Hai korang!! Kali ni aku nak share mengenai sambutan hari
raya haji/korban di kampung halaman kawan aku, pada hari raya haji yang lepas
aku telah pulang ke kampung halaman kawan aku di Alor Setar Kedah. Mesti korang
tertanya-tanya kenapa aku tak balik ke kampung halaman aku sendiri kan? Sebenarnya
aku ingin merasai pengalaman berhari raya di kampung orang yelah sudah 2 tahun
aku tak balik beraya kat kampung aku, korang kan tahu Maa & ayah aku dah
tak ada kan? So aku fikir dah tak ada sesiapa lagi yang ada untuk aku. so
begitu lah kisah nye okey berbalik pada kisah aku di Alor Setar pada hari raya haji yang lepas. Banyak jugak
lah tempat yang aku pergi almaklumlah ini kali kedua aku menjejaki tanah Alor
Setar selepas sudah hampir 16tahun aku tak datang kesini. 1st time
aku datang masa aku umur 9tahun tu pun sebab ada kenduri anak sepupu aruwah ayah
aku dulu.aku menaiki bas dari Melaka Sentral ke Alor Setar.
Tiket boleh
didapati dengan mudah di kaunter tiket tapi pada kali ini aku memilih tiket bas
Pancaran Matahari sebab ianya selesa lagi pun bas baru maaaaa. Harga tiket
RM60.40sen mahal lah sikit sebab permintaan tinggi almaklumlah musim perayaan
nok!! Aku naik je atas bas tidur dan tidur aku tiba di terminal bas Shahab
Perdana pada pukul 5.20am kat sana agak sunyi lah sebab masih awal, aku
dijemput oleh kawan aku yang terlebih dahulu pulang ke kampung 2 hari sebelum
aku tiba. Orait pada hari pertama tu sebelah pagi aku dibawa jalan2 kaki oleh Wirda disekitar kampung kawan aku tu sementara kawan aku menolong ibunya membuat persiapan raya ,dan manakala sebelah petang tu aku dibawa ke Muzium padi,Istana anak
bukit dan menara Alor Setar. Di muzium pada hari tu agak sunyi sebab kami
kesana sudah hampir petang so orang dah ramai dah balik. Ada pelbagai bagai
jenis padi diseluruh dunia yang dipamer kan, dari zaman dahulu sehingga lah
teknologi canggih sekarang. Aku sebenarnya malas nak story pasal padi ni sebab
aku tak reti nak mengulas dengan lebih lanjut.
Wirda yang comel
Menjadi model aku
Wirda yang temankan aku jenjalan
Sementara tu kawan aku wat ketumpat Pulut daun palas
Depan: Wirda & Azie
Belakang: Adik Wani
On the Way to Muzium Padi
Selepas tu aku dibawa ke
istana anak bukit just for menpicture kan diri aku disini. Owh ye lupa aku nak
perkenal kan kawan2 aku yang membawa aku jenjalan disana. Azie,Wani dan Wirda. Kat
sana aku tak diberitahu banyak sangat mengenai istana bukit ni so aku tak malas
nak menstory kan nya. So selepas menpictures kan diri kami terus ke next
destination iaitu Alor Setar Tower kat sana kami banyak menpictures kan diri
dan selepas tu kami pekena Laksa Utara!! Perghhhh!! Meleleh weyh!! Kesedapan dia
terserlah rasanya memang A!! Seterusnya kami ke Masjid Alor Setar aku tak ingat
apa nama masjid tu, member aku ada bagi tahu tapi mungkin aku tak focus time tu
sebab terkedu dengan kecantikan seni bina masjid tu. Sangat unik dan cantik aku
difahamkan kat masjid tu menjadi saksi pernikahan selebriti iaitu Mazlan Pet
pet dengan pasangan dan Ayu Raudah dengan pemain bola yang kembar tu (aku lupa lah nama laki dia). Kami sampai kat rumah pukul 8 malam dan kami membuat
persiapan hari raya maklumlah esok dah raya.
Okey ni baru episod pertama akan ada episod 2 dan 3 tapi tak janji lah bila dapat di publish kan so
Stay tuned...
0 ulasan:
Catat Ulasan