Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Melaka Bandaraya Bersejarah,Melaka Maju Negeriku Sayang

Assalamualaikum..Apa yang korang tahu mengenai negeri Melaka ni? Semestinya korang dah terbayang kat kepala korang ada bangunan merah,gereja merah,jonker walk, dataran pahlawan,A famosa,Pantai Klebang dan banyak lagi lah kan? Hmmmm pada bulan Ogos yang lalu genap lah aku menjadi perantau selama 1 tahun, eleyh baru 1 tahun kan? Ye baru setahun tapi bagi aku dah terlalu lama aku berada kat sini, banyak pengalaman dan banyak orang yang aku bertemu sejak aku stay kat Melaka ni, kebanyak kan nya kawan-kawan aku yang aku kenali disini semua nya best in the world lah. Sebelum ni aku tak banyak carita mengenai pekerjaan aku disini kan? Okey lah aku rasa aku tak perlu cerita kan secara details sangat kan? Aku sekarang bekerja di Syarikat Pemasaran Negeri Melaka A.K.A Anak syarikat perbadanan ketua menteri egeri Melaka. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh bekerja dengan gov.state of Melaka ni sedang kan aku ni bukan origin Melaka. Orang tu cakap mungkin ini dah rezeki aku kan? So Alhamdulillah lah kan?? Ok itu saja lah kot aku boleh cerita mengenai pekerjaan aku sekarang ni. Sebab aku tak nak lah orang cakap aku ni riak sebab duk bercerita pasal kerja pulak,Sepanjang aku stay kat sini ekceli aku dah banyak tempat menarik aku pergi melepak dan mempictures kan diri aku kat sana. Yang paling menarik pernah aku pergi ialah Kampung Morten kat sana salah satu keaslian kampung terpelihara di tengah kota Melaka, korang boleh melalui kampung Morten dengan menaiki river cruise Melaka dengan bayaran RM10 untuk dewasa bersama I/C dan Rm5 untuk kanak2 tapi tu bagi korang yang nak naik river cruise lah tapi kalu tak nak korang boleh terus ke sana dengan kenderaan korang sendiri sebab kat sana senang aje nak cari parking. Aku cadangkan korang kalau nak naik river cruise pergi time senja dalam kul 6.30pm ke atas lah. Sebab masa tu matahari still ada tp cahaya nya dah kurang manakala lampu-lampu kat building-building kat situ dah dipasang..wah suasana time tu sangat romantik tapi aku pergi kesana hari tu dengan kawan serumah aku jadi suasana romantik tu aku tak rasa sangat lah sebab kami ni sama jantina..kahkahkahkah. bukan aku mengalak kan korang buat maksiat pulak tau jangan salah faham ok!! 

























Apa lagi erk yang best kat sini? hmmmm kat Melaka ni banyak tempat lepak or tempat riadah tau,kadang2 aku dengan member2 aku selalu lepak kat dataran MBMB sebab kat sana ada padang rumput,TV skrin besar,playground,air pancut dimana kanak2 selamat tuk main air dan jugak banyak kedai-kedai yang berhampiran dan yang paling penting ada Mc’D kat situ.tapi kan tak lengkap lah kalau datang Melaka kalau tak pergi melawat Afamosa dan gereja kat atas bukit tu kan? Hari tu aku kesana dengan member aku tau kebetulan lepas pergi kenduri khawin member kiteorang kat tomyam klasik (siap iklan lagi ko nok). Banyak jugak lah kami mempictures kan diri kami kat sana. Al maklumlah kami dah bermake up dan berbaju cantik bagaikan model..hahahahahHaaaaa!! Aku ada lagi 1 tempat best punya kalau nak layan claypot asam pedas kat Kota Laksmana area Tengkera.Perghhhh beb diaorang punya asam pedas memang berhantu weyhhh!!! Aku kesana dengan kawan2 courchsurfing aku memang kena lah dengan diorang kan? Datang Melaka dapat merasai origin Melaka asam pedas. Meleleh beb!!!  owh yer semenjak dua menjak ni aku dah tak aktif dengan RQ couch surfing sebab my new house mate sekarang ni tak berape selesa n tak suka kan mat saleh sebab katanya mat saleh ni boleh buat kita muktad,hahahaha..mana haadis dia dapat pun aku tak tahu lah. Masa hari raya aidilfitri hari tu aku ada buat open house kat rumah aku ni masa tu kebetulan aku ada couchsurfer 2 orang dari China dan German diorang last aku punya couchsurfer. so diorang dapat merasai juadah pada hari raya. Masa tu aku buat menu Laksa penang,nasi himpit kuah kacang,bihun goreng,dadih dan air bandung, ramai jugak lah tetamu aku yang datang pada hari tu. Kikikiki tak ada kena mengena pon kan tapi aku saje jer selit kan kisah ni kat sini sebab aku tak sempat nk update blog sudah beberape bulan ni, almaklum lah aku banyak kena pergi out station beb!! Lokasi rumah sewa aku sekarang ni berhampiran dengan MITC Ayer Keroh so agak jarang lah untuk aku ke Bandar hilir untuk mencari moment yang cantik lagi jarak dari area rumah aku kesana mengambil masa 30minit tak termasuk masa yang terbuang kat trafik light lagi tu yer, kalau dari Melaka Sentral nak ke Bandar hilir iaitu semua tempat yang menjadi kungjungan ramai tu sila ambil bas no 17 ke Ujung Pasir ini kerana bas ni lalu kat area2 Afamosa dan bangunan merah tu dengan bayaran tiket RM1.70sen setakat yang aku tahu lah. So kalau korang nak datang kat area Ayer Keroh atau Bandar MITC ni korang dari Melaka sentral kena ambil bas no 24A&24B sebab 24A melalui Ayer Keroh 24B melalui Batu berendam kadar harga tiket sama sahaja iaitu RM2.50 tuk setiap seorang. Apa yang menarik kat MITC? Ermm tak banyak sangat lah tapi ada lah tempat nak lepak or nak jalan-jalan contoh nya Planetarium,Zoo Melaka,Taman Buaya,Bird Park,Taman Botanikal,Taman seribu bunga,Taman Rama2 dan Melaka wonder land ikhlas aku cerita kat korang ni kat kawasan MITC ni aku tak menjelajahi nya secara meluas lagi tapi yang aku dah pergi Taman rama-rama tu pun sebab aku dapat tiket free kalau tak memang lambat lagi lah aku nak ke sana tuk melawat rama-rama tu semua. Hari tu aku dengan kawan aku ada pergi ke Planeterium kat MITC so kami mengambil kesempatan untuk mempictures kan diri kami kat sana malam seterusnya kami lepak kat depat skrin besar kat padang MBMB, kat sana kami lepak sambil cuci-cuci mata sambil melihat kapel2 yang datang,budak2 motor,dan family2 yg bawak anak2 diorang main air kat kawasan air pancut tu kat bawah ni banyak jugak lah gambar untuk dikongsi kan bersama





















Pada keesokan hari nya kami pergi menjelajah kat bandar hilir pulak sebab untuk mecari moments diwaktu malam almaklumlah sebab kat sana kalau pergi waktu siang owh cuaca nya sangat neraka maksud aku panas melampau weiii!! perghhh aku dah pergi kesana waktu siang memang panas tak boleh tahan so kali ni kami kesana waktu malam so banyak lah moment kami dapat, kami mula mencari moment bermula dengan big wall Unisco yang bersebelahan dengan sungai Melaka, kat situ kami mencari sudut yang agak menarik lah kan,sebab aku ni baru nak merangkak menjadi jurufoto..Choiiii mulut!!! lepas tu kami terus mencari moment kat sekitar Jongker Walk tapi kami tak dapat moment kat situ sebab pasar malam pada malam tu sangat sesak so mood kami spoii sebegitu saja, kami melalui Hard Rock Cafe so kami mememorykan moments kat depan gitar besar tu lah kan? jangan kata kami jakun pulak weyh sebab bukan kami jer yang snap picts kat situ tau..berlambak lagi warga asing yang snap picts.





































Stay tuned.....





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah