Nadya. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Tinggal kan Jejak mu

Pergi nya ayah ke Rahmatullah

Pada tarikh 27 Jan 1944 hari Jumaat lahirnya bayi lelaki yang comel di teratak usang, kelahiran nya di sambut dengan sahutan azan subuh dipagi hari dan bayi yang comel tu dinamakan Md. Ghazali B. Abas. Dibesarkan dengan sangat sederhana oleh ibu nya, menurut sumber yang pernah aku bertanya mengenai ayah sebelum ni ibunya tak pernah mewahkan ayah dengan harta benda tapi mewahkan ayah dengan kasih sayang sehinggakan ayah sangat manja.Dipendek kan cerita ayah dikahwin kan dengan my mum, biasalah orang dulu-dulu perkahwinan diorang diaturkan oleh orang tua so setelah itu hidup lah ayah dengan my mum dan anak-anak dengan serba sederhana, mereka dikurniakan ramai anak 5 lelaki dan 5 perempuan tetapi mereka tak lepas dari dugaan, mereka pernah diuji dengan perlbagai perkara tetapi kasih sayang diantara mereka sangat kuat itu yang selalu arwah my mum selalu cerita kan pada aku dan adik beradik yang lain.

Ayah pernah cerita pada selepas arwah my mum pulang ke Rahmatullah tahun lepas, 'Masa ayah tengah tidur Maa datang dan ajak ayah ke 'sana'. Sejak dari itu aku dan adik beradik sangat berhati-hati dengan setiap apa yang terjadi pada ayah, setelah aku ingat apa yang telah berlaku, sejak dari mimpi itu keadaan ayah semakin teruk dan lemah. pada 10 Ogos ayah masuk wad kerana semput yang dialami nya semakin menjadi-jadi, setelah itu ayah dipindah ke wad ICU di Kota Bharu selama 2malam ayah disana dan hari ke2 ayah dipindahkan ke wad biasa dan petang tu ayah dibenarkan keluar dari wad, Dalam hati kami adik beradik 'Alhamdulillah..dapat jugak ayah beraya di rumah'. Selepas ayah keluar dari wad pada 14 Ogos ayah terus meneruskan aktiviti nya seperti biasa ke Kubur, Masjid, Bazar Ramadhan dan ambil cucunya di sekolah. jadi kami adik beradik menarik nafas lega selepas melihat perubahan ayah yang semakin sihat dan ceria. Menurut doktor ayah tak digalak kan makan buah kurma kerana buah kurma mempunyai banyak khasiat dan zat namun ayah tak pedulikan nasihat doktor kerana ayah pernah bagitahu aku 'Zaman nabi dulu buah ni boleh  menyembuhkan banyak penyakit dan buah ni banyak disebut dalam Al-Quran, kenapa pulak doktor cakap ayah tak boleh makan' itu ayat yang aku dengar bila aku mengingat kan ayah mengenai buah kurma.

Sejak ayah keluar dari wad tempoh hari ayah selalu semput dan banyak kali aku di panggil untuk urut dibelakang ayah supaya merasa selesa setiap kali aku mengurutnya ayah selalu berpesan mengenai harta-harta yang ada, dan kami adik beradik sepakat untuk guna separuh duit-duit tu untuk buat majlis tahlil, mengenai pemergian ayah ke Rahmatulah sangat mulia. Di akhir bulan Ramadan, disubuh hari  pada hari Jumaat, tengah solat subuh,ada air sembahyang,ayah masih lagi berpuasa, dan tempat paling mulia dalam Masjid. Selepas aku dikhabarkan ayah dah 'pergi' aku dan kak Ni bergegas ke masjid setelah aku masuk ke masjid lutut aku lemah dan tak mampu untuk aku berdiri, kak Ni memeluk aku sekuat mungkin dan ramai yang datang menenangkan aku antaranya Ayah Teh,Pak Teh Min,Ayah Sue Kamal n Pak Rahsid, mereka datang meminta aku bersabar dan kuat kan semangat dan redha kan lah ayah pergi. salah seorang diantara jemaah pada pagi subuh tu ada seorang doktor dan dialah yang mengesahkan ayah dah pergi dan tak perlu bawa ke hospital doktor tersebut meminta kami membawa pulang jenazah ayah, jenazah ayah dibawa pulang dengan ambulan Jabatan Pertahanan Awam(JPA) kerana semasa ayah jatuh pengsan salah seorang dari jemaah telah menghubungi pihak JPA, jenazah ayah dibawa balik dan diiringi oleh orang ramai.Setelah sampai aku melihat seorang wanita yang aku hormati iaitu ibu saudaraku Che Ngah dan aku menangis dibahunya, Setelah itu rumah ku dipenuhi dengan tetamu yang datang untuk memberi penghormatan terakhir. Disaat paling aku tak dapat lupa semasa kami adik beradik dipanggil untuk mengucup ayah buat kali terakhir ramai yang mengucup ayah boleh dikata kan semua anak saudara ayah datang dan mengucup dahi ayah, aku dan adik beradik tak dapat menahan air mata yang mengalir bagai kan air hujan.

Jarak Arwah Maa dengan Ayah pergi ialah 8 bulan dan 1 hari Maa pergi 16 Dis 2011 dan ayah pergi  pada 17 Ogos 2012. Ramai yang kata cinta mereka sampai ke syurga. Tahun 2011 adalah tahun terakhir mereka beraya bersama, bagai kan sekelip mata mereka pergi, pada hari lebaran tahun lepas mereka masih lagi bersama dan tahun ni kedua-dua mereka pergi serentak. Sungguh kuat cinta mereka tiada siapa sangka, aku adalah insan yang paling merasai pemergian mereka hingga kan hari raya tahun ni aku tak kemana just stay kat rumah dan pagi hari raya aku ke kubur dengan linangan air mata sambil membaca surah Yassin dan itu adalah hadiah yang aku mampu bagikan pada Ayah & Maa. Al-Fatihah

Senarai nama pesakit dalam wad ICU di hospital Kota Bharu. (nama Ayah paling atas)

Pic ni aku share dari FB kawan aku iaitu Zul (http://www.facebook.com/Zulkifli85), kerana pada subuh pagi tu Zul berada di masjid dan Zul telah snap pic ni, time aku masih belum sampai untuk bawa ayah pulang kerumah. Terima kasih Zul kerana snap pic ni untuk dijadi kan memory ayah untuk kali terakhir di masjid yang menjadi rumah keduanya semasa hayatnya.(ayah terbaring dan diselimuti kain putih)

Abang-abang aku membawa ayah kemasjid untuk disembahyangkan selepas solat jumaat.

Semoga Ayah & Maa tenang disana dan perkara yang selalu bermain difikiran aku sekarang ni ialah ayat -ayat didalam pic yang ada dibawah ni,aku prit screen di akaun Facebook aku, kata-kata ni dikeluarkan oleh sepupu aku iaitu Abang Mokhsin. 'Ayah pergi dengan keadaan yang begitu sempurna tak perlukah kita bersedih dengan pemergian ayah tapi kita perlu menagisi untuk kita sendiri, bagaimanakah kita dipanggil nanti adakah kita akan di ambil dengan sebegitu sempurna seperti ayah?? amalan fardu ain & fardu khifayah dan sedekah amal jariah yang menjadi bekalan kita untuk kesana'







ni separuh dari komen2 yang aku dapat. okey lah setakat ni dahulu jumpa di lain entry..Aku mewakili dari pihak keluarga Haji Md.Ghazali B. Abas ingin memohon maaf sekira nya arwah ayah ada menyakiti hati siapa-siapa yang mengenali beliau dan halal kan segala makan minum sepanjang hayat arwah selama ni..
 Al-Fatihah .. sekian Wassalam..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hujan air batu pada 1 Ogos 2012

Salam,apa khabar, semua harap2 semua sihat ler. Ni nak share sumtim nie uolls. uolls tahu tak??? pada 1 ogos iaitu pada hari wednesday aku seperti biasa bersama bibik2 ku (my nieces) untuk pergi ke bazar ramadhan di bandar jerteh iaitu my hometown la uolls. dalam perjalanan ke sana kami menyedari air batu bersama air hujan yang mencurah-curah jatuh ke atas kereta yang kami naiki for sure aku la yang drive kereta tu kan. kedengarannya amat kuat apabila air batu itu mengenai cermin keretaku. aku melihat ramai orang yang mengutip air batu2 tersebut lalu memasuki nya ke dalam plastik. maklumlah semua puasa tak kan lah nak terus ngapp masuk dalam mulut. yang paling menarik iaitu kakak ku yang berbadan dua telah mengambil air batu tersebut lalu menyapu ke perutnya kerana untuk mengambil keberkatan semperna kejadian hujan air batu yang berlaku di bulan yang berkat ini. seingat aku hujan air batu yang pernah aku alami pada tahun 1996 dan yang ke-2 pada tahun 2005 dan begitu lah kisah ku mengenai kejadian ''Hujan Air Batu''. arwah my mom selalu cakap air batu itu suci kerana ia turun dari langit kerana aku masih mengingati dan memori itu masih segar dalam ingatan. semasa kejadian hujan air batu pada sebelum ini arwah my mom selalu mengutip air batu tersebut lalu memakannya kerana my mom menganggap ianya penuh keberkatan. disini aku mengupload video yang sempat aku rakam ketika kejadian tersebut. so,tengoklah yer ok bye...


-nadya-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

in my family No K-Pop!!


Salam..aku rasa sebelum ni aku belum pernah masukan video kat entry blog. kali ni aku nak share dengan korang pasal my dad, Ayah suka lagu ni sebab masa ayah muda2 dulu konon2 masa ayah dengan arwah my mum tengah hangat bercinta lagu ni meletop2 kat wayang.Dulu menurut ayat tak ada Vcd,Filem (type),Radio or Kaset yang ada dulu wayang je so diorang berdatim la dalam wayang masa tu, ni kisah benar bukan rekaan semata2. Menurut ayah lagi setelah berkahwin dengan arwah my mum dulu diorang selalu juga tengok wayang sambil bawak anak perempuan mereka masa tu diorang dikurniakan seorang putri yang comel iaitu kakak sulung ku,masa cepat berlalu dan zaman wayang mereka sudah berakhir namun minat mereka terhadap citer2 hindi tak habis sebegitu saja ini kerana setelah anak ke 2(Abg.Din,3(Arwah Abg.Man),4(Kak.Na) dan 5(Kak.Nie) dilahirkan diorang dibesarkan dengan zaman tv yang tak ada kaler so manakala anak ke 6(Abang) dan 7(Adik) zaman sudah sedikit moden sebab tv ayah sudah tukar ke tv yang ada kaler dan anak ke 8(Linda),9(Yie) dan 10(aku)  zaman baru sudah bermula dengan adanya Filem(type),Vcd dan Komputer tapi ayah selalu minta aku memainkan lagu2 hindi.Salah satu lagu yang aku selalu dengar masa aku kecik2 dulu adalah lagu 'Mere Sapno Ki Rani'. lagu ni memang best tau kalau korang tak dengar rugi. hewhewhewhew.. bukan ni je yang menjadi fav kami sekeluarga tapi banyak lagi nanti aku akan muatkan dalam entry yang akan datang. Kami adik beradik dibesarkan dengan zaman hindustan so sebab tu lah 1 family kami terutamanya adik beradik perempuan suka menyayi lagu2 hindi. So enjoy lah korang dengar lagu ni. lagu ni dipeti dari cerita 'Aradhana'  manakala pelakon nya ialah Rajesh Khanna (baru je meninggal dunia) & Sharmila. 






Mere Sapno Ki Rani  (salah 1 Ayah & Arwah Maa punya Fav Song)


*part aku suka  Mere sapnon ki rani kab aayegi tu,Aayi rut mastaani kab aayegi tu,Beeti jaaye zindagaani kab aayegi tu,Chali aa, tu chali aa,Mere sapnon ki rani kab aayegi tu,Aayi rut mastaani kab aayegi tu,Beeti jaaye zindagaani kab aayegi tu,Chali aa, haan tu chali aa,Chali aa, haan tu chali aa.. 



Nadya Lee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puasa Vs Dadih


Salam..hello!! selamat berpuasa kepada semua yang tengah baca apa yang aku tulis ni yer!! Okey 1st thing aku nak cerita kat sini adalah pada bulan puasa yang penuh berkat ni aku telah diberi kepercayaan dari pada kak Nie iaitu kakak kandung aku, selama ni dia adalah lah master of dadih di kampung aku bila bulan puasa tiba tetapi tahun ni Kak Nie berbadan dua jadi dia tak larat nak buat tugasan macam tahun2 yang sudah jadi memandangkan aku punya projek agak slow sekarang jadi dia menawarkan aku untuk mengambil alih tugas dia. So aku diajar bagai mana untuk membuat dadih2 tersebut. Dadih yang aku buat ni adalah 100% resepi dari arwah my mum. So ayah pun macam bagi sokongan lah pada aku korang tau tak? Ayah yang cadangkan aku buka gerai untuk dadih ni. Padamula nya aku just nak sent dadih yang aku buat ni kat kedai sepupu ku kat bazar Ramadan lepas tu bila difikir-fikirkan balik betul jugak kata ayah, kalau sent dadih ni kat bazar tu agak mahal  jugak lah aku kena bayar cukai kepada sepupu aku so tak salah aku berniaga di gerai ku sendiri so no need to pay anything lagi pun modal tak lah banyak sangat aku keluarkan untuk buat dadih ni. senang,jimat dan keuntungan nya agak banyak so apa yang seronok nya ramai yang cakap 'dadih yang kamu jual ni murah dan lemak' wah bila dengar kawan2 aku cakap macam tu kembang lah aku buat seketika, nanti kalau berkesempatan boleh lah uoolsss merasa dadih yang aku jual ni. aku masih lagi baru dlm bidang bisnes macam ni so kalau korang ada dgr sumtim yang tak elok pasal dadih aku ni sila diam kan diri yer..hewhewhew. k tu je untuk kali ni. bukan pe malas nak melalut lama2. bye!!

 Ada perisa Jagung,Strawberry,Coklat dan Keladi

Masa ni proses untuk membeku


lepas tu masuk kan kedalam peti ais.. sekian lah cerita ku buat kali ini

Nadya Lee


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Siapakah dia?

Salam!!! hehehe.. sape yang finatik kat sape senarnye? hehehe.. meh nak tunjuk sikit.. ada la hamba Allah ni selalu la aku tgk link blog dia tersenarai dalam trafik blog aku. nama dia setiap minggu atau bulan mesti ada dan ini membuatkan aku terasa atau merasa 'populor' sebab dia selalu baca blog aku. seingat aku dia pernah follow blog aku sebelum ni tapi sejak bulan lepas dia dah tak follow tapi nama link dia selalu naik. hehehe.. well kepada dia kalau dia yang sedang baca post kali ni. 'Allah maha adil dan ingat lah hukum karma tu akan datang bila-bila masa saja owh yer tak lupa juga what u give u will get it back not from me but from other people' =) semoga Allah merahmati keatas kamu wahai pembaca yang bertuah.. Peace yer semperna bulan puasa ni jangan lah kita mencari pasal lagi cukup lah dengan apa yang dah jadi. =)

 Ni view list untuk 'Month' ada tak nama dia? ada kan? =)

Ni view list untuk 'Week' still ada nama dia. siapakah dia? itu yang menjadi persoalan aku


Nad Ghaz A.K.A Nadya Lee






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Budaks Comey

Pengunjung Bertuah