Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

share about couchsurfing

hello wah ni entry pertama untuk 2013 ni. sibuk dan sibuk untuk update blog, dah berhabuk bagai aku nye tanah blog ni. sepanjang kesibukan aku disini sempat jugak lah aku join dan kembali aktif aku nye group couchsurfing aku yang dah lama aku tak ambil tahu. so aku kehidupan aku dah stabil dan dah agak boleh berdiri dengan kaki sendiri so aku invite couchsurfer yang datang Melaka for few nights and stay kat rumah aku. aku tak tahu lah kalau ada dikalangan korang masih kurang tahu mengenai couchsurfing ni. aku malas nak mencerita kan secara details mengenai nya. so pandai2 lah korang cari sumber dan aku harap ramai malaysian espeseli couchsurfer perempuan yang macam aku ni. foreigners yang datang ke Melaka untuk melawat for sure mereka nak cut bajet mereka tak cukup untuk check in hotel or  bajet hotel yang agak kurang selesa dan mereka akan sent me a request untuk stay at my place.. but sebelum aku terima permintaan mereka semestinya aku akan selidik diaorang punya  refences sebab faktor-faktor keselamatan yang harus diutamanakan.Sepanjang 6bulan ni aku dah host seramai 9 orang. not bad lah for my 1st step kan. Couchsurfer 1st aku ialah Halena 31tahun dari Sovenia dia stay kat rumah aku selama 2hari 2 malam, banyak cerita yang aku dengar dari pengalaman dia yang travel around the world secara solo. banyak tip2 yang berguna dari dia so aku mula mencari dan servey tempat yang mungkin aku jejaki nanti. selesai  host kan Halena, aku menerima permintaan dari Jimmy Seenaga 24tahun yang menetap di Bandung Indonesia, Jimmy stay kat rumah aku selama 3 hari 2 malam dan aku banyak menghabiskan masa dengan dia di sekitar bandar Melaka.  Keesokan selepas Jimmy berangkat pergi kedestinasi nya yang seterusnya aku menerima permintaan dari Alena 23tahun yang berasal dari Romania dan pada hari yang sama aku menerima permintaan dari Fareeda 27 dari Berlin secara kebetulan mereka mempunyai plan yang sama iaitu mengenali bandar Melaka jadi aku tak perlu lah menemani mereka untuk menunjuk kan tempat yang menarik, so diorang pergi ke bandar Melaka together-gether dengan menaiki bas. Alena and Fareeda stay kat rumah aku selama 3hari 2malam selepas aku hantar mereka di Melaka Central untuk mereka ke destinasi seterusnya, hampir seminggu aku tak menerima permintaan dari siapa2 so dalam tempoh tu dapat lah aku rehatkan diri dan bersihkan bilik aku yang bermacam-macam bau. seterusnya aku menerima permintaan dari Gloria 26 dari Poland, Glo stay kat rumah aku hanya 1 malam dan kami habiskan masa bersama2 pada malam tu, kami pergi dinner dan karokey.. dan semestinya semua tetamu-tetamu aku yang datang tu tak bagi aku duit 1 sen tapi mereka belanja makan malam aku dan semua housemate aku, so berbaloi la tu kan? setiap kali kami hentam my couchsurfers sangat banyak dan kadang2 makanan kami order tu terpaksa kami tapau bawak balik..hahahaha..semua housemates aku suka dengan couchsurfing ni sebab mereka juga dapat berinteraksi dalam bahasa English. okey lah kat bawah ni ada fews gambar kami bersama.. semua gambar2 kat bawah ni tak der link blog aku, so aku harap nanti x de lah yang copy right aku nye pic kan..maklum lah aku ni kan populor.hahahahh..(wat ayat poyo sikit biar orang benci kaw-kaw)

Halena Zunko Slovenia

Jimmy Seenaga Bandung

Alena Romania

Fareeda Berlin

Gloria Poland

Stay tuned..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kami ke SG

Hello!! Aku nak story about pemergian aku ke Kota Singa pada 17nov-20nov lalu. Aku kesana setelah hampir setahun tak kesana. Aku kesana dengan 2 orang teman ku iaitu Kema dengan Wan. Kami kesana by drive with Wan's car, Pada pagi 17 tu aku take a bus from Melaka Central to Larkin Central selepas hampir 3 jam aku dilambung dalam bas akhir nya aku sampai. Kami berkumpul di Larkin so terus to SG. kami put trust in alat GPS. kami tunggu Wahida kat Masjid Sultan berhampiran Masjid tu ada Sarang Cafe yang dikendali sepupu kepada Wahida. Mana kala Wahida ni sepupu kepada aku.. lepas makan and lepak kami ke Mustapha or Mustafa (ekceli aku tak ingat la nama mall tu). kami mencari barang2 seperti coklat yang murah harga jika dibandingkan dengan harga di Malaysia.Selepas tu kami terus chek in tidur selepas satu hari suntuk kami berjalan dari Malaysia hingga Singapore.

Masa ni kami tengah pilih untuk beli jam tangan.

Chatime Milk Tea Kema Belanja

Awek's

Kema & Nadya

Selepas tu...

Keesokan harinya kami bergerak ke Marina bay dan Sentosa Island untuk melihat sendiri keunikan pulau yang dicipta oleh manusia. sangat ramai pelancong yang datang time tu termasuk kami. Hahahaha!! didalam perjalanan kami kesana semua mengunakan MRT and Sentosa Exprees!! Selepas beberapa ketika kami disana kami terus bertolak ke Marina Bay just for few pic!! 
From Bedok to Harbour Front 'Purple Line'

kami di Sentosa Station 

Ni lah Wan kawan kepada Kema and now Kawan aku jugak =)

We are here!!

USS

Candy Land's

peace!!! When u said 'i da tawar hati to be one of u friends'

 Shuupimmm!!

Hampir krismas kan?? waiting for snowing..

Marina Bay!! 


stay tuned..

Nadya Lee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I am proud to be 'Gadis Kampung'

Hello semua!! Wah lama nyer tak update blog aku nih dengan cerita terbaru pasal kehidupan aku sekarang ni di perantauan yang jauh dari kampung halaman. Selepas pemergian ayah tercinta aku telah buat keputusan untuk keluar dari kepompong keluarga aku, disini aku mengenali kehidupan sebenar iaitu kehidupan dibandar yang penuh sesak tak mengira waktu dan tempat, kehidupan dibandar tak sama seperti kehidupan aku sebelum ni dimana semua kesusahan aku sebelum ni dibantu atau ditolong oleh ahli keluarga. Disini aku berdikari bagaimana kepayahan untuk bangun pagi2 tanpa di kejutkan oleh siapa2 tapi aku di kejut kan oleh alarm dari jam loceng untuk aku bangun pagi kemana lagi kalau tidak ke destinasi aku kalau bukan ketempat kerja. Aku terpaksa bangun awal sebab untuk mengelak daripada jalan raya menjadi penuh dengan kenderaan, so kehidupan aku disini sedikit teratur jika dibandingkan dengan sebelum ni yang sangat terumbang ambing. Okey dibawah ni ada jadual aku contoh untuk satu hari.(lebih kurang macam ni lah setiap hari tak ada perubahan but tu kehidupan aku diwaktu kerja je tapi sebelah malam nye kehidupan aku akan lain tapi tak dapat lah aku ceritakan disini yer)
 • Buka mata selepas tersedar dikejutkan oleh bunyi jam loceng(Bangun dari tempat tidur yang beralas kan tikar serawak dan 3 lapis comforter nipis). Bersihkan diri dan siapkan diri untuk ke tempat kerja..Jap!! solat jangan lupa yer!! Jangan jadi jahil lagi yer!!
 • Panas kan enjin transport bergantung kepada mood aku pada hari tersebut.(kalau duit lebih untuk fueling so aku akan drive or kalau duit semakin sikit aku akan ride je *tapi banyak aku ride ler untuk ke tempat kerja kecuali hari hujan so terpaksa aku drive*).
• Mulakan hari anda dengan senyuman yer!! Jangan lupa buat kerja dengan ikhlas tau jangan makan gaji buta tau!!!
• Ingat segala kesusahan diri sendiri jangan menyusahkan orang tau!! Selagi terdaya kena buat sendiri dan ingat jangan sesekali ikut kan hati yang cepat melenting tu yer!!
• Kalau dah masuk waktu rehat aku akan lepak kat surau tempat kerja je tak pon aku lepak kat kedai mamak. Begitulah seterusnya hinggakan ke habis waktu kerja.
 • Balik rumah kakak sepupu ku dulu maklum lah perjalanan dari tempat kerja aku ke rumah nya hanya 10minit je jika dibandingkan dengan jarak rumah ku ke tempat kerja yang mengambil masa 20minit. Lepak or makan2 tapi kadang2 aku kena jemput anak buah aku dari kelas agamanya.
 • Lepas solat Isyak aku akan hello2 pada kawan2 yang sekepala untuk chill bersama2. Kami bebas untuk kemana saja kami suka. So sehingga pagi baru off to balik rumah untuk rehat maklumlah esok kena kerja n bangun awal uoollsss!!! Penat sangat tau!!

Lebih kurang macam tu lah kehidupan aku yang single or bujang, aku menyewa dengan housemate yang aku kenal dari laman web Mudah.com dia iklan kan kekosongan bilik dirumahnya, so dari situ lah aku masuk dan stay kat sini dengan menyewa sebuah bilik yang comel. Sebut mengenai hidup bujang ni aku ada nak share sikit. Aku kat sini jadi ahli courch surfing iaitu aku menjadi host kepada back packers yang datang ketempat aku, beberape minggu lepas aku menjadi host kepada seorang mat german yang travel kat Melaka untuk beberapa hari. Dia kesini untuk melihat sendiri bandaraya bersejarah ni biasalah back packers ni mana suka membayar atau membazir duit untuk check in hotel or what ever. So aku ajak dia stay dengan aku. (jangan fikir bukan-bukan tau, aku masih dara). Dia stay rumah aku just 2 malam dan aku telah membawa dia kesana dan kesini dengan meenaiki my scoot, kami bagai dalam filem Hindustan la bila naik motor sama2 pergi round Bandaraya Melaka. Kat bawah ni ada beberapa pic yang kami bersama so chill!!

     Mr.Flo belanja makan fruit yogurt yang sedap lagi berkhasiat

 This is Mr Flo yang senggal dan baik!! Like him

 Muzium Samudera A.K.A Kapal Upin & Ipin

 kampung Girl!!

 Hiyak!! kanak2 Rebina kat belakang!!

 Take a Flight i'm going to German!!

 Pose budak kampung kepada cameraman from German

 Police from Quebec, Canada

 No Comment

 Aktiviti menconteng 'Wall FB'

Gadis Riang!!

 Bommmmmkebabommmm!!!

 Moh kita naik atas!!

 i'm never walk alone

 Jam besar!!

 Lepas penat singgah di Sushi King for lunch!!

'Itadakimasu'

Nadya Lee




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pergi nya ayah ke Rahmatullah

Pada tarikh 27 Jan 1944 hari Jumaat lahirnya bayi lelaki yang comel di teratak usang, kelahiran nya di sambut dengan sahutan azan subuh dipagi hari dan bayi yang comel tu dinamakan Md. Ghazali B. Abas. Dibesarkan dengan sangat sederhana oleh ibu nya, menurut sumber yang pernah aku bertanya mengenai ayah sebelum ni ibunya tak pernah mewahkan ayah dengan harta benda tapi mewahkan ayah dengan kasih sayang sehinggakan ayah sangat manja.Dipendek kan cerita ayah dikahwin kan dengan my mum, biasalah orang dulu-dulu perkahwinan diorang diaturkan oleh orang tua so setelah itu hidup lah ayah dengan my mum dan anak-anak dengan serba sederhana, mereka dikurniakan ramai anak 5 lelaki dan 5 perempuan tetapi mereka tak lepas dari dugaan, mereka pernah diuji dengan perlbagai perkara tetapi kasih sayang diantara mereka sangat kuat itu yang selalu arwah my mum selalu cerita kan pada aku dan adik beradik yang lain.

Ayah pernah cerita pada selepas arwah my mum pulang ke Rahmatullah tahun lepas, 'Masa ayah tengah tidur Maa datang dan ajak ayah ke 'sana'. Sejak dari itu aku dan adik beradik sangat berhati-hati dengan setiap apa yang terjadi pada ayah, setelah aku ingat apa yang telah berlaku, sejak dari mimpi itu keadaan ayah semakin teruk dan lemah. pada 10 Ogos ayah masuk wad kerana semput yang dialami nya semakin menjadi-jadi, setelah itu ayah dipindah ke wad ICU di Kota Bharu selama 2malam ayah disana dan hari ke2 ayah dipindahkan ke wad biasa dan petang tu ayah dibenarkan keluar dari wad, Dalam hati kami adik beradik 'Alhamdulillah..dapat jugak ayah beraya di rumah'. Selepas ayah keluar dari wad pada 14 Ogos ayah terus meneruskan aktiviti nya seperti biasa ke Kubur, Masjid, Bazar Ramadhan dan ambil cucunya di sekolah. jadi kami adik beradik menarik nafas lega selepas melihat perubahan ayah yang semakin sihat dan ceria. Menurut doktor ayah tak digalak kan makan buah kurma kerana buah kurma mempunyai banyak khasiat dan zat namun ayah tak pedulikan nasihat doktor kerana ayah pernah bagitahu aku 'Zaman nabi dulu buah ni boleh  menyembuhkan banyak penyakit dan buah ni banyak disebut dalam Al-Quran, kenapa pulak doktor cakap ayah tak boleh makan' itu ayat yang aku dengar bila aku mengingat kan ayah mengenai buah kurma.

Sejak ayah keluar dari wad tempoh hari ayah selalu semput dan banyak kali aku di panggil untuk urut dibelakang ayah supaya merasa selesa setiap kali aku mengurutnya ayah selalu berpesan mengenai harta-harta yang ada, dan kami adik beradik sepakat untuk guna separuh duit-duit tu untuk buat majlis tahlil, mengenai pemergian ayah ke Rahmatulah sangat mulia. Di akhir bulan Ramadan, disubuh hari  pada hari Jumaat, tengah solat subuh,ada air sembahyang,ayah masih lagi berpuasa, dan tempat paling mulia dalam Masjid. Selepas aku dikhabarkan ayah dah 'pergi' aku dan kak Ni bergegas ke masjid setelah aku masuk ke masjid lutut aku lemah dan tak mampu untuk aku berdiri, kak Ni memeluk aku sekuat mungkin dan ramai yang datang menenangkan aku antaranya Ayah Teh,Pak Teh Min,Ayah Sue Kamal n Pak Rahsid, mereka datang meminta aku bersabar dan kuat kan semangat dan redha kan lah ayah pergi. salah seorang diantara jemaah pada pagi subuh tu ada seorang doktor dan dialah yang mengesahkan ayah dah pergi dan tak perlu bawa ke hospital doktor tersebut meminta kami membawa pulang jenazah ayah, jenazah ayah dibawa pulang dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam(JPA) kerana semasa ayah jatuh pengsan salah seorang dari jemaah telah menghubungi pihak JPA, jenazah ayah dibawa balik dan diiringi oleh orang ramai.Setelah sampai aku melihat seorang wanita yang aku hormati iaitu ibu saudaraku Che Ngah dan aku menangis dibahunya, Setelah itu rumah ku dipenuhi dengan tetamu yang datang untuk memberi penghormatan terakhir. Disaat paling aku tak dapat lupa semasa kami adik beradik dipanggil untuk mengucup ayah buat kali terakhir ramai yang mengucup ayah boleh dikata kan semua anak saudara ayah datang dan mengucup dahi ayah, aku dan adik beradik tak dapat menahan air mata yang mengalir bagai kan air hujan.

Jarak Arwah Maa dengan Ayah pergi ialah 8 bulan dan 1 hari Maa pergi 16 Dis 2011 dan ayah pergi  pada 17 Ogos 2012. Ramai yang kata cinta mereka sampai ke syurga. Tahun 2011 adalah tahun terakhir mereka beraya bersama, bagai kan sekelip mata mereka pergi, pada hari lebaran tahun lepas mereka masih lagi bersama dan tahun ni kedua-dua mereka pergi serentak. Sungguh kuat cinta mereka tiada siapa sangka, aku adalah insan yang paling merasai pemergian mereka hingga kan hari raya tahun ni aku tak kemana just stay kat rumah dan pagi hari raya aku ke kubur dengan linangan air mata sambil membaca surah Yassin dan itu adalah hadiah yang aku mampu bagikan pada Ayah & Maa. Al-Fatihah

Senarai nama pesakit dalam wad ICU di hospital Kota Bharu. (nama Ayah paling atas)

Pic ni aku share dari FB kawan aku iaitu Zul (http://www.facebook.com/Zulkifli85), kerana pada subuh pagi tu Zul berada di masjid dan Zul telah snap pic ni, time aku masih belum sampai untuk bawa ayah pulang kerumah. Terima kasih Zul kerana snap pic ni untuk dijadi kan memory ayah untuk kali terakhir di masjid yang menjadi rumah keduanya semasa hayatnya.(ayah terbaring dan diselimuti kain putih)

Abang-abang aku membawa ayah kemasjid untuk disembahyangkan selepas solat jumaat.

Semoga Ayah & Maa tenang disana dan perkara yang selalu bermain difikiran aku sekarang ni ialah ayat -ayat didalam pic yang ada dibawah ni,aku prit screen di akaun Facebook aku, kata-kata ni dikeluarkan oleh sepupu aku iaitu Abang Mokhsin. 'Ayah pergi dengan keadaan yang begitu sempurna tak perlukah kita bersedih dengan pemergian ayah tapi kita perlu menagisi untuk kita sendiri, bagaimanakah kita dipanggil nanti adakah kita akan di ambil dengan sebegitu sempurna seperti ayah?? amalan fardu ain & fardu khifayah dan sedekah amal jariah yang menjadi bekalan kita untuk kesana'







ni separuh dari komen2 yang aku dapat. okey lah setakat ni dahulu jumpa di lain entry..Aku mewakili dari pihak keluarga Haji Md.Ghazali B. Abas ingin memohon maaf sekira nya arwah ayah ada menyakiti hati siapa-siapa yang mengenali beliau dan halal kan segala makan minum sepanjang hayat arwah selama ni..
 Al-Fatihah .. sekian Wassalam..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujan air batu pada 1 Ogos 2012

Salam,apa khabar, semua harap2 semua sihat ler. Ni nak share sumtim nie uolls. uolls tahu tak??? pada 1 ogos iaitu pada hari wednesday aku seperti biasa bersama bibik2 ku (my nieces) untuk pergi ke bazar ramadhan di bandar jerteh iaitu my hometown la uolls. dalam perjalanan ke sana kami menyedari air batu bersama air hujan yang mencurah-curah jatuh ke atas kereta yang kami naiki for sure aku la yang drive kereta tu kan. kedengarannya amat kuat apabila air batu itu mengenai cermin keretaku. aku melihat ramai orang yang mengutip air batu2 tersebut lalu memasuki nya ke dalam plastik. maklumlah semua puasa tak kan lah nak terus ngapp masuk dalam mulut. yang paling menarik iaitu kakak ku yang berbadan dua telah mengambil air batu tersebut lalu menyapu ke perutnya kerana untuk mengambil keberkatan semperna kejadian hujan air batu yang berlaku di bulan yang berkat ini. seingat aku hujan air batu yang pernah aku alami pada tahun 1996 dan yang ke-2 pada tahun 2005 dan begitu lah kisah ku mengenai kejadian ''Hujan Air Batu''. arwah my mom selalu cakap air batu itu suci kerana ia turun dari langit kerana aku masih mengingati dan memori itu masih segar dalam ingatan. semasa kejadian hujan air batu pada sebelum ini arwah my mom selalu mengutip air batu tersebut lalu memakannya kerana my mom menganggap ianya penuh keberkatan. disini aku mengupload video yang sempat aku rakam ketika kejadian tersebut. so,tengoklah yer ok bye...


-nadya-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah