Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

saya sayang ayah saya banyak-banyak III

entry yang sebelum ni aku stop di perjalan aku di pantai kerang kan? okey selepas tu kami pun berangkat pulang ke hotel untuk berehat selepas berjalan dan bershupim sepanjang hari yang panas!! Kami semua mati sementara selepas sampai di hotel dan aku yang bangun paling lewat pada hari tu, pada pukul 9.40 am aku dikejutkan oleh kak Aini (isteri abang Zul) di kejutkan aku untuk ke Pasar dan dobi kerana aku punya baju kotor dah berlanbak2 waiting to wash, oleh itu aku kesana dengan keadaan tidak mandi(pengakuan berani mati) aku hanya sempat basuh muka dan gosok gigi untuk kepasar, sampai dipasar aku hampir terkejut kerana pasar nya sangat besar dan luas semestinya ramai peniaga yang berniaga makanan,ikan2,sayur-sayuran,buah-buahan,dan seafood dan yang paling best iaitu 'pork' dan seangkatan dengan nya!! disana aku ditanya dengan macam2 soalan yang aku tak faham, maklum lah aku ni tak tahu berbahasa Thai manakala yang berniaga tu pulak tak tahu berbahasa melayu dan English, aku hanya senyum sepanjang masa apabila ditanya.(macam orang tak betol pun ada nila senyum2 je). selepas membeli makan mentah tu aku dipelawa untuk makan laksa Thai 


Ketam bekam yang masih hidup!! 

Majoriti peniaga2 kat sana beragama islam (pasar Krabi)

 Perasan tak kat atas sana ada sign board 'Pork'!! diasingkan dari tempat peniaga muslim

Ikan yang besar lagi segar!! sila lah pilih yer!!

 Laksa Thai yang sangat sedap dan semestinya pedas nak mampos!! 

Kuah lemak bersama sayur yang aku tak tahu namanya (dimakan bersama Laksa tadi)


Selepas itu kami pergi dobi dan meninggalkan baju untuk dibasuh. Kak Aini dan Abang Zul telah membawa aku ke rumah kawan nya untuk memasak makanan2 mentah yang kami beli di pasar tadi. Disana aku terkejut apa bila rumah kawan nya itu membuat batik dan batik-batik tu sangat menarik perhatian aku sementara aku menunggu Kak Aini memasak aku  melihat proses untuk membuat batik tu. kawan kak Aini tu aku tak tahu nama dia sebab dia tak tahu nak bercakap bahasa Melayu. kami bercakap dalam bahasa isyarat, mereka bagi aku hadiah batik 'Memory of Krabi'. diorang ni salah tulis bulan, sepatut nya April tetapi dibuat March.

Kain Putih yang dilukis dengan Lilin (apakah gambar tersebut?)

 Abang Batik bersama Anak nya yang bernama Usni

Abang Batik berbincang dengan Kak Aini mengenai Batik tersebut 

Bermain dengan tona Warna terlebih dahulu

 Masuk kan Warna biru untuk Air 

Proses seterusnya masuk kan warna Biru untuk Langit or awan

Done!!!

Perasan tak ada kesilapan? 'March' sepatutnya 'April'.. 
banyak kenangan dalam hidup aku pada bulan 'April'

Selepas semua siap dan selesai kami berangkat pulang ke Hotel untuk makan tengah hari di tepi pantai, sebab kak Aini buat tomyam,Ikan sumbat lada,Air Asam dan kerang Krabi nak tahu kenapa ia dipanggil kerang Krabi? sebab nya only at krabi je ada kerang tu, sedap dan kami sangat enjoy apa bila makan tengahari tu dijamu dibawah pokok rhu dan berhadapan dengan laut!! sangat sepoi2 bahasa si angin melintasi kami(semestinya aku sudah mandi). lepas metekedarah aku berjalan ditepi pantai dengan Usni dan aku menemani nya membuat Snowman dengan pasir, walaupun si Usni ni tak tahu nak bercakap dengan aku tapi dia agak rapat dengan aku, bayang kan aku cakap bahasa Melayu manakala dia cakap bahasa Thai (macam ayah dengan itik)

Usni buat SnowMan versi Krabi


Hampir Siap!!!


Usni waiting for Sunset

Dah sunset time!!

Usni pulak jadi mangsa aku untuk jadi model!! hahaha

Malam tu aku tido dengan nyeyak sekali almaklum lah hotel yang kami duduk tu ada katil single untuk aku beradu pada malam hari.Ngeeee!!!!



to be Continued...




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saya sayang ayah saya banyak-banyak II


Kami bertolak balik ke challet pukul 3 pagi masing2 punya mata dah ting tong so sampai je aku tido sampai ke pagi tanpa menunaikan solat subuh (pengakuan berani mati ni) aku bangun tidur pukul 9 pagi dan pada pukul 10pagi tu kami bertolak ke  Phang-Nga . aku diberitahu dari kharabi untuk ke  Phang-Nga  memakan masa selama 2 jam. Hmmmmmmm..jauh nye lokasi yang kami nak pergi ni.dalam perjalanan tu aku just membuta sebab tak cukup tidur la katakan.Hahahaha.. sampai ni  Phang-Nga  bay disana cuaca sangat panas rasa macam nak pecah kepala. aku ditemani dengan air mineral sejuk sentiasa dan pantang nampak 'TOILET' aku masuk sebab terlalu panas. selepas sampai disana ayah Sue sewa 1 biji bot besar untuk ronda2 pulau batu kapur yang berhampiran disana. kami naik si muara sungai dan setelah meredah sungai selama 20minit perjalanan kami agak mendebarkan sebab kami sudah bertukar air sungai ke air laut yang bergelora. sebelum sampai ke pulau 'James Bond' kami dibawa mengelilingi pulau batu kapur yang cantik dan pelbagai bentuk ada bentuk kepala anjing,ayam,buaya,itik dan yang paling menarik perhatian aku adalah bentuk paku. Ayah bagitahu aku 'Ayah pernah datang sini dulu masa tu ayah masih bujang' wahh!! dalam hati aku rasa heppi sangat sebab aku yang bertuah sebab ayah bawak aku datang ke tempat beliau pernah datang masa bujang dulu. ayah Sue bayar bot sebanyak 2500 bath A.K.A RM250 mana kala bayar untuk memijak pasir di 'James Bond island' tu dikena kan 40bath A.K.A RM4 untuk satu kepala. Masa kat sana aku just amik gambat je sampai aku terlanggar mat salleh yang dah agak lanjut usianya. aku tak melepas kan peluang untuk snap gambar bersama ayah dan ayah Sue punya family.mereka sangat sporting bila diajak bergambar.Selepas tu kami singgah di perkampungan Phang-Nga bay untuk lunch dan membeli 'ole-ole' untuk family dan sahabat2 di Malaysia. kat sana aku hampir di 'sembelih' oleh jurujual kat kedai 'ole-ole' tu ini kerana aku tak tahu dan tak memahami bahasa Thai. jadi aku mengambil jalan mudah untuk berkomunikasi dengan diorang iaitu mengunakan bahasa English tetapi aku sempat diselamat kan oleh Abang Zul kerana beliau fasih berbahasa Thail. jadi selamat lah aku masa tu. baru lah aku memahami perasaan pelancong2 yang datang ke Malaysia bila orang2 Malaysia meletakan harga yang mahal untuk para2 pelancong. jadi motif pada kali ini belajar lah bahasa2 lain selain dari bahasa English.pada pukul 4 kami selamat sampai di Jeti. kami meneruskan perjalanan untuk balik ke Hotel dan perjalanan kami berhenti pada tempat yang ada banyak kerang dan siput yang telah berusia lebih jutaan tahun dahulu. dahulu tempat tersebut tak ada pasir di tepi pantainya kerana terlalu banyak siput dan kerang sekarang kerang2 tersebut telah menjadi batu dan ada setengah nya telah pecah dihempas ombak 'rindu' hahahaha.. kat situ ada jual 'ole-ole' yang berkaitan dengan siput atau kerang aku telah membeli 5 set langsir siput untuk kakak2 ku.



Info untuk ke Phang-Nga Bay!!(siyes aku nak belajar tulisan belit2 tu)

Ayah bersama Air mineral!!

Kami Sebelum menaiki Bot untuk menjelajah!!!

Ready to Take Off!! hahahaha



                               
Salah satu Pulau batu Kapur 
(perasan tak ada bumbung tu? tu perkampungan Penduduk Phan-Nga)


         Ni pemandangan keseluruhan perkampungan penduduk Phan-Nga


Gambar ni Pernah aku upload di Facebook ramai jugak yang 'Klik Like'


Pic ni lebih kurang sama dengan diatas!!! Hehehe


Abang Zul dukung anak dia, Ayah dan aku (baju biru tu entah la sape)


 Ayah Sedang melepaskan penat dan sejuk kan badan maklum lah kat sini 42'C


Abang Lah,Aku,Ayah,Ayah Sue dan Mak Sue


Pulau Paku di hujung jari ku 


Ayah ku hero ku!!hehehehe


 Masa ni aku masih berada didalam bot.Bot ni tengah mencari port utk parking


Nampak tak ayah aku kat depan tu? ayah macam Excited sangat bila sampai kat sini.

kami waiting for the boat!! 


Menghala ke Jeti untuk balik!! Let's back to the home


 Ayah selalu menjadi model untuk lansa kemera aku!! Hahahahah!!!


Kak Aini,Aku dan Ayah

Sisa kerang yang menjadi batu 

 ini lah pantai yang aku katakan tadi,dahulunya pantai ni tak ada pasir dan dipenuhi kerang

kini kerang yang menjadi batu tu telah pecah dihempas ombak 'rindu'

laut Cina Selatan kah?

Ayah dan Ayah Sue

muka ku yang jelas kelihatan penat dan puas hati

Ini lah Langsir siput yang aku kata kan 

Cantik tak? maksud aku bukan wanita itu..tetapi siput2 tu laa..Ngggeeee!!!


to be Continued...
























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

saya sayang ayah saya banyak-banyak

1st saya nk bagitau korang semua!! saya sayang ayah saya!! sebab apa saya sayang ayah? sebab ayah dah banyak susah payah untuk menjaga kebajikan saya selepas arwah my mum pergi. hehehehe..Aku sampai didesa tercinta pada pagi 18hb Mac akhirnya perjalananku yang penat itu sudah berakhir. Scoot aku tiba di tanah air pada 20hb Mac ada berita buruk sangat pasal my scoot tu. Cover depan pecah, cover meter, kedua-dua side mirow dan plat hadapan. For sure dalam RM350 duit aku akan habis untuk gantikan apa yang rosak. Memang malang untuk aku sebab scoot aku hancur. So berbalik kepada cerita aku ni pada 21hb Mac aku dan ayah telah memulakan perjalanan ke Thailand sebab aku pergi adalah untuk menemani ayah melawat sepupunya disana. Aku kesana selama 10hari dalam masa 10hari tu berat badan aku naik 6KG!! Arghhhh!! Tensen weiii!! Mendadak naik berat aku ni sebab aku kat sana dijamu dengan makanan Thailand perrghhhh!! Menagis beb sebab pedas makanan kat sana tapi walaupun pedas tapi best.

Masa ni kami stop kat stesen kereta api di sungai Ko lok.baru lepas sarapan

Aku nyer borang masuk Thailand. Ngggeee

 Okey here we go!! Hari pertama aku dibawa ke Bandar Yala iaitu memakan masa selama 20minit dari Kampung Tok Adi (nama kampung ayah Su <--- pangilan sepupu ayah) mereka membawa aku ke restoran Hasanah, memang best weii!! Selera aku ni memang kena dengan menu disini sangat best!! Lepas tu aku meminta sepupu aku membeli perut lembu yang mempunyai nasi didalam nya..malam tu aku tidur dengan nyeyak sekali sebab perut da penuh la katakan. pada pagi keesokan nya aku telah dibagitahu ayah yang kami akan bertolak ke Krabi pukul 9am..tak sangka pun dapat pergi Krabi tau maklum lah sebelum ni aku just tengok dalam Rasa halal orein je yang pengacara nya nama Farah AF2.

nilah yang aku maksud kan. (pic ni aku copyright tanpa kebenaran)

ni salah satu pic makanan yang aku makan kat Hasanah Restoren .

aku lupa nama nye..nnt aku update kan nama menu ni dalam bahasa Thailand

pun sama.. aku lupa nama nye...nnt aku update kan nama menu ni dalam bahasa Thailand

sama jugak .. aku lupa nama nye...nnt aku update kan nama menu ni dalam bahasa Thailand....

 perjalanan dari Yala ke Krabi memakan masa selama 8jam. macam perjalanan dari Besut ke KL Lumpor. dalam perjalanan tu aku tak mensia-sia kan perjalanan ku tu apa yang menarik perhatian ku pastu aku snap.ayah pulak mengambil kesempatan untuk berehat..ayah just tidur dan tidur je di sebelah aku. dalam perjalanan tu radio tak di on kan sebab aku tak paham sepatah haram.aku hiburkan hati aku ni dengan lagu2 dalam my BB. owh ye lupa nak bagi tahu aku kat sana beli sim kad untuk aku berhubung dengan Kawan2 tersayang kat Malaysia.Nggeeeee... semasa dalam perjalanan tu sepupu aku stop sebanyak 3 kali kat R&R kat sana makanan murah dan halal yang paling best highway kat sana tak de tol, sebab apa tak de tol? sebab kerajaan Thailand sayangkan Rakyat dia, tak macam kerajaan Malaysia kan? dah macam lintah darat je. (hahaha) opsss terlebih sudah..

masa ni kami stop di daerah Trang. lagi 3 jam mahu sampai ke Krabi!!

     Okey tepat pukul 5.20pm kami selamat sampai di Pantai Krabi dan ketibaan kami disambut mesra oleh anak kepada sepupu ayah iaitu Abang Zul. Abang Zul dah book bilik untuk kami semua. 2 bilik berharga 1100 Bath untuk satu malam A.K.A RM110..petang tu aku diajak oleh isteri abang Zul untuk melihat Nat (Market) kat area pantai Krabi. banyak makanan yang aku cuba pada petang tu. Suki Basah (Mee cina + sup pedas), Kuih Pelita + ubi keladi, Kuih sagu dan Rojak buah. lepas makan aku diajak ke Club Sofa dimana abang Zul n the band ada show, so aku di ajak ke club dengan imej islam aku tak berubah. bayang kan aku masuk club dengan bertudung dan menutup aurat. tak usah dikatakan lagi semua yang melihat aku malam tu dengan penuh hairan..ye lah imej islam yang aku bawak tu tak kena pada tempat.. ngeee aku wat boduss jer lantak lah janji aku tahu jadi diri aku dengan imej aku yang macam ni. janji aku tak mabuk arak!! hahaha.. malam tu aku melayan lagu yang aku tak faham sepatah haram ngee..abang Zul punya band boy sangat shumel n encem tau.
My Ayah At Krabi!!! (hero yang ensem!!)

Pantai Krabi yang cantik lagi indah
 (tapi still x boleh lawan my island la kan)

masa ni aku follow isteri kepada abang Zul pergi beli makanan untuk dinner

Mee suki yang pedas lagi enak.. wallah!! sedap wooo!!!

kuih Pelita yang diletak ubi diatas nya

 Jeli kelapo!! memey sedak wei!! aku bahang hampir 1 bijik buoh nyior!!
 hahahaahaha

Sofa Club...dimana aku telah melepak

aku bersama The Lemoned band!! 
(lupa nak bagitahu nama band ni The Lemoned) 




to be continued...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah