Assalamualaikumussalam..
Sudah lama aku tidak datang bertandang disini, korang apa
khabar? Disini aku kembali untuk mengetuk keyboard notebook ku yang comel ini,
tak silap entry yang lepas aku menceritakan mengenai penjelajahan aku dan kawan
aku ke Thailand okey pada kali ini aku tak nak cerita pasal Thailand lagi kali
ini aku ke Singapore untuk ke beratus ratus kalinya aku kesana, walaupun
Singapore ni negara yang mahal nak mampoihh tapi aku still pergi kesana. Okey
sebenarnya semenjak aku ke Thailand tempoh hari sudah 2 kali aku kesana dengan
berlainan teman okey 1st aku kesana dengan Azie, kami kesana on my
birthday 24May2014 pada asalnya kami tak nak bermalam tetapi keadaan tak
mengizinkan kami mengikut plan asalnya, so kami stay kat rumah kakak ipar aku 1
malam sebelum kami bertolak balik ke Malaysia.
Pada hari sabtu 24May2014 pukul 8am kami bertolak dari Melaka Sentral ke Larkin menaiki bas Delima
Melaka-Singapore harga tiket RM19.50 .sampai di Larkin pukul 11am masa tu
tambang RM2.80 (masih murah) selepas selesai segala urusan cop passport kami
menaiki bas untuk ke Woodland nak dijadikan cerita kami terlepas stesen MRT
Woodland so kami teruskan perjalanan kami ke Queen street tetapi perjalanan
memakan masa hampir 2 jam kerana traffic sibuk. Tepat pukul 1.30pm kami tiba di
stesen Queen Street. Semua sedia maklum kan masjid sultan berdekatan dengan
stesen tersebut kan? Kami mengambil kesempatan untuk solat zohor berserta jamak
waktu asar. Setelah itu kami terus jalan-jalan berhampiran di Arab street apa
lagi kan bergambar sakan lah kan? Kami juga sempat lunch kat café melayu kat
situ harga makanan kami tak begitu mahal seakan-akan di Malaysia tapi kena
darap 2.55 lah..hehehe..Setelah itu kami ke Bugis street kami mengambil
kesempatan membeli ole-ole disana harga nya lebih murah do selesai semua itu
kami amik MRT lagi untuk ke Marina Bay dan Lion mermaid ala patung singa yang
keluar air tu. Dari Bugis stesen kami naik Line hijau (aku lupa apa nama MRT
tu) sampai di sana kami terpegun melihat bangunan-bangunan yang terletak
berhampiran Marina Bay tinggi nya sangat mencakar langit. Setelah bergambar
bagai nak rak kami menikmati burger Mc’Donals yang kami bekalkan dari Melaka
almaklumlah makanan kat sekitar Marina Bay Mahal. Masa berjalan sangat cepat
sebab kami di perkarangan Marina Bay sudah menghapiri pukul 7 dan kemungkinan
nak balik Malaysia agak tipis so then aku call kaki par ku untuk memberitahu
kehadiran kami untuk stay dirumah nya. Dan setelah itu kami mengambil MRT di
Raffle Place untuk ke Yishun Stesen dan ambil bas untuk ke Jalan Tenaga Kaki
bukit (No bas tu aku dah tak ingat). Sampai dirumah kakak aku kami bersiap-siap
untuk tidur dan setelah itu kami terus hanyut dibuai mimpi maklumlah penat
berjalan keliling Kota Singa.
Seawal pukul 6.40am kami bangun untuk solat subuh setelah
itu kami borak2 sementara menunggu hari siang pada pagi tu mak kepada kakak
ipar ku membeli sarapan untuk kami, haiii rasa bersalah sangat kerana telah
menyusahkan Mak Ipah. Tepat pukul 10am kami bergerak ke stesen Bedok dengan
menaiki bas. Kali ini kami ke Universal studio dan ke Sentosa Island untuk
bergambar kami ke sana pada hari ahad memang sangat ramai orang dan bertolak
tolak lah kami semasa dalam train dari Dobby Gouht ke Sentosa Island sampai
sana kami just bergambar untuk memenuhkan memory camera semata..kikiki.. kami
kat sana tak lama sebab kami perlu mengejar bas untuk pulang ke Malaysia. Kami
sampai di rumah pukul 6pm. Masing-ii sudah kepenatan dan maasing-ii membawa
haluan sendiri ..so macam biasa
kat bawah ni ada gambar-ii kami semasa
kat sana.
selamat menjamu mata yaa!!
Kami di Melaka Sentral
Semasa beratur untuk cop pasport
Sampai di Queen Street
Aku dan basikal tua
Usai Solat di Masjid Sultan
Arab street
Lunch kami
China Town
Pelbagai jus buah dijual
Disalah sebuah stesen menuju ke USS
Sampai jua
Berkenang kenagan
Muka penat giler seyh
Tasik mimpi
berhenti alas perut
Muka kami kelihatan suci sekali :)
Berlatar belakang kan Marina tower
Singa yang keluar ayor
Kelihatan sepi sekali
senyum itu sedekah
Selfie menjadi perkara wajib
we are going back to rest
with Haris & Hana.. anak buah ku dah encem n comey
Muka tak cukup tidur
The Vivo City
Kapal Titanic
Sudah mau balik Malaysia
Last Pictures dari kami :)
Semua memori disimpul rapi