Episod
Ke Tiga
Pada pukul 6.30am kami dah bangun dan sesiap untuk pack our
stuff seperti selepas selesai semua tu pada pukul 8.20am mak sue sediakan
sarapan nasi kerabu perghhhh!! Nasi kerabu memang sedap seyh terasa budu,lada
hitam tumbuk,ikan tumbuk dan ulam-ulaman (sangat heaven pada aku sebab aku
hantu sayur dan ikan tapi tak pada Azie sebab dia tak makan ikan dan sayur) J. Selepas
settle makan sarapan kami bertolak ke Hatyai pada pukul 9am dengan menaiki
kereta ayah sue yang dipandu oleh Abang Lah kali ni pun kami mengalah dengan
arahan ayah sue untuk menghantar kami ke Hatyai sebab ayah sue tak bagi aku dan
Azie naik kereta api ke Hatyai sebab katanya bandar Hatyai sangat bahaya untuk
kami L. Setelah sampai di ‘Boh
koso’ Hatyai kami terus ke kaunter tiket dan bayaran tiket 230Bath untuk seorang.
Kami bertolak dari ‘Boh koso’ ke Krabi tepat pukul 12pm. Selepas 2jam
perjalanan kami van mini yang kami naiki stop berehat untuk makan di Trang.
Pada asalnya kami agak risau sebab pertuturan di Trang dah fully Thailand tapi
Alhamdulillah makcik-makcik kat situ still boleh bercakap bahasa melayu. Kami
stop kat situ 20minit jer so sempat lah kami makan dan snap pictures
berhampiran R&R J. Setelah
tiba di Krabi kami stop di rumah menantu kepada ayah sue iaitu kak Rosnie. Kami
singgah sebab nak pinjam motor untuk kami cari hotel yang dah kami booked
sebelum kami berangkat ke sana agak lama jugak kami mencari lokasi hotel
tersebut. Kami mencari area Bandar Krabi yang sesak dan penuh dengan kenderaan
nasib baik kami menaiki motor dan yang paling best kat sana tak perlu pakai
helmet sebab polis kat sana tak ambil port pasal trafik tapi ambil port pasal
jenayah. Kami tiba di bandar Krabi ada pesta songkran so kami disimbah air
ketika menaiki motor sangat heaven dan pengalaman yang sangat unik. Kami sempat
singgah kat pasar malam Krabi kat sana makanan sangat lah murah dan sedap but
ada jugak yang tak halal so untuk korang pilih makanan tu kena tengok
makcik-makcik penjual tu semua sebab 90% dari penjual-penjual tu muslim
manakala 10% lagi non muslim. So kena berhati-hati okey sebab mereka tak semua
muslim jangan main bedal je. Sambil-sambil berjalan tu banyak jugak makanan aku
bedal kikikiki J. Azie
tak ambil port sangat pasal makanan. So kami balik ke bilik untuk hantar
makanan yang kami beli dan kami pergi kerumah kak Rosnie untuk amik bag
backpack yang kami tinggal kat rumah nya sementara kami jalan2. So malam tu
kami solat kat rumah kak Rosnie dan pukul 8.30pm kami balik ke bilik untuk
mandi. Owh yer lupa aku nak bagitahu jarak antara bilik kami ke rumah kak Rosnie
hanyalah 1km. Alhamdulillah sebab tak lah susah untuk kami nak kesana untuk
melepak dengan kak Rosnie. Malam tu kami keluar lagi untuk mencari makanan
untuk makan malam Nampak tak permainan aku kat sana?? Hehehehe J kami balik kebilik pada pukul 11pm selepas
round-round dengan menaiki motorsikal kak Rosnie,malam tu kami tidur mati dan
bilik kami duduk tu ada penyaman udara wah!!! Dah lama kami tak tidur dalam
bilik yang ada aircond so sebab tu lah kami jadi jakun. zzzzZZZzzZZZ...
(sebelum aku lupa bilik yang kami duduk tu 400bath untuk 1 malam)
Kami dalam Mini van yang kecik
Kami dah sampai di Pasar Krabi
Mengeluarkan wang dan memasukan makanan
Posing sakan eh!!
Cakkkkk!!!
Big Crab!!
No caption
our 1st dinner
Nasi goreng Thai
Stay tune!! Will be right back with the new episode
0 ulasan:
Catat Ulasan