Salam
kepada semua pembaca yang setia dan masih lagi setia hadap blog aku kali ni ok pada kali ni aku just nak share pada korang semua yang aku akan kembali memulakan kehidupan aku sebagai budak perempuan pulau (InsyaAllah kalau jadi lah) O.o so sambil tu aku nak ambil kesempatan lah nak buat Pakej 3H 2M di pulau Perhentian. Pakej yang akan aku buat ni korang boleh pilih sama ada termasuk Aktiviti or tidak. Boleh jer korang nak RQ apa2 asalkan korang bersetuju dengan harga yang disebut nanti. Ok kat bawah ni ada senarai pakej yang akan di buat atau di ‘handle’ oleh aku nanti.
Pakej A 3Hari 2Malam
Transfer Boat (Return)
Rooms (Min. 1 Pax for 1Room Or Max.3 Pax for 1Room)
Meals Makan (BBQ last night)
Snorkeling (Full trip)
Pakej B dan Pakej2 seterusnya akan menyusul di laen entry Blog aku.. Sekian
okey itu sahaja untuk Pakej Kali ni..tengah siap kan kertas kerja untuk Pakej Diving. okey segala pertanyaan mengenai Pakej diatas sila Calling2 pada no 0129090835/0148012322 (Nadya)
Aku
Nadya
Tinggal kan Jejak mu
Pakej baru ke Pulau Perhentian
Wak AG n FBI Yg 'spoting'
Hello semua!! ape kabor? aku harap korang yang baca entry aku kali ni sihat2 belakow hendoknya. ok disini aku nak share dengan korang semua pasal aku berjumpa A.K.A terserempak dengan Wak AG n FBI kat Airport Kota Bharu pada 21hb Jan.tujuan aku kesana untuk 'pick up' salah sorang sahabat baik aku yang fly dari Subang ke Kota Bharu.huhhuhuhu.Mak aih diorang ni tinggi macam galah A.K.A tiang Eletrik. aku mendonggak bila bercakap dengan mereka..aku ni plak plus tinggi so elok lah bila ber'picture' dengan mereka...Disini bukan lah aku nak mengembar gembur kan yang aku ni jumpa dengan diorang just nak share yang diorang ni memang otak best!! lama jugak aku lepak dengan diorang. yang aku terkilan tak sempat nak ber'pictures' dengan Fafau sebab dia terkejar2 kerana dia perlu men'check-in' kan diri so aku just sempat bersalam je dengan Fafau.Dengan usop Wilcha plak aku just sempat say 'hai' sebab dia busy membeli gelang (kalau tak silap lah).So dengan Wak AG n FBI jer yang sempat aku berborak n beramah mesra. owh yer kedatangan diorang ke Kota Bharu sebab ada program Hot FM Klate. so tu je lah yang aku nak share hahahahah.. kat bawah ni ada pic yang sempat aku snap dengan mereka.. 1st bergambar dengan FBI yang snap pic tu Wak AG.. 2nd plak dengan Wak AG yang snap pic tu FBI.. hahah.. B.B aku ni dah di sentuh oleh penyampai radio paling populor tau!! hahaaha!!! ok lah..chau dulu eh!! huhuhuhu.. take care Wassalam... bye!!
Wak yang Handsome!! ahaksss
Aku
Nadya
Ride secara solo balik kekampung
T_T no komen eh!!
duit klaim dari tuan motor belum lagi diterima..hahah
akhirnya sampai jugak aku sini..Alhamdulillah...
Aku
Nadya
Off to Karak
Hello!! Ya aku kembali lagi untuk menyiapkan cerita pasal aku menjadi backpackers dalam Malaysia okey entry yang lepas aku stop selepas aku balik ke KL dan selepas tu setiba aku di KL sentral aku ingat nak amik LRT to Bangsar tapi malangnya kat sana sesak dan ramai orang so aku naik bas to Bangsar selepas tu aku lepak sekejap dengan sepupu aku sementara cas nset aku yang kong bateri so tepat pada pukul 4.30 aku bertolak ke Karak dan sebelum tu aku hello pada GPS aku dulu untuk bertanya kan jalan ke Karak. So perjalanan aku ke Karak berjalan lancar sangat Alhamdulillah. Setelah sampai di Karak aku roger pada kawan aku dan dia pulak yang jadi GPS aku. pada pukul 6.20pm aku sampai dan berjumpa dengan kawan aku yang bernama Farah (yang ni Farak Karak). Sampai disana aku disambut mesra oleh saudara mara Farah. Belum sempat apa aku diajak menjamu buah durian tapi aku mengambil keputusan tak makan sebab pening ride motor masih lagi terasa so aku hanya menemani Farah n Ana (Ana adalah kawan kepada Farah). Masa tu semua orang tengah sibuk buat kerja so aku just lepak dan bertindak duduk bersama mak cik2 yang ada kat situ. Pada malam tu malam tahun baru so aku dengan mereka melihat bunga api yang dipasang di Genting. So lepas tu semua orang dah penat dan aku pun tidur setidur tidurnya sebab penat!! So pada 1/1/12 hari pertama untuk aku pada tahun baru lepas solat subuh aku menemani mak cik Farah buat sirih junjung untuk majlis Farah. Sempat jugak aku snap pic masa tu lepas selesai aku keluar halaman rumah aku melihat masing2 sibuk dengan tugas yang diberi kan so aku menolong Ibu dan Kak Ngah untuk menyusun meja untuk para tetamu menjamu selera. Lepas tu aku menolong Shera iaitu adik kepada Farah membasuh pingan2 dan kuali2 yang digunakan semalam. Sangat seronok buat kerja secara gotong royong dah lama tak buat kijer ramai2 ni. So lepas tu menjamu makan bersama Ana N Farah owh ye.. 1st time Farah goreng bihun dengan kuantiti yang banyak dan aku bertuah kali pertama datang kesana dan aku dapat merasai masakan nya. So lepas tu aku lepak2 dengan diorang sekejap dan jam menunjuk kan waktu dah masuk tengah hari masa untuk mandi dan bersiap lawa2 sebab aku ditugaskan oleh ibu untuk menyambut tetamu dari pihak lelaki. Perghh!! Dah la baju kurung aku tak bawak nasib baik ada baju mak Cik Farah yang muat dengan aku. Fuh!!! Semua nya berjalan lancar dan aku sempat berpose depan Kamera Kak ngah!! Hahaha... pengalaman yang sangat seronok!! Mendapat keluarga baru dan jugak menumpang kasih sayang ibu dari mak cik2 Farah dan jugak dari ibu Farah sendiri..mereka melayan aku dengan baik sekali. Segala keperluan aku sebagai tetamu semua di jaga dengan baik. Lepas semua tetamu balik aku menukar baju dan menolong mak cik2 Farah mengemas apa yang patut lepas tu makan dan makan dengan Ana, Ana ni hantu makan tau selalu makan dan makan. Kadang2 aku suka tengok Ana sebab dia suka makan. Lepas tu aku join adik2 untuk karaokey!! Sempat jugak aku test vocal sebab dah lama tak test.hehehe..fuhhhh!!! best weiii!! Lepas tu aku masuk rumah lepak2 pulak dengan makcik2 memang best lah semua mak cik2 nih aku dapat merasakan kemesraan antara kami sangat rapat. Rindu mereka semua!! Sangat!! Lepas tu kami semua dah penat dan semua ZzzzZZZzzzzZZZzzzz...tapi aku Farah n Ana melarikan diri dengan motor dan pergi pusing kampong. Best sebab tengok sungai karak!! Heheheh..lepas tu ape lagi eh?? Jap nak piker jap eh... owh ye pada malam tu Ana masak sayur goreng tau..best!! bertuah jugak lah aku ni. 1st time jumpa dengan dia dah dapat makan masakan dia. Hehehe... lepas makan kami lepak2 dan terus balik kerumah Farah. Owh yer lupa nak bagitahu dari awal. Majlis Farah ni berlangsung di rumah mak cik nya bukan dirumah nyer. Pada malam tu kami tak borak lama2 sebab aku penat sangat. Aku tido awal sebab nak perlu kan rehat yang cukup sebab esok kena ride motor untuk balik GANU!! Okey!! Stop disini dulu...aku da kering ideal lah nak cerita pasal aku ride sorang2 dari Karak to GANU!! Ok bye2!! Jumpa lagi yer!!
Lepas top4 minyak kat Gombak
purple time!!
Ana n Farah!! Rindu dengan diorang nihh!!
Farah Wif hantaran
Sherraaa!! heheh..Rock Mama
ni menu yang aku pilih !! best tau!!
Wif Ana!! miss her so much
Kami yang shumel!!!!
Gadis melayu!!
Bweeekkk!!!
Mia!! our baby!!
Fara wif scoot..masa ni tgh ronda2 kampung
Memory scan!! always here..where? in my memory card =P
Memory At Nilai
Assalamualaikum sekali lagi kepada semua!! Ok pada kali ni aku nak sambung lagi kisah pengembaraan aku yang sebelum ni masih lagi belum selesai. Aku tahu mesti ada diantara kamu2 semua meluat dengan kisah aku kali ni kan? So AAK (ada aku kesah). Pada entry yang lepas aku stop pada aku lepak bersama salah sorang kawan baru aku iaitu Huda, kami kenal pada bulan Oktober lalu di bus stop, kami menjadi kawan yang baik sebab kami bercakap dialek kelate sama2. Sejak itu kami mulai rapat dan menjadi penasihat antara 1 sama lain, lama jugak aku lepak dengan Huda sambil sarapan pagi di kedai tapi sayang kami lupa nak snap gambar bersama sebab seronok dapat jumpa. Pada pukul 10.30am aku bertolak ke KL sentral dan menunggu kawan aku untuk ke Nilai bersama menaiki tren KTM. Setelah hampir 45minit aku tungu akhirnya kawan aku tiba so kami beli tiket terus bertolak but sebelum tu kami pusing2 beli hadiah bestday untuk adik kawan aku but x ada yang menarik so kami buat keputusan beli kat Nilai. Sampai kat Nilai kami terus naik bas dan pergi rumah kawan kepada kawan aku dulu. So lepak2 situ dulu lepas tu kawan kepada kawan aku hantar kan kami ke kedai untuk beli kek dan hadiah. Maaf aku lupa nama kawan aku tu. So lepas sampai disana kami bagi kejutan pada adik2 Farah owh ye. Nama kawan aku ni Farah so masa tu adik2 Farah tertidur kerana terlalu lama tungu kepulangan kami. Lepas tu time tu belah kek n makan kek aku beli kan miss Teddy pada adik2 Farah. Ilah n Biha sangat pendiam pada mulanya tapi lepas tu mereka sangat peramah dan pandai melayan tetamu yang datang siapa lagi kalau bukan aku. hari pertama yang berlalu tiada apa2 yang kami lakukan bersama hanya menonton movie Cinderella n other story lupa apa tajuk nya. Kami berjanji keesokkan harinya nak pergi jogging bersama tapi adik2 semua belum bangun pada pukul 7 yg di janji kan. So pagi hari tu tak ada apa yang dilakukan sebab masing2 bangun lewat sebab semalam tidur lewat dan aku meminta Farah pergi ke Dobi untuk meghantar baju kotor aku yang berlambak ni. So lepas tu pergi pasar untuk beli barangan nak masak pada tengah hari tu. Menu dirumah Farah sangat super sebab sedap beb!! Siyes waa cakap lu!! Yang menjadikan masakan tu adalah Air tangan mak Farah sangat meninggat kan aku pada aruah maa. Lepas tu lepak2 hingga ke petang but petang tu adik2 ajak aku berjoging so berjoging lah aku dengan diorang. Dah lama tak jogging dowh berat je aku nak melakukan nya. Peluh membasahi baju ku tapi adik2 tak berpeluh pun ahaakksss.. lepas tu kami ke kedai untuk beli air 100 plus sebab Farah kurang sihat so kami sama2 berjalan kaki ke kedai pengalaman yang menyeronok kan bila aku dan adik2 makan ais krim dan minum air sama2 semasa berjalan untuk balik kerumah tapi perjalanan kami terhenti sebab hujan so kami berteduh sementara(sangat merindui saat2 itu mengingatkan aku pada masa kecik2 dulu) sampai dirumah kami terus mandi dan berehat tapi malam tu Ilahsakit kepala dan muntah2 aku menjadi rasa serba salah sebab Ilah jadi macam tu mungkin sebab kena hujan tadi. Kesian Ilah n Farah pun muntah jugak malam tu. Aku tidur selepas semua tidur dan aku bangun sebelum semua bangun. Aku gosok gigi dan duduk sambil tunggu yang lain bangun tidur selepas adik2 bangun kami sarapan bersama lepas tu kami borak2 dan aku melihat Mak Farah menyapu halaman rumah dan aku kesana untuk berborak2 dan lepas tu adik2 ajak aku main badminton dah lama tak main game tu penat tak boleh cakap. Aku bersiap dan kemas2 barang sebab tengah hari tu perlu bertolak ke KL sebab dah janji dengan kawan aku yang kat Karak untuk menghadiri ke majlis pertunangan dia. Terpaksa memintak diri dari Nilai pada hari tu jugak sebab takut tak sempat maklum lah bergerak dari KL to Karak aku ride scoot. So aku ucap kan selamat tinggal pada adik2 dengan hati yang berat aku memeluk mereka dan janji untuk datang lagi kesana. Farah hantar kan aku ke stesen KTM Nilai dan menuju KT sentral.okey tamat sudah kisah aku di Nilai.. so next entry adalah kisah to Karak, okey babai
Wif Biha!!
Wif Auni
Wif Faiq
Time ni aku dah nak balik... T_T
Auni =)
Biha =D
Aku
Nadya
































