ayah Sue

muka ku yang jelas kelihatan penat dan puas hati

Ini lah Langsir siput yang aku kata kan 

Cantik tak? maksud aku bukan wanita itu..tetapi siput2 tu laa..Ngggeeee!!!


to be Continued...
























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 ulasan:

Reena Kamarudin berkata...

comel la nad ni.

NadyaLee berkata...

Ngee!!! kak ngah ni main angin ke? hahahah.. tq!! hehehehe

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah